THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Ahad, 1 Mac 2009

PIBG Sebagai Kambing Hitam Merompak Wang Rakyat.

PIBG Sebagai Kambing Hitam Merompak Wang Rakyat.

Pagi ini aku hadiri mesyuarat agung PIBG sekolah anak aku yang menengah. Setelah 2 tahun aku menjadi ahli jawatankuasa sekolah tersebut, tiada isu lain yang memanaskan mesyuarat melainkan isu yuran tambahan. Pada tahun lalu semperna menghadapi pilihanraya umum Menteri Pelajaran merangkap ketua budak-budak UMNO yang lemah lembut itu telah membuat pengumuman bahawa tiada yuran sekolah di kenakan. Hebohlah TV3 yang bermotokan “We lie other follow” memberitahu rakyat bahawasanya tiadalah di dalam dunia ini yang rakyatnya bersekolah percuma melainkan hanyalah di Malaysia ini adanya. Bersorak sorailah gerombolan-gerombolan parti ketuanan melayu ini di cerok-cerok kampong meraikan kepahlawanan cucu pengasas parti didikan British kerana keperihatinan beliau dalam membela rakyat yang tercinta.

Walaupun begitu hiruk pikuk perayaan pendidikan percuma tidak lama, sekadar 2 minggu maka berakhirlah sebuah sketsa. Rupa-rupanya yang dikatakan sekolah percuma itu hanyalah penghapusan yuran sebanyak RM4.50 sahaja tetapi yang ibu bapa kena bayar lagi antara RM35.00 – RM85.00 tidak termasuk yuran PIBG. Pesta ria akhirnya bertukar menjadi bencana. Berkompang pula rakyat kerana terpaksa membayar yuran persekolahan anak mereka yang kononnya kerajaan perihatin memberi perhidmatan pendidikan percuma.

Debat terbuka antara pro dan kontra tercetus di dalam mesyuarat agung PIBG. Ada yang kematu hatinya dengan darah UMNo bertegang lidang membela parti mitos melayu itu walaupun dirinya hanya punya harta motosikal Honda C70 tanpa cukai jalan. Katanya insan yang yang tak bersetuju membayar yuran itu jenis manusia yang tidak bersyukur dengan nikmat kemajuan yang telah di berikan oleh kerajaan pujaan hatinya. Akhirnya setuju atau tak setuju, sokong atau tentang, pro atau kontra yang pastinya bayar mesti bayar.

Arahan Kementerian jangan Kutip Yuran Tahun 2009.

Tahun ini Kementerian Pendidikan telah keluarkan arahan kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan supaya tidak mengutip sebarang yuran kepada pelajar. Persoalan dan dilema yang dihadapi pihak sekolah ialah jika tiada langsung kutipan yuran daripada pelajar semua aktiviti sekolah tidak dapat berjalan. Sebenarnya rakyat telah sekian lama di tipu oleh kerajaan BN dengan istilah sekolah kerajaan semuanya mendapat bantuan daripada kerajaan. Yang sebenarnya ialah kerajaan hanyalah menyediakan guru, bangunan sekolah dan peralatan di dalamnya sahaja. Segala aktiviti sekolah yang memerlukan kewangan adalah hasil daripada yuran yang di bayar oleh ibu bapa. Sehinggakan kertas-kertas A4 dan sebagainya adalah mengunakan wang yaran yang di kenakan. Semua aktiviti koko juga tidak akan berjalan jika tiada wang yuran tersebut. Anak-anak mungkin tidak boleh mengambil peperiksaan di sekolah kerana kerajaan tidak memberi peruntukan untuk tujuan itu.

Kalau begitu bagaimanakah aktiviti-aktiviti sekolah hendak di jalankan pada tahun ini jika tiada kewangan yang di kutip dari ibu bapa? Pada tahun ini kerajaan kononnya memberi peruntukan perkepala sebanyak RM12.00 kepada setiap pelajar. Jika sekolah mempunyai pelajar seramai 1000 pelajar maka sekolah tersebut akan menerima sebanyak RM12ribu setahun, sedangkan bagi sekolah dalam Bandar memerlukan sekurang kurangnya RM65ribu setahun untuk menguruskan semua aktiviti pelajar dan aktiviti PIBG. Ini bermakna pihak sekolah dan PIBG kekurangan RM53ribu. Di mana wang itu hendak di cari jika pihak kementerian tidak membenarkan sekolah mengutip yuran dari pelajar? Apakah pihak kementerian tidak menyedari hal ini?

Sebenarnya kementerian lebih arif malah terlalu arif tentang hal ini tetapi kerana tidak mahu disalahkan oleh ibu bapa maka kementerian telah mengeluarkan perkeliling untuk tidak mengutip yuran tetapi kementerian telah menyerahkan kepada pihak PIBG untuk menentukan sendiri yuran tersebut. Jawatankuasa PIBG diminta untuk membentang usul yuran tersebut di dalam mesyuarat agung dan meminta ibu bapa sendiri yang bersetuju untuk membayar yuran pada pihak sekolah. Dengan itu pihak kerajaan telah melepaskan tangan dari tundingan ibu bapa. Jika ada cakap cakap selepas ini Menteri Pendidikan yang lembut itu akan menunding lima jarinya kepada ibu bapa pula kerana pihaknya tidak pernah memberi arahan kepada PIBG untuk mengutip yuran daripada ibu bapa.

Sekarang siapa yang kena?? Yang bersetuju untuk membayar yuran ialah ibu bapa yang mungkin orang UMNO, PAS, PKR, DAP dan yang tak berparti. Yang baik tentulah kerajaan BN yang telah memberi perhidmatan percuma kepada rakyat. Apa pun bagi ibu bapa yang menjadi pemuda UMNO akan berkata “Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku” Jangan jadi Jebat derhaka kata mereka.

Sosialis Hijau

Tiada ulasan: