Sook Hwa telah di mertabatkan sebagai Johan Anugerah Video hak Asasi Terbaik 2009 dalam Freedom Film Festival 2009
Syabas dan Tahniah kepada Saudari Soo Sok Hwa ( Penyelaras JERIT dan Pengarah Dokumentari Kayuh) yang telah mendokumentarikan “Kayuh” satu video berkenaan Kempen basikal JERIT; Rakyat Pengayuh Perubahan yang berlangsung pada tahun 2008. “Kayuh” telah memenangi Anugerah Video Hak Asasi Terbaik 2009 dalam Freedom Film Festival 2009 yang dianjurkan oleh KOMAS setiap tahun.
Kayuh dicalonkan bersama dengan dua buah dokumentari yang lain iaitu Silver Lining (isu di Perak) dan Al Fateha Memali (insiden Memali). Menurut para hakim, video Kayuh dipilh sebagai pemenang kerana dokumentari ini menunjukkan keyakinan dan keinginan golongan muda ini untuk membawa perubahan kepada rakyat di Negara ini. Semangat anak-anak muda ini menjadi inspirasi dan memberikan keyakinan kepada semua lapisan masyarakat.
Semasa kempen Rakyat Pengayuh Perubahan” ini dijalankan selama 16 hari para peserta kempen menghadapi pelbagai cabaran daripada pihak polis di seluruh Negara. Seramai 150 orang ditahan sepanjang kempen ini. Namun, semangat juang para peserta yang majoritinya terdiri daripada golongan muda ini telah meneruskan kempen basikal ini dengan penuh bersemangat hingga ke parlimen .
Akan tetapi siapakah golongan muda ini . siapakah peserta kempen ini , adakah meraka tahu kenapa mereka menyertainya? Semua persoalan ini telah dijawab dalam dokumentari ini dimana Saudari Soh Sok Hwa telah menyelami kehidupan beberapa peserta kempen basikal ini yang datang dari masyarakat tertindas dan perlu berjuang untuk kehidupan yang lebih baik. Satu ungkapan yang sungguh memberi inspirasi dalam dokumentari ini ialah dari Adik Angeline yang telah mengatakan , “Kalau kami tidak membawa perubahan , siapa lagi ?” Ungkapan itu telah menyebabkan perasaan gembira yang tidak terhingga dan memberi harapan terhadap genarasi muda ini yang bakal memimpini perjuangan rakyat pada masa hadapan.
Kemenangan dokumentari Kayuh ini adalah sungguh bermakna kepada semua, bukan sahaja kepada peserta dan penganjur Kempen “ Rakyat Pengayuh Perubahan” , malah kepada semua rakyat biasa dan aktivis yang telah memberi sokongan dari semua aspek untuk menjayakan kempen ini . Dokumentari ini memberi harapan bahawa keinginan untuk membina dunia yang lebih saksama adalah satu realiti yang boleh dicapai. Lagipun perubahan untuk sistem yang saksama hanya dapat dilakukan sekiranya kita sentiasa mempunyai harapan dan keyakinan. Selagi ada keyakinan, perubahan itu pasti akan berlaku mungkin bukan sekarang tetapi di masa depan.
Hallo Ketua Pemuda Pas Batu Kawan... Kalau hang nak tau ni la New World Park tempat Street Dances yang hang buat demo depan masjid tu... Kah kah kah bahalol punya ketua pemuda. Main ikut orang saja.. satu haram tak tau apa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan