THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Rabu, 4 November 2009

KASIH SAYANG DARI SUKHIRIN


Tidak tergambarnya perasaan gembira di hati ini bila hari ini aku menerima sebungkus hadiah dari saudara-saudaraku yang kini berada di Selatan Thailand. Betapa besarnya hati ini bila menerima penghargaan yang bukan semua orang di Malaysia ini boleh menikmatinya. Apakah lagi hadiah itu dari insan-insan yang pernah suatu ketika dulu bermandi darah menentang penjajah untuk sebuah kemerdekaan yang sebenar.

Begitulah yang aku rasakan pada hari ini bila menerima sebuah bungkusan hadiah tanda persahabatan dari saudara-saudara ku di Perkampungan Pedamaian Sukhrin Thailand. Bungkusan hadiah yang di dalamnya terdapat satu set buku Memoir Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) Abdullah CD.

Sebenarnya aku tidak sabar menanti hadiah yang telahpun di maklumkan awal lagi oleh Abang Mat Amin iaitu blogger Kini dan Silam. Sebenarnya juga telah lama aku ingin memiliki buku-buku ini tetapi oleh kerana masih banyak buku yang masih belum sempat aku habiskan bacaannya maka aku tangguhkan dulu untuk membelinya. Hari ini koleksi bacaan aku meningkat lagi kepada 3 buah buku sejarah yang cukup berharga. Cuma yang tidak dapat aku pastikan bilakah aku akan mula untuk mentelaah buku-buku ini kerana di saat ini masa bagiku begitu singkat.

Apa pun ribuan terima kasih kepada saudara-saudaraku yang berada di Sukhrin. InsyaAllah kami di sini akan ke sana pada satu masa nanti. Yang pentingnya RM… Ada RM nak pi mana pun boleh. Buku ini akan akau mafaatkan sepenuhnya bagi memecahkan fahaman karut orang melayu di sini terhadap perjuangan yang suci dan mulia saudara-saudaraku di sana.

Terima Kasih Sukhrin,

Terima Kasih Bapak Abdullah CD

Terima Kasih Abang Mat Amin

Terima Kasih Kepada pejuang kemerdekaan tanahair ku

Terima kasih kerana mengeluarkan aku dari kepompong pembohongan manusia selama ini.

Sosialis Hijau

Email dari Abang Mat Amin menyatakan restu daripada bapak Abdullah CD.



Mat Amin

to me

show details 1:10 PM (5 hours ago)


Salam,

terima kasih atas pemberitahuan

Buku2 itu dikirim atas restu Pak Abdullah C.D. sendiri. Anggaplah hadiah dari beliau untuk generasi baru. Generasi baru akan mengkaji semula sejarah ini, memberi penilaian yang selayaknya ke atas sejarah.

Semoga sejarah bangsa kita dapat dijernihkan sepenuhnya suatu hari nanti

Salam


Tiada ulasan: