Jumaat, 26 Februari 2010

KALAU DIA NI BOLEH JADI EJEN ISRAEL...APALAH SANGAT YDP PAS BATU KAWAN

Anak pengasas Hamas dikatakan ejen Israel

Khamis, 2010 Februari 25 BAITULMAKDIS 24 Feb. - Anak seorang pengasas Hamas dikatakan berkhidmat sebagai ejen Israel untuk tempoh lebih sedekad dan telah membocorkan pelbagai maklumat sulit yang menggagalkan banyak serangan berani mati yang dirancang oleh Hamas.

Akhbar harian Haaretz melaporkan hari ini, individu terbabit, Mosab Hassan Yousef merupakan salah seorang penyampai maklumat paling berharga bagi agensi perkhidmatan keselamatan Israel, Shin Bet.

``Maklumat daripada Mosab membantu penangkapan beberapa individu berkedudukan tinggi ketika intifada berdarah Palestin yang bermula pada 2000,’’ kata Haaretz.

Bapa Mosab, Sheik Hassan Yousef yang merupakan salah seorang pengasas kumpulan militan Hamas pada 1980-an ketika ini berada dalam penjara di Israel.

Seorang jurucakap Hamas, Mushir al-Masri berkata, laporan Haaretz itu tidak lebih daripada sekadar karut dan bohong. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGIKUT BLOG JIKA ANDA BERANI UNTUK MEMBUAT KRITIKAN