14julai 2009.
Khariah Masjid Jalan Baru pada hari ini kehilangan seorang tokoh imam yang sudah mungkin tiada gantinya. Allahyarham Tuan Haji Abdul Wahab Bin Taib telah kembali keramatullah pada jam 9 pagi di hospital Seberang Jaya kerana sakit tua.
Allahyarham yang berumur 80 tahun itu adalah seorang Imam dan ketua masyarakat yang di segani lagi di hormati oleh penduduk kampong dan kampong2 di sekitarnya. Di lahirkan pada 17.07.29 telah di lantik menjadi ketua imam di Masjid Jalan Baru perai di sekitar tahun 80an sehingga hujung tahun 90an.
Di waktu sihatnya allahyarham adalah seorang yang sentiasa bersolat jamaah sama ada di surau atau di masjid. Di ketika orang lain masih nyeyak tidur Allahyarham sudah berbasikal kira2 2km untuk persiapan solat subuh di masjid di samping bertahrim. Ketika sihatnya juga Allahyarham tidak pernah berbuka puasa di rumahnya melainkan berbuka di surau.
Kehilangannya sebenarnya tiada gantinya. Semoga Allah menerima segala amalan dan mengampunkan segala kesilapannya di waktu di dunia ini. Al Fatihah.
Perjalanan terakhir Tuan Hj Abdul Wahab. Anaknya saudara Idris memberi ucapan memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan ayahndanya kepada hadirin sebelum Allahyarham di usung untuk di sembahyangkan
Di sembahyangkan oleh kira-kira 300 orang hadirin.
Perbezaan Antara Jin, Syaitan dan Iblis
3 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan