Tengahari tadi dalam bulitin 1.30 cerita tentang Noh Omar marahkan PAS kerana katanya PAS telah membuat fitnah mengatakan Tekun menjadi ALONG sebab mengenakan bunga yang tinggi kepada peminjam. Marah betul Noh Omar.
Teringat aku semasa PRK Permatang Pauh lalu. BN yang pemikirannya masih 30 tahun ketinggalan kebelakang cuba membeli undi pengundi Permatang Pauh dengan mengunakan duit Tekun. Asal saja anda mempunyai slip mengundi di kawasan Permatang Pauh dapatlah duit tu.
Aku antara yang tidak ketinggalan mendapat duit runtuh dari kementerian Noh Omar tu. Bila dengar saja Tekun nak bagi duit dengan syarat mudah iaitu mesti punya slip mengundi BN yang boleh di dapati bilik gerakan BN aku terus saja call kawan aku Pemuda UMNO Permatang Pauh untuk mendapatkan slip itu. Tetapi dia tahu yang aku ni anti UMNO dia bagi alas an dia sibuk. Aku terus ke Bilik gerakan Pemuda UMNO Malaysia di Pekan Permatang Pauh tetapi computer mereka tidak on line. Gila betul dah 50 tahun merdeka masih mengunakan cara manual untuk menyemak nama pengundi. Aku di suruh ke tempat aku membuang undid an minta slip itu di bilik gerakan tersebut. Aku terus ke sana… Emmm puteri UMNO yang jaga tempat tu… tapi macam tuan2 tahulah nama je puteri tapi badan dengan rupa macam ketua puteri yang baru tu le.. Tak stim langsung. Ahh janji boleh dapatkan slip mengundi tu. Rupanya taka ada juga. Akhirnya kawan aku Ali ke Bilik gerakan Kubang Semang kerana kononnya di sana online. Sampai di sana nama kami tak ada… Ishh kawan aku kata kami dah masuk 3 kali mengundi Permatang Pauh macam mana boleh tak ada…… Mungkin kerana kawan aku adalah seorang bekas ketua Pemuda PAS kawasan maka namanya telah di hilangkan dari senarai pengundi. Tetapi dia tidak putus asa untuk mendapatkan juga slip mengundi tersebut lalu dia pun mula memaki hamun Anwar Ibrahim dengan makian yang mungkin UMNO pun tak buat. Akhirnya petugas di bilik gerakan tersebut meminta dia tunggu sebentar untuk memeriksa di pejabat dan akhirnya nama kawan aku yang hilang tadi pun muncul semula.
Pendek cerita pada hari itu kami semua yang comfirm secomfirmnya akan mengundi Anwar boleh la sorang RM3.000.00 Aku dan bini aku sorang 3ribu jadi 6ribu. Kawan aku tu bini 2 jadi boleh la dia 9ribu. Dekat raya pulak time tu… Huh raya sakan kami.. UNDI ANWAR TAPI UMNO BAGI DUIT. Hah hah bodohnya UMNO ni.
Oleh itu aku berpesam kepada penduduk di Bukit Gantang dan Bukit selambau supaya jangan lepaskan peluang ini. Sapu saja duit yang depa bagi… depa suruh undi BN hampa angguk je. Time undi hanya anda malaikat dan allah je yang tahu.
Hidup TEKUN…… hah hah hah rugi aku tak jadi pengundi 2 bukit.
Sosialis hijau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan