THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Selasa, 27 Oktober 2009

ORANG AGAMA JUAL CD CETAK ROMPAK! HALAL ATAU HARAM?

“sakit orang lagu, untung banyak lanun yang sapu,
Tak boleh cari makan selagi lanun tak di hapuskan”.


Itu adalah sebahagian daripada keluahan ITO Blues Gang yang di muatkan di dalam serangkap lirik dalam sebuah lagu yang bertajuk “sakit”. Keluhan itu adalah bagi menyatakan rasa hampanya golongan penyanyi yang hasil penat lelah mereka telah di cetak rompak oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.

Di sekitar tahun 80an, Industri muzik merupakan satu perusahaan yang mendapat sambutan. Di ketika ini album-album yang di terbitkan mampu mencecah jualannya ke tahap 300ribu unit berbanding pada hari ini jualan album hanyalah mampu mencecah 5-10 ribu unit sahaja. Industri muzik negara pada ketika itu juga mampu untuk melangkau ke negara-negara jiran seperti Singapura, Brunai dan Indonesia malam kumpulan Rock Search telah pun bersiap sedia untuk melancarkan album mereka ke negara Jepun.

Oleh kerana sambutan orang ramai kepada industri muzik ini maka wujudlah golongan2 yang cuba mengaut keuntungan daripada album-album yang di terbitkan ini melalui jalan belakang. Keset-keset cetak rompak telah berjaya mengatasi jualam keset-keset yang asli. Adalah di anggarkan keset cetak rompak ini mampu mencecah jualan sehingga 1juta unit untuk setiap album.

Golongan karyawan dan penyanyi melalui berbagai badan dan persatuan telah bertungkus lumus memerangi gejala cetak rompak ini dengan membawa isu ini kepada pihak kerajaan namun ianya tetap tidak mendatangkan hasil. Janji-janji pihak kerajaan untuk mengatasi isu ini umpama melepaskan batuk di tangga. Akhirnya Industri muzik negara mengalami keruntuahan zaman gemilangnya dan masih gagal untuk di pulihkan sehingga ke hari ini.

Di sekitar pertengahan tahun 90an pula golongan lanun cetak rompak ini telah mengubahkan hala tuju mereka kepada mencetak rompak keset-keset ceramah dan kuliah agama pula. Keset-keset penceramah popular pada ketika itu seperti Dr Haron Din, Ustaz Shamsuri, Ustaz Ismail Kamus dan beberapa orang ustaz dan penceramah menjadi sasaran untuk di klonkan.Keset-keset kumpulan Nasyid seperti Raihan dan Brother yang popular di ketika itu boleh di dapati dalam cetak rompak di kedai-kedai keset di mana-mana saja.

Apabila Cekera Padat mula di gunakan secara meluas di awal tahun 2000 pengiat-pengiat cetak rompak ini semakin mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda kerana kos untuk satu CD terlalu muranh dan rakaman cetak rompak boleh muat turunkan dengan hanya beberapa minit sahaja melalui computer. Album album cetak rompak ini semakin galak jualannya dari pasar malam sehinggalah ke depan-depan masjid. Walaupun pihak berkuasa kerap juga mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga CD cetak rompak ini namun ianya masih belum mampu untuk mengekang penguasaha CD klon ini. Ianya seolah-olah di dalangi oleh sendikit yang besar di sebalik penjual-penjual CD cetak rompak ini.

Yang paling malang adalah keset dan CD cetak rompak ini di jual di depan-depan masjid oleh mereka-mereka yang kononnya arif tentang halal dan haram. Penjual-penjual bahan cetak rompak ini setiap malam mendengar kuliah dan ceramah agama tetapi oleh kerana perbuatan mereka itu yang mendatangkan hasil yang lumayan maka di pekakkan telinga mereka apabila datang ayat-ayat Al Quran yang melarang mereka mengambil hak orang lain. Golongan penjual bahan cetak rompak di depan masjid ini mampu hidup mewah dengan menjual keset dan CD cetak rompak yang di klonkan daripada hasil wang ringgit dan penat lelah orang yang megeluarkan modal puluhan ribu ringgit untuk menerbitkan sesuatu album. Apakah mereka ini tak tahu perbuatan mereka menjual keset dan CD cetak rompak itu salah? Bukan saja salah di sisi undang-undang negara malah salah juga di sisi undang-undang Allah.

Namun apakah anda rasa mereka ini akan merasa insaf dengan perbuatan mereka ini? Tentu sekali tidak. Mereka akan mencari jalan dan hujah agama untuk menghalalkan perbuatan mereka. Akhirnya mereka-mereka ini akan menunding jari kepada anda dengan mencari kesalahan anda pula. “Ahh dia pun tak betul, nak mai ajaq kita pulak” Mungkin itulah nilai bahasa yang akan keluar dari mulut mereka. Inilah manusia yang bertopengkan agama yang mengatakan bahawa mereka adalah manusia yang telah di pilih oleh Allah untuk berada di dalam golongan pejuang Islam.

Apakah Ustaz Aqil Rawa yang mereka-mereka ini cetak rompakkan albumnya dengan rela hati menghalalkan haknya di ambil tanpa mendapat kebenarannya? Apakah kumpulan Hijaz, Raihan, Rabbani, In Team dan lain lain kumpulan Nasyid yang mereka makan hasil daripada penat lelah dan wang ringgit yang mereka keluarkan akan menhalalkan kepada golongan penjual keset cetak rompak depan masjid hanya kerana mereka berkopiah putih dan bercakap Islam ini?

Sedarlah wahai penjual keset cetak rompak yang bertopengkan agama bahawa segala hasil jualan yang kamu berikan kepada anak isteri kamu adalah hasil yang haram. Namun aku tahu yang kamu akan tetap mencari jalan untuk menghalalkan kerja kamu itu kerana kamu adalah manusia yang sentiasa mencari keuntungan dengan menjual agama.

Sosialis Hijau

http://greensocialis.blogspot.com/

Tiada ulasan: