Hari ini ramai yang bising membicarakan mengenai pembunuhan yang “kononnya” dilakukan oleh Chin Peng ketika bersama Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu.
Mengapa Chin Peng menjadi sasaran?
Mudah sahaja. Ini adalah kerana Chin Peng adalah seorang Cina maka mudahlah dijadikan “punching bag” politik mereka. Jika Chin Peng adalah seorang Melayu, pasti sukar untuk dijadikan momok. Begitulah politik pecah dan perintah Umno/BN.
Oleh kerana sudah kehabisan modal politik, maka Rais Yatim pun timbulkanlah kembali isu komunis ni.
Dalam masyarakat Malaysia ni, masih tinggal sedikit lagi golongan bodoh dan buta sejarah yang terperangkap dengan propaganda anti komunis anjuran penjajah British.
Diantaranya ialah seorang budak buta sejarah seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini disini. Orang-orang macam ni dan geng-geng Ibrahim Ali bolehlah Rais nak bohong.
Budak-budak muda yang cool dan tonton dokumentari “Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka” dan “Revolusi 48″. Maka sebab itulah ramai budak-budak muda dah mula tahu bahawa Umno/BN ini hanyalah penyambung kepada apa yang dilakukan oleh penjajah British.
Cuma budak yang tak cool dan tak baca buku sejarah selain versi Umno/BN sahaja yang boleh termakan momok Rais ni.
Kenyataan bodoh Rais Yatim telah menyebabkan Mat Amin yang menggendalikan blog Kampung Perdamaian Sukhirin menjawab kembali dan
Lihat banyak lagi pemimpin negara yang bertemu dan bermesra dengan pimpinan PKM disini.
Didalam peperangan biasalah ada yang terbunuh dan membunuh. Sebab itulah dinamakan perang.
PKM jelas melawan penjajahan. Sedangkan Umno, MCA dan MIC pada ketika itu memilih untuk menjadi talibarut British dan menghalalkan tindakan jahat yang dilakukan oleh British kepada pejuang-pejuang kemerdekaan tulen seperti Dr. Burhanuddin Helmy, Chin Peng, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh, Suriani dan ramai lagi.
Alasan nak haramkan Chin Peng pulang diatas sebab PKM pernah membunuh askar sewaktu berperang adalah tidak adil.
Ini adalah kerana askar juga membunuh ramai anggota PKM yang terdiri dari pelbagai bangsa termasuklah orang-orang Melayu.
Begaimana pula dengan kerajaan Umno/BN dan PDRM yang membunuh Ibrahim Libya dan 13 penduduk Kampung Memali?
Apakah kita harus membuang kesemua orang-orang Umno/BN dan PDRM daripada Malaysia kerana bertindak zalim membunuh 14 orang penduduk Kampung Memali dan mencederakan ramai penduduk kampung tersebut?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan