Sungai Getah adalah sebuah kawasan ladang getah yang telah di tinggalkan oleh British. Penduduknya terdiri daripada 100% masyarakat India. Keadaan hidup mereka sungguh daif walaupun sudah 50 tahun Negara merdeka.
Sewaktu kempen basikal JERIT tahun lalu sungai Getah merupakan persinggahan kami yang pertama perjalanan dari Alor Setar. Kami tiba pada sebelah petang dan di sambut mesra oleh penduduk di situ dengan menyediakan rumah mereka sebagai tempat kami untuk bermalam di samping makanan juga mereka sediakan. Seumur hidup aku belum pernah aku bertemu dengan kehidupan masyarakat yang begitu daif. Mereka tiada bekalan elektrik dan air. Rumah mereka begitu Usang dan ada yang berlantaikan tanah sahaja. Bekalan elektrik mengunakan janaretor yang terpaksa pula penduduk membuat catuan kerana jenerator tersebut tidak mampu untuk menampung semua rumah di kawasan tersebut. Bekalan air hanya di dapati di telaga yang di gali oleh mereka.
Sebenarnya kawasan tersebut menjadi rebutan seorang pemimpin MIC. Oleh kerana penduduk di situ telah berjuang untuk terus bertahan peminpin MIC tersebut telah gagal untuk mendapatkan kawasan ladang tersebut. Bila PAS merampas kedah melalui PRU yang lalu maka lebih sukarlah pemimpin MIC tersebut untuk menjadi pemilik ladang tersebut. Akibat daripada dendam kesumat kepada penduduk kampong tersebut maka sehingga kini kampong tersebut tidak pernah merasa kemudahan sepertiyang di rasakan oleh orang lain.
Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah mereka yang telah bersama-sama penduduk tersebut di dalam perjuangan mempertahakan hak mereka. Perkara tersebut juga telah beberapa kali di bawa kepada pengetahuan pihak kerajaan negeri kedah yang lalu di bawah BN namun oleh kerana kepentingan peribadi pemimpin MIC maka hal kedaifan penduduk di situ hanyalah di bakul sampahkan sahaja.
Persoalannya mengapakah TV3 cuba mengambarkan kedaifan penduduk Sungai Getah adalah akibat daripada kerajaan negeri Kedah di bawah Pakatan Rakyat? TV3 juga telah menyatakan bahawa kawasan ladang tersebut hendak di berikan kepada individu tertentu. Bukankah individu tersebut ialah pemimpin MIC. Setelah 50 tahun memerintah kedah mengapakah pada hari ini soal kedaifan penduduk sungai getah di bangkitkan?
Bagi SH penduduk sungai Getah tidak sebodoh seperti pemuda UMNO. Betul seperti kata seorang penduduk yang di temu bual oleh TV3. katanya kami tidak mahu janji tetapi jika mahu undi kami sila lakukan apa yang hendak di janji itu sekarang. Ada barang ada undi. Tahniah kepada penduduk Sg Getah. Pastikan anda mendapat hak anda. TV3 akan mendapatkan ulasan calon BN pada hari esok dan insyaAllah aku, PSM dan team Jerit juga akan kesana esok. Apa yang pasti InsyaAllah mereka tidak akan memberi undi kepada BN.
Sosialis Hijau
Perbezaan Antara Jin, Syaitan dan Iblis
3 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan