Kemarin aku singgah sembahyang maghrib di Masjid Negeri dalam perjalanan ke kg Tg Tokong. Hujan begitu lebat sekali. Tiba-tiba talipon ku berdering, terpapar nama Teh Choo Hong, mungkin sedang menntiku. “you ada di mana?” tanyannya. “I sekarang sudah berada di sebelah Pulau” jawabku. “Tadi Cikgu salleh call beritahu perjumpaan malam ini di tangguhkan kerana hujan terlalu lebat” maklumnya. “Ok thanks” aku menamatkan panggilan.
Oleh kerana hujan masih lebat aku berpusing-pusing di balai lintang di masjid. Dari satu kenyatan ke satu kenyataan di papan tanda aku membaca.Tiba di satu sudut aku saksikan beberapa papan tanda khas yang di dadanya adalah poster kampen selamakan Gaza oleh ABIM. Aku membacanya satu persatu sambil-sambil jelling awek yang dok sebelah aku sambil menujukkan keperihatinan aku kepada mangsa Gaza.
Dalam kenyataan pengenalan di dalam poster itu di tulis bahawa bangsa Yahudi atau Zionis ini adalah satu bangsa yang membawa fahaman perkauman. Hanya bangsa mereka yang terbaik dan hanya bangsa mereka di iktiraf oleh Allah SWT. Hanya mereka yang layak ke Syurga.
Dalam artikal aku yang lalu yang bertajuk “Penyokong UMNO tak masuk syurga” mengulas kenyataan Tuan Guru Nik Aziz telah aku katakan bahawa Zionis bukan semestinya kaum Yahudi. Pengamal idiologi zionisme berada di mana-mana sahaja. Zionis adalah satu istilah yang mengambarkan tentang sifat buruk yanga ada kepada sesuatu kaum dan organisasi. Zionisme di Malaysia di panggil UMNO. Sifat yang ada kepada Umno adalah sama dengan prinsip-prinsip zionisme. Antara sifat itu adalah merasakan hanya mereka sahaja yang betul, hanya mereka sahaja yang mampu memerintah dan tiada parti atau kaum lain yang lebih baik dari mereka.
Kebangkitan Islam pada hari ini telah menyaksikan tumbuhnya berbagai organisasi, pertubuhan dan kumpulan yang mengunakan nama Islam. Timbul ajaran-ajaran yang telah di sahkan sesat seperti Ayah Pin, Nabi Melayu dan lain-lain. Jemaah-jemaah Islam pula terbahagi kepada beberapa kumpulan seperti ABIM, JIM, Tabligh dan banyak lagi. Di tambah lagi dengan kumpulan-kumpulan tarekat yang berbagai. Parti parti ploitik yang mengunakan nama Islam pula seperti Parti Islam semalaysia (PAS), barisan Jemaah Islam Malaysia(BERJASA),dan Kongress India Muslim Malaysia(KIMMA). Begitu juga dengan kumpulan-kumpulan yang menjadi agen propaganda kerajaan seperti Al maunah dan Kumpulan Mujahidin Malaysia(KMM).
Setiap parti politik, kumpulan tarekat dan kumpulan-kumpulan islam ini mendakwa bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan di pilih oleh Allah berada di jalan yang benar. Tuduh-menuduh kepada kumpulan lain dengan mengatakan kumpulan Islam yang lain adalah tidak cukup islamik sering kedengaran. Ayah Pin juga mendakwa yang mengikut ajaranya saja yang akan membawa ke syurga. KMM yang menjadi agen kepada pemerintah dalam propaganda untuk mengambarkan keganasan Islam pula mengatakan demokrasi berpilihan raya tidak syaraie dan pemerintahan islam mestilah di tegakan dengan jihad bersenjata. Tabligh mengatakan Islam akan di tegak dengan iman dan amal. Pas dengan hujahnya, KIMMA dengan alasannya, ABIM dan JIM juga dengan teori mereka. Semuanya mengatakan kumpulan islam lain tidak betul, kumpulan Islam lain tidak selari dengan Islam.
Kita saksikan pertikaian ini antara kumpulan-kumpulan yang mengunakan nama Islam. Bagaimana pula pandangan kumpulann –kumpulan Islam ini terhadap kumpulan-kumpuan yang tidak mengunakan nama Islam? Mungkin ketua pemuda Pas Batu Kawan ada jawapannya.
Inilah sifat yang ada pada ideology zionisme seperti yang di nyatakan tadi. Mereka ini tidak sedar yang mereka sedang mengamalkan ideology dan prinsip-prinsip zionis. Penjajahan pemikiran yang di bawa oleh penjajah telah meresap kedalam kehidupan mereka dengan taksub kepada kumpulan mereka.
Begitulah tohmahan dan tuduhan terhadap pejuang-pejuang kemerdekaan islam yang menjadikan Parti Komunis Malaya(PKM) sebagai wadah perjuangan mereka. Mereka ini di tuduh sebagai tidak percayakan agama dan anti Islam. Menuduh mereka sesat usahlah di kira lagi. Sedangkan sewaktu pejuang-pejuang kemerdekaan ini berada di medan hadapan parti-parti politik lain sedang sibuk bergaduh sesama mereka untuk mencari pengaruh orang melayu. Sudahlah langsung tidak terlibat dengan pejuangan menentang penjajah, orang yang melawan penjajah di tuduh sebagai sesat. Inilah zionisme, inilah lidah yang menyambung ayat-ayat penjajah.
Aku bawakan gambar-gambar sambutan syawal di Perkampungan Pedamain Sukrin di Selatan Thailand untuk kita berfikir sejenak. Mereka ini adalah ahli-ahli Parti Komunis Malaya yang beragama islam. Sekurang-kurangnya buanglah pemikiran yang telah di sumbat di dalam otak kita bahawa mereka tidak percayakan Tuhan….atau kita hendak biarkan terus ideology zionisme menjajah pemikiran kita selamanya
Sosialis Hijau
7 Keistimewaan Hari Arafah, Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam
2 hari yang lalu