THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Selasa, 24 November 2009

PAS SOKONG UNDANG2 ZALIM ISA - Bahagian Ketiga

Dibawah ini adalah bahagian ketiga siri PAS Menyokong Akta Zalim ISA. Ucapan Zulkifli Mohamad (Timbalan YDP PAS Pusat) ini adalah selepas daripada Ucapan Ahmad Boestamam (Presiden Parti Rakyat)


Enche' Zulkiflee bin Muhammad

(Bachok): Tuan Yang di-Pertua, dihadapan kita ini ada satu Rang Undang2 yang bertujuan hendak memerangi subversive, dan di-dalam

Undang2 ini ada beberapa peratoran

yang di-tujukan kapada maksud itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun disini

menyokong Undang2 ini. Tetapi

saya hendak mencheritakan beberapa

perkara yang ada di-dalam Undang2

ini yang pada fikiran saya akan boleh

menimbulkan kepayahan dan kesusahan

dan akan boleh di-gunakan bagi

maksud yang lain daripada maksud

yang asal Undang2 ini.

Tadi, Timbalan Perdana Menteri

sudah memberikan fikiran-nya dan didalam

uchapan-nya yang panjang itu

dia telah memberi satu tegasan

mengatakan bahawa Undang2 ini

tidak di-maksudkan untok menchengkam

kebebasan dan democracy didalam

negeri ini. Dan dia telah berjanji

dan memberi jaminan tidak pula

ada tujuan Kerajaan hendak menggunakan

Undang2 ini bagi maksud

menahan perkembangan parti2 politik

yang bertentangan dengan Kerajaan.

Saya tidak tahu sama ada janji ini

boleh di-pegang atau tidak. Itu akan

di-terangkan oleh perbuatan2 yang

akan di-tunjokkan kapada Menteri

itu, tetapi saya memberi amaran,

Tuan Yang di-Pertua. Di-dalam mempersetujukan

ini saya memberi amaran

bahawa kalau sah dan benar tujuan

Kerajaan hendak mengawal, memelihara

dan mengembangkan democracy

di-negeri ini maka amalkan-lah

Undang2 ini menurut dasar pengubalan-

nya. Sa-barang salah guna dari

Undang2 ini akan membawa satu reaction

yang burok dan tidak-lah

menjadi mustahil kalau sa-sudah berjanji

hendak di-jalankan-nya dengan

baik, tidak mustahil Kerajaan itu

hendak menjalankan dengan tidak

baik. Orang2 atau sa-tengah atau sabahagian

daripada manusia daripada

negeri ini akan menjadi komunis jika

di-salah pakai Undang2 ini.

Kita, Tuan Yang di-Pertua, tahu

kesalahan2 dan penyakit2 yang ada didalam

Undang2 sa-bagaimana saya

sebutkan, tetapi bagi kepentingan

keselamatan negeri dan atas asas

bahawa Undang2 ini menuju kapada

menchegah perkembangan subversion

dan terrorism maka kita sokong. Tuan

Yang di-Pertua, apabila kami menyokong

Undang2 ini, kami tuntut

kapada Kerajaan supaya meluaskan

fahaman di-dalam ma'ana subversion,

tidak sahaja subversion dari komunis,

tetapi sa-barang anasir yang tidak

di-ingini yang ingin menjatohkan tata

hidup demoracy di-dalam negeri ini

hendak-lah di-tegah sama ada dia

melakukan subversion-nya itu dengan

chara langsong atau tidak langsong.

Saya maksudkan puak2 Amereka,

puak2 Inggeris, puak2 apa sahaja yang

chuba hendak menggunakan helah

dan daya-nya bagi menjahanamkan

tata hidup di-negeri ini di-dalam subversion.

Sebab-nya, Tuan Yang di-

Pertua, "Prejudicial to the interest of

this country" yang menjadi teras bagi

perkara yang besar di-dalam Undang2

ini tidak-lah sa-mata2 di-hadkan

kapada sa-suatu puak sahaja. Saya

bersetuju, Tuan Yang di-Pertua,

bahawa bahaya2 komunis amat-lah

besar. Dan ada masa-nya ia-itu akan

bertambah besar. Chara2 mengembangkan

komunis di-dalam negeri ini

bukan-lah payah, sadikit ka-silapan

akan membalekkan sejarah negeri ini

kapada apa yang telah berlaku. Bagi

pehak saya, Tuan Yang di-Pertua, sahinggakan

pengishtiharan Perdana

Menteri menyokong ka-masokkan

China ka-dalam United Nation itu

pun saya rasa, ada mempunyai bibit

yang menyeronokkan orang2 komunis

di-dalam negeri ini, dengan memberikan

kekuatan kapada-nya bahawa

sekarang negara besar-nya telah diakui

dan komunis-nya sa-kurang2 dihormati.

Sa-kurang2-nya Perdana

Menteri kita telah memberi sadikit

angin kapada goyang-nya pokok

komunis di-Tanah Melayu ini dengan

pengishtiharan yang saya tidak hendak

bahathkan kerana itu soal luar negeri

tetapi tidak di-nafikan ada-nya

sokongan moral komunis.

Tuan Yang di-Pertua, di-dalam

Undang2 ini, ada beberapa perkara

yang ta' terang dan ini akan saya

chuba menyebutkan-nya, supaya

dengan menyebutkan perkara2 itu

dapat-lah Kerajaan itu betul2 mengamalkan

Undang2 ini dengan jiwa dan

roh Undang2, ini tidak dengan jiwa

dan roh yang lain dari dasar menggunakan

Undang2 ini. Lagi sakali saya

katakan, sa-barang silap amal, salah

gunakan Undang2 ini bukan akan

mengurangkan terroris yang 400 orang

itu bahkan akan menambah bilangannya.

Sa-barang penekanan yang tidak

di-bolehkan oleh Undang2 ini akan

mengakibatkan kesan balas yang tidak

di-ingini. Pergi kapada satu2-nya

Undang2 ini dan saya perchaya Kerajaan

katika sakira-nya orang menyokong

satu Undang2 Kerajaan itu maka

beri-lah pertimbangan yang berat

kapada fikiran yang di-kemukakannya

itu sebab dia tidak membangkang,

chuma menyokong, kerana ada perkara2

yang di-risau, kok salah masok

maka akan senget-lah perjalanan

jentera Undang2 ini.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini

saya mulakan umpama-nya; ini soal

satu2-nya. Di-dalam Fasal 7. Fasal 7

ini perkara-nya kechil sangat, Tuan

Yang di-Pertua, tetapi yang kechil-nya

ini-lah kalau salah kita, kata orang,

ta' ada, berdemocracy, kita kata ada,

jadi bergadoh akhir-nya. Fasal 7

bahagian (3) :

"Any article in respect of which an offence

has been committed under this section may

be seized and destroyed or otherwise dealt

with as the Minister may direct, whether

or not the identity of the offender is known

and whether or not any prosecution has

been commenced in respect of the offence".

Jadi, belum pun dia di-da'wa, dia

di-bicharakan orang itu dan benda

yang kita jumpa di-rumah itu boleh

kita hanchorkan, boleh kita rosakkan.

Tuan Yang di-Pertua, itu berlawanan

dengan mengikut ke'adilan, kata-lah

saya ada satu buku, entah macham

mana saya di-tangkap oleh orang dan

kemudian buku saya itu; belum lagi

saya di-jail atau di-hukum, buku saya

di-bakar-nya, Bichara saya ta' salah!

Apa hal jadi-nya kapada buku saya itu.

Orang kata, perkara ini kechil. Ini lain

soal, Tuan Yang di-Pertua. Itu soal

ke'adilan democracy. Satu2 benda yang

belum tentu salah benar-nya tidak-lah

boleh di-pandang salah.

Tuan Yang di-Pertua, di-sini bahagian

yang ka-8 pechahan (iv):

"for prohibiting him from addressing

public meetings, etc

Tuan Yang di-Pertua, Menteri yang

bersangkutan dengan hal ini, ini fasal

kuasa-nya, dia boleh tangkap kita dan

dia boleh kita di-tahan. Sa-tengah

orang memahamkan, bila kita keluar

maka dia pun boleh keluar dan memberi

sharat ini. Sa-benar-nya dia

boleh ta' di-tangkap, ta' di-tahan

tetapi di-kenakan-nya sharat ini

kapada-nya. Sharat dalam bahagian

(b) boleh pula di-pileh-nya ia-itu

bahagian kechil (iv) itu sahaja. Katanya,

"awak ini tidak boleh bersharah,

memegang Jawatan-Kuasa pun ta'

boleh". Jadi, saya pun kalau orang

itu bersharah dia ta' boleh; saya

bukan suka hendak bersharah, Tuan

Yang di-Pertua, tetapi di-dalam perkembangan

politik ini, bersharah adalah

mustahak. Jadi, kalau ini di-hadkannya

dengan sebab security, maka akan

terchabut-lah daripada democracy,

sifat2 asasi yang telah di-berikan oleh

Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu. Jadi, kemungkinan Menteri,

oleh kerana baik sangat, "saya ta'

mahu tahan, ta' mahu apa", tetapi

yang ini di-kenakan. Ini akan menyebabkan

kelumpohan bagi perkembangan

politik di-negeri ini.

Ini yang saya takut kalau salah guna.

Kalau salah guna, bila sa-saorang tidak

dapat menjalankan kerja politik ini

1211 21 JUNE 1960 1212

dengan chara yang sehat maka pergilah

dia menjalankan politik ini dengan

chara yang tidak sehat. Itu-lah saya

berikan ingatan saya, Tuan Yang di-

Pertua.

Dalam Fasal 9, Tuan Yang di-Pertua,

di-nyatakan :

"Whenever any person is detained under

any order made under paragraph (a) of

sub-section (1) of section 8 he shall, in

accordance with Article 151 of the Constitution,

as soon as may be—

(a) be informed of the grounds of his

detention;"

"As soon as may be" ini ada-lah satu

kesamaran, "as may be" 3 bulan, 6

bulan, boleh jadi tangkap dahulu

bechara kemudian pun satu jalan, Tuan

Yang di-Pertua. Sebab masa menangkap

dia tidak mesti menyebut sebab-nya

tetapi "as soon as may be" dia mesti

menchari sebab2-nya. Jadi saya berharap

kapada Kerajaan supaya soal

yang sa-macham ini beri-lah "definite

time" supaya boleh mengelakkan

kelambatan yang tidak mustahak yang

akan menyebabkan Bill ini menuju

kapada satu arah yang lain daripada

arah yang telah kita buatkan pada

hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, sa-lain daripada

soal itu, dahulu di-dalam Dewan

ini kita telah membahath dengan

panjang berkenaan dengan "ill feeling

and ill-will" dan sa-bagai-nya; lagi sakali

kita berjumpa. Di-sini tuan2 dari

pehak Kerajaan boleh mengatakan

kalau perkara telah di-persetujukan

maka tidak boleh-lah di-bahath lagi

sekarang ini. Kalau di-dalam Perlembagaan

kita membuat perkataan2

yang luas maka boleh-lah di-fahami

dan boleh di-pandang betul sebab tidak

tepat dalam Perlembagaan berjela2

keterangan-nya, tetapi ini dalam

undang2 yang berhajat kapada tegasnya.

Saya risau, Tuan Yang di-Pertua,

ia-itu sa-lain daripada "ill-will" atau

"hostility" ini akan di-gunakan bagi

penekanan kapada faham politik.

Persatuan Islam Tanah Melayu

mempunyai dasar memperjuangkan

Islam di-dalam negeri ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam

bahagian yang kedua daripada fasal

itu ada satu perkara yang saya rasa

tidak berapa sedap ia-itu:

"An order under sub-section (1) may, if

the order so provides, be extended so as—

(a) in the case of a periodical publication,

to prohibit the publication, sale,

issue, circulation, possession or importation

of any past or future

issue thereof;"

Kata-lah Utusan Melayu atau Mujallah

Mastika bukan main baik-nya, lima

tahun "good service". Akhir tahun yang

kelima bulan December keluar satu

issue yang tidak bagus yang salah pada

pandangan Kerajaan dan salah pada

undang2 ini dan thabit-lah salah-nya.

Pada ketika itu, Tuan Yang di-Pertua,

mengikut bahagian (b) dia boleh pula

menahan dan merampas benda yang

sudah dahulu. Apa-kah dosa-nya, apakah

sebab-nya, oleh kerana perbuatan

mereka pada hari ini maka yang dahulu

di-bongkar2. Ini pun, Tuan Yang di-

Pertua, satu perkara yang saya rasa

1213 21 JUNE 1960 1214

terang2 berlawanan dengan tujuan

undang2 ini.

Tuan Yang di-Pertua, di-bawah

bahagian 29 "Possession of Subversive

Document." Di-sini pun tidak berapa

terang, Tuan Yang di-Pertua. Katanya:

"In this section 'subversive

document' means any document having

in part or in whole a tendency"—(a)—

(b}—(c) dan tentang (d) tersebut:

"to bring into hatred, ridicule or contempt,

or to excite disaffection against any

public servant in the execution of his

duties or any class of public servants

or against any armed force lawfully

in the Federation or any member of

such force in the execution of his

duties; . . . . "

Kita kata-lah Postman dalam masa'alah

ini pada sakian haribulan umpamanya

telah memberi surat itu biadap—

sudah subversive. Jadi "any public

servant" di-dalam menjalankan kerjanya

akan menyebabkan terok benar-lah

ra'ayat menjalankan kerja negeri ini

dan menjalankan hak-nya untok

menyatakan fikiran-nya kapada orang

ramai. Saya perchaya Timbalan

Perdana Menteri akan menjawab tidaklah

sampai ka-situ tujuan saya, tetapi

undang2 ini tidak menahan sampai kasitu.

Jadi ini satu perkara yang saya

rasa undang2 ini ada mempunyai kelonggaran2

yang mungkin salah faham

dan merbahaya kapada yang berlawanan.

Mungkin pula di-pegang oleh

orang itu sakira-nya di-dapati bahawa—

"0) to support, propagate or further the

interests or aims of any unlawful

society."

Apa nama-nya dia? Menurut Undang2

Society bahawa tiap2 satu pertubohan

yang belum mendapat pendaftaran maka

dia itu not lawful. Kata-lah sa-saorang

itu atau tegas-nya orang kampong yang

mana satu persatuan yang banyak

orang2-nya maka dia berkata sendiri

sementara dia menghantarkan surat

kapada pegawai2 yang mengesahkan

Pendaftaran Undang2 itu maka dia pun

membuat siaran menyuroh orang2

masok menjadi ahli persatuan-nya, dan

dengan sendiri-nya itu menjadi subversive

document. Saya perchaya perkara

itu tak sampai, tetapi siapa-kah

boleh melarang undang2 itu? Maka itulah

yang menjadi soalan dalam meluluskan

sa-suatu-nya.

Kemungkinan ini mesti-lah ada "safe

guard" atau kawalan yang membolehkan

ra'ayat yang tidak ada penjaminan

dengan subversive ini supaya dapat

di-selamatkan dalam kebebasan mereka

hidup dalam negeri ini, dalam bergerak,

berkumpol dan berchakap dalam negeri

ini. Kemudian saya pergi kapada

bahagian yang kedua ia-itu berkenaan

dengan menentang terrorist. Dalam hal

menantang terrorist ini, Tuan Yang di-

Pertua, kita tentu-lah tidak berapa

risau sebab category atau jenis manusia

yang di-sebutkan sa-bagai terrorist

ada-lah kurang orang yang mungkin

di-tudoh. Maka apa yang ada dalam

undang2 ini yang menerangkan bahawa

boleh kita ma'afkan, kalau pun ia itu

terkeluar sedikit sa-sudah batas kebebasan

hidup biasa. Sebab kita adalah

berhadapan dengan terrorist. Walau

bagaimana pun kalau ada kemungkinan

kezaliman yang dapat di-lakukan

kapada orang yang kita rasa bukan

diri-nya penjahat maka patut dihendarkan

dalam undang2 atau yang

menjalankan undang2 ini.

Fasal 53 kata-nya "the Minister"

dengan sebab demikian "may take

possession of any land", kerana maksud

yang demikian. Kemudian dalam dia

hendak mengambil maka tidak pun disebutkan

dalam undang2 itu apa2 atau

procedure yang hendak di-buat-nya.

Saya risau, kerana menurut undang2

ini apabila di-ambil sa-suatu bangunan

atau rumah maka di-bawah-nya ada

di-buat suatu lembaga atau badan atau

commission yang boleh kita merayu

dalam satu2 waktu yang tertentu ia-itu

"within 14 days". Dalam bahagian

53 (1) tidak menyebutkan kalau dia

hendak mengambil rumah itu mestilah

di-beritahu kapada orang itu, dan

kalau kita tahu security area itu didalam-

nya meriam dan senapang

menjadi unsor yang tegas. Jadi, yang

selalu-nya mengambil rumah orang itu

bukan terrorist, kerana tak akan dalam

hutan pula. Umpama-nya dalam sasuatu

kampong yang hendak membuat

camp bagi kegunaan tentera dan sabagai-

nya, maka keadaan ada-lah

memaksa berbuat demikian. Apa-kah

salah-nya dalam undang2 ini di-buat

satu peratoran kalau kita hendak

mengambil itu hendak-lah memberi

notice kapada orang itu terlebeh dahulu

1215 21 JUNE 1960 1216

supaya dia tahu dan apabila dia tahu,

kata-lah dalam masa 14 had, dia boleh

kemukakan bantahan kapada commission,

atau Board of Committee itu.

Satu daripada perkara yang memayahkan

dan yang patut di-buat

kawalan dalam undang2 ini, sebab

kuat-kuasa undang2 ini ada pada tangan

Menteri, ia-lah jika sakira-nya orang

itu tidak ada dalam negeri yang membolehkan

notice sampai kapada-nya itu

maka hendak-lah di-buat satu jalan

supaya boleh di-panjangkan masa-nya,

ia-itu masa appeal, sebab kita terpaksa-

lah mengambil security risk

kerana hal itu lebeh panjang dan lebeh

kuat supaya dia dapat menjalankan

hak2 asasi-nya. Saya sengaja membawakan

perkara ini kerana saya rasa

mustahak-lah hak asasi manusia itu

di-kawal, walau pun kita terpaksa berperang

dengan terrorist. Sa-telah saya

menyebutkan darlam perkara ini tadi

maka saya ingin mengemukakan kapada

Tuan Yang di-Pertua bahawa kami

menyokong Rang Undang2 ini demi

kepentingan keselamatan negara, dan

saya ulangkan peringatan yang di-beri

tadi bahawa sebarang salah gunakan

di-atas undang2 ini akan mengakibatkan

satu perkara yang sebalek-nya.

Perbahasan ini telah di mulakan oleh beberapa orang ahli Parlimen Perikatan yang kesemuanya menyokong akta yang di bentangkan ini.

Sosialis Hijau

Tiada ulasan: