THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Sabtu, 28 November 2009

DAP BUKAN PARTI KOMUNIS


Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang dalam satu kenyataan akhbar telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa Parti itu adalah sebuah parti komunis. Kenyataannya itu adalah sebagai menjawab tuduhan seorang blogger upahan UMNO yang mengatakan bahawa DAP adalah parti komunis.

Sememangnya DAP adalah bukan parti komunis dan sesekali bukan pewaris kepada parti komunis. DAP adalah sebuah parti yang di wujudkanpada tahun 1966 adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu . Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura , telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama.

Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditinggalkkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendafar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan.

Adalah perlu pecacai-pecai blogger UMNO tahu bahawa Lim Kuan Yew adalah seorang yang paling anti komunis. (Sila baca MEMOIR Lim Kuan Yew). Jika kita membaca memoir Zaid Zahari kita akan dapati Lim Kuan Yew adalah seorang yang ditaktor dan akan menahan dan menghukum sesipa saja yang tidak sehaluan dengannya. Kebanyakan tahanan akan di kaitkan dengan komunis untuk menjayakan hasratnya menahan mereka dengan akta ISA yang PAS turut serta menyatakan sokongannya ketika ianya di bentangkan di parlimen.

Oleh itu sememangnya layak DAP membantah sekiranya ada yang mengaitkan parti mereka dengan komunis. DAP adalah parti yang anti komunis seperti mana parti2 lain yang ada di Malaysia ini.

SOSIALIS HIJAU

artikal ini adalah respon daripada artikal Anak Sungai Derhaka yang boleh di baca di

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2009/11/parpukari-blogger-umno-yang-desperate.html


Tiada ulasan: