THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Khamis, 24 September 2009

RAMADHAN DI KAMPUNG TOK LONGKANG

Jika anda mengatakan suasana sambutan ramadhan di Kelantan adalah yang paling istimewa, pendapat anda itu adalah salah sama sekali. Sebenarnya sambutan ramadhan yang paling best sekali ialah di kampong ku iaitu Kampung Tok Longkang.

Sejak dua tahun kebelakangan ini Pas kampong ku telah berjaya menjalankan aktiviti di sepanjang bulan ramadhan di bawah jawatankuasa Boneka Pas Cawangan. Bermula dengan majlis berbuka puasa yang di adakan sepanjang ramadhan sehinggalah kuliah subuh pada pagi esoknya. Semuanya telah di susun oleh jawatankuasa boneka Pas cawangan yang terlalu aktif tahap gaban sejak 2 tahun ini.

Selepas solat zohor ahli-ahli Pas kampong ku akan bersama-sama bergotong royong untuk menyediakan bubur lambok atau kanji untuk di agihkan kepada orang ramai selepas asar nanti. Kegigihan ahli Pas kampong ku dalam kerja-kerja kemasyarakatan mengambarkan kampong ku di bawah kepimpinan ketua boneka telah berjaya menyatu padukan ahlinya yang sebelum ini di lihat berpecah.

Majlis berbuka puasa yang di adakan bagi meraikan seorang Lebai sexs sadis yang masih membujang sehingga kini kerana masih belum bertemu dengan gadis yang sanggup menjadi bahan ujikaji kepadanya telah mendapat pijian daripada orang ramai. Lebai sexs Sadis yang tinggal di sebuah istana yang di pagari hutan lalang di sekeliling rumahnya merupakan seorang yang sanggat zuhud dan bertakwa. Oleh itu dengan menjamu beliau berbuka puasa adalah satu perkara yang paling afdal adanya.

Solat tarawikh pada setiap malam akan di serikan dengan majlis tazkirah yang di sampaikan oleh ustaz-ustaz yang ternama. Majlis ilmu yang di selang seli dengan solat sunat terawikh ini telah memberi keinsafan kepada pejuang-pejuang Islam di kampong ini. Jika selama ini anak isteri mereka tidak menutup aurat tetapi sejak 2 tahun ini 100% anak isteri pejuang Islam di kampong ku telah menutup aurat. Jika sebelum ini mereka hanya memakai tudung bila pergi kenduri tetapi kini aurat mereka sentiasa terpelihara. Anak-anak lelaki mereka sudah tidak memakai seluar pendek lagi dan anak-anak perempuan mereka sudah tidak memakai pakaian yang menjolok mata lagi. Yang paling berkesan hasil dari tazkirah ini adalah mereka sentiasa memenuhi solat berjemaah pada setiap waktu.

Anda akan di sambut dengan kain rentang mengucapkan selamat hari raya yang bersaiz gergasi ketika anda memasuki kampong ini. Sebelum ini kain-kain rentang mengucapkan selamat itu tak pernah di buat kerana ketika itu YDP Pas yang juga master kepada boneka-boneka di kawasan Batu Kawan belum lagi menjadi YDP di sini.

Kemuncak kemeriahan sambutan ramadhan di kampong ku adalah jamuan besar-besaran yang di adakan pada pagi selepas solat aidil fitri. Di fahamkan 20ribu cucuk satey telah di sediakan kepada penduduk kampong oleh Pas cawangan. Keriangan di setiap wajah jemaah yang hadir pada pagi itu jelas terbayang.

Inilah gambaran kepada anda semua bagi menyangah pendapat mengatakan sambutan ramadhan di Kelantan adalah yang paling istimewa. Anda di sarankan datang sendiri untuk menikmati suasana ramdhan yang paling istimewa di kampong ku. Aku sendiri tidak menyangka sejak 2 tahun ini Pas kampong ku telah membangung dengan begitu pesat sekali di bawah kepimpinan YDP yang di datangkan dari sebelah hulu. Tahniah di ucapkan kepada boneka-bonekanya yang telah berjaya menrealisasikan impian YDP mereka untuk menjahanamkan Pas.

Sedang asyik aku menaip artikal ini tiba-tiba badan ku di goyang seseorang. Oi oi bangun la.. Hang ni depan computer pun boleh lena… Aku terkejut… Ehhh hang mai bila?... aku terkejut di depan ku berdiri seorang kawan. Rupa-rupanya aku ni tertidur dan bermimpi… baru ku sedar cerita tadi tu hanyalah mimpi ku… Hakikatnya Pas di kampong ku sudah 2 tahun masuk KUBURRRRRRR

Sosialis Hijau