THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Isnin, 14 September 2009

KAMPUNG TANJUNG TOKONG SELEPAS KG BUAH PALA

110909

Malam ni aku Teh, Sook Hwa dari Jerit, seorang siswi USM Pie Lin dan seorang penduduk Kg Buah Pala (aku terlupa nama dia) ke Tanjung tokong untuk bertemu dengan Persatuan Penduduk di situ bagi membincangkan isu pengusiran paksa kerajaan BN di bawah UDA terhadap kampong warisan melayu ini. Kami di sambut oleh pengerusi Cikgu Salleh iaitu pengerusi persatuan penduduk di situ. Turut hadir dalam perjumpaan ini adalah Mr Garry iaitu pengerusi Parti Rakyat Malaysia(PRM) Pulau Pinang.

Kami telah di beri taklimat oleh Cikgu salleh tentang asal usul kewujudan perkampungan Tanjung Tokong. Menurutnya asal nama Tanjung Tokong adalah Tanjung Dato Kong. Tokong bukan membawa maksud berhala tetapi berasal daripada nama individu yang benrnama Dato Kong. Pihak British telah menukar nama Dato Kong kepada Tokong bagi mengambarkan kepada generasi kini bahawa kawasan itu bukanlah satu kawasan melayu. Kawasan ini telah di serahkan kepada UDA pada tahun 1971 bagi membangunkan kawasan perkampungan ini tanpa menjejaskan tradisi perkampungan warisan ini.

Menurut Cikgu Salleh kawasan Tg Tokong ini telah wujud sejak 200 tahun lalu iaitu sebelum terserahnya Pulau Pinang kepada British oleh Sultan Kedah. Pada tahun 1974 kawasan ini telah di anugerahkan kepada UDA oleh kerajaan BN pimpinan Razak Hussin pada ketika

Menurut cikgu salleh penduduk telah di minta untuk keluar dari perkampungan ini bagi tujuan projrk pembangunan yang akan di bina di sini. Penduduk telah di tawarkan saguhati sebanyak RM1ribu jika mahu keluar dan tinggal di sebuah rumah panjang yang telah di sediakan. Wang saguhati sebanyak 1ribu ini hanya akan di beri setelah penduduk merobohkan sendiri rumah mereka. Sehingga kini 20 buah keluarga telah pun berbuat demikian.

Menurutnya lagi Persatuan Penduduk yang di tubuhkan pada tahun 1981, pada awalnya mendapat sokongan padu daripada penduduk Tg Tokong tetapi hasil dari propaganda yang telah menyusup kedalam perkampungan itu akhirnya penduduk kini telah berpecah belah. Ramai penduduk yang tertarik dengan janji-janji yang di berikan oleh pihak pemaju. Yang lebih memualkan lagi cawangan Pas di situ sanggup bersekongkol dengan Umno menyokong pengusiran paksa ini.

Apabila tiba di kampong tg Tokong anda akan dapat lihat sebuah bilik gerakan yang mengabungkan Pas dan Umno disitu. Lebih hebat lagi mereka bertindak seperti Umno dengan menyonteng pintu pagar Rumah Cikgu Salleh dengan cacian dan makian. Mereka ini bercakap soal Islam tetapi perbuatan macam Syaitan.

Apakah kesudahan cerita perjuangan segelintir penduduk di sini di dalam mempertahankan hak mereka. Apakah nasib mereka akan menjadi sep[erti nasik penduduk Kg Buah Pala? Siapa pula yang akan datang di saat semua rumah akan di robohkan untuk memberitahu meeka adalah Hero? Kita nantikan saja nanti.

Sosialis Hijau.