PERLEMBAGAAN PERAK VS UNDANG-UNDANG BN
Sejak Februari 5, 2009, Negeri Perak penuh dengan berbagai drama. Mahkamah, polis , setiausaha negeri, malah setiausaha DUN yang hanya buat kerja pentadbiran semuanya memihak kepada kerajaan haram BN.
Senario politik Perak melalui perjalanan yang tidak disangkakan dimana kedua-dua pihak mengambil tindakan yang berbagai untuk mengekalkan kuasa mereka. . Pencabulan hak demokrasi dan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Barisan Nasional dilakukan secara terbuka.
Klimaksnya, ialah Persidangan Dewan Undangan Negeri dibawah pokok oleh pihak Pakatan Rakyat.
Mari kita analisis insiden-insiden di Perak yang tidak begitu biasa berlaku sebelum ini.
Bangunan Kerajaan Negeri (DUN) ditutup:
Pihak polis dan FRU mengepong dan mengawasi Bangunan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan untuk menghalang Dewan Undangan Negeri dari bersidang. Sehari sebelumnya, notis memaklumkan SUK Perak ditutup. Anehnya , notis ini tiada tandatangan. Pintu utama ditutup.
Keadaan ini macam kerana takutkan nyamuk, satu rumah dibakar. Sebab tak nak benarkan Dewan Undangan Negeri bersidang, satu Suk ditutup. Bukan sahaja itu polis dan FRU mengepong kawasan itu sejak satu hari sebelum.
Kononnya , polis ambil arahan dari Setiausaha DUN yang mengatakan persidangan tergempar DUN tidak sah . Siapa Setiausaha DUN ini? Dia hanya pegawai tadbir dibawah Speaker yang tiada kuasa. Polis pula mendengar kata-katanya . Sejak bila polis mengambil arahan dari pegawai rendah? Lucu tak keadaan ini ?
ADUN Pakatan Rakyat Dikasari:
Dimanakah pihak polis semasa perkara ini berlaku? Ini jelas menunjukkan “Double Standard” yang dipraktikkan oleh pihak berkuasa! Tidak lupa juga dengan insiden di Parlimen yang melibatkan Presiden DAP Karpal Singh dikasari oleh beberapa Pemuda UMNO. Tiada tindakan diambil terhadap mereka tetapi terketawa bila mendengar polis sedang bergiat menyiasat 28 ADUN Pakatan Rakyat yang bersidang di bawah pokok dengan alasan “himpunan haram”. Renungkan, akankah ini berlaku jika wakil Barisan Nasional berbuat demikian? Mustahil…
ADUN dihalang Masuk ke DUN:
Fikirkan ; ADUN yang sah dipilih oleh rakyat semasa pilihanraya lepas, dihalang dari masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri dan Pejabat Negeri . Sejak bila ADUN boleh dihalang daripada masuk ke Pejabat Negeri. Katanya tak boleh sebab Setiausaha Negeri cakap. Siapa setiausaha negeri untuk halang ADUN daripada masuk ?
Bukankah ini jelas menunjukkan Setiausaha Negeri yang mendapat gaji daripada cukai yang kita bayar, tetapi tidak setia kepada rakyat dan hanya menunjukkan kesetiaan kepada kuasa-kuasa di Kerajaan Persekutuan ?
Injunksi Mahkamah menghalang Speaker bersidang:
Apa yang patut diteliti di sini adalah kenyataan hakim Ridwan Ibrahim mengeluarkan perintah ini iaitu “Dengan ini diperintahkan bahawa defendan yang pertama YB Sivakumar a/l Varatharaju Naidu adalah dihalang dari memanggil sebarang persidangan yang melanggar undang-undang (unlawful) yang bertujuan menjadikannya sebagai persidangan Dewan Undangan Negeri”. Sudah semestinya, selagi YB Sivakumar merupakan Speaker sah DUN Perak, segala persidangan yang dipanggil adalah mengikut undang- undang dan sah! Analisa lanjut menujukkan hakim tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah injunksi menghalang mana-mana persidangan Parlimen atau DUN diadakan. Ini adalah kerana pemisahan kuasa legislatif dan kehakiman yang wujud dalam perlembagaan negara!
Maka apa kuasa keputusan kehakiman tersebut kepada Speaker ? Menurut beberapa peguam, TIADA
Aparatus Kerajaan vs Kuasa Rakyat
Jika kita lihat, keseluruhan krisis Perak ini tertumpu kepada mahkamah, Sultan dan Speaker. Akan tetapi kita perlu ingat yang kuasa Rakyat yang boleh membawa perubahan tulen.
Sistem kehakiman, polis, setiausaha kerajaan negeri, semuanya dikawal oleh Barisan Nasional dan mereka sudah biasa setia dan takut kepada BN. Penyalahgunaan kuasa dibuat begitu terang-terang sehingga tidak boleh diterima. Hak rakyat dicabuli dengan begitu senang dengan sokongan polis dan mahkamah. Ini tidak boleh berterusan.
Sekiranya Kerajaan Pakatan Rakyat Perak memang aspirasi rakyat, maka ADUN Pakatan Rakyat harus menggunakan satu-satunya kuasa yang menyokong mereka , iaitu Kuasa Rakyat! Kembali kepada rakyat, suruh mereka memberi sokongan, kuatkan mereka , beri mereka informasi dan juga peranan untuk menuntut balik hak mereka. Mobilisasi mereka !
Tugas rakyat bukan hanya mengundi dalam pilihanraya. Tugas rakyat adalah lebih daripada itu, iaitu memastikan hak demokrasi dan keadilan dipelihara. Perubahan tulen hanya boleh dibawa oleh rakyat.
Kembalikan Kuasa Kepada Rakyat ! Kuatkan Rakyat !
Rakyat akan Memastikan Hak Demokrasi Dikembalikan!
Perlembagaan bukan alat kerajaan untuk mengawal rakyat,
Perlembagaan ialah alat rakyat untuk mengawal kerajaan
Theva
Sekretariat JERIT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan