Tun Dr Mahathir menunaikan janjinya apabila masuk semula ke Parti UMNO sebaik sahaja, Presiden sebelumnya Abdullah Ahmad Badawi berundur dari pucuk pimpinan UMNO. Kehadiran sensasi Dr Mahathir pada hari terakhir di persidangn Perwakilan UMNO di PWTC mendapat sambutan hangat daripada perwakilan-perwakilan seluruh Negara. Ini menunjukkan walaupun pada suatu ketika dia terpaksa bersara kerana dianggap sebagai watak yang tidak disukai ramai sehingga menjadi ‘racun kepada undi’, tetapi selepas kepimpinan lembik Abdullah selama lima tahun, perwakilan UMNO amat menyenangi pendekatan kepimpinan Mahathir yang berunsur kuku besi.
PM baru Najib terus menunjukkan belangnya apabila mendapat mesej ini daripada perwakilan. Najib telah mengistiharkan perang ke atas tuntutan perubahan yang dilaungkan oleh rata-rata Rakyat biasa pelbagai bangsa. Serangan terbaru adalah menggunakan segala jentera kerajaan untuk menggagalkan hasrat Parti-parti dalam Pakatan Rakyat(PR) mencapai kemenangan (dan akhirnya merampas kuasa) melalui pilihanraya yang bersifat demokrasi.
Selain tektik kotor seperti memberi peruntukkan berbillion ringgit untuk membeli undi, nenaki dan memburukkan nama calon pembangkang dan menakut-nakutkan pengundi, pemerintah Hegemoni UMNO kali ini telah menggerakkan SPR, KDN dan polis untuk menyusahkan kerja-kerja pilihanraya PR. Antaranya termasuk mengharamkan surat khabar Suara Keadilan dan Harakah, syarat-syarat ceramah umum yang terlalu ketat seperti tidak dibenarkan menyentuh persoalan Altantuya, dan kemelut perlembagaan Negeri Perak dimana UMNO telah mempengaruhi Institusi Raja dan Sultan Perak untuk merampas kuasa di DUN Perak dan lain-lain lagi.
Ini bukan sahaja jelas menunjukkan UMNO dan kumpulan kecil yang diwakilinya itu sudah bersedia untuk mengekalkan kedudukan pemerintahan mereka dengan apa jua cara, ia juga menunjukkan BN yang didominasi oleh UMNO ini telah dikawal sepenuhnya oleh birokrat-birokrat korup yang tamak dan hanya mementingkan diri sendiri. Mereka ini telah lama membelakangkan kepenting Negara dan bangsa dari kepentingan diri sendiri. Mereka ini tidak akan nampak kehidupan merana pekerja pelbagai kaum, mereka juga tidak akan dengar rungutan dan keluhan rakyat jelata. Tujuan golongan memerintah ini mengekalkan kedudukan pemerintahan mereka semata-mata untuk meragut seberapa banyak kekayaan dengan cara menyalahgunakan kuasa, hidup mati rakyat biasa tidak pernah menjadi pertimbangan mereka. Kembalinya Mahathir ke UMNO merupakan satu penunjuk jelas rasuah, kronism dan nepotism semakin menjadi-jadi pada akhir-akhir pemerintahan UMNO-BN ini.
Parti Sosialis Malaysia (PSM) mencabar Dr. Mahathir menunjukkan sedikit keprihatinan kepada tuntutan Rakyat dengan meneruskan pendiriannya yang selama ini dipegang olehnya, iaitu membantah campur tangan Institutsi Raja dalam pembentukkan Kerajaan sama ada kerajaan pusat ataupun negeri dengan tegas, lantang dan secara terbuka.
PSM juga menyeru pengundi di ketiga-tiga kawasan pilihanraya kecil iaitu: Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai , menunjukkan tekad dalam menuntut perubahan sejati dengan menolak hegemoni UMNO dengan jelas dan memberi undi kepada calon PR. Jika ada pengundi yang masih kurang yakin dengan sesetengah atau sebahagian tindakkan PR, rosakkan undi anda untuk menunjukkan ketidakpuas hati Rakyat.
Dikeluarkan Oleh:
S.Arutchelvan
Setiausaha Agung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan