THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Selasa, 3 November 2009

MELAKSANAKAN PERJANJIAN DAMAI DENGAN TULUS IKHLAS

gambar beramai-ramai: wakil Kerajaan Diraja Thailand dan wakil PKM

Mesyuarat Perlaksanaan Kerjasama Perdamaian antara pihak kerajaan Thai dengan PKM telah diadakan di Hotel Lee Gardens Haadyai pada 6 November 2002 . Pihak kerajaan Thai diwakili oleh Tan Sri General Chaovalit Yongchaiyuth, Y.B. Mat Nor Mat Ta dan lain-lain manakala di pihak PKM pula dihadiri oleh Chen Ping, Abdullah C.D., Rashid Maidin, Ah Chen, Suriani Abdullah, Abu Samah Mohd Kassim dan lain-lain.

Mesyuarat membincangkan masalah perlaksaanan perjanjian perdamaian antara Kerajaan Diraja Thailand dan PKM. Semua perkara bersangkutan dengan perjanjian damai diperbahaskan. Pihak Kerajaan Thailand di samping membereskan semua tanggungjawabnya yang termaktub dalam perjanjian damai juga telah bersetuju memberikan kewarganegaraan kepada bekas anggota TRM yang bukan warganegara Thai. Wakil PKM telah menyatakan terima kasih kepada Kerajaan Diraja Thailand di atas perlaksanaan yang tulus ikhlas dalam perjanjian damai 1989.

Kedua-dua pihak Kerajaan Diraja Thailand dan PKM telah malaksanakan perjanjian dengan penuh ikhlas dan sebaik mungkin. Hari ini, bekas kader dan perajurit TRM bukan lagi dianggap perantau. Mereka memiliki hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan Thailand sebagaimana warganegara yang lain.

Tan Sri General Chaovalit Yongchaiyuth


Chen Ping

Ah Chen
Rashid maiden

Tiada ulasan: