THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Sabtu, 25 Julai 2009

Catatan pengerusi GMI

Salam,

Baru sebentar tadi telah selesai perkongsian Cikgu Norlaila …Dari Kamunting ke Geneva di Pusat Komuniti JIM, program anjuran Wanita JIM. Saya tidak hadir tetapi saya yakin ramai yang telah hadir dan dapat manfaat daripada perkongsian tersebut. Semoga semangat meningkat untuk turun pada 1 Ogos nanti.

Cikgu Norlaila adalah mangsa kezaliman ISA. Dipisahkan daripada suami selama lebih 7 tahun dan belum tentu bila hujungnya. Dirampas kasih sayang seorang suami dan seorang ayah. Namun beliau dan anak tetap tabah dan sabar dalam perjuangan. Dulu Puan Aliza Jaafar mengalami nasib sama walaupun tidak selama Cikgu. Hj Saari Sungib dituduh yang bukan-bukan dan ditahan bawah ISA selama lebih daripada 2 tahun. Beliau dituduh berniat mengguling kerajaan dengan cara militan menggunakan molotof cocktail, pelancar roket dan grenade. Tidak pernah dibuktikan tuduhan tersebut. Tidak pernah kerajaan bawah Mahathir dan Abdullah memohon maaf di atas tuduhan yang tak masuk akal itu.

Kedua-dua Cikgu dan Puan Aliza serta isteri tahanan yang lain dianggap pejuang luarbiasa. Dalam keadaan tertekan dan lemah, mereka sedar mengapa perlu takut jika berada di pihak yang benar. Mengapa perlu berdiam diri jika mungkar terpampang di depan mata. Mereka bukan sahaja mampu mengangkat diri mereka ke tahap perjuangan yang lebih tinggi tetapi membawa bersama keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan rakyat untuk membuat perubahan…menggoncang dunia! Inilah kekuatan wanita. Jika mereka nekad, lautan api sanggup diredah. Apatah lagi, kalau jelas apa yang dilakukan merupakan tuntutan agama.

Mari kita hidupkan obor perjuangan ini sebagai penguat semangat untuk berjihad menghapuskan kemungkaran ISA. Boleh tak kita lihat Wanita, Muslimat dan Nisa’ turun menyahut seruan ini? Turun 1 Ogos 2009….berbondong-bondong!

Syed Ibrahim Alhabshi

Tiada ulasan: