THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Khamis, 17 September 2009

PROTON WIRA LAMBANG KEMEWAHAN

Tengahari tadi sewktu aku hendak mengambil anak aku, dia beri tahu yang guru besar nak jumpa aku. Time tu aku dressing smart la sikit. Anak aku suruh aku balik tukar baju dulu sebab katanya cikgu nak bagi duit bantuan. Aku pun balik tukar baju lekeh sikit untuk menandakan aku adalah layak menerima bantuan. Masa jumpa dengan Penolong Kanan dia Tanya aku “kerja apa?” Aku kata aku jual nasik lemak. “Harga berapa?” “6kupang” jawabku. “Macam mana berniaga ok ke?” “Sekarang susah sikit sebab ramai yang berhenti kerja.. boleh cukup makan je kata ku”. “Haa ini duit untuk you punya anak beli baju raya” katanya. “Ok” jawabku ringkas. “Wahh banyak suka dapat ini Ang Pau.. Raya pun sudah dekat” katanya pada ku. Aku tak jawab apa. Aku akhiri dengan ucapan terima kasih cikgu.

Amboi cikgu ni mentalitinya macam ketua pemuda Pas Batu Kawan. Pandang lekeh betul kat aku sebab aku ni miskin.. Tapi tak pa RM punya pasai dia nak kata apa mampuih pi kat dia janji RM masuk.

Itu cerita anak aku yang bersekolah cina. Semuanya free. Kelas tambahan free, pakaian free, computer free, makan free, duit lagi RM700.00. Puas hati betui hantaq pi sekolah cina. Anak aku ni tak suka kalau aku pakai kemas-kemas bila ke sekolahnya sebab nanti cikgu kata aku ni senang dan nanti tak dapat RM lagi.Anak aku yang sorang lagi pun dapat biasiswa juga. Setahun RM800.00. Kira ok le tu…

Yang aku nak cerita ni pasai anak aku yang darjah 3 tu. Sebelum ni dia dapat RM500.00 dan pakaian sekolah. Tapi tahun ni dia aku tukarkan sekolah. Guru besar Tanya dia abah kerja apa? Dia kata aku kerja………. (sedangkan dalam borang tulis kerja jual nasik lemak) guru besar Tanya lagi “abah pakai kereta tak?” Anak aku menjawab “pakai.” “Kereta apa?” Tanya guru besar lagi. “Kereta Wira” jawab anakku ringkas. “Ok awak boleh balik kelas”

Tahun ni anak aku yang ni dah tak dapat apa-apa lagi bantuan. Mungkin kerana guru besar merasakan aku sudah tidak layak lagi menerima bantuan. Kerana apa? Kerana aku pakai kereta wira. Nampaknya kereta wira yang kalau aku jual tu Cuma laku dengan harga tak sampai RM10ribu sudah boleh di anggap sebagai kereta mewah, maka aku kini telah di ketegorikan sebagi seorang yang kaya raya. kaya raya sehinggakan aku mampu membeli kereta mewah proton Wira.

Sosialis Hijau