Pengalakan Hospital Swasta
• Kerajaan telah menjadi pemilik terbesar bagi hospital-hospital swasta melalui Syarilat GLC seperti Khazanah, Petronas, simen darby dan SEDC johor.
• Kemunculan hospital swasta telah mempercepatkan penghijrahan doctor pakar daripada Hospital Kerajaan ke Hospital Swasta. Kini hanya 25% daripada bilangan doctor pakar di Malaysia masih bertugas di Hospital Kerajaan, menakala75% daripada pesakit masih bergantung pada hospital kerajaan.
• Ketiadaan bimbingan yang mencukupi untuk doctor-doktor yang sedang berlatih adalah punca utama kesilapan dan kelewatan mengenalpasti penyakit di hospital kerajaan.
Promosi Pelancongan Kesihatan
Perdana Menteri tak tahukah?
• Perkembangan perlancongan kesihatan di hospital swasta akan menarik lebih ramai doctor pakar kerajaan ke sector swasta dan memperlemahkan lagi hospital kerajaan.
• Ataupun PM memenag sedar, tetapi mengutamakan untung hospital swasta lebih daripada kebajikan rakyat yang bergantung pada Hospital Kerajaan?
FFP: Rwatan swasta di Hospital Kerajaan
• Skim FFT (Full Paying Patient) telah berlangsung selama 15 bulan dan ada doctor pakar yang mendapat RM40,000.00 sebulan melalui skim ini. Tetapi masih belum ada kajian yang menyeluruh.
• Difahamkan bahawa tanggungjawab lain seperti menjaga pesakit biasa di wad 3, dan klinik awam di abaikan oleh pakar yang terlibat. Pengajaran bagi doctor yang sedang latih juga telah merosot!
Penjualan IJN kepada Sime Darby
• Siapakah yang mengambil keputusan ini?
• Mengapa tidak dirujuk kepada Bahagian Perancangan Kem Kesihatan terlebih dahulu untuk dikaji sebelum pengumuman dibuat?
• Mengapa tidak dibentangdi Dewan Rakyat untuk mendapat pandangan wakil rakyat?
• Adakah kepentingan kroni tertentu diberi keutamaan?
• Apakah jaminan IJN tidak akan di jual pada suatu masa nanti.?
Apakah rawatan perubatan kita terjamin pada masa hadapan?
TUNTUTAN GABUNGAN MEMBANTAH PENSWASTAAN PERHIDMATAN KESIHATAN.
• Bekukan pembinaan hospital swasta.
• Menambahkan peruntukan untuk Kementerian Kesihatan daripada RM11billion ke RM17bilion. Jika perlu, gunakan sebahagian daripada bunting Petronas (80billion) untuk menjaga kesihatan rakyat!
• Wujudkan skim seperti yang di amalkan IJN untuk semua kakitangan kesihatan kerajaan.
• Kerajaan harus menerima hakikat bahawa pembekalan rawatan kesihatan yang berkualiti untuk semua rakyat kita tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada kaum koprat yang mengutamakan untung sahaja!
• Jangan melakukan sebarang perubahaan dalam system kesihatan kita secara tergesa-gesa. Memaklumkan kepada orang awam. Dapatkan maklumbalas dahulu. Jangan swastakan atau jual perhidmatan kesihatan Negara tanpa membuka ruang perbincangan terlebih dahulu.
Peranan anda
• Sebarkan risalah ini kepada brakan-rakan. Bincangkan isu ini dengan mereka.
• Sila berjumpa ADUN dan MP anda secara berkumpulan dan menyuarakan kebimbangan anda. Bincangkan langkah-langkah untuk memperkukuhkan Sistem Kesihatan Kerajaan.
Gabungan Membantah Penswastaan Perhidmatan Kesihatan
Sosialis Hijau
Munculnya Ikan Oarfish Petanda Akan Berlakunya Gempa?
6 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan