THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Jumaat, 12 Jun 2009

ANTARA HAK BERSUARA SISTER IN ISLAM(SIS) DAN MEMELIHARA AQIDAH

Secara ringkasnya Sister In Islam (SIS) telah di tubuhkan di atas kesedaran segolongan aktivis wanita professional Islam (Istilah Professional ambil dari istilah yang di cipta oleh PAS) untuk membantu wanita yang diiskriminasikan oleh undang2 undang islam mahu pun juga kanun sekular. Walaupun niat dan hasrat mereka baik namun dalam keadaan mereka sedar atau tidak, perbuatan atau prinsip mereka terhadap undang2 yang telah termaktub di dalam al Quran adalah satu perbuatan yang salah.

Maka timbulah usul yang telah di bawa ke dalam muktamar Parti Islam Semalaysia (PAS) untuk mengesa pihak kerajaan mengharamkan pertubuhan ini dengan alasan SIS telah banyak menyimpang dari Islam yang sebenar. Usul ini kemudiannya telah di perbesarkan oleh pihak media dengan tokok tambah dengan niat yang amat jahat. Usul ini bukan sahaja telah mendapat bantahan daripada SIS itu sendiri malah rakan-rakan Pas di dalam Pakatan rakyat turut menyuarakan bantahan terhadap cadangan mengharamkan SIS ini. Isunya hanyalah hak dan kebebasan bersuara. Walaupun begitu golongan yang membantah isu ini pun sepatutnya sedar bahawa usul yang telah di bawal oleh Pas itu juga adalah hak dan kebebasan bersuara. Oleh itu membantah usul ini juga adalah seperti menghalang hak kebebasan orang lain. Habis tu macam mana?

Kedua-dua pertubuhan ini telah mengunakan nama Islam sebagai identiti perjuangan mereka. Satu bergerak di atas parti politik dan satu lagi sebagai NGO. Kedua-duanya mempunyai hasrat yang bagi mereka adalah untuk kebaikan umat islam. Sebelah pihak di wakili oleh golongan yang arif tentang hukum hakam agama (Tidak termasuk ketua pemuda Pas Batu Kawan dan anjing2nya kerana mereka hanya boleh mengeluarkan hukum kafir kepada orang lain sahaja) dan di sebelah pihak lagi di wakili oleh golongan intelektual wanita Islam. Saya tidak mahu berbicara tentang kesalahan dan kesilapan antara 2 pertubuhan ini kerana mereka lebih arif berhujah dengan nas dan undang2 kerana isunya sekarang adalah di sebelah pihak telah mengatakan pihak yang satu lagi telah tersasar dari aqidah Islam yang sebenar. Di sebelah pihak lagi pula mempertahankan apa yang telah mereka perjuangkan.

Islam bukannya di tegakkan dengan mata pedang atau AK47 tetapi Islam mestilah di tegakkan dengan hujah.Maka jika benar seperti di lapurkan media bahawa Pas telah usulkan agar SIS di haramkan adalah sesuatu yang sememangnya tidak kena. Pas sepatutnya menjemput SIS untuk bersekemuka atau berforum secara terbuka bagi mengemukakan hujah mereka kepada SIS bahawa prinsip SIS bawa itu adalah salah dan harus di perbetulkan dan bukannya terus menhukum tanpa bicara. Kedua2nya mempunyai ahli yang arif tentang Islam, Cuma yang membezakannya hanyalah kefahaman islam. Sikap segelintir ahli pas yang tanpa usul periksa menuduh SIS sebagai kafir, agen yahudi, talibarut UMNO harus di hentikan. Jika Pas boleh bekerjasama dengan DAP di atas dasar menentang kezaliman UMNO/BN kenapa pula dengan SIS juga turut sama-sama menentang dasar-dasar ketidakadilan kerajaan UMNO/BN. Daripada mengadakan rundingan dengan UMNO untuk kerajaan perpaduan lebih baik di adakan rundingan bersama SIS untuk mencari kebenaran atau sekurang-kurangnya sebagai satu pentas dakwah kepada mereka.

SIS perlu di beri peluang untuk mengemukakan hujah mereka yang mereka katakan prinsip-prinsip pertubuhan itu selama ini benar dan Pas perlu kemukakan hujah mereka untuk mengatakan apa yang di lakukan oleh SIS itu salah dan bertentangan dengan Islam. Ini adalah satu cara terbaik di dalam meneruskan perjuangan hak-hak bersuara dan di samping itu aqidah Islamiah terus terpelihara. Ini adalah lebih baik daripada terus menghukum sesuatu perkara tanpa memberi peluang pihak yang di hukum itu untuk memberi hujah mereka. Pas sudah mencapai usia 58 tahun bukan lagi kanak-kanak tak cukup akal seperti ketua pemuda Pas batu Kawan dan konco2nya.

Parti-parti politik dan pertubuhan bukan Islam tidak sepatutnya cuba hendak menjadi juara di dalam isu ini yang melibatkan agama Islam kerana Islam sememangnya sudah cukup terbuka di dalam semua hal tetapi Islam juga mempunyai benteng-benteng dalam berbicara tentang hal-hal agamanya. Jika parti2 politik atau pertubuhan bukan Islam ingin berbicara soal kebebasan bersuara saya mencadangkan agar anda jadilah pengajur kepada pertemuan terbuka antara Pas dan SIS. Mungkin di sana kita sama-sama dapat mencari kebebasan bersuara dan sama-sama juga dapat menemui kesucian aqidah Islam tanpa ada sekatan bersuara.

Sosialis Hijau
http://greensocialis.blogspot.com/

Tiada ulasan: