190909
Jam 2 pagi aku terima panggilan dari seorang kawan meminta aku datang ke Bandar Perda. Katanya ada satu kerja yang aku kena buat. Aduh ikutkan hati penat betul kerana baru saja sampai dari Kampung sejam tadi. Esok dah nak raya.. Aku gagahkan juga kesana. Jam menunjukan sudah 2.30 pagi tapi orang masih ramai bermundar mandir di situ. Aku terus berjumpa kawan tersebut bertanyakan kerja apa yang aku nak buat. “tak payah buat kerja”katanya. Hang dok sini kami nak bayaq fitrah kat hang. “Eh pasai apa nak bayaq kat aku pulak?’ Hampa jangan dok merapu… “hang terima sajalah… Ishhh aku tak leh terima la. “Kami nak bayar kat hang pasai hang komunis” Perjuangan mesti di teruskan” Bila di minta untuk menerima juga akhirnya aku buat keputusan menerima sebagai wakil saja.
Maka semalam aku dengan sendirinya melantik diri sendiri menjadi amil yang tidak bertauliah menerima zakat fitrah daripada 17 orang pembayar. Tapi sekarang ni pada sapa yang nak aku serahkan wang zakat ni? Hari ni dah raya… Emmm oleh kerana amil adalah 1/8 asnaf yang boleh menrima zakat fitrah maka aku sapu kat akulah….. Terima kasihlah pada kawan2 yang membayar zakat fitrah kat aku… tahun depan bayaq awai sikit boleh aku……………
Teringat masa aku dalam mesyuarat Pas cawangan untuk memberi zakat kepada fakir miskin 3-4 tahun yang lalu… Aku cadangkan agar antara yang patut di beri perhatian ialah kepada Kawan aku Ali (Pada ketika itu Ketua Dewan Pemuda Pas Batu Kawan ///*** BUKAN KETUA PEMUDA LA NI…. YG LA NI CUMA BONEKA SAJA.. SATU APA PUN TAK RETI) cadangan aku di bantah kerana atas alasan beliau berkahwin dua. Lihat betapa jahil murakapnya mereka yang anak bini tak menutup aurat ini. Dalil yang mana mereka gunakan mengatakan orang yang berkawin dua tak boleh menerima zakat? Sedangkan Ali yang begitu banyak berkorban untuk parti tidak pernah mereka lihat. Tak pernah siapa yang ambil peduli dengan kesusahannya. Yang ada pada mereka hanyalah perasangka buruk kepadanya. Kini bila kawan ku Ali sudak tidak ambil tahu lagi, puaslah hati golongan munafik ini.
200909
Hari ini menyambutlah hari raya semua umat Islam di seluruh dunia. Yang puasa, yang tak puasa. Yang .sembahyang yang tak sembahyang. Yang Pas, yang Umno, yang Pkr, yang Dap, yang takdak parti. Yang mukmin, yang munafik. Yang pakai kepiah hitam, yang pakai lebai putih, yang sokong Islam dan yang lawan islam semuanya menyambut hari raya hari ini.
Termasuklah aku yang dikatakan sesat kerana menyokong sosialisme dan komunisme. Tak pastilah pulak setinggi mana ilmu mereka nak mengatakan sosialisme dan komunisme itu sesat sedangkan yang aku tahu soalan SRP yang objektif tu pun dia kantoi.
Lepas sembahyang raya aku balik rumah.Malas nak pi mana.. Dulu masa jadi barua pagi-pagi raya kena pi rumah orang ni rumah orang tu. La ni aku dah tak jadi barua dah jadi dok rumah tunggu orang mai saja. Anak-anak aku selepas bersalam dengan aku semuanya dah pergi memungut cukai. Aku pun terpaksalah membayar cukai kepada budak-budak yang bertali arus ke rumah aku. Budak-budak sekarang memang hari raya ni adalah ahri untuk mengutip cukai pintu dari rumah kerumah. Tak perlu jemput masuk rumah lagi kerana sememangnya tujuan mereka datang adalah untuk memungut cukai… berdiri depan pintu saja… bagi duit depa blah… taklah pulak aku nak kata baik atau tidak budaya ni.. apa yang aku nampak banyak yang tak baiknya dari yang baik… yang baiknya hanyalah anak aku nanti nak belanja aku tengok wayang… kah kah kah.. Cuba la lu orang semua pikir… Anak aku 5 orang, tolak yag sulung tu yang dah bersara dari kerja-kerja mengutip cukai tinggal 4 orang yang masih boleh memungut cukai. Kalau sorang anak aku boleh kutip RM150.00 darab dengan 4 orang dah RM600.00. Huhh banyak tuEmmm aku ingat nak ajak anak aku pi pekena kambing panggang kat Mutiara Café la malam esok……. Setakat aku dok tengah menulis ni aku rasa dah lebih 80 orang budak2 mai rumah aku…
Itu cerita budak-budak kampong yang aku rasa paling kuat boleh buat collections RM200.00 ke bawah je. Ntah bagaimana pulak budak-budak dari golongan bangsawan dan hartawan. Tak pulak aku mampu memberi jawapannya kerana aku tidaklah pernah merasai kehidupan bermewah-mewah seperti itu. Tapi kalau depa mai raya kat kampong, aku rasa jumlah duit raya yang budak-budak kampong dapat tu bagi mereka Cuma sekadar boleh beli makanan kucing saja…
Aku malas nak bukak TV hari ni kerana aku tahu tak ada cerita lain melainkan menyanyi dan tayangan buah dada artis pada waktu ini.. Golongan yang paling meriah menyambut raya sapa lagi kalau bukan gang-gang artis ini. Aku ni dari zaman kecik-kecik lagi dah meluat dengan artis melayu ni. Macam haram jadah. Tapi kalau otai-otai macam Search, Wings, Cromok dan gang-gang underground tu ok la. Ada la nilai seni sikit kat depa ni. Ini macam Siti Norhaliza pun ada hati nak jadi artis… Ishh si Siti ni sejak dia masuk bintang RTM aku dah meluat kat dia… Baik aku layan lagu retro dalam PC aku ni lagi best…
210909
Hari ni adalah hari yang meletihkan. Dari petang sampailah kul 12 tengahmalam tak henti-henti menyambut kedatangan kawan-kawan. Tak jadilah nak pi menguji suara yang telah sekian lama tidak di uji iniTapi yang best anak-anak aku la sebab yang datang menghulurkan sampul berwarna hujau. Emm…. Anak ramai ni tak rugi..
Tima kasih la kepada yang sudi datang.
220909
Hari raya ketiga ni rumah masih di kunjungi tetamu. Ingat nak paw anak2 pi tengok wayang tapi sampai ke petang masih ramai sedara mara yang datang. Lepas maghrib kawan ku azahar datang ajak keluar.. Fuhh baru la nak boleh bebas sikit. Tempat biasa la…
Kul 1 pagi kami masih di Nasmir… antara yang join Pak Duan dan Halim.. Topik utama tak lain tak bukan mestilah cerita saudara baik kami Mohd Zan Durany.. dari cerita sexs sadisnya sampailah cerita beliau bakal di lantik menjadi Pengerusi kelab Angkatan Bujang Tua pada tahun depan. Nasihat kami pada Halim agar jangan pulak nanti jadi pengikut Mat Zan dalam kelab jantan tak lakunya. Kami juga tertunggu-tunggu anak gadis sapalah yang bakal menjadi bahan uji kajinya kalau di takdirkan berkahwin dengan Lebai Sexs Sadis ni…. Eeee ngeri aku…. Kami tak dapat bayangkan kalau anak……… atau anak………. Atau anak…… atau anak……… menjadi isterinya...
Sosialis Hijau
7 Keistimewaan Hari Arafah, Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam
2 hari yang lalu