THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Ahad, 17 Mei 2009

PRK Dun Penanti.


Akhirnya bergembiralah golongan yang hidup mereka sentiasa iri hati terhadap orang lain, perletakan jawatan Fairuz sebagai TKM1 Pulau Pinang walau apa saja sebab yang di berikan untuk menutup kebusukan hati mereka yang pastinya ialah telah berlaku satu konspirasi dari luar dan dalam parti PKR itu sendiri. Bagi aku fairuz adalah seorang TKM yang tidak mempunyai kuasa muktlak dengan statusnya itu. Aku tak hairan kalau yang nak menjatuhkan beliau itu daripada UMNO tapi yang peliknya adalah ianya datang dari dalam parti itu sendiri.

Pernah satu hari semasa program sukaneka di kampong aku, Fairuz yang sememangnya pada asalnya di jadualkan untuk hadir tetapi akibat ibunya yang tinggal di Kuala Lumpur berada di hospital, beliau terpaksa membatalkal kehadiranya untuk program tersebut. Namun apa yang berlaku Fairuz terpaksa juga hadir pada sebelah petangnya dengan mengabil penerbangan dari KL ke sini. Beliau hadir kira2 sejam hanya untuk memberi ucapan penutup.

Persoalannya kenapa beliau terpaksa datang juga ke program yang tidak penting sedangakan beliau mempunyai urusan lebih penting di Kuala Lumpur. Ketidakhadiranya di dalam program itu tidak langsung akan menjejaskan program peringkat kampong itu. Apakah berjiwa rakyat benarkah si Fairuz ini?? Jawapannya tidak…. Fairuz terpaksa hadir ke program itu adalah semata mata kerana program tersebut adalah anjuran JKKK yang pengerusinya ialah bapa saudara Anwar Ibrahim. Kalau tak hadir nanti sampai pula repot kepada Anwar yang beliau tak buat kerja. Bayangkanlah program kampong di terpaksa di hadiri oleh TKM, 2 orang exco kerajaan dan ahli majlis tempatan serta ADUN.

Kesimpulannya kuasa pengerusi JKKK adalah lebih hebat dari kuasa TKM1. fairuz tidak boleh membuat keputusan sendiri dalam menentu hala tuju politiknya. Semua keputusannya di bayangi Anwar dan golongan sekeliling Anwar adalah manusia durjana yang mempunyai hati yang kotor lagi menjijikan. Siapakah mereka itu??? Mereka adalah pengikut anwar ketika Anwar di dalam UMNO dulu. Mereka ini umpama buaya yang tidak mempunyai lidah… mereka ini sanggup lakukan apa saja demi wang ringgit.

Kini apabila Fairuz sudah jatuh, gembiralah mereka2 ini. Yang turut bertepuk tangan ialah mereka yang kononnya pejuang Islam.Lihat sajalah Web Laman M@rhaen sanggup memberi ruang kepada golongan yang anti Fairuz untuk menjatuhkan beliau. Apakah mereka ini merasakan mereka akan selamat dengan soalan soalan di mahsyar nanti…. Lu Pikirlah sendiri…

Tiada ulasan: