THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Sabtu, 11 April 2009

Abu Samah 1926-2009, Pemergian Seorang Lagi Revolusioner Rakyat

Pagi ini, kami mendapat berita bahawa Pak Abu Samah telah meinggal dunia kira-kira pukul 5 pagi (waktu Thailand) di Hospital Sungai Golok.

Seluruh kepimpinan Parti Sosialis Malaysia (PSM) sedih atas berita ini dan ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham dan juga kepada kawan-kwan seperjuangan beliau.

Abu Samah Mohd Kassim atau lebih dikenali sebagai Pak Abu Samah, cucu kepada Datok Bahaman adalah salah seorang revolusioner Tanah Air Negara kita dan terlibat dalam Perang menentang penjajah Jepun dan British. Beliau pernah menjadi ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1939, menyertai gerakan Anti Jepun pada tahun 1945, menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1946 dan bersama Parti Komunis Malaya (PKM) terlibat dalam menyertai perang Anti British. Pada tahun 1975, beliau telah menjadi anggota Jawatankuasa Pusat PKM.

Abu Samah pernah berkata, ” Perjuangan bersenjata anti-British merupakan intisari terpokok perjuangan kemerdekaan. Justeru kerana latarbelakang perjuangan yang besar inilah penjajah British terpaksa mempercepat proses pemerintahan sendiri dan kemudian mengiktiraf kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Akan tetapi, selepas kemerdekaan pejuang-pejuang kemerdekaan ini tidak diiktiraf oleh kerajaan persekutuan bahkan terus melancarkan perang terhadapnya sehingga berlaku perang dalam negeri yang berlarut selama 32 tahun”(Sehingga Persetujuan kedamaian pada 2 Disember 1989 ditandatangani).

PSM amat menghargai pengorbonan pejuang ini. Pada ketika ini, PSM berharap Perdana Menteri Malaysia yang baru Datuk Seri Najib berdasarkan semangat satu Bangsa akan membenarkan para pejuang kemerdekaan tanahair Negara pulang tanpa sebarang syarat sepertimana menghargai Persetujuan Damai di Haadyai, Selatan Thailand pada 2 Disember 1989.

Sudah tiba masanya, para pejuang Tanahair diiktiraf dan dibenarkan pulang.

Dikeluarkan Oleh

Dr. Nasir Hashim
Pengerusi PSM

S. Arutchelvan
Setiausaha Agung

Tiada ulasan: