THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Rabu, 1 April 2009

Sosialisme


Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata.
Sejarah
Beberapa orang berpendapat Robert Owen yang berasal dari Wales, merupakan seorang sosialis yang pertama. Beliau dianggap sebagai pengasas gerakan koperasi di Britain. Beliau berkata pekerjalah yang sepatutnya menjadi tuan untuk syarikat yang mereka bekerja. Pekerja kemudiannya berkongsi keuntungan sesama mereka.
Kebanyakan parti sosialis ditubuhkan semasa kurun ke-19 dan awal kurun ke-20.
Antara sosialis terkenal adalah Karl Marx yang menulis buku The Communist Manifesto. Sosialis terkenal lain adalah Vladimir Lenin, James Connolly, Rosa Luxemburg, Fidel Castro, Muammar al-Gaddafi, Albert Einstein, Robert Mugabe, Ho Chi Minh dan John Lennon.
Sosialisme dan komunisme
Sekali imbas, perkataan "sosialisme" dan "komunisme" seolah-olah satu perkara yang sama. Tetapi pada hari ini dua perkataan ini bermaksud perkara yang berbeza. Kebanyakan orang yang bukan komunis merujuk komunisme sebagai Marxisme dan Leninisme iaitu idea-idea yang berasal dari Parti Bolshevik di Rusia.
Selepas Perang Dunia Pertama dan Revolusi Rusia, sosialisme terbahagi kepada dua. Sesetengah golongan sosialis mengikut Lenin dan dipanggil komunis. Sesetengah yang lain pula percaya kepada sistem parlimen dan mereka ini dipanggil sosial demokrat. Sosial demokrat sangat tidak bersetuju dengan komunis tetapi antara ciri mereka ini adalah menyokong konsep negara kebajikan.
Negara kebajikan
Negara kebajikan adalah negara di mana kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memberi bantuan wajib kepada rakyatnya.
Negara kebajikan boleh merujuk kepada:
• Penyediaan perkhidmatan kebajikan oleh negara
• Dalam keadaan yang ideal, kerajaan mempunyai tanggungjawab utama dalam menjaga hampir setiap aspek kebajikan rakyak. Dalam hal ini setiap aspek kebajikan dianggap hak sejagat rakyat.


•Penyediaan perkhidmatan kebajikan oleh masyarakat sendiri. Di kebanyakan "negara kebajikan" terutamanya di benua Eropah, perkhidmatan kebajikan disediakan oleh kombinasi badan-badan bebas, sukarelawan dan perkhidmatan kerajaan. Mereka ini boleh jadi kerajaan pusat atau negeri, syarikat atau agensi yang dibiayai kerajaan, syarikat persendirian, organisasi amal atau organisasi bukan berasaskan keuntungan. Fenomena ini lazimnya lebih dikenali sebagai "masyarakat kebajikan".
Negara kebajikan lazimnya ditemui di negara Scandinavia seperti Denmark, Finland, Iceland, Sweden dan Norway. Negara seperti Perancis, Jerman dan Belgium juga membelanjakan banyak wang dalam program kebajikan.
Di negara Scandinavia, kerajaan mengenakan cukai yang tinggi untuk membiayai program kebajikan.
Jadual di bawah menunjukkan; pertama, peratusan belanja kebajikan daripada KDNK untuk negara OECD terpilih; dan kedua, KDNK per kapita (PPP AS$) dalam 2001:
Angka dari OECD[1] dan UNDP.[2]
Nota: tiada data untuk China, India, Indonesia, Brazil, Russia dan Pakistan, kerana negara terbabit bukan ahli OECD.

Tiada ulasan: