THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Selasa, 18 Ogos 2009

SIAPA AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG YANG MENGUNDI SOKONG ISA TAHUN 1960


Dalam harakah Bil 1462 Calon Timbalan Presiden Pas yang kalah pada muktamar Pas yang lalu, Mohamad Sabu berkata bahawa ketika akta keselamatan dalam negeri(ISA) di
bentangkan, Pas telah menyokong akta tersebut kerana Pas merasakan pada ketika itu ISA adalah bertujuan untuk membendung gerakan yang tidak mengunakan jalan demokrasi. Yang dimaksudkan oleh pemimpin Pas yang kalah di Kuala Terangganu ini ialah Parti Komunis Malaya(PKM).

Aku tak pasti sama ada betul atau tidak Pas telah menyokong akta tersebut pada ketika itu. Jika di lihat kepada keputusan PRU 1959, Pas telah memenangi sebanyak 13 kerusi dewan rakyat dan telah menjadi parti pembangkang yang terbanyak memenangi kerusi parlimen dan di ikuti oleh Barisan Sosialis yang memenangi sebanyak 8 kerusi. ISA adalah akta yang mengantikan perintah darurat yang di tamatkan pada 31 julai 1960. darurat pula telah di istiharkan di Malaya pada tahun 1948 untuk mempertahankan kuasa British di Malaya. Perintah darurat telah mengakibatkan parti-parti yang mempejuangkan kemerdekaan telah di haramkan seperti Awas, Api, PKM, Hisbul Muslimin dan lain2 parti yang berhaluan kiri. Darurat telah menyebabkan perintah berkurung di kenakan terhadap rakyat pada ketika itu. Ini adalah di sebabkan pihak penjajah mahu memutuskan bekalan makanan agar tidak sampai kepada pihak PKM. Perintah darurat juga telah menyebabkan parti-perti yang benar-benar memperjuangkan kemerdekaan telah lumpuh.

Namun begitu tuntutan kemerdekaan daripada rakyat Tanah melayu sudah tidak mampu lagi di tangani oleh British, maka British telah memikirkan bagaimana Negara ini tidak jatuh kepada mereka2 yang anti British. Bagi British Tanah Melayu mestilah di wariskan kepada mereka yang membawa idealisme mereka. Maka pada tahun 1946 British telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan di Inggeriskan sebutannya dengan perkataan UMNO. Selain Khatijah Sidek kesemua pemimpin UMNO adalah golongan bangsawan yang mendapat didikan British. Umno telah didik untuk meneruskan penindasan British terhadap penduduk Tanah Melayu seandainya mereka memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. British juga telah memikirkan bagaimana untuk memastikan umno terus menjadi parti pemerintah jikalau perintah darurat di batalkan. Oleh itu walaupun Tanah Melayu telah mendapat kemerdekaan,hal ehwah dalam negeri masih di tadbir oleh pihak British. Maka ISA adalah satu cara untuk memastikan kepentingan politik pemimpin umno akan terus terjamin. Apabila perintah darurat di batalkan pada 31julai 1960 maka pada 1 ogos 1960 akta ini telah di laksanakan di Malaya.

Persoalan dari kelulusan akta yang telah di bentangkan di parlimen pada ketika itu ialah seperti apa yang telah di nyatakan oleh Mat Sabu dalam kenyataannya dalam Harakah. Apakah benar Pas telah menyokong akta ini pada ketika itu? Pada PRU 1959 parti2 pembangkang yang terdiri dari Pas, Socialis Front, PPP, Parti Negara dan Parti Malaya telah berjaya memenangi sebanyak 27 kerusi dan Perikatan pula memenangi sebanyak 74 kerusi di samping Bebas sebanyak 3 kerusi. Apakah ada antara partipembangkang di ketika itu ada yang telah menyokong ISA di laksanakan di Malaya?

Di ketika ini antara parti yang masih wujud hanyalah Pas dan PPP sahaja. PPP kini sudah tidak boleh di persoal lagi kerana pada ketika ini telah menjadi barua kepada umno. Sama ada PPP sokong atau tidak pada ketika akta ini di bentangkan sudah tidak membawa apa2 ertilagi kepada rakyat. Presiden angkat sendirinya pada saat ini begitu bersunguh membantu peniaga2 yang di katakan rugi berjuta ringgit ketika himpunan masuh 1 ogos lalu. Yang pastinya Parti Progresif Pariah ini adalah penyokong ISA yang tulin. Parti yang berada di parlimen pada ketika itu yang masih wujud lagi ialah Pas. Walaupun Pas pernah bersama Umno kerana kononnya di jemput oleh Tun Razak demi kepentigan asobiayah melayu namun kini Pas kembali kepada parti pembangkang. Jika benar Pas yang mempunyai 13 orang ahli pada ketika itu (termasuk Dr Burhanudin) telah menyokong ISAseperti kata Mat Sabu, Pas perlu memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia pada hari ini. Jika benar seperti kata beliau Pas menyokong akta itu hanya kerana untuk membendung gerakan komunis, nyatalah Pas sebenarnya hanyalah bertalam dua muka dalam isu ISA ini.

Mengapa pula akta zalim ini boleh di halalkan untuk komunis tetapi di haramkan pula untuk orang lain? Siapa komunis pada pandangan Pas? (Hampa jangan Tanya ketua pemuda Pas Batu Kawan nanti dia aaaaaa uuuuuuu uupp aapp….) Jika benar pun komunis itu penganas apakah boleh mereka di tahan tanpa bicara? Kalau dalam Islam boleh menahan komunis tanpa bicara, mengapa pula penganas2 seperti KMM (kumpulan Mangkok Melayu) tak boleh di ISAkan?


Sosialis Hijau.