THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Ahad, 3 Mei 2009

PSM Kini Boleh Mengunakan Logo Gengaman Tangan Dalam Pilihanraya





Sempena dengan ulang tahun ke 11 permohonan Pendaftaran Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada 30hb. April, 1998, akhirnya PSM telah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang telah bersetuju meluluskan simbol parti PSM mengikut kehendak peraturan 11(1)© Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

Keputusan ini diambil dalam Mesyuarat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia kali ke 692 pada 15hb. April 2009 dan dimaklumkan kepada PSM melalui satu surat dari SPR bertarikh 20 April 2009.

PSM dan Barisan Fron PSM mengalu-alukan keputusan ini. PSM berpendirian bahawa perjuangannya yang berterusan dan berani selama sebelas tahun ini merupakan inti kepada kejayaan PSM mendapat pendaftaran dari pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS), Kementerian Dalam negeri (KDN) dan kini SPR walaupun kebebasan untuk menubuhkan satu parti politik adalah satu hak yang termaktub jelas dalam Perlembagaan Negara.

Keputusan ini juga memberi implikasi bahawa PSM kini boleh menggunakan simbol ini dalam Pilihanraya kecil dan Umum yang akan datang. Dalam tiga Pilihanraya Umum sebelum ini, PSM telah menggunakan simbol parti Pembangkang iaitu DAP pada tahun 1999 dan PKR pada tahun 2004 dan 2008.

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari pekerja kepada warga pekerja dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama kami dalam satu dekad ini.

Dengan kelulusan ini, kami berasa perjuangan sosialis di bumi Malaysia akan terus melangkah maju ke hadapan.

Yang Benar,

S. Arutchelvan
Setiausaha Agung

Mohd Nasir Hashim
Pengerusi Nasional

Tiada ulasan: