THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Rabu, 21 Oktober 2009

Pelajaran dari Lenin


Diubahsuai berpandukan rencana Ian Birchall (Oktober 2009)

Sama ada menyokong pekerja yang bermogok, menyokong penduduk setinggan, atau berkempen menentang perang, anda kemungkinan besar akan menjumpai ahli-ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) terlibat dan membantu perjuangan-perjuangan ini. Anda juga mungkin jumpa orang yang memberi amaran bahawa anda tidak patut berkaitan dengan PSM kerana PSM adalah “pertubuhan Leninis” atau sosialis.

Tetapi pertubuhan-pertubuhan Leninis telah memainkan peranan penting dalam sejarah kelas perjuangan. Pada Oktober 1917, pekerja Rusia menumbangkan sistem kapitalis yang selama beberapa generasi telah mendatangkan kemiskinan, penindasan dan perang. Dengan itu, mereka menghidupkan harapan pekerja di merata dunia.

Selama sepuluh tahun, talun 1917 dapat didengar di negara-negara lain sambil kaum tertindas cuba mengikut contoh Rusia. Ia adalah paling hampir dunia mendirikan alternatif sosialis. Mereka yang inginkan kita melupai sejarah inginkan kami melupai kemungkinan itu, harapan itu, inspirasi itu.

Vladimir Lenin (1870-1924) memainkan peranan penting dalam Revolusi Rusia. Ahli-ahli sejarah moden ingin mengetepikan Lenin daripada sejarah, untuk mempersembahkan dia sebagai penzalim yang mengenakan keinginannya pada parti dan menyediakan jalan bagi Joseph Stalin.
Lenin benar merupakan tokoh agak berbeza. Benar, dia sangat yakin dan mungkinlah bukan teman baik untuk malam berpesta. Tetapi keyakinan dia berasal dari keinginan mengubah dunia dan menghancurkan “neraka sial” yang kapitalisme telah melepaskan pada planet ini.

Satu perkataan merumuskan sumbangan utama Lenin kepada Marxsisme – pertubuhan. Musuh-musuh Lenin dan juga penyokong dia berbincang tentang sesuatu yang dipanggil “parti Leninis”. Ini adalah simplifikasi melampau. Jenis parti yang Lenin mengajukan berubah mengikut masa dan menurut keadaan. Pada masa penindasan, dia menginginkan sebuah “pertubuhan revolusioner yang stabil, berpusat, dan militan”. Pada masa perjuangan massa, dia menginginkan parti yang lebih luas, dibuka kepada semua orang yang rela berjuang.

Tetapi pada setiap masa, Lenin menginginkan pertubuhan parti kuat. Dia tanya kenapa idea-idea borjuasi menguasai masyarakat, dan membalas, “Kerana ideologi borjuasi (kapitalis) adalah jauh lebih tua daripada ideologi sosialis, ia lebih berkembang, dan ia mempunyai sumber-sumber pengagihan yang lebih luas”.

Lenin menulis ini sebelum kebangkitan televisyen dan akhbar seharian. Pada hari ini, kita sentiasa diserang oleh mitos dan bohong yang mempertahankan sistem kapitalis. Idea-idea yang mencabar aliran utama diketepikan dan diperkecilkan. Sesungguhnya, pekerja dan penulis militan boleh menawarkan alternatif. Tetapi mereka sudah pasti lebih kuat jika bersatu dalam sebuah kolektif, menggalakkan usaha satu sama lain dan belajar dari satu sama lain.

Lenin mendesak bahawa sebuah parti perlulah berdisiplin. Ramai orang mungkin tidak menyukai ini, kerana sudah lama mengalami “disiplin” di sekolah atau tempat bekerja. Tetapi tanpa disiplin, malah pertubuhan paling asas adalah mustahil. Tiada guna mengatur barisan piket jika semua orang tiba pada masa berlainan dan sesuka hati.

Bayangkanlah jika demonstrasi damai diserang oleh polis. Ada penunjuk rasa yang membuang batu, yang lain berdiri teguh, manakala kumpulan lain melarikan diri. Hasilnya adalah kehuru-haraan dengan ramai orang ditahan. Lebih teruk lagi, pelajaran taktikal tidak mungkin diraih. Setiap kumpulan akan mendakwa bahawa jika semua orang bertindak seperti diri mereka sendiri, semuanya akan mencapai keputusan baik. Namun, tidak sesiapa dapat membuktikannya.

Perarakan berdisiplin akan menawarkan balasan koheren dan seiras. Jika mereka yang memimpin demonstrasi itu membuat keputusan silap, mereka boleh dipertanggungjawab kemudian. Tetapi tanpa disiplin, tidak ada kemungkinan menguji suatu polisi dalam dunia benar.

Nilai tekanan Lenin pada pembinaan parti didedahkan pada 1917. Revolusi Februaru meletus secara spontan, tetapi Parti Bolshevik mampu memberi balasan kepadanya. Ia mempunyai lebih kurang 25,000 ahli – aktivis berpengalaman yang dapat merekrut ahli baru dengan cepat.

Pada Julai, sebuah demonstrasi pekerja di Petrograd menuntut agar soviet-soviet (majlis-majlis pekerja) merampas kuasa dengan serta-merta. Pihak Bolshevik berdebat bahawa lebih banyak masa diperlukan sebelum majoriti pekerja sedia. Kerana mereka mempunyai akar di kalangan kelas pekerja, pihak Bolshevik berjaya menghalang kebangkitan pra-matang.

Pada bulan Oktober, pihak Bolshevik memastikan bahawa rampasan kuasa berlaku dalam cara teratur, dan, sekurang-kurangnya di Petrograd, tanpa kehilangan nyawa. Victor Serge, seorang bekas anarkis yang datang ke Rusia pada 1919, sangat kagum dengan cara pihak Bolshevik beroperasi. Dia menulis, “Parti Bolshevik adalah sistem saraf kelas pekerja, otak kelas pekerja.”

Bandingkan ini dengan keadaan ini Jerman. Di sini, terdapat kelas pekerja yang lebih besar dan kuat, tetapi Parti Komunis hanya diasaskan selepas proses revolusioner telah bermula. Kepimpinannya tidak stabil, dengan banyakan perubahan ketua. Ia bergerak dari sayap kanan ke kiri di antara 1919 dan 1923, dan banyak peluang dilepaskan.

Ramai orang mendakwa bahawa Revolusi Rusia membawa kengerian Stalin. Ini adalah pendekatan malas untuk memahami sejarah, usaha mencari penjelasan satu ayat bagi proses bersejarah rumit. Dan ia gagal menjelaskan kenapa Stalin membunuh kebanyakan militan terbaik yang telah membina Parti Bolshevik pada tahun-tahun sebelum 1917.

Malah parti terbaik membuat kesilapan. Pada Februari 1917, pekerja kain perempuan bermogok. Apabila mereka meminta nasihat Parti Bolshevik, mereka disuruh kembali bekerja. Dengan bijak, mereka tidak menghiraukan pihak Bolshevik dan dalam beberapa minggu, permogokan itu menyebar dan Tsar ditumbangkan.

Itulah sebab mengapa demokrasi adalah sangat penting. Pada 1917, Lenin mendapati dirinya dalam minoriti dalam Parti Bolshevik, dan terpaksa berjuang untuk mengubah strategi parti. Seperti yang Leon Trotsky, seorang lagi revolusioner, mengingati, parti Bolshevik sangat demokratik. “Kebebasan kritikan dan perjuangan intelektual merupakan kandungan asas demokrasi parti,” dia menulis. “Bagaimanakah sebuah pertubuhan revolusioner, yang bermatlamat menumbangkan kapitalisme dan menyatukan di bawah panji-panjinya ikonoklas, pejuang dan aktivis paling berani, hidup dan berkembang tanpa konflik intelektual, tanpa kumpulan dan pembentukan faksional sementara?”

Tetapi parti hanyalah alat demi tujuan lebih besar. Lenin tidak pernah melupai matlamat sosialis. Karya dia yang paling penting, Kerajaan dan Revolusi, ditulis pada ambang Revolusi Oktober. Penentang sosialisme – dan juga ramai penyokongnya – seringkali menyamakan sosialisme dengan permilikan kerajaan. Lenin menentang ini sekuat-kuatnya. Dia berkata bahawa dalam masyarakat yang dibahagi antara kelas, kerajaan “adalah organ bagi penindasan satu kelas oleh kelas lain… Selagi kerajaan wujud tidak ada kebebasan. Apabila ada kebebasan, tidak ada kerajaan lagi”.

Lenin setuju dengan Marx bahawa “pembebasan kelas pekerja mestilah tindaan pekerja sendiri”. Parti tidak menggantikan tindakan massa, tetapi ingin menggalakkannya. Selepas kejayaan Revolusi Oktober, Lenin menulis bahwa revolusi mesti “memperkembangkan inisiatif bebas pekerja ini. Kami mesti menghancurkan prasanka usang, absurd, liar, jijik dan hina bahawa hanya ‘kelas-kelas atasan’, hanya orang kaya dan mereka yang telah pergi ke sekolah orang kaya, mampu mentadbir dan menggerakkan perkembangan masyarakat sosialis”.

Seperti yang Tony Cliff, pengasas Parti Pekerja Sosialis, menulis, “Seseorang boleh membayangkan tiga jenis kepimpinan, yang kita boleh memanggil jenis cikgu, penyelia, dan komrad perjuangan. Jenis kepimpinan ketiga adalah serupa dengan hubungan di antara majlis permogokan dan pekerja yang bermogok, atau aktivis kilang dan rakan-rakannya. Parti revolusioner mesti mengadakan dialog dengan pekerja di luar parti. Parti, oleh yang demikian, tidak patut mreka taktik sewenang-wenangnya, tetapi perlulah belajar dari pengalaman gerakan massa dan kemudian mengumumkan pelajaran itu”.

Menjadi ahli parti memberikan anda pandangan lebih luas akan kemajuan perjuangan pekerja. Seperti yang penyair Jerman, Bertolt Brecht, menulis, “Individu mempunyai dua mata, parti mempunyai seribu mata”. PSM bukanlah sempurna. Kami mungkin akan membuat kesilapan. Tetapi anda memerlukan kami supaya anda boleh terlibat dalam sebuah kolektif, berdebat tentang strategi dan kemudian mengujinya. Dan kami memerlukan anda, idea-idea anda, semangat anda – dan kritikan anda. Marilah sertai kami.


Tiada ulasan: