THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Selasa, 31 Mac 2009

Pesanan Buat Pengundi PRK P59, N25 dan N29



Sudah menjadi lumrah bila tiba musim pilihanraya maka ramailah pemimpin berjiwa rakyat yang akan turun bertemu pengundi. Jika sebelum ini jijik melihat gerai makan tepi jalan tapi selepas ini gerai makan tepi ayaq acaq (kena Tanya orang Penang apa dia ayaq acaq ni) pun mereka sanggup pi makan. Maklumlah berjiwa rakyat. Tak apalah tapi dah ada kesempatan untuk bersembang dengan pemimpin berjiwa rakyat ni, tanyalah mereka beberapa soalan. Sebelum tanya anda pujilah dulu kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa membela rakyat tu.

1. .
a. PUJIAN : Terima kasihlah sebab sudi melawat Kami nak ucapkan banyak2 terima kasihlah pada Dato sebab begitu perihatin dengan masalah kami, lebih lebih lagi bila harga beras melambung naik kerajaan kita telah memberi beras subsidi dengan harga RM16.50 sekampit. Kalau tidak manalah kami rakyat miskin ini mampu beli beras yang harganya sekampit RM42.00 tu. Terima kasih la kepada parti UMNO yang sentiasa perihatin dengan masalah kami tapi….
b. PERTANYAAN : Dato pernah ke makan beras yang di beri nama BERAS NASIONAL(BN) tu. Ishh kalau dato nak tahu beras tu berbau hapak dan warnanya merah. Kadang kadang lembik. 2-3 jam masak dah nak basi. Dulu beras ni kami beri makan itik je. Tokey babi pun bagi makan guna beras ni juga la. Ish rasanya kami orang miskin ni macam babi pulak. Beras yang sepatutnya babi makan kerajaan bagi kami makan.
c. TINDAKAN : Jemput calon itu masuk rumah anda dan hidangkan nasi yang anda tanak dari beras subsidi yang kerajaan perihatin beri itu. Ajak la dia menjamu selera dengan nasik makanan binatang itu. Lihat betul2 riak wajahnya sewaktu dia menyuapkan nasik ke mulut. Kemudian katakan padanya Demi Allah saya tidak akan memberi undi saya kepada orang yang memberi makan makanan babi kepada anak isteri saya.

2. .
a. PUJIAN : Sejak PSMBI di laksanakan dapatlah anak anak kami orang kampong ni bercakap orang putih bila besar nanti. Ish bangga betul kami kalau anak kami boleh bercakap orang putih dan dapat kerja di pejabat besar…. Tapi
b. MASALAHNYA : bagaimana anak kami nak bekerja di pejabat besar sebab anak2 kami gagal dalam PMR dan SPM dalam mata pelajaran sains dan matematik.
c. TINDAKAN : Keluarkan buku matematik anak anda dan pilih satu soalan dan suruh dia selesaikan sekali dengan penerangan untuk mudah anda faham. Kalau dia tak boleh selesaikan ucapkanlah terima kasih padanya dan katakana padanya saya tidak akajn mengundi parti yang mengadai masa depan anak saya dalam pendidikan.

3. .
a. PUJIAN : Terima kasihlah sebab kerajaan kita memberi yuran percuma sebanyak RM4.50 kepada anak saya di sekolah rendah dan RM9.00 kepada anak saya yang bersekolah menengah. Dapatlah ringankan beban kami bila buka sekolah. Mana nak cari sekolah percuma dalam dunia ni melainkan di Malaysia sahaja.
b. PERTANYAAN: mengapa yuran yang di hapuskan tu RM 4.50 sahaja tapi yang kami kena bayar RM35 sehingga RM 85.00. (Tidak termasuk yuran PIBG) Ish sepatutnya kerajaan kena hapuskan RM85.00 dan kami kena bayar RM4.50 baru lah namanya membantu rakyat yang susah macam kami ni.
c. TINDAKAN : Katakan padanya tuan datang nak menipu kami lagi ke.. sudahlah kami ni sentiasa di tipu tuan datang nak menambah luka kami lagi… tak apalah dengan istilah Englih yang tuan banggakan tu kami ucapakan pada tuan GOOD BYE……

Banyaklah lagi persoalan yang boleh anda Tanya kepada perayu undi BN yang datang merayu kepada anda. Pikir2lah sendiri. Cuma janganlah kita maki mereka. InsyaAllah mereka akan mengundi Pakatan Rakyat hanya kerana senyuman anda itu.

Sosialis Hijau

Lawati Blog Sosialis Hijau di :
http//:greensocialis.blogspot.com

Bangunlah rakyat yang tertindas
Bangun rakyat yang dip eras
Nyalakan obor perjuangan
Menjulang kebenaran.

Hancurkan segala penindasan
Ayuh kita bangun, bangun, bangun
Dunia baru kita dirikan
Pasti jadi kenyataan.

Tiada raja atau penguasa.
Peluru atau penjara
Yang dapat menghalangi kita
Menjadi rakyat merdeka.

Selagi nyawa dalam diri
Perjuangan tak akan henti
Biar darah membasahi bumi
Menyerah tak kan sekali

Perjuangan penghabisan
Bersatulah melawan
Dan internasionale
Pastikan berjaya.

Tiada ulasan: