THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Khamis, 25 Februari 2010

BUKU BUKU SEJARAH TANAH A IR YANG PATUT ANDA BACA


Memoir Abdullah CD – Zaman Pergerakan Sehingga 1948Terlalu banyak peristiwa dan kenangan yang melintas di benak saya apabila mengenang kembali sejarah perjuangan silam sejak 1920-an sehinggalah sekarang.Perjuangan memang amat berliku-liku dan saya jatuh sakit disebabkan keracunan pengkhianat pada 1976. Kesan daripada sakit itu amat hebat dan mengganggu keupayaan saya untuk menulis dengan lancar. Akan tetapi, berkat izin Allah dan berkat sokongan kawan-kawan pimpinan Jawatankuasa Pusat dan Kawan Chen Ping; berkat bantuan Suriani dan pimpinan Rejimen Ke-10 lainnya serta berkat bantuan kawan-kawan dan rawatan doctor, saya teguh berjuang melawan penyakit. Alhamdulillah, saya sihat semula sehingga ke hari ini sungguhpun agak uzur kerana sudah lanjut usia.

Memoir Adullah CD: Zaman Pergerakan Sehingga 1948 ini sya harap akan dapat menyumbang sedikit sebanyak kepada usaha penulisan kembali sejarah tanah air kita. Saya berharap ia akan melengkapkan ruang-ruang sejarah yang belum lengkap. Sekurang-kurangnya ia akan membantu para pelajar dan pengkaji sejarah untuk berfikir daripada perspektif yang berlainan. Dengan itu saya harap mereka dapat membuat tafsiran yang lebih saksama terhadap para pejuang antipenjajah yang berada dalam wadah kiri dan dalam Parti Komunis Malaya.


Memoir Abdullah C.D ( Bahagian Kedua)- Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10
enlarge

Penaja dan pemimpin Rejimen Ke-10, memoir Abdullah C.D. bahagian kedua ini secara khusus menfokuskan kepada perjuangan bersenjata menentang penjajah British untuk kemerdekaan Malaya kini Malaysia yang bermula pada bulan Jun 2948.


Secara umum bolehlah disimpulakn perjuanganbersenjata Anti-British adalah akibat wajar dari kesedaran nasional dan pariotisme Malaya yang mulai berkembang pada tahun 30-an. Perang Dunia Kedua telah memperingatkan kesedaran tersebut ke tahap yang lebih tinggi. Selepas tamat perang tersebut, gerakan kemerdekaan yang terajui oelh PKM, PKMM,API, AWAS, BTM, Kesatuan2 Buruh dan lain-lain berkembang menggelora.


Sesuai dengan tajuk Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, Abdullah C.D. tidak hanya menubuhkan rejimewn Ke-10, tetapi juga telah memimipin pasukan itu melancarkan perjuangan tak kenal ampun menentang kekuasaan penjajah British. Tahun 1953, atas perintah Markas Agung TPNM. beliau memimpin sebahgian pasukan Rejimen Ke-10 menempuhkan berbagai rintangan dan tiba di kawasan sempadan dengan jayanya. Sejak itu beliau pula bertungkus lumus memimipin pasukan membangun basis sempadan demi meneruskan perjuangan sehinggalah wujudlah penandatanganan perjanjian danai Haadyai pada tahun 1989.



Memoir Abdullah C.D. (Bahagian Ketiga): Perjuangan di Sempadan dan Penamatan Terhormat

“Di masa silam, kawasan sempadan yang merupakan kawasan strategik perang gerila pernah menjadi sandaran belakang perang-perang patriotik anti-British seperti Perang Bahaman di Pahang (1891-1895), Perang Tok Janggut di Kelantan (1915) dan Perang Haji Abdul Rahman di Terengganu (1928). Rakyat kedua-dua belah perbatasan tersebut adalah dari ras dan rumpun yang sama iaitu rumpun Melayu. Datok Bahaman dan beberapa pemimpin perang itu bersemadi di negera jiran tersebut.”

“Perjuangan di kawasan sempadan telah menempa pasukan Rejimen Ke-10 menjadi sebuah pasukan yang benar-benar teguh dan tabah memperjuangkan cita-cita kemerdekaan. Di akhir tahun 1950-an hingga awal 1960-an, pasukan bersenjata TPNM di kawasan sempadan dilanda awan mendung kecenderungan memberhentikan perjuangan bersenjata. Akan tetapi kerana asas perjuangan dan sokongan massa rakyat kawasan sempadan yang begitu mengkagumkan terhadap Rejimen Ke-10, kecenderungan negatif tersebut telah disanggah dengan semangat yang tinggi oleh para kader dan perajurit Rejimen Ke-10 sehingga pasukan pahlawan ini muncul sebagai pemegang panji perjuangan yang paling teguh….”

“Pada 2 Disember 1989, sekali lagi kawasan sempadan telah menciptakan satu sejarah, sejarah perdamaian besar yang menamatkan konflik bersenjata peninggalan penjajahan British yang bermula dari Jun 1948. Terciptanya perdamaian tersebut telah membawa keamanan dan perdamaian untuk Malaysia dan kawasan sempadan Thailand - Malaysia.”

Price: MYR 38.00

The Memoirs of Rashid Maidin: From Armed Struggle to Peace
enlarge

“Since the 1930s, I was involved in the Communist Party of Malaya (CPM) in the struggle against the British colonizers to free our homeland. Many have asked me why I chose to take this path and not another, they have also asked me about my experiences, my joys and pain and my memories. I’ve had all kinds of questions thrown at me. It is also true that I myself have wished to write down some episodes from my struggle within the CPM….

I endured the extreme bitterness of living under both the British and Japanese. I fought against the Japanese during their occupation (1941-45) with all my might, just as I did when the British returned to rule Malaya in 1945. Between 1945-48, when I agitated peacefully against the British, I was one of the CPM’s public representatives, openly organizing the masses for independence. Soon after the declaration of the Emergency. I was caught and imprisoned in British detention camps until 1952. It was a good thing that I managed to escape and join the 10th Regiment [of the Malayan National Liberation Army] with my close friend, Abdullah C.D. In December 1955, I participated in the Baling Talks with Chin Peng and Chen Tien. In 1989, I was one of the CPM’s representatives in the Phuket negotiations which resulted in the Haadyai Peace Accord of 2 December that same year.

I hope this memoir will give some idea of the struggle which I plunged myself into for decades.”

Memoir Suriani Abdullah - Setengah Abad Dalam Perjuangan
enlarge

Setengah Abad Dalam Perjuangan – Memoir Suriani Abdullah - sebuah memoir tulisan Suriani Abdullah yang mencatatkan perjuangan dan kehidupan beliau yang mengagumkan, bagaikan helang merempuh badai gelora menuju ke puncak cita-cita pantai bahagia.


Sejarah berputar mengikut edarannya, kesedaran dan kemajuan manusia juga berkembang mengikut zamannya. Beliau dilahirkan dalam zaman kesedaran nasional rakyat tanah jajahan dan setengah jajahan di dunia, Asia khasnya sedang menggelora. Kebangitan ini telah menempa beliau dari seorang pejuang wanita yang unggul dan bercita-cita tinggi untuk keadilan masyarakat, kemerdekaan negara dan bangsanya.

Abu Samah Mohd Kassim: Pejuang Kiri Kemerdekaan Zuriat Datuk Bahaman


Perjuangan Datuk Bahaman menentang penjajahan Inggeris di Pahang (1891–95) banyak memberi ilham dan dorongan kepada generasi anak Pahang yang berikutnya dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, selepas Perang Dunia Kedua. Malah, penglibatan mereka dalam perjuangan bersenjata, meskipun bersama PKM, boleh juga dilihat sebagai penyambung perjuangan Datuk Bahaman. Salah seorang zuriat Datuk Bahaman yang terlibat secara aktif dalam perjuangan kemerdekaan ialah Abu Samah Mohd. Kassim, anak Pahang kelahiran mukim Semantan, Temerloh. Bermula sebagai pemimpin kecil dalam gerakan politik kiri (PKMM/API). Abu Samah kemudiannya menjadi salah seorang pemimpin utama dalam Rejimen Ke-10, Tentera Rakyat Malaya dan PKM. Perjuangannya berpanjangan lebih setengah abad, dari Pahang hingga ke Selatan Thailand. Meskipun dia mungkin kurang dikenali berbanding rakan seperjuangannya Rashid Maidin dan Abdullah C.D., tetapi dia telah menyertai perang gerila menentang Inggeris sejak tahun 1948 dan telah menjadi Ahli Jawatankuasa Pusat PKM sejak tahun 1975. Oleh itu, buku biografinya ini akan menunjukkan bahawa dia adalah salah seorang pejuang kiri kemerdekaan yang penting dan patut diberi pengiktirafan.


Gerakan dan Tokoh Kiri : Kamarulzaman Teh dalam Kancah Perjuangan Kemerdekaan

Buku ini terutamanya memaparkan kisah hidup dan perjuangan Kamarulzaman Teh, bekas Ketua API Pahang, 1946-1947. Namun, kehebatan Kamarulzaman bukanlah terletak pads peranannya sebagai Ketua API Pahang sahaja, kerana dia jugs pernah bergerak di bawah tanah sebagai aktivis MPAJA dan sebagai kader PKM. Di samping itu, dia mungkin merupakan tahanan politik yang paling lama, kerana dia pernah dipenjara selama 14 tahun, kemudian ditahan pula di bawah ISA selama 8 tahun. Walau bagaimanapun, untuk melihat konteks perjuangan Kamarulzaman, buku ini turut memaparkan gerakan politik yang pernah muncul di Pahang sebelum Perang Dunia Kedua, dan gerakan politik kiri yang muncul di Temerloh sebelum dan selepas Darurat. Sebenarnya, peranan dan perjuangan Kamurulzaman terkait erat dengan peranan Temerloh sebagai pusat gerakan politik kiri yang terpenting, malah merupakan lambang gerakan politik kiri di negara ini.



Memoir Shamsiah Fakeh, Dari AWAS ke Rejimen ke-10 (Edisi Baru)Shamsiah Fakeh adalah pemimpin pergerakan Kemerdekaan dari kalangan wanita Melayu yang berjuang dengan gigih hingga ke belantara Malaya. Beliau adalah Ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bagi mengibarkan panji-panji perjuangan menuntut Kemerdekaan dari tangan penjajah British. Gandingannya dengan Ahmad Boestamam, Ketua API telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah. Shamsiah menyertai Rejimen Ke-10 iaitu sayap Melayu Parti Komunis Malaya (PKM). Kehidupannya penuh ranjau berduri. Beberapa kali beliau sesat di hutan ketika melanjutkan perjuangan bersenjata ke arah menuntut Kemerdekaan. Perjuangannya tidak mengira tempat, sama ada di hutan mahupun di pentas antarabangsa. Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan. Shamsiah mengorbankan jiwa dan raga untuk memerdekakan Malaya mengikut caranya yang tersendiri. Selepas terpisah dari PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi. Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand yang ditandatangani di Haadyai, Thailand pada 1989. Sekembali ke tanah air, beliau bersama anak cucunya menjalani kehidupan hari tuanya secara sederhana. Beliau tidak pernah menyesal menentang penjajah British, tidak pernah menyesal masuk ke hutan dan menyertai Parti Komunis. Beliau bersyukur perjuangannya telah menggegarkan penjajah. Beliau percaya dan yakin generasi muda yang dapat menghayati sejarah yang benar pasti akan menemui arah tuju mereka.

Ibrahim Chik adalah salah seorang daripada sekian banyak pemuda Lubuk Kawah di Temerloh yang masuk ke hutan mengangkat senjata melawan penjajah dalam gerakan kebangsaan berhaluan kiri. Kebanyakan pemuda Melayu pada ketika itu begitu tebal dengan semangat patriotiknya. Ibrahim dan rakan-rakan seperjuangannya yang rata-rata kuat dengan latar belakang pendidikan agama dari sekolah pondok telah berkorban jiwa dan raga demi cinta mereka kepada tanah air. Dalam tubuh mereka mengalir darah pejuang Pahang yang terkenal gagah berani seperti Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau. Pada masa negara masih huru hara dan darurat, mereka tidak mempunyai banyak pilihan. Kebanyakan gerakan antipenjajah termasuk Kesatuan Melayu Malaya (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) telah ditekan pergerakannya, United Malays National Organisation (UMNO) yang baru ditubuhkan pula dipenuhi golongan elit dan bangsawan. Parti Komunis Malaya (PKM) yang pada mulanya dibenarkan juga telah diharamkan. Sebagai rakyat bawahan yang muda dan bersemangat, tak mungkin Ibrahim dapat memberikan sumbangan besar kepada gerakan kemerdekaan Tanah Melayu dalam UMNO yang berjuang dengan slogan ‘Hidup Melayu.’ Dalam API, Ibrahim sudah sebati dengan ‘Merdeka dengan darah!’ Pilihan yang ada hanyalah bergabung dengan rakan-rakan dalam Rejimen ke-10 yang menjadi sayap PKM seperti Abdullah C. D., Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan lain-lain yang sudah bersedia menerima kedatangan beliau. Ibrahim yang begitu petah berpidato kemudiannya diangkat mengetuai bahagian perang saraf dan propaganda PKM. Dengan tanggungjawab itu, Ibrahim berusaha memenangi hati rakyat untuk turut sama dalam perjuangan bersenjata dan berdarah menuntut kemerdekaan. Beliau ingin melihat Malaya merdeka dan bebas dari cengkaman penjajah British. Dalam memoir ini, Ibrahim mengimbau kembali pahit getir pengorbanan beliau dan rakan-rakan seangkatannya selama empat dekad dalam PKM.

Serikandi Suriani Abdullah

Ibu Suriani binti Abdullah adalah salah satu seorang pejuang wanita yang unggul dalm perjuangan kemerdekaan tanah air kita. Selama setengah abad lebih, beliau melibatkan diri dalam kancah perjuangan untuk membebaskan tanah air daripada belenggu fasis Jepun dan penjajah British serta untuk pembebasan dan kesejahteraan rakyat. Sejak tahun 1955, beliau ikut sama memimpin pasukan Rejimen ke-10 Tentera Rakyat Malaya (dulunya Tentera Pembebasan Nasional Malaya). Beliau telah membuat sumbangan yang besar, melakukan banyak aktiviti dan pekerjaan, namun sejarah peribadi beliau bertautan erat dan berpadu dengan sejarah Rejimen ke-10. Beliau dihormati dan disayangi oleh segenap komander dan perajurit Rejimen ke-10 yang menganggap beliau sekali gus sebagai pimpinan, sahabat dan juga ibu tempat mereka mencurahkan segala kesulitan dan suka duka mereka.

Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan
enlarge

Dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, gerakan nasionalisme Melayu terbahagi kepada aliran kiri dan aliran kanan. Aliran kiri dipelopori oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM), diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Muda (PKMM) dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS). Aliran kanan pula dipelopori oleh persatuan Melayu negeri-negeri dan diteruskan oleh United Malays National Organisation (UMNO) dan berjaya mencapai kemerdekaan. Perjuangan nasionalisme aliran kiri memang tidak berjaya mencapai matlamatnya. Gerakan nasionalis kiri terpinggir dan terkeluar dari arus perdana kerana tekanan penjajah dan hanya mendapat sokongan daripada golongan minoriti Melayu. Namun, satu kelompok kecil dari kalangan pemimpin gerakan nasionalis kiri Melayu ini telah memilih jalan lain untuk meneruskan perjuangan mereka. Mereka menyertai perjuangan bersenjata mulai 1948 bersama Parti Komunis Malaya (PKM) setelah mendapati perjuangan secara damai tidak dapat diteruskan lagi. Perjuangan mereka ini hanya berakhir dengan termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989 di Haadyai. Buku ini mengandungi 11 bab yang antara lain kandungannya melingkari topik berkenaan gerakan politik, perjuangan kemerdekaan tanggapan umum terhadap perjuangan melingkari topik berkenaan gerakan antikolonial, gerakan politik, perjuangan kemerdekaan dan tanggapan umum terhadap perjuangan bersenjata nasionalis kiri pada zaman penjajah. Untuk buku ini, penulis melakukan penyelidikan dengan menggunakan tiga sumber termasuk sejarah lisan. Penulis juga menemubual secara langsung tokoh-tokoh Melayu berkenaan.

Tiada ulasan: