THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Isnin, 31 Ogos 2009

TERSESAT DI ATAS LANGGIT


Seminggu aku tidak update bloq ini kerana terlalu sibuk. Bukan sibuk kerana kerja atau apa apa urusan tetapi aku sebenarnya baru saja turun dari langgit. Haa satgi puak-puak ahli syurga kampong aku buat cerita aku ni dah masuk ajaran sesat pulak. Sebenarnya ceritanya begini:

Pada suatu hari aku berjalan-jalan dalam kampong aku yang terkenal dengan tapak hutan simpan yang banyak menyimpan hutan lalang di sekeliling kampong itu. Ketika asyik menikmati keindahan kampong ku yang indah itu, aku teringatkan bahawa aku perlu menghubungi seorang kawan atas satu urusan. Aku meraba-raba pokot aku mencari hp, “alamak hp tertinggal kat rumah la pulak”. Kebetulan berhampiran dengan aku ada sebuah pondok talipon awam. “Ahh lega rasanya, tak perlulah aku pulang kerumah untuk mengambil hp, lagipun aku belum puas menikmati keindahan hutan lalang di kampong aku itu. Tanpa melengahkan masa aku terus ke pondok talipon itu untuk menhubungi kawan aku. Di sinilah bermulanya cerita yang aku yakin hampa tak akan percaya tetapi ini adalah cerita benar yang tiadalah yang tidak benar melainkan benar belaka dan di jaminlah kebenarannya oleh majlis fatwa yang di ketuai oleh ......................................

Sewaktu aku mengankat gangang talipon tiba-tiba satu suara kedengaran di sebalik pondok talipon itu. “Hai manusia….mengapakah kau berani menghampiri kawasan aku dan keluargaku yang sedang bersemayam” Aku yang memang penakut dengan hantu terasa bagai hendak saja melarikan diri dari situ, tetapi kakiku tidak dapat bergerak. Aku membalas suara itu dengan berkata “Hang sapa? Jangan kacau aku, aku tak kacau hang, tolong lepaskan aku”. Suara itu bergema lagi “ Tidakkah kau tahu bahawa di sebelah pondok talipon ini ada sebuah istana yang di miliki oleh seorang lebai yang alim dalam hal-hal sms lucah kepada isteri dan tunang orang, mengapakah engkau berani menghampiri istana ini sedangkan kamu sendiri dapat melihat bagaimana istana ini di pagar dengan rapinya oleh rumput rumpai”. Aku menjawab “ aku tak berniat untuk menganggu lebai tetapi tujuan aku ke sini hanyalah untuk mengunakan talipon awam saja dan tidak lebih daripada itu”.

Entah mengapa suara itu hilang begitu sahaja selepas daripada itu. Kaki aku pun terasa sudah dapat bergerak seperti biasa. Ishh suara apa yang aku dengar tadi kataku di dalam hati. Suara jin atau suara manusia yang mahu menakut-nakutkan aku. Aku tak puas hati dan merasakan pasti ada seseorang yang hendak menakutkan aku. Aku mesti siasat.

Aku pun berjalan-jalan di sekitar istana yang di penuhi dengan semak samun itu namun aku tidak berjumpa apa-apa yang boleh dijadikan petunjuk kepada suara itu. Ahh mungkin hanya khayalan aku sahaja fikirku. Aku mengambil keputusan untuk keluar saja daripada semak samun yang menjadi pagar kepada istana lebai itu. Namun langkah ku terhenti bila aku melalui sebatang pokok yang meninggi di sebalah istana itu. Ishh pelik pula pokok ini kata ku, mengapa hanya sebatang pokok ini saja yang paling tinggi di istana ini, lalu aku teringatkan kisah dongeng pokok kacang dengan raksaksa yang selalu di tayangkan di TV3 time cuti sekolah. Apa mungkin inilah pokok yang di maksudkan dalam cerita itu. Apa yang terjadi pada diriku sewaktu aku berada di langit setelah memanjat pokok misteri itu?

Ikuti sambungannya dalam tulisan yang akan datang

To Be Continue……….

Sosialis hijau