JERIT sokong Tuntutan NUBE!
GPKK, JERIT memberi sokongan penuh ke atas tuntutan NUBE agar cuti bersalin bagi wanita bekerja dilanjutkan ke 90 hari. Pada 21/9/ 2006, GPKK telah menyerahkan poskad yang mengandungi 6 tuntutan kepada Perdana Menteri. Tuntutan ke lima adalah meminta pihak kerajaan melanjutkan cuti bersalin bergaji penuh daripada 60 hari hingga ke 90 hari dan minimum 7 hari cuti untuk bapa atau penjaga.
Hak wanita bersalin
GPKK berpendapat bahawa cuti bersalin adalah hak yang diberikan kepada wanita yang melahirkan anak. Seseorang wanita yang baru bersalin amat memerlukan masa yang mencukupi untuk menjaga kesihatan mereka serta menjalin hubungan kasih saying dengan si comel yang baru lahir. Malah, masa ini amat diperlukan untuk penyusuan ibu sepenuhnya, membina perkembangan emosi, social dan mental bagi kedua-dua ibu dan anak.
Di samping itu, GPKK mendapati bahawa kebanyakan pekerja kilang melakukan kerja-kerja yang berat dan para ibu yang bersalin memerlukan masa yang mencukupi untuk berehat.
Malaysia Jauh Ketinggalan!
Malah, perkara ini bukanlah sesuatu yang baru. Lebih kurang 80% Negara-negara di seluruh dunia telah mengamalkan cuti berrsalin melebihi 12 minggu termasuk Singapura, India, Indonesia dan Laos.
Jadual: Cuti bersalin di negara lain
Negara | Tempoh Cuti Bersalin | Catatan |
Angola | 3 bulan | Gaji dibayar 100% |
Bulgaria | 45 hari cuti sakit bergaji penuh sebelum bersalin 2 tahun cuti bergaji dan tambahan 1 tahun cuti tanpa gaji | Majikan perlu memberikan kerja/jawatan yang sama setelah ibu tersebut kembali bekerja. Wanita mengandung dan ibu tunggal tidak boleh dibuang kerja. |
Brazil | 4 bulan bagi ibu 7 hari bagi bapa | Gaji dibayar 100% |
Cameroon | 3 bulan bagi ibu 10 hari bagi bapa | Gaji dibayar 100%
|
China | 3 bulan | Gaji dibayar 100% |
Cuba | 3.5 bulan | Gaji dibayar 100% |
India | 135 hari (Kerajaan Persekutuan) 90 hari (Kerajaan Negeri) 15 hari bagi bapa | Gaji dibayar 100% |
Indonesia | 3 bulan bagi ibu 2 hari bagi bapa | Gaji dibayar 100% |
Italy | 5 bulan | 80% gaji dibayar selepas bersalin |
Laos | 3 bulan | Gaji dibayar 100% |
Sweden | 18 bulan bagi ibu 3 bulan bagi bapa/penjaga | Gaji dibayar penuh dan kos ini ditanggung oleh majikan dan Kerajaan. |
Thailand | 3 bulan | 45 hari pertama gaji 100% 45 hari seterusnya gaji 50% |
United Kingdoms
| 26 Minggu (7 bulan) | 90% gaji dibayar untuk 6 minggu pertama dan baki 20 minggu gaji dibayar dengan bayaran yang ditetapkan. |
Sumber: Parental Leave - http://en.wikipedia.org
Jadual di atas jelas menunjukkan bahawa, Malaysia masih mundur atau jauh ketinggalan berbanding negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Lous yang mengamalkan cuti bersalin yang cukup baik berbanding Malaysia.
1 Malaysia: Rakyat Didahulukan – Jangan cakap saja, Laksanakan dulu!
Perdana Menteri baru, begitu ghairah dengan slogannya 1 Malaysia: Rakyat didahulukan. Tetapi adakah beliau betul-betul mempunyai kuasa untuk merealisasikan slogan tersebut. Ini adalah kerana, sejak dulu lagi, kerajaan BN asyik mengatakan bahawa akan mempertimbangkan untuk melanjutkan cuti bersalin kepada 84 hari bagi kakitangan awam. Tetapi mereka juga yang kemudiannya mengatakan ia tidak boleh dikuatkuasakan kerana khuatir akan menjejaskan produktiviti.
Kalau isu GSt atau harga petrol, suruh tengok negara lain, berbanding dengan negara lain. Akan tetapi bagi polisi-polisi yang menjaga kebajikan pekerja, kerajaan seakan-akan menutup mata dan tidak mahu melihat negara lain.
Kerajaan Persekutuan tidak berhenti di situ sahaja. Bila Kerajaan Selangor hendak mengimplementasi 90 hari cuti bersalin untuk kakitangan kerajaan Selangor, terus diugutnya dengan pelbagai ugutan. Akan tetapi, Kerajaan Selangor yang dipimpini oleh Pakatan Rakyat terus mengimplementasinya dengan cara lain. Kalau satu kerajaan negeri mampu memberi 90 hari cuti, kenapa tidak kerajaan persekutuan.
Sumbangan kaum wanita dalam pembangunan negara memang tidak boleh dinafikan. Sekiranya pihak kerajaan yang menyokong idea kapitalis enggan melaksankan tuntutan para pekerja, maka para pekerja haruslah turun ke jalan untuk memperjuangkan hak mereka menuntut cuti bersalin 90 hari!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan