THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Rabu, 3 Februari 2010

ORANG MISKIN AKAN DI HALAU KELUAR DARI SEKOLAH KERAJAAN


PEMUDA SOSIALIS,

PARTI SOSIALIS MALAYSIA(PSM)

KENYATAAN AKHBAR

3 FEBRUARI 2010

”NAK HANTAR SEKOLAH, TAK ADA DUIT

TAK HANTAR SEKOLAH, BOLEH DIPENJARA”


Kami Pemuda Sosialis PSM amat kesal dengan keadaan rakyat Malaysia yang terus ditekan dan dihimpit dengan bebanan yuran persekolahan yang kian meningkat. Kami telah mendapat banyak aduan dan keluhan dari pihak ibu bapa yang mendapati yuran dan kos persekolahan terlalu tinggi, membebankan dan tidak adil.

Tahun 2007, rakyat diputarbelitkan bahawa yuran persekolahan akan menjadi percuma tetapi dompet ibu bapa semakin ringan kerana ia adalah satu penipuan. Bermulanya sesi persekolahan 2010, dompet ibu bapa bertambah ringgan lagi dengan kos persekolahan yang terlalu tinggi.

CONTOH YURAN( PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH

BANTUAN KERAJAAN (SK) & BANTUAN MODAL (SJKT & SJKC )

YURAN ASAS

No

Perkara

SK

SJK (T)

SJK (C)

1

Kokurikulum

RM 5.00

RM 3.00

RM 3.00

2

Kertas Ujian Dalaman

RM 10.00

RM 6.00

RM 6.00

3

Sukan Tahunan Sekolah

RM 10.00

RM 6.00

RM 6.00

4

Kegiatan Pendidikan Moral

RM 10.00

RM 6.00

RM 6.00

5

MSSM ( Majlis Sukan Malaysia)

RM 2.00

RM 2.00

RM 2.00

6

Insurans Takaful

RM 1.50

RM 1.50

RM 1.50

JUMLAH

RM 38.50

RM 24.50

RM 24.50

YURAN TAMBAHAN

NO

PERKARA

SK

SJK(T)

SJK(C)

1

Buku rampaian

RM 12.00

2

PLBS

RM 2.40

3

Buku Nilam

RM 0.80

4

Kad Laporan

RM 1.50

5

Lencana Sekolah

RM 1.00

6

Buku Aktiviti (HANYA THN 4,5,6)

RM 27.00

RM 25.00

RM 105.00

7

Test pad (HANYA THN 4,5.6)

RM 4.00

8

Yuran PIBG (SATU KELUARGA)

RM 40.00

RM 10.00

9

Baju Sukan

RM 25.00

10

Foto

RM 8.00

11

Tanda Nama

RM 3.50

RM 4.00

12

Tali leher

RM 9.50

13

Fail peribadi

RM 7.00

14

Kad Segak

RM 1.50

JUMLAH

RM 88.50

RM 93.70

RM 105.00

Ø Butiran di atas adalah hasil pemerhatian di beberapa sekolah di Perak & Kuala Lumpur.

Ø Bayaran tidak semestinya sama dan ia bergantung kepada sekolah berkenaan.

Ø Purata yuran yang dibayar oleh seorang pelajar adalah >RM120

YURAN SEKOLAH BERASRAMA

NO

PERKARA

PENDAPATAN KURANG RM 5,000

PENDAPATAN LEBIH RM 5,000

1

Wang PIBG

RM 192.00

(BUMIPUTERA)

RM 92.00

(BKN BUMIPUTERA)

RM 92.00

2

Wang SUWA

RM 33.50

RM 33.50

3

Bayaran Asrama (termasuk makanan)

RM 240.00

RM 640.00

Ø RM 200 untuk pelajar Tingkatan Lima – Kelas Tambahan

Ø RM 20 untuk pelajar lelaki – potong rambut

Selain yuran persekolahan kerajaan BN juga telah mengurangkan beberapa insentif untuk murid secara senyap-senyap.

TAHUN 2010 :

1. SBT (Skim Baucer Tuisyen) telah dimansuhkan atas alasan kerajaan “tidak ada duit”. Skim ini adalah kelas tambahan selepas waktu persekolahan untuk murid-murid miskin. Murid akan dibekalkan dengan makanan dan guru yang mengajar akan diberi elaun. Pada prinsipnya, kami tidak setuju bahawa seorang pelajar harus pergi ke Tuisyen kerana kualiti pendidikan di sekolah sepatutnya memadai. Namun, tindakan kerajaan ini akan mendiskriminasi dan menafikan hak untuk kanak-kanak dari keluarga miskin bersaing dengan mereka yang mampu membayar dan sekaligus mengancam hak berpendidikan.

2. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang diberi untuk pelajar miskin juga telah dikurangkan bilangannya. Keluarga yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM400 atau pendapatan perkapita kurang daripada RM80 layak mendapat RMT. Setiap makanan RMT diperuntukkan RM1.80 sehari untuk murid di Semenanjung Malaysia dan RM2.05 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan. Contohnya, di sebuah sekolah di Sg.Siput bilangan murid yang layak menerima RMT pada tahun 2009 adalah seramai 43 orang tetapi bilangannya dikurangkan kepada 22 orang tahun 2010 walaupun murid yang tercicir layak menerima RMT.

3. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) telah dikurangkan tahun ini kerana tiada peruntukkan. Syarat kelayakan untuk menerima KWAPM adalah gaji ibu bapa mesti kurang daripada RM530 atau perkapita RM107. Ia berlainan di Sarawak dimana gaji mesti kurang daripada RM585 atau perkapita RM117 dan Sabah serta Labuan adalah kurang daripada RM685 atau perkapita RM137. Ibu bapa menaruh harapan terhadap bantuan ini kerana yuran anak-anak biasanya akan dipotong melalui wang KWAPM dan bakinya akan dipulangkan kepada ibu bapa. Maka pembayaran yuran tidak akan menjadi masalah kepada ibu bapa yang miskin. Malangnya kini, bantuan berkenaan dikurangkan tahun ini. Ada guru yang merunggut kerana kerajaan meminta sedekah daripada guru untuk menyumbangkan RM1 setiap bulan untuk mengisi tabung KWAPM. Mampukah sumbangan ini dapat memenuhi kehendak ibu bapa yang miskin?

4. Kadar yuran yang dikenakan rata-ratanya seorang murid perlu membayar sebanyak RM100 – RM150 yang kian naik saban tahun. Apakah langkah kerajaan dalam menangani masalah ini. Wajarkah ibu bapa yang berpendapatan di bawah RM 500 dan mempunyai ramai tanggungan dipersalahkan? Sekiranya, kerajaan mengimplimentasikan akta gaji minima dan mengawal harga barang secara adil, nescaya keadaan sebegini tidak berulang. Namun, senario ini sememangnya diwujudkan oleh kerajaan untuk keuntungan semata-mata.

Namun, inilah kata-kata manis yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom yang menyatakan bahawa bayaran tersebut tidak akan membebankan ibu bapa dan para pelajar kerana bayaran secara ansuran boleh dibuat diharap dapat meringankan beban ibu bapa terutama golongan berpendapatan rendah serta mereka yang mempunyai ramai anak sedang bersekolah. ''Cuma saya harap, ibu bapa tidak terlalu berkira mengenai persekolahan anak-anak”.

Ø Realitinya ibu bapa dipaksa untuk membuat bayaran dan sekiranya gagal berbuat demikian, anak-anak tidak diberi buku. Kebanyakkan ibu bapa yang berada dalam tahap miskin dan miskin tegar mengambil keputusan untuk tidak menghantar anak ke sekolah disebabkan desakan di sekolah. Dalam konteks ini, ibu tunggal menjadi mangsa kerakusan BN kerana tidak berdaya untuk menanggung kos pendidikan yang semakin tinggi.

Kerajaan juga mula mengugut ibu bapa dengan undang-undang baru iaitu:

Ø Kini para ibubapa miskin seolah-olah dalam penjara apabila Kerajaan mahu mewajibkan pendidikan sekolah rendah selama 6 tahun. Undang-undang ini dirangka berdasarkan perangkaan Kementerian bahawa terdapat sekurang-kurangnya tiga peratus setiap tahun kanak-kanak yang tidak didaftarkan di sekolah terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Terdapat juga sebilangan murid yang berhenti atau diberhentikan oleh penjaga mereka sebelum menamatkan persekolah rendah.

Ø Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad matlamat utama undang-undang itu adalah untuk memberi peluang pendidikan kepada semua kanak-kanak di negara ini dan memastikan mereka berpelajaran. Menurutnya lagi apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, ibu bapa yang gagal mendaftar anak mereka di sekolah tanpa sebab yang munasabah akan didakwa di mahkamah.

Ø Tindakan Kerajaan BN umpama samseng yang meletakkan dua bilah pisau di dua belah pipi ibubapa. Nak hantar sekolah, tak ada duit. Tak hantar sekolah, boleh dipenjara.

Ø Sistem Pendidikan, kanak-kanak sekolah dan ibubapa menjadi mangsa apabila Ahli Politik dan Menteri Pendidikan yang sentiasa bertukar polisi seperti bertukar pakaian. Negara kita mahu mewajibkan pendidikan tetapi ibubapa tidak mampu menyara kos pendidikan.

Ø Di negara pemerintahan Sosialis seperti Cuba dan Venezuela, Perlembagaan mereka memastikan pendidikan itu adalah satu hak dan adalah percuma. Percuma sehingga ke tahap Universiti. Itu adalah sebab negara itu boleh mencapai tahap pendidikan tinggi dan tahap celik huruf sebanyak 100%.

Ø Di negara kita, Kerajaan antaranya melaksanakan program seperti projek SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi) yang melaburkan RM 20 juta untuk memperbaiki kualiti pendidikan dan memberi autonomi kepada pengurusan sekolah supaya dapat menghasilkan pelajar cemerlang. Guru pula berlumba-lumba untuk merealisasikan matlamat kerana kerajaan telah berjanji untuk memberi ganjaran dalam bentuk wang dan kenaikan gaji.

Ø Pada September 2009 Kerajaan Malaysia dengan rasminya mengumumkan telah membeli dua kapal selam KD TAR berjumlah RM3.4 bilion. Darimana dapatnya duit 3.4 bilion ini?

Ø Kerajaan juga telah membazir berbilion-bilion ringgit untuk projek- projek mega seperti Litar F1 Sepang, Mini Putrajaya, Kangar, Perlis, Menara Taming Sari, Melaka, dan banyak lagi projek. Bukan itu sahaja, Putrajaya yang sudah cantik, kerajaan mampu mencantikan semula dengan lampu-lampu yang mahal dan bangunan-bangunan baru. Bagaimana Kerajaan ada duit untuk perkara ini sedangkan pendidikan adalah satu keperluan asas. Mengapa pendidikan dan kebajikan murid yang dikorbankan.

Ø Inilah bezakan sistem pendidikan kita dengan negara lain. Nampak canggih, nampak bergaya tetapi masih ada keciciran kanak-kanak, masih ada sekolah yang serba kekurangan, masih ada mereka yang tak mampu membiayai pendidikan anak-anak. Indah kata daripada rupa

PEMUDA SOSIALIS, PSM berpendirian bahawa:

1. Pendidikan adalah sesuatu yang perlu diberi secara percuma dan bukannya dibayar dengan wang semata-mata.

2. Yuran perlu dimansuhkan serta – merta.

3. Selaraskan semua sekolah supaya dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan.

4. Kerajaan sepatutnya menggunakan keuntungan yang diperolehi dari Petronas atau hasil kutipan cukai pendapatann dari korporat dan kapitalis gergasi untuk disalurkan dalam pendidikan. Tapi semakin hari, pendidikan menjadi semata-mata satu lagi perniagaan untuk membuat keuntungan.

“ YURAN NAIK, SEMUA NAIK….

”YANG TURUN HANYA HUJAN DAN NILAI PENDIDIKAN”

Tiada ulasan: