Telah di hikayatkan didalam sebuah kitab bahawa tersebutlah kisah di sebuah negara yang di berinama akan Angklongkang adanya. Diceterakan di dalam bab 10 kibab itu adalah seorang Putera Raja telah berhajatlah pada suatu hari untuk mengadakan BBQ adanya. Maka dikerahkanlah kepada seorang sahayanya untuk masuk ke kampong-kampung untuk memungut cukai bagi membiayai majlis yang penuh berpretij itu.
“Nah ambil ambil watikah ini dan pergi dengan segera memungut ufti dari seluruh anak muda di negara ini”. Putera Ankalongkang menitah. Si sahaya yang baru saja bersolat maghrib tanpa sempat berdoa terpinga-pinga dengan arahan dari sang putera raja ini. Dengan berat hati si sahaya terpaksalah pergi memungut segala ufti hasil penat lelah anak muda di negara Angkalongkang itu. Pada sangkaan putera Angkalongkang anak-anak muda di negara itu bodoh dan bahalul akan seperti dirinya yang telah sekian alam mengetahui akan kedungguannya.
“ Oi Putera mintak duit” si sahaya memberitahu kawan-kawanya. “Dia nak buat apa dengan wang kita” Seorang anak muda bertanya kembali kepada si sahaya. “Dia nak buat BBQ” jelas si sahaya. “Ahh kami tak tau, kami tak mau bagi wang kami pada putera benggap tu” kawan-kawan si sahaya menyatakan segala isi hati mereka. Dengan perasaan gembira yang tidak terhingga akan jawapan yang di berikan itu si sahaya tidak lagi mengutip ufti seperti yang di arahkan oleh si Putera yang bodoh itu.
Setealah sepurnama maka di titahlah si sahaya mengadapnya untuk bertanyakan berapa banyak hasik ufti yang di kutip oleh si sahaya. Belum sempat putera bodoh itu bertitah si sahaya terus bersuara “Depa tak mau bagi duit” “Ooo depa nak boikot la…” Putera bodoh bersuara dengan nada marah sehingga terlupa
Setelah membaca buku cerita ini aku sendiri merasa amat sedih mengenangkan nasib yang menimpa putera ini. Sedih kerana dia tak sedar yang takde sapa yang nak ikut dia.. kah kah kah
Sosialis Hijau