Himpunan Bantah ISA kemarin adalah satu lagi siri kebangkitan rakyat untuk menunjukan rasa mereka terhadap dasar-dasar kerajaan yang sentiasa melakukan ketidakadilan. Selepas himpunan bersih dengan isu SPR kemudiannya di susuli dengan himpunan Hindraff dengan isu penindasan terhadap kaum India di Malaysia. Seterusnya satu himpunan Protes atas isu kenaikan harga minyak dan akhir sekali himpunan membantah PSMBI hanya boleh dikatakan himpunan Protes telah mengalami kegagalan.
Sejak sehari sebelum himpunan pihak polis telah melakukan sekatan jalan masuk ke Kuala Lumpur bagi mengagalkan himpunan ini. Kami tiba awal pagi di KL Sentral terus ke Masjid Negara. Di sana polis telah menutup pintu masjid Negara dan jalan sekitarnya telah di tutup. Mereka yang turun di station komuter KTM telah terkepung di sana. Polis juga telah membuat pemeriksaan dengan membuka beg-beg mereka yang berada di sekitar Masjid Negara. Sesiapa yang mempunyai logo bantah ISA seperti baju, banner, ikatan kepala dan lencana akan di rampas. Beberapa orang juga telah di tahan pada awal pagi.
Kami melangkah ke Sogo dan sepanjang perjalanan ke sana suasana agak lengang. Polis ada di mana2 tetapi tidak menahan kami. Kemungkinan ramai peserta telah berada dalam kompleks tersebut dan hanya menunggu masa untuk berhimpun. (Bukan SB je pandai menyamar, rakyat pun pandai gak berlakon dengan depa). Timbul juga perasaan risau jika himpunan ini gagal kerana suasana di sekitar Sogo terlalu lengang. Sogo telah di jadikan medan utama perhimpunan ini di mana semua peserta dari Masjid Negara dan Masid Jamek di beritakan akan berkumpul di sini.
Kira-kira jam 2 petang sekumpulan kecil rakyat telah membentuk satu kumpulan di sebelah belakang Sogo dan mula bergerak tetapi berjaya di halang oleh polis. Pergelutan telah berlaku antara pihak polis dan barisan hadapan peserta yang akhirnya pusingan pertama ini telah di menangi oleh polis. Beberapa orang telah di tahan polis. Kumpulan yang berundur itu tadi telah kembali membentuk benteng manusia dan berhadapan sekali lagi dengan benteng polis. Tiba-tiba sekumpulan peserta datang dari arah belakang polis dan ini telah membuat polis meleraikan benteng mereka. Semakin ramai peserta datang secara kumpulan ntah dari mana aku sendiri pun tak tahu. Di ketika itu pihak polis sudah tidak boleh berbuat apa apa dengan kekuatan kuasa rakyat.
Anwar pemimpin pertama yang hadir di kumpulan byang berkubu di Sogo telah menaukan semangat lagi para peserta. (Sebenarnya sebelum kedatangan Anwar ramai peminpin telah berada di situ seperti Dr Nasir dan Aru). Polis telah berundur dan sebahagian besarnya telah menaiki kenderaan polis dan beredar dari situ. Peserta telah berjaya menawan dataran di sekitar Sogo dan para pemimpin telah membuat ucapan di situ. Selepas dari itu peserta telah bergerak ke arah Istana Negara dan bertembung pula dengan benteng FRU. Bermulalah babak tembak menembak ke arah rakyat. Water canan terus saja mensasarkan muncungnya kea rah rakyat tanpa belas. Yang amat menyedihkan kanak-kanak malah ada yang masih bayi terut sama di basahi oleh hujanan air kimia yang amat memedihkan itu. Bayangkanlah betapa aku yang semi brutal ni pun tak termampu menahan pedih dan sesak nafas bila terkena asap dan air pemedihmata itu, bagaiman pula dengan kanak kanak!
Mungkin pihak polis merasakan rakyat takutkan dengan air kimia dan gas pemedih mata itu. Sepatutnya polis perlu tahu kehadiran rakyat ke himpunan ini adalah semata mata untuk merasa kesronokan gas pemedih mata. Lihat sajalah himpunan di stadium kelana Jaya dulu. Rakyat pulang dengan perasaan hampa kerana ketiadaan pihak polis membuat kacau bilau. Yang paling aku respect sekali awek-awek yang betul2 betul berani berhadapan dengan pihak polis ini.(dapat sorang mai kali ni, pakai purdah pulak tu… ayat power bro…) Walau ada yang termuntah-muntah namun selepas saja pulih dari keperitan dan sengsara asap yang memedihkan itu mereka kembali kepada kumpulan peserta yang lain untuk membentuk kumpulan kembali.cuba lihat gambar di bawah ini : awek ini berseorangan berhadapan dengan benteng polis di depannya..
Pancutan demi pancutan dan tembakan demi tembakan tidak terhenti-henti. Sekitar jam 4ptg, kehadiran presiden Pas telah membetuk satu lagi benteng manusia dan bergerak menuju araha jalan raja laut yang terletak pejabat agong Pas.
Di ketika itu aku betul betul keletihan. Aku telah terpisah dari kumpulan sejak dari awal perhimpunan lagi. Hanya dapat berhubung melalui talipon. Yang pastinya semuanya masih selamat. Di hadapan pejabat agung Pas jalan puluhan ribu manusia telah berkumpul untuk mendengar ucapan. Himpunan di tamatkan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hadi dan oleh Mat Sabu.
Walaupun himpunan sudah di tamatkan dan peserta mulai bersurai namun pihak polis masih lagi melepaskan tembakan ke arah peserta. Tangkapan terus berlaku. Semua stations LRT di sekitar tempat perhimpunan telah di tutup. Di masjid Jamek peserta telah mula berkubu di dalam Masjid. Di luar masjid telah di penuhi dengan limpahan air kimia di atas jalanraya. Di sekitar jam 6 petang pengurusan masjid telah membuat pengumuman agar semua yang berada di dalam masjid agar keluar dalam masa lima minit kerana polis akan membuat serbuat kedalam masjid jika mereka terus menjadikan masjid jamek sebagai kubu. Peserta akur dengan arahan itu dan mereka semua telah keluar dari masjid tanpa ada gangguan dari pihak polis lagi. Sekitar jam 7 aku ketika melakukan pertukaran tren di Masjid Jamek jalan di situ masih di tutup. Tiada lagi topi merah mengawal di situ dan yang tinggal hanyalah beberapa orang anggota polis berkawal di situ.
Kami semua pulang dengan perasaan betul-betul puas pada hari itu. Setelah kecewa kerana tidak di tembak pada himpunan Protes yang mereka hadiri tahun lalu namun kali ini mereka betul-betul puas. Setelah seharian tidak mandi akhirnya mereka di mandikan dengan servis percuma oleh pihak polis. Pada mereka ingin aku katakan bahawa “Kita adalah ketua kepada diri kita, kita adalah pemerintah pada diri kita. Oleh itu kitalah yang menentukan hala tuju hidup kita, bukannya sang pemimpin hipokrit yang hanya mencari keuntungan diri dengan memerah keringat orang lain.”.
Hidup Rakyat
Sosialis Hijau
Perhatian : Aku hanya menulis kejadian yang berada di hadapan mata. Mungkin kejadian di tempat lain adalah lebih hebat lagi. Untuk menulis sesuatu yang aku tak tahu bukanlah kerja aku. Jika anda mahukan cerita keseluruhan himpunan kemarin anda boleh tanyakan kepada KETUA DEWAN PEMUDI PAS KAWASAN BATU KAWAN kerana dia dok rumah. Jadi bila dok rumah bolehlah dengar cerita dari semua tempat. Lepas tu tambah sikit sebanyak untuk menyedapkan cerita. Lepas tu keluarlah fatwa sapa yang di pilih Allah saja yang ada dalam perjuangan Islam yang tak terpilih tu siap sedialah nak masuk neraka.
Munculnya Ikan Oarfish Petanda Akan Berlakunya Gempa?
4 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan