PEMBUNUHAN BANGSA-BANGSA DI NEGERI SEMBILAN
Batu Kikir, Negeri Sembilan merupakan salah satu kawasan basis tentera kita dalam Perang Anti-Jepun. Sejumlah anggota pasukan 136 dan tentera rasmi British datang ke situ menjelang dan setelah Jepun menyerah diri. Pegawai-pegawai tentera British menjalankan hasutan di kalangan orang kampung. Kira-kira pada bulan Oktober 1945, imperialis British menyuruh seorang ejennya berbangsa Tionghua menyembelih seekor babi dan mencampakkan ke dalam masjid. Orang Melayu yang menyangka tentera kita bertanggungjawab membuat angkara itu menjadi sangat marah lalu mengamuk. Antara 700 hingga 800 anggota parang panjang yang didalangi oleh imperialis British itu telah datang menyerang sebuah kampung Tionghua dan membunuh massa Tionghua. Pasukan kita yang bertugas di situ hanya 4 orang saja. Tanpa mempedulikan penjelasan, nasihat dan amaran daripada kawan-kawan, anggota-anggota parang panjang mara dengan ganasnya lalu menetak dan mencederakan keempat-empat orang itu. Di bawah keadaan nyawa mereka berada di hujung tanduk, barulah kawan-kawan melepaskan tembakan dan mengundurkan mereka. Pegawai-pegawai tentera British yang bermuka dua itu pura-pura bersimpati dengan kawan-kawan kita dan menawarkan untuk membawa kawan-kawan yang cedera itu ke hospital. Akan tetapi, setelah menaiki kereta dan tiba di pekan Batu Kikir, bedebah-bedebah orang putih itu sengaja memberhentikan kereta dan membiarkan anggota-anggota parang panjang menyeret keluar kawan-kawan kita itu lalu mencincang mereka sampai mati. Akan tetapi, peristiwa ini tidak merebak berkat usaha bersama parti kita dan tokoh-tokoh berbagai lapisan.
Di daerah Baling, Kedah, juga terdapat pasukan 136. Osman Jiwa, bekas Ketua Turus Angkatan Tentera dan kini salah seorang kapitalis birokrat besar di Malaysia, ketika itu juga merupakan salah seorang anggota Pasukan 136 yang diterjunkan British dari India. Pasukan tersebut yang bergerak di Baling enggan menghubungi tentera kita, apa lagi hendak bekerjasama dengan kita. Dengan tujuan untuk menentang komunis, mereka telah pergi ke kampung-kampung Melayu untuk melakukan berbagai kegiatan mensabotaj tentera kita, dan berusaha memenangi hati orang ramai dengan memberi makanan, pakaian dan lain-lain serta memujuk pemuda-pemuda Melayu supaya memasuki pasukan mereka. Suatu kali, seplatun tentera kita secara kebetulan telah terserempak dengan sepasukan pemuda-pemuda Melayu bersenjata yang tertipu di kampung. Melalui pendidikan, mereka berbalik gagang menentang gerila-gerila pasukan British itu lalu menyertai pasukan kita. Sementara itu, atas permintaan keras dari berbagai bangsa, kawan-kawan kita telah membasmi seorang penghulu yang sangat reaksioner di kawasan Tawar, Jalan Baling. Dengan menggunakan peristiwa pembasmian penghulu itu, anggota-anggota Pasukan 136 termasuk Osman Jiwa telah menjadi jelatang miang menghasut di sana sini mengatakan “orang Tionghua membunuh orang Melayu” serta mengapi-apikan orang Melayu supaya menentang orang Tionghua. Imperialis British telah menyusun kumpulan parang panjang orang Melayu di kawasan Kubang, daerah Baling dan berturut-turut mengamuk, membunuh ramai orang Tionghua di daerah Baling dan bahagian tengah Kedah. Ketegangan keadaan dapat dikendurkan hanya melalui usaha parti dan tentera kita dengan menjalankan pendidikan kepada massa rakyat Melayu dan Tionghua supaya menghentikan permusuhan dan jangan tertipu oleh hasutan musuh.
Di Pahang, iaitu di pekan sari Batu Talam dalam daerah Raub juga telah berlaku pembunuhan bangsa-bangsa. Tak berapa minggu setelah Jepun menyerah diri, imperialis British melalui pasukan 136 yang bercokol di desa-desa di situ telah menghasut orang Melayu supaya membunuh orang Tionghua. Dengan didalangi oleh British, suatu pagi puluhan orang anggota parang panjang di Batu Malim telah menyerbu ke pekan sari di mana terdapat ramai peraih dan orang ramai berbagai bangsa termasuk massa rakyat Tionghua berkumpul untuk membeli belah. Anggota-anggota parang panjang dari Batu Talam juga telah datang beramai-ramai dan bergabung dengan mereka dari Batu Malim untuk mengamuk dan melakukan pembunuhan tanpa belas kasihan. Kerana ramai orang berbagai bangsa berkumpul di situ, maka mereka yang terkorban dan cedera bukan saja terdiri daripada orang Tionghua bahkan juga terdapat massa Melayu. Mujurlah ramai massa Melayu di situ tidak termakan hasutan British. Mereka secara beramai-ramai telah melarang orang-orang parang panjang daripada terus melakukan pembunuhan, dengan demikian ia telah dapat mencegah rusuhan itu daripada merebak.
Selain daripada itu, di beberapa tempat di berbagai negeri, peristiwa pembunuhan bangsa-bangsa juga hampir-hampir terjadi. Akan tetapi parti kita bersama tokoh-tokoh berbagai lapisan dengan giat telah memberi penerangan melawan khabar-khabar angin dan menegaskan pentingnya perpaduan bangsa-bangsa. Berkat usaha itu, parti kita telah berjaya mengelakkan terjadinya peristiwa pembunuhan bangsa-bangsa itu.
Daripada kenyataan di atas, terbukti bahawa semua itu dihasut oleh fasis Jepun dan kaum imperialis British. Akan tetapi, parti kita telah memainkan peranan yang amat penting dalam menggagalkan komplotan pembecah belahan bangsa-bangsa musuh, memulihkan persefahaman dan perpaduan antara bangsa-bangsa serta meredakan situasi tegang dalam hubungan antara bangsa-bangsa selepas perang. Di bawah pimpinan parti, sejumlah kader Melayu seperti Kawan Abdullah C.D., Kawan Rashid Maidin dan Mokhtaruddin Lasso di Perak, Kawan Mat Indera, Mokhtar dan lain-lain di Johor, Kawan Zahid dan Sutan Djenain di Negeri Sembilan, Kawan Yusuf dan lain-lain di Pahang, bersama dengan kawan-kawan dari lain-lain bangsa telah berusaha keras dan memainkan peranan yang sangat penting dalam mengendurkan ketegangan antara orang Melayu dan Tionghua, menyelesaikan pergaduhan bangsa-bangsa serta mewujudkan suasana kerjasama dan saling mempercayai antara bangsa-bangsa menjelang tamatnya perang dan dalam tahun-tahun selepas perang.
Mokhtaruddin Lasso dan beberapa kawan tersebut, bersama-sama dengan tokoh-tokoh patriotik dan progresif di luar parti, pada 17 Oktober 1945 telah menaja penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Mokhtaruddin Lasso yang ketika itu anggota Parti Komunis Malaya telah terpilih sebagai Yang Dipertua Agungnya. Tak lama kemudian, beliau dicolek dan diugut oleh Field Security Service tentera British, lalu beliaupun melarikan diri dan meninggalkan parti kita. PKMM merupakan sebuah parti progresif yang dengan aktif membangkit dan menyatukan massa rakyat Melayu di seluruh negara melawan penjajahan untuk kemerdekaan tanah air serta secara luas menjalankan propaganda dan pendidikan untuk perpaduan bangsa-bangsa. Bertolak daripada hasrat perpaduan bangsa-bangsa juga, beberapa sultan ketika itu, khususnya Sultan Perak, Terengganu dan Pahang telah bekerjasama dan memberi banyak perhatian untuk menyelesaikan pergaduhan bangsa-bangsa. Dalam masa Perang Anti-Jepun, beberapa sultan telah memberi simpati mereka kepada perjuangan melawan Jepun yang dipimpin parti kita.
Peristiwa penyembelihan bangsa-bangsa yang dicetuskan oleh fasis Jepun dan imperialis British itu meninggalkan kesan yang amat buruk sekali bagi hubungan dan perpaduan bangsa-bangsa. Akan tetapi, berkat usaha parti kita dan semua parti progresif lainnya serta tokoh berbagai kalangan, maka kesan buruk itu dapat diredakan. Namun demikian, peristiwa ini berulang lagi pada tahun-tahun 60-an akibat perbuatan kaum reaksioner Kuala Lumpur dan Singapura yang mewarisi dan meneruskan polisi “pecah belah dan kemudian memerintah” fasis Jepun dan imperialis British dulu. Yang paling serius di antaranya ialah peristiwa 13 Mei 1969. Selama beberapa tahun ini, mereka dengan licik terus mengadu domba bangsa-bangsa sehingga menyebabkan hubungan antara bangsa menjadi tegang. Berdepan dengan keadaan demikian, di samping meninggikan kewaspadaan, beberapa pengalaman penting dari perjuangan dan pekerjaan parti kita dalam mengurus masalah bangsa-bangsa 30 tahun lebih yang lalu perlu dipelajari hari ini.
Antara lain, pertama, kita harus terus menerus mempropagandakan polisi parti tentang bangsa-bangsa dan berusaha menyatukan rakyat pekerja semua bangsa untuk melawan pemecah belahan perpaduan bangsa-bangsa.
Kedua, Apabila musuh membuat persiapan untuk melancarkan penyembelihan bangsa-bangsa, kita harus dengan teguh melancarkan propaganda secara luas dan mempersatukan semua tokoh yang inginkan perpaduan bangsa-bangsa untuk menelanjangi komplotan musuh di kalangan orang ramai, khasnya di kalangan mereka yang telah tertipu.
tamat
---
PERISTIWA PEMBUNUHAN BANGSA-BANGSA DI BALING, KEDAH

PERISTIWA PEMBUNUHAN BANGSA-BANGSA DI PAHANG

bersambung dengan: FAKTA-FAKTA: BAGAIMANA IMPERIALIS BRITISH MENCETUSKAN PEMBUNUHAN BANGSA-BANGSA DI NEGERI SEMBILAN SELEPAS PERNAG ANTI-JEPUN
artikel terdahulu:
PEMBUNUHAN BANGSA-BANGSA DI SUNGAI MANIK DAN TELUK...
DATOK ONN DAN KIAI SALLEH DALANGI PERISTIWA PEMBUN...
PERJUANGAN PARTI DAN TENTERA KITA MELAWAN KOMPLOTA...
MENGAPA BERLAKUNYA PEMBUNUHAN BANGSA-BANGSA MEN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan