THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Selasa, 29 Disember 2009

Selamat Tahun Baru 2010 - Daripada Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)

JARINGAN RAKYAT TERTINDAS

www.jerit .org

Selamat Tahun Baru 2010

Tahun Baru Lebih Bermakna Jika Rakyat Terus Membawa Perubahan

Tahun 2009 sudah hampir berlalu dan 2010 menanti kita dengan penuh harapan. Harapan agar hidup kita akan bertambah baik dan kita akan dapat hidup lebih selesa. Setiap orang pula akan berazam untuk mencapai sesuatu yang baru yang dapat mengubah hidupnya.

Namun harapan sahaja tidak memadai. Rakyat perlu terus membawa perubahan; membuang apa yang tidak berguna dan membina kuasa yang dapat membawa perubahan. Ini tidak mustahil ! Rakyat telah membuktikannya semasa pilihanraya pada Mac 2008.

Jom kita renung sejenak perubahan yang telah kita bawa:

- Menafikan Kerajaan BN 2/3 di Parlimen. Memberikan 5 (-1) negeri kepada Kerajaan PR.

- Sebanyak 9 Pilihanraya Kecil telah dijalankan dan BN hanya dapat pertahankan 2 kerusi sahaja – keputusan muktamad PR 7- BN 2.

- Ahli Parlimen BN terpaksa meninggalkan majlis untuk menyelamatkan Bajet 2010.

- Kuasa rakyat pada 1 Ogos 2009, memaksa Kerajaan untuk mengkaji semula ISA (walaupun kita mahu ianya dimansuhkan).

- Kini tinggal jumlah tahanan ISA yang paling sedikit di Kem Tahanan Kamunting.

- MACC walaupun masih berkuasa, kini terpaksa berhati-hati dalam menjalankan tugasnya. Skandal PKFZ sudah mula menampakkan beberapa tangkapan dibuat akhirnya.

- Perdana Menteri yang selama ini hanya mengiktiraf MIC, kini secara terus terang mengkritik parti itu dengan mengiktiraf satu lagi parti lain. Ini kerana rakyat juga telah membuang MIC.

- Krisis dalam MCA berterusan kerana ahlinya enggan mengiktiraf pemimpinnya yang korup.

- Hasrat menubuhkan Kerajaan Campuran oleh PAS juga ditolak oleh rakyat.

Semua perubahan ini adalah sebahagian daripada sejarah yang dicipta oleh rakyat sendiri. Jadi, rakyat harus terus membawa perubahan demi mewujudkan sebuah negara yang adil dan saksama. Kerajaan PR pula harus membuang sikap meneruskan tradisi BN. Jangan berikan gula-gula kepada rakyat. Perubahan polisi harus dilakukan misalnya dalam:

i. isu tanah – iktiraf hak peneroka bandar dan Orang Asli;

ii. isu pilihanraya tempatan – kembalikan hak demokrasi rakyat;

iii. isu penswastaan hospital - jangan luluskan sebarang projek baru di 4 buah negeri di bawah Kerajaan PR;

iv. mengadakan pungutan suara (referendum) dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat sebelum membuat keputusan – seperti isu konsensi air di Selangor;

Tahun 2010 juga menanti kita dengan banyak lagi cabaran. Satu cabaran yang paling ketara adalah cukai GST. Kerajaan BN yang korup dan kini hampir bankrap, mahu menyelamatkan dirinya dengan mencekik rakyat. Dengan memperkenalkan cukai GST rakyat terpaksa membayar 4% cukai untuk hampir semua barangan dan perkhidmatan yang digunakan. Cukai ini akan meninggal satu kesan yang besar terhadap rakyat Malaysia yang majoritinya adalah golongan berpendapatan rendah.

Maka kita harus menyambut tahun baru 2010 dengan membuat satu lagi perjuangan. Rakyat harus bersatu membantah perlaksanaan cukai GST. Kita tahu ini tidak mustahil!

Selamat Berjuang untuk Satu Sistem yang Lebih ADIL dan SAKSAMA!

Selamat Tahun Baru 2010 dari Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)


Tiada ulasan: