THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Jumaat, 19 Februari 2010

GOLONGAN AGAMA ANTARA PENGHALANG KEBANGKITAN RAKYAT MENENTANG PENINDASAN


Bercerita tentang orang kaya di Malaysia tiba-tiba keluar pula cerita tentang gaji dan alaun para Menteri yang menerima puluhan ribu ringgit sebulan. Itu baru gaji dan alaun belum lagi yang di terima dari hasil sembang-sembang di kedai kopi ala orang kaya-kaya. Bila masuk kampong berpura-puralah pula para menteri ini akan kesedihan kepada penduduk kampong. Di hulurnya sekeping dua wang kertas sebagai simpati. Pulang saja ke pejabat di tuntut semula wang yang di beri tadi dengan berlipat kali ganda.

Mana mungkin seorang artis seperti Zeeze Izatee mahu menjadikan Bung Moktar sebagai suaminya jika Bung Moktar hanyalah seorang pekerja kilang yang paling banyak pendapatannya RM3,000.00 sebulan. Sehensem mana pun Bung Moktar, sealim mana pun Bung Moktar, sebaik budi pekerti macam mana pun Bung Moktar ianya tidak akan mampu untuk memikat ZeZee Izatee.


Itu cerita orang kaya raya, bagaimana pula cerita orang miskin yang hina dina. Pak pak Ustaz selalu berkata kepada kita agar jangan tengok orang di atas kita tapi tengoklah orang di bawah kita. Kalau kita naik motor jangan tengok orang nak kereta tapi tengoklah orang naik basikal. Kalau nak basikal pula kena tengok orang jalan kaki dan yang jalan kaki pula kena tengok orang tak boleh jalan.


Inilah yang di namakan kapitalisme. Kapitalisme berprinsipkan penindasan. Yang di bawah harus di tindas, Yang miskin harus di jadikan barua. Untuk menghalalkan perbuatan ini mereka gunakan orang agama untuk melemahkan golongan tertindas untuk bangkit melawan. Orang agama akan di bayar untuk mencari dalil2 agar si tertindas jangan melawan jika di tindas. Orang miskin dan tertindas akan di minta bersyukur dengan apa yang ada. Biarlah orang kaya naik kapal terbang kerana kita perlu bersyukur masih boleh naik bas tambang.


Bila ada yang bangun melawan arus dengan membawa satu system ekonomi yang di beri nama komunis dan sosialis maka sekali lagi orang agama akan di bayar upah untuk mengeluarkan fatwa yang system ini bertentangan dengan Islam. Belum cukup dengan itu orang agama dengan sukarela menjadi penyambung lidah kaum penindas dengan berkata komunis itu anti agama dan tidak percayakan Tuhan.


Pemerintah yang ada pada hari ini adalah pemerintah yang menindas rakyat. Tidak cukup dengan itu mereka bersekongkol dengan kaum penindas. Siapakah kaum penindas ini? Itulah 40 nama yang telah di anugerahkan dengan manusia paling kaya di Negara ini. Bukan saja anak tokey judi di Genting sahaja penindas tapi yang banyak memberi sumbangan melalui Yayasan Bulkhari juga adalah penindas.


40 orang terkaya di Malaysia ini di bantu oleh para menteri dan penguasa untuk menjadi penindas. Bagaimana para menteri membantu mereka untuk menjadi penindas? Sudah pasti dengan cara pengauatkuasa undang-undang yang tidak pernah menyebelahi rakyat. Bila kaum tertindas memohon gaji minima RM1,000.00 sebulan, para menteri akan bertanya terlebih dahulu kepada orang terkaya ini. Bila rakyat tertindas berhimpun menuntut hak mereka penguasa akan mengunakan polis untuk memukul dan memenjarakan rakyat.


Malangnya yang menentang perjuangan kaum tertindas adalah mereka yang juga setiap saat di tindas. Orang kampong yang memasang bendera UMNo adalah kaum tertindas, Polis yang memukul orang ramai juga adalah kaum tertindas, Tukang sapu sampah seperti KETUA PEMUDA PAS KAWASAN BATU KAWAN juga kaum tertindas. Namun begitu golongan ini pula menjadi penyokong dan sanggup menjadi benteng kepada pemguasa untuk terus menindas mereka. Mereka tidak percaya majikan mampu membayar mereka gaji minima kepada kerja yang mereka lakukan. Jika ada yang bangun menuntut gaji dan kemudahan kepada kaum pekerja malaon seperti KETUA PEMUDA PAS KAWASAN BATU KAWAN yang setiap pagi menyuci longkang taik akan berkata kita patut bersyukur dengan gaji sebagai pencuci sampah sebanyak RM500.00. Kita perlu lihat orang yang lebih miskin dari kita.


Akhirnya golongan penindas semakin hari menambah kekayaan mereka hasil dari keringat orang miskin. Para menteri juga sibuk menghimpun kekayaan hasil dari kebodohan manusia seperti Ketua Pemuda Pas Batu Kawan. Maka lahirlah manusia terkaya di Malaysia. Para menteri bergaji puluhan ribu ringgit dengan segala kemudahan yang di beri percuma atas keringat rakyat.


Namun begitu kaum tertindas akan tetap dihalang oleh golongan agama untuk bangkit menentang penindasan ini. Para agamawan akan berusaha mencari dalil dan nas bahawa menentang pemerintah hukumnya haram. Tanpa kita sedar para ustaz inilah penindas yang paling kejam yang menjadi dalang kepada kebangkitan rakyat.


SOSIALIS HIJAU

Tiada ulasan: