Semalam aku letih betul bila pulang dari Bukit Gantang. Sehari sebelum itu aku telah ke sana untuk mengantar vest kepada Ketua Pemuda PAS Bukit gantang. Pada malam penamaan calon aku bersama 8 orang teman bertolak kesana jam 2 pagi. Mulanya kami hendak tidor di rumah yang telah kami sewa seminggu di Changkat Ibol tetapi bila di rasakan besok pagi kami kena datang semula ke taiping, akhirnya kami buat keputusan untuk terus saja ke Taiping pada malam itu. Tiba di masjid daerah kenderaan sudah memenuhi sekitar masjid. Di dalam masjid sudah penuh dengan orang yang tidur. Tak ada tempaty lagi untuk bersembahyang.
Aku tidur di dalam bonet kereta sahaja. Azan subuh terus aku bangun tapi masjid sudah penuh. Lebih ramai lagi daripada solat jumaat. Mungkin ini yang di katakana Islam akan menang bila solat subuh seperti solat jumaat. Tapi hari ni saje la hari lain time subuh macam ni ramai yang mengaku pejuang Islam tapi tak sembahyang pun.
Sampai di tempat penamaan calon penyokong PR aku anggarkan lebih kurang dalam 30ribu orang memenuhi sepanjang jalan hinggalah ke atas bukit kawasan itu. Nampak macam stadium bola pulak.
Sebenarnya aku berjanji dengan YB Dr Nasir untuk bertemu di situ tetapi oleh kerana talian talipon terlalu sibuk kami tidak dapat berhubung antara satu sama lain.
Turut kelihatan di situ Pimpinan tertinggi DAP serta ramai awek2 cun yang mungkin dari PAS kot. Yelah Dario PAS le sebab dia orang pakai vest PAS.
Setelah selesai nama calon di umumkan aku terus berjalan ke masjid kerana keta aku parking di situ. Letih betul. Samapi rumah lepas solat zohor terus aku terlena sampai 6.30. jadi gambar2 yang aku upload ke blog ini tidak tersusun kerana tergesa2.
Besok aku akan ke Bukit Selambau untuk berjumpa dengan bilik berita di sana. Selasa ini aku akan ke DUN bukit Selambau lagi bersama Team PSM. Kami akan ke Ladang tempat singahan kami sewaktu kempen basikal jerit tahun lepas. InsyaAllah aku akan membuat liputan semasa di sana nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan