Assalamualaikum,
Salam aidulfitri kepada semua peminat setia blog Sosialis Hijau. Semoga sentiasa dirahmati Allah kehidupan kita seharian. Selamat terus menjalani saki baki ibadah puasa yang tidak berapa hari lagi.
Ramadhan yang bakal berlalu sudah pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam bagi kita yang mengerjakan segala amalan dan meninggalkan segala tegahan yang maha Esa. Sudah pasti selepas dari ini kita sudah tidak akan berpeluang lagi untuk mengerjakan solat tarawikh sehinggalah ramadhan yang akan datang, itu pun jika masih di beri kesempatan untuk kita terus hidup di atas dunia ini.
Syawal yang bakal menjelma pula adalah satu anugerah kepada kemenangan kita dalam menunaikan perintah Allah tanpa punyai sifat hipokrit. Kita terus berpuasa walaupun kita boleh tidak berbuat demikian jika kita mahu. Tiada siapa yang tahu jika kita tidak berpuasa tetapi atas keyakinan bahawa masih ada yang tahu segala perbuatan kita, kita tidak makan walaupun di belakang orang. Inilah sifat yang harus di bawa di luar ramadhan. Keyakinan bahawa Allah melihat apa yang kita lakukan sepatutnya berterusan hingga syawal dan bulan seterusnya.Walau pandai sebagaiman sekalipun kita berlakun dengan pakaian islam, ianya tidak akan kekal lama. Di depan orang kita tunduk warak tapi di belakang orang sms lucah kepada perempuan bagaikan terlupa kiraman katibin berada di sisinya. Semoga perangai hudoh seperti ini akan terhindar dari kita.
Di kesempatan ini saya menghimpun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran yang telah saya lakukan sama ada yang di sengajakan atau yang tidak di sengajakan. Sesungguhnya kita sebagai manusia sudah pasti tidak akan terlepas daripada segala kelemahan dan kesilapan.
Di dalam blog ini juga saya secara terang memohon ribuabn kemaafan kepada insan-insan berikut :
1. Buat ibu yang mengandung selama 9 bulan
2. Buat isteri yang tersayang
3. Buat anak-anak Syukry, Lyana, Aqil, Amrozi dan Fadhil Noor.
4. Buat kakak aku Liza, Ina, dan Kak Teh, serta keluarga mereka
5. Buat kawan-kawan yang cerdik-cerdik. Kawan kawan yang tidak sama sekali dapat di perbodohkan oleh Dajal dan barua-baruanya. Lu orang semua memang kawan sejati. Maafkan aku kerana hampa selalu kena belanja aku. Sudah lama suara ini tidak di uji bakatnya.
6. Buat teman-teman seperjuangan yang berAgama islam dan bukan beragama Islam. Gua mohon maaf sama Lu orang semua. Hidup tanpa perjuangan ibarat mati yang belum mati.
7. Buat semua pembaca bloq ini maafkan aku kerana tiada tapisan bahasa dalam tulisan aku di bloq ini.
Long list are fucking boring.....
8. Dan yang paling istimewa ucapan hari raya aku tujukan khas buat rakan-rakan di perkampungan Shukirin Thailand. Sesunguhnya perjuangan teman semua adalah inspirasi buat kami di sini. Percayalah kami adalah penyambung mata rantai perjuangan anda disini. Maafkan aku kerana aku adalah yang pernah termakan propaganda penjajah mengatakan anda semua adalah penganas. Percayalah kebenaran pasti datang.
Akhir kata aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
Semoga ramadhan yang bakal berlalu akan meninggalkan kesan ketakwaan kepada kita.
Di sini juga saya mengambil kesempatan untuk menjemput semua lawan dan kawan untuk ke rumah saya pada hari raya kedua jam 3 – 5 petang. Cumanya hari raya tahun ni tak buat besar kerana bajet ciput. Tahun lepas pasal PRK Permatang Pauh dan aku dapat durian runtuh RM6k bolehlah buat makan macam2. tahun ni dah tak ada. Apa pun harap semua sudi bertandang ke rumah saya.
Untuk menyenangkan semua datang ke rumah saya di bawah ini saya sediakan plan kerumah saya.
SOSIALIS HIJAU
7 Keistimewaan Hari Arafah, Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam
2 hari yang lalu