Semalam aku di datangi oleh seorang kawan yang lama tidak bertemu. Cukup sekadar aku katakan kawan ini adalah orang kuat Pas. Aku tak tahu secara kebetulan atau sememangnya telah beliau rancang kan pertemuan ini. Apa pun biarkanlah kerana bagi aku manusia hipokrik yang berkopiah putih ni ada di mana-mana sahaja. Aku dah biasa dengan manusia 2 wajah ini.
Dari cerita lama tak jumpa berleretanlah sehingga kisah-kisah yang aku tulis di dalam bloq ini. Walaupun aku faham caranya untuk mengorek cerita itu seolah-olah macam orang yang tak menyebelahi sesiapa tetapi aku hanya menjawab secara sindir menyindir sahaja.
Siapa lebai Sexs? Betulkah dia buat macam tu? Dari mana sms lucah kepada tunang orang tu aku dapat? Betulkah ketua pemuda Pas Batu Kawan raba budak mengaji quran di rumahnya? Betulkah aku masuk UMNO? Dan bla bla bla…….?
Aku katakan padanya “eh anta ni polis ka SPRM? Buat-buat tak tahu atau sememangnya dah tahu?” Aku katakan padanya jika semua perkara itu adalah fitnah mengapa tuan punya diri tak buat laporan polis saja.?” Aku matikan persoalannya di situ. Aku biarkan saja kawan-kawan aku yang lain bercerita padanya tentang persoalannya.
Namun yang paling aku best seumur hidup aku ialah bila dia berkata : hang tau ka. Tajudin kata yang hang tulis Dajaludin dalam blog tu ialah dia.” Kah kah kah kah. Yang ni adalah adengan yang di nanti-nantikan. Kami gelak sampai orang kat Nasmir tu beralih kepada kami. Betul ka aku bertanya. Kah kah kah. Aku katakan padanya yang aku tak sebut pun namanya. Mengapa pula yang dia terasa tu. Eh eh teringin nak jadi dajal ke? Kah kah kah atau pun sememangnya dajal? Kah kah kah ada juga yang terasa… Ye lah selalunya siapa yang makan cili dialah terasa pedasnya. Macam iklan monyet sewaktu zaman kanak-kanak dulu…. Aku nak yang itu aku nak yang itu. Aku ank yang itu.. kah kah kah.
Malam tu kami sembang sampai kul 3 pagi. Sewaktu nak balik dan bersalam dia berkata pada kami… “kita cerita kat sini sudah la” Aku jawab balik mengapa pula cerita sampai sini… tak percaya hari pembalasan ke? Di sana nanti apa yang kita cerita malam ini akan di ulang kembali. Bukankah Tuhan itu maha Adil dan seadil-adilnya. Di dunia mungkin kita boleh menyorokan segala sifat kemunafikan di sebalik jubah dan serban. Tunggu sajalah di sana nanti setelah segala serban dan pakaian kita di tanggalkan. Masa itu baru kita tahu siapakah Mat zan Durani yang sebenarnya.
Sosialis Hijau