Aku masih ingat ketika usrah terakhir aku bersama Pas, aku mengatakan bahawa jikalah bukanlah kerana aqidah Islam aku sejak dulu akan memilih parti yang lain selain pas untuk menjadi wadah perjuangan aku. Aku secara jelas menolak perkauman yang di bawa parti-parti di dalam Malaysia ini termasuklah parti pas itu sendiri. Aku mengatakan bahawa jikalah Parti Komunis masih ada dan bergerak dengan sah, aku akan memilih Parti Komunis sebagai pentas untuk memperjuangkan keperitan rakyat di bawah kerajaan pro kapitalis UMNO ini.
Aku juga seperti mereka yang menafikan jasa Parti Komunis pada suatu ketika dulu mempunyai pandangan negetif kepada komunis. Masih segar di ingatan sewaktu di darjah 2 aku telah menonton tayangan perdana Bukit Kepong . Itulah pertama kali minda aku di masukkan dengan keganasan komunis di Bukit Kepong menyerang dan membunuh anggota polis. Minda kanak2 aku ketika itu telah di tanam dengan keganasan komunis. Yang pastinya filem arahan senator Jins Samsudin telah meningalkan kesan perkauman kepada penonton bahawa peperangan antara komunis dan British itu adalah satu perperangan antara melayu dan cina. Walaupun pelakon utama ahli komunis itu di pegang oleh A.Rahim tetapi wataknya adalah seorang cina komunis. Cerita berakhir dengan kejayaan anggota komunis menawan balai polis Bukit Kepong. Kesemua anggota polis telah mati di dalam pertempuran itu.
Kesimpulan dari cerita Bukit Kepong itu ialah mengambarkan kekejaman pihak komunis dan kesungguhan pihak polis mempertahankan balai polis itu sehingga ke titisan darah terakhir. Aku tidak mahu membuat persoalan daripada peristiwa ini kerana tulisan ini bukan bermaksud untuk mengulas tentang cerita yang sentiasa di tayang di TV Malaysia bila menjelang hari kemerdekaan (tahun ni kalau tak tayang gambar Bukit Kepong, aku berani potong rambut).
Buku pertama yang aku baca tentang komunis bertajuk Pergerakan Komunis Di Malaysia yang sudah aku lupa nama penulisnya tetapi seorang bekas anggota polis cawangan khas kemudiannya buku Baling Jalan Menuju Damai iaitu buku yang berkisarkan tentang rundingan Baling. Dialoq rundingan antara PKM dengan wakil kerajaan Malaya dan Singapura itu sudah cukup membuat aku terpegun dengan keiklasan Chin Peng yang mengetuai wakil PKM di dalam hasrat mereka untuk menjadikan Malaya bebas sepenuhnya daripada pengaruh kuasa colonial British itu. Kegagalan rundingan di Baling itu adalah kerana Tengku Abdul Rahman yang pada ketika adalah Ketua Menteri di Malaya enggan untuk bertolak ansur dengan permintaan PKM dan terus mahu menjadikan British sebagai mentor kepada UMNO.
Perlu diingatkan bahawa Parti Komunis Malaya yang di tubuhkan pada 20 April 1930 bukanlah bertujuan untuk mengangkat senjata sebagai cara perjuangan mereka di tanah Melayu ketika itu. Jika tidak silap saya PKM juga adalah parti politik pertama yang di tubuhkan di Persekutuan Tanah Melayu. PKM yang pada asalnya bergerak seperti lain2 parti politik seperti hari ini. Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis. Setelah kedatangan Jepun ke tanah Melayu pihak British telah bekerjasama dengan PKM dengan menubuhkan MPAJA (Tentera Anti Jepun Tanah Melayu). Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota.
Setelah Jepun menyerah kalah, MPAJA mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun. British yang kembali ke Tanah Melayu selepas tamatnya perang Dunia Ke 2 telah memungkiri janjinya kepada MPAJA. Persekutuan tanah Melayu telak di bentuk oleh pihak British dan PKM di ketepikan malah pihak british telah megharamkan parti komunis ini. Maka dengan peristiwa inilah Parti Komunis Malaya telah melancarkan peperangan besenjata secara terbuka terhadap British. Sehinggalah pada pada tahun 1948 darurat telah di istiharkan di tanah Melayu.
Kembali kepada rundingan Baling yang di adakan pada tahun 1955. Jika anda membaca temu bual bersama bekas Perdana menteri Malaysia yang pertama anda akan dapat lihat bahawa British amat membantah rancangan Tengku Abdul Rahman untuk membuat pertemuan dengan pihak PKM. Di sini saya dapat merasakan keiklasan Tengku yang mewakili persekutuan Tanah Melayu di dalam pertemuan ini. Bagi pihak British pula mereka sangat takut pertemuan ini akan membuka jalan perdamaian antara pihak PKM dan Tengku. Setelah Tengku beberapa kali mendesak pihak british untuk pertemuan itu akhirnya British telah bersetuju dengan syarat utama Tengku tidak di benarkan membuat apa-apa keputusan hasil dari pertemuan itu.
Akhirnya Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan. Keenganan pihak kerajaan ketika itu untuk tidak mahu membenarkan PKM bergerak sebagai sebuah pari yang sah adalah antara sebab mengapa rundingan ini hanyalah menjadi satu pertemuan tanpa sebarang keputusan. Campurtangan pihak British serta perdana Menteri Singapura ketika itu di dalam rundingan ini juga memaksa Tengku menamatkan pertemuan tanpa sebarang persetujuan. Namun harus di ingat perkara yang penting yang telah di tuntut oleh PKM ialah meminta kerajaan perikatan yang akan mengabil alih pentadbiran Negara itu haruslah bebas sepenuhnya daripada pengaruh pihak British. Hal hal keselamatan di dalam negeri mestilah di takbir urus sendiri oleh rakyat Malaysia tanpa pengaruh dari British. Tengku yang ketika itu menjadi ketua menteri persekutuan tanah Melayu dan bakal perdana Menteri Malaysia yang pertama sebenarnya hanyalah pak turut penjajah. UMNO bukanlah perjuang kemerdekaan tetapi hanyalah menyambung penjajahan British di tanah melayu dengan undang-undang yang telah di gubal oleh penjajah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan