Semalam kami telah adakan satu diskusi untuk membincangkan satu perkara yang amat penting. Diskusi atau persidangan meja Nasi Kandar Nasmir itu telah membincangkan perihal seorang kawan kami yang tersangatlah zuhudnya yang bernama Mat Bin Hj Durany. Oleh kerana Mat zan yang juga pengerusi PASTI Kampung Tok Panjang ini adalah seorang kawan baik kami maka dengan itu kami tersangatlah perihatin tentang nasib yang menimpa dirinya.
Perkara yang pertama kami bincangkan adalah bagaimana untuk mencari seorang isteri kepadanya yang pada tahun hadapan akan melepas umur 40 tahun. Memandangkan beliau yang juga seorang yang amat zuhud maka adalah tidak mungkin beliau akan mencari isteri dengan mengorat perempuan apatah lagi untuk berSMS dengan perempuan. Walaupun begitu di dalam perbincangan kami itu seorang ahli panel yang juga seorang kawan baik Mat Zan telah berpendapat bahawa amatlah susah untuk mencari seorang isteri yang sepadan dengan beliau memandangkan beliau adalah seorang yang amat baik lagi tidak suka bercakap lucah atau mencarut, apatah lagi nak menyimpan VCD prono ataupun lucah. Oleh itu aku sebagai salah seorang ahli panel telah mencadangkan agar satu usul di bawa di dalam mesyuarat Pas Cawangan Kampung Tok Panjang agar ahli-ahli Pas cawangan yang mempunyai anak atau adik perempuan perempuan hendaklah dengan berbesar hati memberi anak mereka kepada Mat Zan untuk di jadikan suri hidupnya.
Namun begitu cadangan aku ini telah di persoalkan oleh seorang lagi ahli panel yang mengatakan mengapa perlu untuk perkara ini di bawa kedalam mesyuarat pas cawangan memandangkan beberapa ahli panel yang berstatus ahli Pas telah di pecat oleh Ketua Pemudi Pas Kawasan Batu Kawan. Sepatutnya ahli Pas Kampung Tok Panjang telah lama memikirkan untuk memberi anak atau adik perempuan mereka untuk di jadikan isteri Mat zan memandangkan mereka semua tahu betapa baiknya Mat Zan ini. Lebih lebih lagi Mat Zan yang berlajar sehingga luar negeri ini adalah seorang yang amat rajin bekerja dan mempunyai kerjaya yang menjamin masa depannya. Lihat sajalah sekeliling rumahnya yang bersih tanpa rumput dan sampah sarap itu boleh membuat sejuk hati jika melihatnya. Itu baru di luar rumah, belum lagi di dalam rumah. Sudah pasti di dalam rumahnya tersusun kemas dan rapi kerana beliau adalah seorang yang amat mementingkan kebersihan.
Yang menjadi persoalan beberapa orang ahli panel pada malam itu mengapa sehingga kini orang-orang Pas di Kampung Tok Panjang seorang pun tidak sanggup memberi anak atau adik perempuan mereka kepada Mat zan walaupun mereka tahu anak mereka akan menjadi senang lenang dan akan di beri kemewahan oleh Mat Zan memandangkan beliau adalah seorang yang amat berjaya dalam hidup. Memandangkan persoalan itu tidak seorang pun mampu menjawab maka perkara ini telah di KIVkan perbincangannya.
Persoalan kedua yang di bangkitkan pada diskusi ini ialah Fitnah yang menimpa mat Zan. Fitnah yang di buat oleh seorang yang di gelar Abu Nawas ini atau nama sebenarnya Rosly Bin Yusoh sepatutnya di hentikan dengan segera. Fitnah paling dasyat ialah menuduh Mat Zan telah berSMS lucah dengan seorang tunang orang yang bernama Salmi. Mana mungkin Mat Zan yang memakai serban itu sanggup berbuat demikian melainkan ianya adakah fitnah semata mata. Sepatutnya Rosly Bin Yusof yang membuat fitnah itu mestilah di hukum dengan sekeras keras hukuman. Ahli panel juga telah mencadangkan agar Mat zan atau sesiapa saja yang bersimpati dengannya agar segera membuat repot polis atas segala fitnah itu dan jika benar Mat zan ada berSMS lucah dengan perempuan Rosly mestilah menunjukan bukti atau membawa saksi. Ahli panel amat berharap selepas tersiarnya cerita ini akan ada satu laporan polis akan di buat oleh mereka dan Rosly mesti di hukum keras sekerasnya jika beliau gagal untuk membawa bukti semua SMS itu adalah datang daripada no HP Mat zan.
Di akhir perbincangan pada malam itu kami telah sebulat suara untuk menyanyi beramai ramai lagu Raja Ema yang bertajuk angan-angan yang di tujukan khas untuk sahabat baik kami Mat Zan. Selepas lagu itu aku pula dengan rela hati menyanyikan lagu Apo kona eh Jang lagu daripada Elly Noor dan mastura yang amat popular satu ketika dulu. Dan di akhir sebelum bangun dari meja Nasi Kandar Nasmir Bandar Perda kami sekali lagi menyanyikan lagu Apa Nak Jadi, lagu nyanyian SM Salim khas untuk sahabat zuhud kami yang bernama Mohd zan Bin Hj Durany.
Munculnya Ikan Oarfish Petanda Akan Berlakunya Gempa?
4 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan