6/9/09
Hari ini aku ada di Baling. Tengahhari tadi aku berjumpa dengan Cikgu Ki Adun Pas Kuala Ketil. Masa aku kenal YB Cikgu dulu Ki beliau masih menjadi pengetua SRIDU di Baling. Hari ini aku jumpa dia, dia dah jadi wakil Rakyat. Dulu aku takmau ambik gambaq dengan dia pasai dulu dia tak glamer tapi hari ni aku ajak dia ambik gambaq dengan aku pasal dia dah jadi YB.
Bersama ADUN Kuala Ketil cikgu Ki di Pejabat Pemuda Pas Baling.
Petang tu aku ronda Pasar Ramdhan kat Kupang. Best jugak pasar Ramadhan kat sini. Kalau kat rumah aku, aku tak pernah pi pun. Bukan pasai apa aku ni kan dah ada bini dan bini aku pulak pandai la pulak masak memasaknya jadi tak perlulah nak perabih duit pi membeli kat pasar ramadhan yang makanannya sikit punya mahal tu. Tapi kat Baling ni lain sikit. Makanan kat sini murah-murah. Kuih masih di jual dengan harga 4biji 1RM. Yang bestnya murtabak punya la nala baru RM1. Mana nak cari kalau kat negeriku yang ku cinta Pulau pinang tu.
Kalau kat penang murtabak macam ni punya saiz mau la kena RM3.50 tapi kat sini hanya RM1.00. Bila nak kaya bang…. Tapi ok gak boleh la orang susah macam aku ni beli 5 bijik.
Sembahyang terawikh kat sini walaupun di buat 20 rakaat tapi imamnya stedy bro. Tak la macam sesetengah imam yang speed metal cakap lu. 10 tahun yang lepas aku ingat lagi dengan seorang Imam yang aku panggil Pak Lah saja kat Masjis Kg Tawar di sini. Orangnya sudah lanjut usia. Di ketika itu tazkirah masih baru popular di sekitar masjid tertentu sahaja. Imam Lah ini selepas 10 rakaat sunat terawikh akan bangun dan akan beri tazkirah selama 5minit. Tazkirahnya cukup berkesan kerana ianya menyentuh isu setempat. Tak perlu masjid nak pikir nak bayar berapa padanya. Apa kata hampa try tengok panggil Ustaz yang dok sembang bab jihad tu lepas tu time salam hampa salam tangan kosong je. Cuba Try Test…………
7 Keistimewaan Hari Arafah
19 jam yang lalu