Setelah bertangguh sekian lama maka hari ini bulldozer yang tidak mengenal mangsa hadir ke Kampung Buah Pala untuk menjalankan perintah penindas yang di bayangi pemimpin politik untuk merobohkan rumah rakyat di Kampung Buah Pala. Hari ini maka muncullah pemuda MIC yang bertindak seolah-olah wira kepada penduduk di situ. Pemuda MIC yang selama ini menjadi pengkhianat kepada bangsanya sendiri tiba-tiba begitu perihatin dengan nasib penduduk Kampung Buah Pala. Dimana mereka sewaktu BN memerintah Pulau Pinang dulu. Bukankah MIC mempunyai seorang exco kerajaan negeri pada ketika itu? Jika anda mahu mengenal PARIAH inilah dia rupanya.
Hindarkan minda anda daripada mengatakan orang India itu Pariah kerana perkataan Pariah hanyalah boleh di gunakan kepada manusia yang bertalam dua muka seperti pemuda MIC ini. Orang India seperti V.Sivakumar bukan pariah tetapi satria. Orang India seperti Gonalakrisnan bukan Pariah tetapi Wira. Orang melayu yang berperangai seperti pemuda MIC juga Pariah. Orang cina yang khianat seperti Kh Tsu Kon juga pariah.
Sebenarnya isu Kg Buah Pala bukanlah isu yang baru tetapi ianya sudah bermula dari zaman pemerintahan Gerakan/BN lagi. Siapa yang mengambil tahu hal mereka sebelum isu kampong ini menjadi popular? Parti politik mana yang mahu memikirkan masalah mereka sama ada dari BN mahupun PR? Yang berada di sisi mereka ketika itu hanyalah aktivis NGO Jerit dan peguam Darshan Singh yang sehingga kini bersama mereka. Aku sendiri terlibat dengan isu ini walaupun tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya seperti aktivis Jerit yang lain seperti Kriss, Chun Hong, Chung Kai, Sook Hwa dan lain-lain kerana masalah kerja dan di sebabkan aku seorang saja yang tinggal di sebelah Seberang Perai. Di saat itu tiada MIC, tiada Pas dan tiada Hindraff yang datang mahu membela mereka. Setelah isu ini menjadi popular ramai pula yang datang mahu menjadi wira.
Hindraff datang dengan membawa penuh emosi perkauman dan keagamaan menghasut penduduk kononnya mereka di tindas kerana mereka berbangsa India dan beragama Hindu. MIC datang di saat akhir untuk menunjukan mereka adalah pembela sejati kaum India dan sanggup pula membeli Kampung itu dengan duit MIC. Pas pun datang juga dengan amaran di keluarkan oleh MP Parit Buntar agar jangan di jadikan isu ini sebagai isu perkauman. Dengar cerita Gang Pas yang anti kepada Ketua Menteri pun datang juga untuk membela penduduk Kampung Buah Pala ini. Sedangkan mereka inilah yang begitu antikan bangsa India dan cina sebelum ini. Menurut sumber yang aku dengar mereka ini akan ambil apa saja peluang untuk menjatuhkan Ketua Menteri.
Akhirnya apabila rumah penduduk di tolak Bulldozer orang-orang politik ini akan hilang. Mereka ini sebenarnya pengecut. Mereka ini akan mengambil apa saja kesempatan untuk menjadi popular. Inilah sifat orang politik yang munafiq. Anda akan saksikan lagi kemunculan mereka selepas semua rumah penduduk di robohkan. Mereka akan memanggil media untuk membuat kenyataan akbar bahawa mereka amat kesal dengan apa yang berlaku dan mereka memandang serius pengusiran paksa terhadap penduduk kampong. Mereka akan berkata bahawa mereka amat bersimpati dengan nasib penduduk. Inilah ahli politik pariah.
Sosialis Hijau