THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Sabtu, 23 Mei 2009

BALADA SEORANG LEBAI KAMPUNG KU.

Al kisah maka tersebutlah cerita seorang lebai di kampong aku yang teramatlah warak adanya. Lebai ini kononnya belajar sampai luar Negara di dalam bidang jualan kuih muih. Setelah pulang dari luar Negara lebai ini pada ketika itu belumlah menjadi lebai adanya. Oleh kerana dia seorang yang pemalas ibnu baloq maka tidaklah dia mencari kerja untuk menampung hidupnya yang melarat itu melainkan mengharapkan ehsan daripada adik beradiknya sahaja. Setelah tidak tertahan lagi saudara maranya menangung makan dan minumnya yang pelahap itu maka si lebai mulalah berniaga kuih di tepi jalan. Maka di kutipnya kuih dan nasik lemak pada mak cik makcik di dalam kampong untuk jualanya itu.

Memandangkan si lebai yang belum menjadi lebai ketika itu adalah seorang yang berpendidikan tinggi maka terasa aib olehnya untuk menjadi penjaja kuih di tepi jalan. Maka di upahnya budak budak untuk menjadi hambanya menjual kuih dan nasi lemaknya. Setelah habis jualan kuih maka si lebai ini pun mengupahlah budak-budak yang di jadi hambanya itu dengan 2-3 ringgit. Yang sedihnya sampai sekarang upah yang di janjikan belum berbayar. Sudahlah menghambakan budak itu gajinya pun tidak di bayar. Sekarang budak itu sudahlah tidak menjadi budak lagi adanya.

Cetera tidak membayar hutang itu tidaklah berakhir di situ saja tetapi betapa sedihnya rasa hati bila makcik-makcik yang bangun jam 3 pagi kerana membuat kuih pun tidak di bayarnya. Seorang kakak yang membuat nasi lemak untuk lebai ini memberitahu bahawa si lebai ini berhutang dengannya hampir RM2.000.00 (RINGGIT MALAYSIA DUA RIBU), Seorang makcik si lebai ini berhutang dengannya RM300.00 lebih. Yang bestnya dekat aku pun si lebai ini berhutang RM300.00 lebih. Issh tersangatlah ramai nya jika hendak di hitung betepa si lebai ini menzalimi orang yang membuat kuih dan nasi lemak untuknya.

Pada satu tahun di bulan ramadhan si lebai ini teringinlah di hatinya untuk berniaga untuk mereka yang ingin bersahur maka di jualnya nasik putih dan telor goreng. Tersangatlah tidak lalunya tekak ini untuk menjamah nasi telor goring si lebai yang belum lebai ketika itu. Seperti menjual kuih tidaklah mahunya si lebai ini menunjukan mukanya yang tak hensem itu kepada orang ramai bahawa dia seorang penjual nasi telor goring maka di upahlah pulak seorang untuk menjadi hambanya. Di suruhnya si hamba yang hina itu menunggu sehingga pagi dan pulanglah si lebai untuk berangan gadis mana yang bakal menjadi suri hatinya. Di cerpenkan cerita maka habislah sebulan umat islam berpuasa maka tibalah saatnya umat islam menyambut hari raya.. Betapa sedihnya si hamba yang telah menghambakan dirinya sepanjang malam di bulan puasa tidaklah pula mendapat upah seperti yang dijanjikan oleh si lebai yang belum lebai ketika itu. Si lebai yang belum lebai itu teramatlah zalimnya melebihi si kapitalis yang memerah pekerjanya. Maka untuk tidak terus menceritakan kezaliman si lebai yang belum lebai ini adalah di rasakan adalah teramat baiknya jika kisahnya yang belum lebai itu di tamatkan di sini dan di sambung pula dengan ceteranya setelah menjadi akan lebai adanya.

Sebelum meneruskan kisah-kisah kehebatan si lebai ini adalah sepatutnya di ceritakan bahawa tidak pernahlah adanya kaum hawa yang berminat pada si lebai ini kerana sifat pemalas tahap lapannya itu. Si lebai ini juga mempunyai satu kebolehan luar biasa iaitu seperti kuasa yang di miliki fantastic 4. Namun kelebihan serta power yang di punyai oleh si lebai ini mengatasi segala yang ada di muka bumi ini iaitu kuasa imaginasi sexs yang teramatlah hebatnya. Mungkin kerana terlalu suka menonton VCD lucah atau secara bahasa omputihnya Blue Film maka begitu banyakalah koleksi VCD prono yang boleh di dapati di rumahnya. Semakin banyak di tontonnya VCD lucah maka semakin tinggilah kuasa imaginasi yang di perolehi oleh si lebai ini.

Entah macam mana pada satu ketika bertukarlah rupa si lebai yang belum lebai ini menjadi seorang lebai. Setelah menjadi lebai terminatlah dia pada seorang gadis yang wajahnya bolehlah di jarakan antara planet paling jauh dengan bumi jika hendak di buat perbandingan dengan si lebai ini. Maka di hantarlah sms yang berbunga-bunga kepada gadis ini dan di tunjuklah akan gadis ini pada diriku ini akan sms lebai yang merayu rayu itu.

Seperti lagu “Apo Kona Eh Jang” nyanyian Elly Noor dan Mastura tidaklah berbalas cinta yang mewangi si lebai ini dengan guru itu. Maka berjumpalah akan lebai ini dengan si dukun untuk menelek nelek akan nasibnya mungkinkah akan terbuka lagi hati si gadis untuk dirinya itu.. malang bertimpa-timpa bila sudahlah cintanya tidak berbalas, bertunanglah pula si gadis dengan seorang jejaka pilihan hatinya. Semakin hari semakin hiba rasa hati si lebai mengenangkan usianya semakinlah tua adanya.

Walaupun telah di sunting bunga di taman tetapi si kumbang yang berlebai ini masih juga tergila gilakan bunga yang menjadi milik orang itu. Di hantarnya sms merayu rayu si gadis menerima akan cintanya itu. Berbekalkan madah madah pujanga yang dikutipnya dari buku kembang setaman si gadis setiap hari di pujuk untuk bersamanya . semakin hari semakin gelisah bila mengenangkan burung kesayangan tidak hinggap di jantung hatinya. Sehingga kini si lebai terus membujang dan dari ramalan sang penilik kemungkinan besar awang si lebai ini akan kempunan di dalam seluar dan terasa amat tersiksa dengan urutan minyak lintah yang selalu di amalkan oleh si lebai sexs ini.

Bersambung pada episode akan datang dengan cerita SMS sexs lebai dengan seorang gadis bernama Salmi dan Lebai sexs ganggu tunangan orang. Jangan lupa lawati lagi blog ini untuk kisah malang lebai sexs. Tungguuuuuu…………

Tiada ulasan: