"Chin Peng lahir di bumi Malaya. Dia lahir di satu tempat, namanya Setiawan. Setiawan ini adalah sebahagian daripada bumi Malaya. Kalau dia lahir di bumi Malaya, maka dia adalah bumiputera Malaya..."
Demikianlah hujah yang dianggap paling kukuh untuk mengulas isu kepulangan Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) ke tanahair Malaysia, dari mulut bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari (gambar kanan).
Untuk tokoh kewartawanan ini, tidak timbul soal sama ada Chin Peng boleh balik atau tidak. "(adalah) Hak Chin Peng untuk balik. Bukan (soal) dia boleh atau tidak. Dari segi undang-undang, tak ada seorang yang boleh mengatakan Chin Peng tak ada hak (untuk) balik (ke tanahair). Tanahair Chin Peng bukan China, bukan Taiwan, bukan Hong Kong. But it is in Setiawan," tegas Said Zahari.
"Bumiputera?" tanya wartawan MerdekaReview untuk mendapatkan kepastian. Dengan lantas dan lantang, Said Zahari membalas, "Ya! Undang-undang dunia mana sekali pun, di mana awak lahir, di situlah tanahair."
Said Zahari mengibaratkan bahawa seandainya diri beliau dilahirkan di Kuala Lumpur misalnya, dan Chin Peng pula dilahirkan di Setiawan, "...kedua-duanya di tanah Melaya. Saya bumiputera tanah bumi ini. Mengapa mahu buat Chin Peng bukan bumiputera? Kalau datuknya bukan bumiputera saya setuju...tapi...(tidak bersetuju dalam kes Chin Peng)."
Malah, Said Zahari yang lebih dikenali sebagai Pak Said ini sambil berseloroh menambah, "Yang penting, kalau mereka (yang menentang kepulangan Chin Peng) dapat buktikan Chin Peng bukan lahir di Setiawan, dia lahir di Tiananmen, itu cerita lain."
Tandatangan Chin Peng diterima
Said Zahari (gambar kiri) memperkukuhkan hujahnya untuk menolak alasan bahawa Chin Peng tidak memiliki dokumen kelahiran untuk membuktikan dirinya warga negara Malaysia, dengan mendakwa bahawa kesediaan kerajaan untuk berunding dengan Chin Peng, dalam kedua-dua Rundingan Baling dan Perjanjian Damai Haadyai, jelas menunjukkan bahawa kedudukan Chin Peng telah diiktiraf.
"Apabila kerajaan Malaya, mengakui mahu berunding dengan Chin Peng, Rashid Maidin dan Chen Tian (pada) tahun 1955, saya ada di situ. Itu sudah menunjukkan kita mengakui bahawa mereka ini rakyat Malaya yang memperjuangkan sesuatu. Tambah pula, Perjanjian Pendamaian Haadyai tahun 1989, itu bukti yang lebih besar," katanya.
Beliau mempersoalkan, "apa lagi yang kamu (mereka yang menentang kepulangan Chin Peng) mahu? Kalau kamu sudah boleh terima Chin Peng punya signature (tandatangan) sebagai satu perjanjian yang membawa kepada pendamaian antara rakyat di Malaya, apa bukti yang you mahu? Apakah you masih insist dia bukan rakyat jelata? Kita sudah zalim..."
Said Zahari menjelaskan "hak" Chin Peng (gambar kanan) yang dimaksudkannya termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan secara amnya, dan Perjanjian Damai Haadyai secara khususnya. Perjanjian Damai Haadyai yang dimeterai antara pihak PKM, kerajaan Malaysia dengan kerajaan Thai membenarkan anggota PKM untuk kembali ke Malaysia selepas pasukan bersenjata PKM dibubarkan.
Walau bagaimanapun, hasrat Chin Peng untuk kembali ke tanahairnya tidak kesampaian apabila kedua-dua orang Perdana Menteri, Najib Abdul Razak dan Timbalannya, Muhyiddin Yassin telah menolak permintaan Chin Peng tersebut secara terbuka. Isu ini bertambah hangat apabila sesetengah bekas perajurit turut mendesak agar pemimpin komunis ini tidak dibenarkan menjejak kaki ke Malaysia.
Pada tahun 1955, Said Zahari yang berusia 27 tahun ketika itu, berada di Baling sebagai salah seorang wartawan yang membuat liputan untuk rundingan bersejarah antara PKM dengan Tunku Abdul Rahman, yang menyandang jawatan PM pertama kemudiannya.
Bekas Ketua Pengarang yang pernah memimpin permogokan menentang pengambil alihan Utusan Melayu oleh UMNO pada tahun 1961, juga adalah mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 17 tahun. Beliau kini berusia 81 tahun, menerima wawancara MerdekaReview untuk berkongsi pandangan beliau dalam isu kepulangan Chin Peng. (Bahagian pertama, bersambung)
Orang tua ini, nak berjalan pun orang tolong papahkan. Inikan pula nak mengangkat senjata. Saya hairan kenapa anak kelahiran Malaya sepertinya dihalang untuk pulang ke tanah air sendiri. Adakah disebabkan dia ini keturunan Cina? Mungkin.
Dunia pun sudah pening. Yang sepatutnya menentang penjajah dan membela tanah air dicop sebagai pengganas. Sebaliknya penjajah dan orang yang bekerja dengan penjajah yang bertapak di negara ini sejak ratusan tahun diangkat menjadi hero. Rela mereka membina tugu memerangi komunis daripada tugu memerangi British. Sedangkan dalam masa yang sama Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan Jepun dan Britain. Bukankah kedua-dua negara ini dahulunya pernah menjajah Malaya bahkan melakukan banyak kezaliman? Tun Razak Perdana Menteri Malaysia yang kedua pernah melawat China yang banyak memberikan bantuan kepada pergerakan komunis di Malaya. Inilah sikap buruk dan keji kaum Melayu, double-standard. Orang putih datang ke sini disambut. Sedangkan bangsa kulit putihlah yang bertanggungjawab membawa banyak kerosakan di Asia.
Mereka datang menjajah sambil menerapkan fahaman dan ideologi Barat, mencuri hasil galian dan bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian laknatullah di Asia. Saya sehingga sekarang terlalu membenci bangsa kulit putih (terutamanya orang Amerika dan Britain) kerana sikap dan tindakan mereka yang suka campur tangan dan mengambil tahu perihal orang-orang Timur (khususnya Asia Timur dan Tenggara) dari dulu sampailah sekarang. Merekalah bangsa yang membawa kerosakan. Mereka bangsa laknat. Tapi orang-orang Melayu bekerja untuk mereka.
Orang Melayu sanggup menjadi barua orang putih. Melayu-melayu yang bekerja untuk orang putih, menjadi pemandu, jadi askar tidak pula dicop sebagai pengkhianat negara. Bahkan sesetengah daripada mereka diangkat dan dijulang menjadi orang-orang hebat. Sanggup berlutut dan menghina diri mengharapkan belas ihsan orang putih untuk merdeka. Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman, dan Tun Razak - mereka ini orang bawahan dan anjing kepada British laknatullah tapi diangkat menjadi pemimpin serta dihormati.
Orang yang bertungkus lumus menghalau orang putih dari sini pula dicop sebagai pengkhianat dan pengganas sehinggakan gelaran itu terpalit pada anak cucu mereka. Lebih malang lagi ada yang dinafikan hak untuk pulang ke tanah air sendiri. Seperti Chin Peng, tak dinafikan ada sesetengah komunis melakukan kezaliman dan keganasan. Tapi masa itu zaman perang. Kalau kau tak tembak aku, aku tembak kau. Sekarang perkara itu sudah berlalu. Perjanjian Baling dan Hadyai sudah termeterai. Yang sudah tu sudahlah. Chin Peng sudah tidak membawa apa-apa ancaman lagi kepada negara, melainkan ancaman kepada politik UMNO!
Isu kepulangan Chin Peng telah mendapat liputan yang meluas di kalangan berbagai lapisan masyarakat negara kita. Satu kesimpulan yang boleh dirumuskan ialah pemikiran generasi sekarang sudah maju, sudah mulai melangkah keluar dari kepompong sempit penjajahan walaupun catatan sejarah yang ada pada hari ini diolah mengikut kaca mata penjajah.
Tulisan yang berjudul CHIN PENG: IKON KEBENCIAN YANG DIREKA yang ditulis oleh Puspawati yang disiarkan Merdeka Review mencerminkan minda yang bebas bagi mereka yang benar-benar ingin meneroka sejarah tanah air tanpa mengikut acuan mana-mana pihak. Malangnya, tulisan itu mendapat ulasan negative oleh seorang ahli Parlimen, Zulkifli Nordin yang disiarkan dalam blognya dan juga di Merdeka Review dengan tajuk CHIN PENG: KOMUNIS ATAU TERORIS?
Dalam tulisannya bertajuk CHIN PENG: KOMUNIS ATAU TERORIS? Zulkifli menyatakan: “Chin Peng dan konco-konconya mahu memerintah negara, mereka mahu mengambil alih kerajaan dengan cara bersenjata, cara terorisme dan keganasan. Mereka mahu paksa rakyat menerima ideologi dan cara pemerintahan kukubesi mereka. Tidak ada beza antara Chin Peng dan Hitler, Mussolini dan mereka yang sewaktu dengannya. “
Daripada tulisan ini jelas menunjukkan pemikiran Zulkifli Nordin masih terkongkong dibawah tempurung sempit penjajahan. Inilah pemikiran UMNO walaupun beliau berada dalam Parti KeAdilan Rakyat. Sukar untuk membuat kesimpulan sama ada beliau sengaja mahu menghalang kebebasan berfikir generasi sekarang atau benar-benar tidak mengetahui latar belakang sejarah perjuangan kemerdekan tanah air.
Dalam perjuangan kemerdekaan negara kita hanya ada 2 golongan sahaja – satu golongan kiri yang memperjuangkan kemerdekaan dan satu lagi golongan kanan yang menyokong kerajaan penjajah. PKM adalah salah satu kekuatan dari golongan kiri, dan golongan ini pernah membentuk PUTERA-AMCJA – wadah perjuangan terbesar dalam sejarah perjuangan kemerdekaan tanah air kita. Parti politik yang pertama ditubuhkan dalam sejarah tanah air kita ialah PKM 1930 dan KMM pada tahun 1937. Manakala golongan kanan pula pada umumnya terdiri dari golongan atasan dan pertengahan Melayu. Golongan inilah yang sehidup semati dengan kaum penjajah. Mereka inilah yang membentuk UMNO pada tahun 1946.
Saya kira Zulkifli Nordin juga tidak faham mengapa perang berlangsung antara 1957 – 1989 apabila dia menyebut “Kita sudah merdeka tahun 1957, dan keganasan yang dilakukan oleh Chin Peng adalah pada tahun 1960an sehingga 1980an.“
PKM melancarkan perang ke atas kekuasaan penjajah British untuk kemerdekaan tanah air setelah penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat dan mengharamkan semua pertubuhan kiri. Ini suatu fakta yang terang. Akan tetapi kerana minda yang hanya berputar di dalam tempurung sempit penjajah, perang untuk kemerdekaan ini telah dilihat sebagai perang keganasan untuk menegakkan ideologi komunis.
Sama ada nasionalis, sosialis, agama atau komunis yang akan mengisi corak kemerdekaan itu masih harus ditentukan oleh rakyat semua kaum negara kita melalui proses demokratik. Dalam manifestonya yang dikeluarkan 1 Sepetember 1957, Jawatankuasa Pusat PKM telah menegaskan bahawa:
“Parti Komunis Malaya tidak mahu menyembunyikan kepercayaan dalam cita-cita komunizem, akan tetapi kami sentiasa berpendapat bahawa tugas Malaya dewasa ini bukanlah melaksanakan komunizem dan sosializem, malahan adalah mewujudkan kemerdekaan bangsa, demokrasi, kebebasan, keamanan dan kemakmuran.”
Dr. Burhanuddin dalam ucapannya juga menyatakan bahawa: “Tegasnya lagi, adalah satu impian saja untuk seseorang sosialis mengharapkan bahawa sosialiszem yang menjadi ideologinya itu boleh ditubuhkan dan ditegakkan dalam satu negara yang belum merdeka dan berdaulat dalam politik dan ekonominya"…."Pendeknya, sosializem tidak dapat ditubuhkan dalam taman yang masih semak samun dalam belukar-belukar penjajahan.”
Dari sini jelaslah bahawa, perjuangan tahap itu adalah perjuangan untuk kemerdekaan tanah air, bukan perjuangan untuk menegakkan ideologi.
Akan tetapi mengapa perang masih berlangsung selepas merdeka? Fakta-fakta menunjukkan bahawa PKM berusaha memberhentikan perang melalui perundingan dengan kerajaan Perseketuan Tanah Melayu dan kemudian Kerajaan Perikatan dan seterusnya Kerajaan Barisan Nasional. Akan tetapi, hasrat PKM itu tak pernah dilayan dengan adil oleh pihak kerajaan. Sehingga tahun 1989, di era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohd, barulah kedua-dua pihak duduk semeja merundingkan perdamaian dan kemuncaknya berlakulah penandatanganan persetujuan damai 3 pihak di Hadyai pada tahun 1989.
Manifesto 1 September, PKM secara terang-terang menyebut: “Harus dijelaskan, bahawa dewasa ini menamatkan peperangan, menamatkan darurat dan mewujudkan keamanan dalam negeri adalah tugas yang paling mendesak bagi rakyat segala bangsa di seluruh negeri ini. Jika peperangan ini tidak ditamatkan dan darurat tidak diakhiri, maka rakyat dari segala bangsa di negeri kita ini tidak akan mungkin dapt hidup bersama dalam damai, dan negara kita akan terus menderita bencana penjajahan, dan cita-cita suci untuk pembangunan ibu pertiwi kita pun akan menjadi hampa layang.”
Zulkifli Nordin menulis berkenaan masalah apa yang disifatkannya sebagai keganasan Chin Peng dengan berkata:
“Tetapi di bawah sana, mayat rakyat pelbagai kaum bergelimpangan dibunuh kejam oleh pengganas teroris pimpinan Chin Peng. Saya melihat sendiri mayat Ketua Polis Perak dan pemandunya, kedua-duanya berbangsa Cina, yang dibunuh kejam di persimpangan Anderson School & Fairpark pada tahun 1970an.”
Perang sifatnya bunuh membunuh. TPNM membunuh kekuatan penjajah manakala penjajah pula membunuh kekuatan TPNM, termasuk orang ramai yang menyokong revolusi bahkan sebahagiannya hanyalah dicap sahaja. Kalau nak bandingkan, kekuatan PKM lah yang paling menderita pembunuhan atau kekejaman perang kerana Kerajaan British menguasai tentera, polis, mahkamah dan disokong oleh golongan pertengahan Melayu. Lagi pula penjajah British mendatangkan angkatan tentera yang amat besar dari negara-negara tanah jajahannya ke Malaya untuk memerangi PKM. Cuba fikirkan jumlah angkatan bersenjata British 400 ribu lebih yang didatangkan ke Malaya adalah satu angka yang besar jika dibandingkan dengan penduduk negara kita yang ketika itu hanya berjumlah 5 juta jiwa sahaja. Selain itu penjajah British mempunyai perlengkapan militer yang begitu canggih, bom yang begitu besar manakala PKM hanyalah senjata kuno sahaja.
Mengapa Zulkifli tak menyebut Manap Jepun, Mat Indera, Nordin dan ramai lagi yang digantung mati oleh penjajah British. Dan tahukan YB bahawa sebelum dibawa ke tiang gantung, mereka ini sudah menghadapi berbagai jenis siksaan yang diluar batas peri kemanusiaan, seperti dicabut kuku, dicharge dengan elektrik dan macam-macam.
Tan Sri Rahim Noor walaupun pernah terlibat langsung dalam "perang menentang komunis", namun masih boleh berfikir secara objektif. Kata-kata yang dituturkan beliau yang disiarkan Malaysiakini adalah fikiran yang rasional dan cara memecahkan masalah secara tepat.
“Bagi saya, perjuangan bersenjata, baik besar-besaran mahupun kecil-kecilan, semua ada sebab musababnya. Kalau tidak itu bukan pemberontakan.” … “Kalau anda kata pihak tentera, polis dan rakyat awam telah amat teraniaya. Sila juga tanya pihak PKM. Mereka tentu berkata: macam mana pula dengan saya dan pihak saya?”
Kesimpulan saya ialah Zulkifli Nordin masih berfikir dalam acuan penjajah dan cuba menyekat minda yang bebas supaya masuk semula ke dalam tempurung sempit bersamanya.
Ketika saya sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa, hanya terdapat sebuah kedai buku di dalam kampus di mana saya dan mahasiswa-mahasiswa lain boleh mendapatkan buku teks dan bahan bacaan lain dengan harga yang lebih murah daripada harga biasa, iaitu di Pekan Buku. Oleh itu, saya sentiasa pergi ke situ sekurang-kurangnya seminggu sekali - bukan sahaja untuk mendapatkan buku teks, tetapi juga bahan bacaan lain yang menarik minat saya. Suatu hari, saya ternampak barisan buku tebal berwarna putih dan biru berjudul "My Side of History" diletakkan di bahagian rak yang paling atas. Buku tersebut ialah memoir yang ditulis oleh Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, mantan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya. Waktu itu, buku tersebut berharga RM60.00. Disebabkan kekurangan wang, saya telah meminta seorang pekerja Pekan Buku supaya menyimpan senaskhah buku tersebut untuk saya selama seminggu sementara saya mendapatkan wang.
Buku habis dijual?
Apabila saya kembali semula ke Pekan Buku pada minggu yang berikutnya, saya mendapati buku tersebut tidak lagi berada di atas rak. Sangka saya, buku tersebut sudah habis dijual. Walau bagaimanapun, saya kemudiannya telah diberitahu oleh penjual buku bahawa buku tersebut telah dilarang penjualannya oleh pihak kerajaan persekutuan "sehingga waktu yang akan diberitahu kelak", kerana buku itu ditulis oleh Chin Peng dan mengandungi unsur-unsur komunisme.
Reaksi spontan saya selepas diberitahu oleh penjual buku tersebut ialah, ketawa.
Sehingga kini, setiap kali isu Chin Peng dibangkitkan, akan ada suara-suara marah yang melaungkan betapa kejamnya komunis, kejamnya Chin Peng, dan beliau seharusnya diharamkan untuk menjejakkan kakinya di tanah air kita sehingga mati.
Maafkan saya, kerana saya tidak dapat berkongsi perasaan yang sama.
Semasa kecil, saya diajar oleh media arus perdana bahawa komunis dan Chin Peng adalah orang jahat dan pengganas. Tetapi, apabila semakin mendewasa, perasaan itu makin lama makin hilang, dan diganti dengan perasaan ingin tahu dan keliru dengan penentangan komunis di negara kita. Mengapa?
Kerana sikap "double-standard" kerajaan.
Benci Chin Peng lebih daripada penjajah?
Minda rasional saya mengingatkan bahawa era PKM dulu ialah era perang - pergeseran politik, penangkapan musuh, malah pembunuhan juga adalah sebahagian daripada perang. Saya selalu tertanya-tanya kenapa kita membenci Chin Peng dan komunisme, lebih daripada penjajah-penjajah dan penceroboh negara kita yang lain, seperti negara Jepun dan British? Walhal, negara-negara itu terutamanya Jepun juga melakukan kekejaman fizikal terhadap rakyat negara kita.
Walaupun negara kita mempunyai sejarah "berperang" dengan PKM dan sejak itu komunisme selalu dikaitkan dengan keganasan, tetapi nampaknya dari sudut lain, pemimpin-pemimpin negara kita seolah-olah sudah tidak kisah lagi dengan ancaman komunisme, apabila kita berbaik-baik serta menandatangan berbagai-bagai perjanjian perniagaan dengan negara-negara komunis. Negara-negara lain yang pernah "mengganas" dan bertindak kejam terhadap rakyat negara kita seperti Jepun juga sudah lama dimaafkan. Malah, teknologi mereka digunakan secara meluas oleh kita.
Selain daripada itu, mantan ahli PKM yang lain, ramai yang telah diampunkan dan dibenarkan menetap dan menghembuskan nafas terakhir di sini.
Maka saya membuat kesimpulan bahawa Chin Peng hanyalah satu simbol kebencian yang direka oleh orang-orang tertentu.
Tugu Negara
Beberapa bulan lepas saya pernah menulis tentang Tugu Negara. Saya mempersoalkan dan mengajak para pembaca untuk menilai sendiri rasional di sebalik wajah-wajah yang dibentuk di Tugu Negara. Jika diamati betul-betul, wajah-wajah yang berdiri hampir kesemuanya berwajah Mat Salleh atau kacukan, sehingga menimbulkan persoalan samada mereka berbangsa Malaysia atau tidak. Manakala, yang berbaring atau "mati" pula kesemuanya berwajah Asia.
Saya cuba membangkitkan isu semangat bangsa Malaysia di dalam cerita saya. Tidak kiralah samada mereka komunis atau sebaliknya, mereka adalah rakyat Malaysia yang sedang "dipijak" oleh bangsa asing. Saya minta pembaca tolak ke tepi ideologi politik masing-masing, dan tumpukan kepada wajah-wajah yang sedang dipijak dan yang sedang memijak itu.
Selepas tulisan tersebut diterbitkan, saya menerima banyak reaksi daripada pembaca. Ada yang bersetuju dengan saya, tetapi ada juga yang marah-marah. Mereka menyoal saya kembali - jika Chin Peng bukan pengkhianat, maka adakah keturunan mereka yang berjuang menentang komunis, adalah pengkhianat?
Saya berpendapat bahawa soalan itu adalah soalan yang salah. Soalan yang patut kita tanya sekarang ialah, perjuangan menentang komunis untuk siapa? Adakah perjuangan menentang komunis adalah perjuangan kita atau sekadar berjuang atas desakan orang luar? Tugu Negara dicipta untuk siapa? Siapa wira sebenar dalam cerita ini?
Kita jangan lupa, PKM pernah membantu kerajaan menentang Jepun. Malah, PKM berganding bahu dengan kerajaan dan British untuk memerangi Jepun di negara kita. Hanya selepas PKM menunjukkan penentangan terhadap British, PKM dianggap sebagai antagonis di dalam cerita.
Kami sudah letih menunggu
Di samping itu, sikap kerajaan yang selalu berdolak dalih dalam membincangkan isu kepulangan Chin Peng ini menimbulkan keraguan di hati saya dan rakan-rakan yang sebaya dengan saya. Kami sudah letih menunggu. Ini adalah kerana sehingga kini, kerajaan tidak pernah memberikan sebab yang konkrit mengapakah Chin Peng dilarang kembali ke Malaysia walaupun perjanjian Haadyai dikatakan telah ditandatangan 20 tahun dulu? Maka, kami mengalu-alukan kepulangan Chin Peng ke Malaysia supaya beliau boleh menceritakan apakah yang sebenarnya yang berlaku, memandangkan kerajaan kita enggan berbuat demikian.
Lagipun, kini Chin Peng sudah berusia 85 tahun. Sudah tua dan uzur. Harapannya hanyalah untuk kembali ke Malaysia, melawat kampung halaman, saudara mara dan kubur kedua-dua ibubapanya. Kalau boleh, beliau juga mahu menghembuskan nafas terakhirnya di sini. Sukar sangatkah untuk membenarkan permintaan itu?
Pada pendapat saya, kerajaan kita dan sebilangan rakyat kita tidak perlu takut dan marah-marah lagi dengan Chin Peng. Mungkin sukar untuk warga emas di negara kita melupakan era darurat dan saudara mara yang telah terkorban akibat perang itu, tetapi bagi generasi baru, kami perlu bergerak ke hadapan, dan kami tidak mahu memulakan langkah kami dengan perasaan benci dan dendam.
Bak kata orang-orang tua, "sedangkan Nabi juga mengampunkan umatnya, inikan pula manusia biasa".
*Puspawati Rosman ialah seorang peguam, juga Ketua Projek Jawatankuasa Kesedaran Undang-undang Pusat Bantuan Guaman (PBG).
POSTING ASAL http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10517
Tahun Baru Lebih Bermakna Jika Rakyat Terus Membawa Perubahan
Tahun 2009 sudah hampir berlalu dan 2010 menanti kita dengan penuh harapan. Harapan agar hidup kita akan bertambah baik dan kita akan dapat hidup lebih selesa. Setiap orang pula akan berazam untuk mencapai sesuatu yang baru yang dapat mengubah hidupnya.
Namun harapan sahaja tidak memadai. Rakyat perlu terus membawa perubahan; membuang apa yang tidak berguna dan membina kuasa yang dapat membawa perubahan. Ini tidak mustahil ! Rakyat telah membuktikannya semasa pilihanraya pada Mac 2008.
Jom kita renung sejenak perubahan yang telah kita bawa:
-Menafikan Kerajaan BN 2/3 di Parlimen. Memberikan 5 (-1) negeri kepada Kerajaan PR.
-Sebanyak 9 Pilihanraya Kecil telah dijalankan dan BN hanya dapat pertahankan 2 kerusi sahaja – keputusan muktamad PR 7- BN 2.
-Ahli Parlimen BN terpaksa meninggalkan majlis untuk menyelamatkan Bajet 2010.
-Kuasa rakyat pada 1 Ogos 2009, memaksa Kerajaan untuk mengkaji semula ISA (walaupun kita mahu ianya dimansuhkan).
-Kini tinggal jumlah tahanan ISA yang paling sedikit di Kem Tahanan Kamunting.
-MACC walaupun masih berkuasa, kini terpaksa berhati-hati dalam menjalankan tugasnya. Skandal PKFZ sudah mula menampakkan beberapa tangkapan dibuat akhirnya.
-Perdana Menteri yang selama ini hanya mengiktiraf MIC, kini secara terus terang mengkritik parti itu dengan mengiktiraf satu lagi parti lain. Ini kerana rakyat juga telah membuang MIC.
-Krisis dalam MCA berterusan kerana ahlinya enggan mengiktiraf pemimpinnya yang korup.
-Hasrat menubuhkan Kerajaan Campuran oleh PAS juga ditolak oleh rakyat.
Semua perubahan ini adalah sebahagian daripada sejarah yang dicipta oleh rakyat sendiri. Jadi, rakyat harus terus membawa perubahan demi mewujudkan sebuah negara yang adil dan saksama. Kerajaan PR pula harus membuang sikap meneruskan tradisi BN. Jangan berikan gula-gula kepada rakyat. Perubahan polisi harus dilakukan misalnya dalam:
i.isu tanah – iktiraf hak peneroka bandar dan Orang Asli;
ii.isu pilihanraya tempatan – kembalikan hak demokrasi rakyat;
iii.isu penswastaan hospital - jangan luluskan sebarang projek baru di 4 buah negeri di bawah Kerajaan PR;
iv.mengadakan pungutan suara (referendum) dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat sebelum membuat keputusan – seperti isu konsensi air di Selangor;
Tahun 2010 juga menanti kita dengan banyak lagi cabaran. Satu cabaran yang paling ketara adalah cukai GST. Kerajaan BN yang korup dan kini hampir bankrap, mahu menyelamatkan dirinya dengan mencekik rakyat. Dengan memperkenalkan cukai GST rakyat terpaksa membayar 4% cukai untuk hampir semua barangan dan perkhidmatan yang digunakan. Cukai ini akan meninggal satu kesan yang besar terhadap rakyat Malaysia yang majoritinya adalah golongan berpendapatan rendah.
Maka kita harus menyambut tahun baru 2010 dengan membuat satu lagi perjuangan. Rakyat harus bersatu membantah perlaksanaan cukai GST. Kita tahu ini tidak mustahil!
Selamat Berjuang untuk Satu Sistem yang Lebih ADIL dan SAKSAMA!
Selamat Tahun Baru 2010 dari Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
DEC 29 — A few years ago, while watching some religious forums on the national television channel, an ethnic Chinese Islamic scholar who was vastly eloquent in Islamic ideology often caught my attention. It was not so much his diverse background that fascinated me but rather he was very focused, passionate and energetic in his deliveries.
His eyes were sparkling with thoughts whenever he put a point across. What I took away from the forums was: if we enjoy what we are doing, the sky is the limit. The ethnic Chinese Islamic scholar was in the right place, right time and in front of the right audience preaching what he knew best.
Today, I read an article from the same ethnic Chinese Islamic scholar. I regret to say, he was preaching something totally out of his area of expertise. Worse still, he was doing it in the wrong place, wrong time and in front of the much wiser audience.
He has gone too far in what he said. His analyses were shallow, his views were biased, often subjugated by religion and racial stances. The most reproachful about his thoughts was that they are not appropriate for the present times.
As a whole, the scholar has become an “Ultra-Kiasi” (Kiasi is Hokkien for “afraid to die”) individual. Let us revisit some of the thoughts that were conveniently thrown at the minority groups by him. Whenever possible, in a humble manner, let us rebuff his incorrect thinking.
OCT 29 - Isn't life strange? In 1989, Francis Fukuyama, wrote "The End of History?", published in the national Interest.
In this famous essay, Fukuyama argues that the march of Western liberal democracy may signal the end point of mankind's ideological evolution and thus, liberal democracy (American's kind) has won against the ideas of Karl Marx.
He wrote: "What we may be witnessing is not just the end of the Cold War, or the passing of a particular period of post-war history, but the end of history as such: that is, the end point of mankind's ideological evolution and the universalization of Western liberal democracy as the final form of human government."
Now, nearly 20 years later, we are seeing the most serious crisis facing capitalism, or to be exact, the credit crunch caused by unregulated, free, cowboy capitalism that the Americans have been promoting around the world.
Dalam sejarah benua Asia terdapat tiga wilayah besar iaitu Alam Melayu, China dan India, masing-masing dengan sejarah yang lama dan peradaban yang kaya raya. Tiga wilayah ini merupakan tempat tumbuh dan berkembangnya tiga bangsa besar dalam sejarah Asia iaitu Melayu, China dan India, masing-masing dengan tamadunnya yang terkenal dari timur hingga ke barat.
Seperti kita ketahui, dalam sejarah orang Melayu adalah pengasas masyarakat bertamadun negara kita. Mereka telah melampaui masyarakat primitif, kemudian masyarakat perhambaan serta masyarakat feudal. Dalam perjalanan sejarah yang panjang ini, bangsa Melayu telah terbentuk secara beransur-ansur iaitu dalam proses peralihan daripada masyarakat primitif ke masyarakat berkelas, daripada kumpulan pertalian darah atau perseikatan suku kepada negara. Menurut pandangan historikal materialisme, peralihan ini memulakan langkah pertama ke arah pembentukan bangsa. Demikianlah muncul bangsa Melayu di panggung sejarah sebagai satu komuniti manusia yang mantap yang terbentuk dalam sejarah dengan bahasa bersama, wilayah bersama, kehidupan ekonomi bersama serta unsur psikologi bersama yang diperlihatkan dalam kebudayaan bersama di rantau Alam Melayu ini.
Dari zaman Kerajaan Funan termasuk Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Majapahit, bangsa Melayu menganut agama Hindu dan Budda. Akan tetapi apabila Islam tersebar ke Alam Melayu khasnya setelah berdirinya Kerajaan Melaka pada tahun 1400, orang Melayu telah memeluk agama Islam. Sungguhpun begitu, tradisi sosiobudaya Hindu-Budda masih banyakmempengaruhi masyarakat Melayu khasnya dalam adat resam, kesenian, kesusasteraan Melayu klasik dan lain-lain.
Perkembangan bangsa tak terpisahkan daripada perkembangan masyarakat khasnya perkembangan ekonomi, politik, kebudayaan dan bahasa masyarakat itu. Begitu juga perkembangan bangsa Melayu. Pada zaman Kerajaan Melaka yang masyhur dengan kemakmuran ekonominya serta utuh kekuatan politik dan masyarakatnya, bangsa Melayu terus berkembang sebagai bangsa yang merdeka dengan tamadun yang tinggi. Dalam zaman ini telahberkembang hasil-hasil seni, sastera, muzik, tarian, seni ukir, seni bina dan lain-lain. Hasil-hasil ini selain mewarisi ciri-ciri bangsa Melayu sebelumnya, kini mula mencerminkan ciri-ciri baru tradisi Islam Timur Tengah yang digemblengkan dengan tradisi tempatan. Ciri-ciri Islam ini istimewa menonjol dalam wajah rohaniah bangsa Melayu sampai ke hari ini.
Akan tetapi, di depan pencerobohan dan pendudukan kuasa-kuasa penjajah asing khususnya kuasa-kuasa penjajah barat - Portugis, Belanda, Inggeris, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Jepun - Alam Melayu tidak dapat memelihara keutuhannya. Alam Melayu sebahagian demi sebahagian telahdilapah-lapah dan dibelah bahagikan menurut lingkungan pengaruh kuasa-kuasa pencerobohtersebut sehingga terbentuklah negara-negara yang berlainan dan bangsa-bangsa yang berlainan berdasarkan syarat-syarat sejarah yang baru yang dapat kita lihat Malaysia, Indonesia, Filipina dan lain-lain. Satu unsur penting yang sama yang melahirkan baik bangsa Malaya (Malaysia) mahupun bangsa Indonesia atau bangsa Filipina ialah perang yang berjangka panjang serta perjuangan-perjuanganbentuk lainnya melawan pencerobohan asing dalam mewujudkan negara bangsa yang merdeka dan berdaulat. Dalam proses perjuangan itu terbentuklah kesedaran nasional bersama yang menggemblengkan penduduk-penduduk dalam wilayah masing-masing itu.
Di Tanah Melayu, bangsa Melayu telah dijajah oleh kuasa barat sejak 1511 lagi. Pencerobohan kuasa-kuasa asing telah mengubah masyarakat negara kita dari masyarakat feudal menjadi masyarakat tanah jajahan dan setengah feudal. Bangsa Melayu telah mengalami perubahan yang sangat besar iaitu daripada bangsa yang unggul dan merdeka yang telah mencapai taraf tamadun tertentu menjadi bangsa yang terjajah dan tertindas. Sebagai bangsa yang terjajah dan tertindas, orang Melayu terus mengalamipukulan-pukulan yang berat dan kemunduran besar dalam ekonomi, politik, sosial, kebudayaan, bahasa dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian demimengembalikan kemerdekaan tanah air dan maruah bangsa, orang Melayu telah melancarkan perang patriotik dan perang tani yang masyhur dalam sejarah - dengan demikian terbentuklah tradisi patriotisme bangsa Melayu.
Sejak paruh kedua abad ke-19, masyarakat Tanah Melayu telah berubah menjadi masyarakat berbilang kaum. Orang Cina dan India di Malaya berasal daripada dua bangsa terbesar di Asia. Mereka dibawa masuk secara besar-besaran ke Malaya untuk menjadi lembu perahan kaum kapitalis monopoli British dan lain-lain di lombong-lombong, estet-estet, jalan-jalan raya dan jalan kereta api, pelabuhan-pelabuhan dan sebagainya. Setelah berada di Malaya, mereka hidup dan bekerja di satu alam material dan rohaniah yang baru, yang berbeza sama sekali dengan tempat asal mereka. Melalui beberapa dekad tinggal di sini, mereka beransur-ansur menjadi mantap sebagai tenaga produktif yang maju serta komponen penting masyarakat Malaya. Dengan demikian lahirlah kelas proletariat di Malaya.
Perubahan ekonomi dan masyarakat secara besar-besaran ini telah membawa perubahan baru kepada perkembangan bangsa di sini. Malaya tidak lagi menjadi negeri yang didiami orang Melayu atau Orang Asli semata-mata, tetapi didiami bersama oleh kaum Cina dan India yang sudah memutuskan ikatan politik mereka dengan negara asal serta menjadikan negara ini tempat tumpah darah mereka dan tumpuan taat setia mereka.
Di bawah syarat-syarat sejarah dan material baru inilah, bukan saja orang Cina dan India berubah, dan berkembang menjadi komponen bangsa yang baru di Malaya, tetapi juga bangsa Melayu pun turut berubah sama menjadi bangsa Malaya. Akan tetapi, oleh kerana masyarakat Tanah Melayu atau Malayamerupakan masyarakat terjajah, bangsa Malaya yang berbilang kaum tidak dapat berdiri tegak dan berkembang makmur sebagai satu kesatuan yang utuh dengan perpaduan nasional yang erat. Hanya melalui perjuangan bersama dalam masa yang panjang menentang penjajahan asing dengan berlandaskan patriotisme Malaya khasnya melalui Perang Pembebasan Nasional Anti-Jepun dan Perang Pembebasan Nasional Anti-British, barulah bangsa Malaya beransur-ansur terbentuk dan bersatu hingga tercapainya kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Perjuangan bersama rakyat semua kaum serta parti-parti patriotik-demokratik telah berjaya menamatkan kekuasaan penjajahan di tanah air kita yang wujud selama lebih 400 tahun serta lahirlah bangsa Malaya.
Proses kelahiran bangsa Malaya yang berbilang kaum ini boleh diringkaskan sebagai berikut:
1. Orang Melayu telah melancarkan perang-perang patriotik dan perjuangan-perjuangan adil lainnya melawan kaum penjajah demi kemerdekaan tanah air sejak tahun 1511 lagi dan telah membentuk tradisi patriotisme Melayu.
2. Setelah terbentuknya masyarakat berbilang kaum sejak paruh kedua abad ke-19, rakyat berbilang kaum telah bersama-sama menciptakan kekayaan masyarakat. Kerana dorongan dari gerakan kemerdekaan seluruh dunia khasnya revolusi China, revolusi Indonesia, gerakan kemerdekaan India dan lain-lain, kaum proletariat Malaya (khasnya anasir maju kelas buruh Cina) telah mendirikan Parti Komunis Malaya pada tahun 1930. Kerana dorongan gerakan kemerdekaan tersebut juga, golongan terpelajar Melayu yang terdorong dengan semangat patriotisme dan demokratik telah menubuhkan KMM pada tahun 1937. KMM adalah parti politik nasionalis Melayu yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu.
3. Setelah meletusnya Perang Dunia Kedua pada Disember 1941, PKM telah melancarkan perjuangan bersenjata melawan Jepun. Dalam pada itu KMM bekerjasama dengan Jepun. Bulan Jun 1942 diharamkan.
4. Pada tahun 1945 PKMM telah didirikan untuk meneruskan perjuangan KMM. PKMM dengan lantang mengemukakan semboyan merdeka sebagai dasar perjuangannya. Ia telah menggemblengkekuatan-kekuatan patriotik-demokratik iaitunasionalis, agama dan sosialis. Pada tahun 1945, golongan pertengahan telah mendirikan UMNOdengan semboyan Hidup Melayu. Dasar perjuangannya ialah menyatukan bangsa Melayu tetapimenentang kemerdekaan. Ketika itu telah muncul dua aliran besar dalam sejarah bangsa Malaya iaitu PKMM yang mewakili golongan patriotik-demokratik dari aliran nasionalis, agama dan sosialis yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air dengan UMNO yang didirikan oleh golongan pertengahan Melayu yang bekerjasama dan memihak penjajah. Pada tahun 1947 berdirilah front persatuan PUTERA - AMCJA yang terdiridaripada berbilang kaum dan berbagai aliran patriotik-demokratik berjuang untuk kemerdekaan dengan berlandaskan patriotisme Malaya secara berperlembagaan dan menggubal 10 PRINSIP PERLEMBAGAAN RAKYAT yang mencerminkan hasrat semua kaum di Malaya. Ketika itu UMNO yang dimenangi oleh penjajah telahmendapat saingan yang amat berat. Perjuangan bangsa Malaya untuk kemerdekaan telah membahana ke seluruh negara.
5. Pada 20 Jun 1948, penjajah British telah mengharamkan semua pertubuhan patriotik-demokratik serta menangkap para pemimpin dan anggotanya. Perlu dijelaskan di sini bahawapengharaman semua parti tersebut telah memungkinkan UMNO menjajakan dirinya tanpa sebarang saingan. Kerana gerakan patriotik-demokratik menghadapi tekanan hebat, PKM bersama sebahagian anggota PKMM telah melancarkan perang melawan penjajah Britishmanakala sebahagian anggota pertubuhan patriotik demokratik lainnya meneruskan perjuangan dengan mendirikan parti-parti baru atau memasuki UMNO. Dengan demikian arus kemerdekaan mula melanda dalam tubuh UMNO. Mulai dari saat itu UMNOmengubah semboyan Hidup Melayu kepada Merdeka. Pada tahun 1955 berlangsung pula Perundingan Baling untuk menamatkan peperangan dan mewujudkan perdamaian antara PKM dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Akan tetapi Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang masih ditunjangi penjajah ketika itu tidak memberikan jalan kepada golongan patriotik-demokratik untuk sama-sama memperjuangkan kemerdekaan secaraberperlembagaan.
6. Pada 31 Ogos 1957, penjajah British terpaksa mengakui kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada UMNO. Dengan demikian lahirlah bangsa Malaya yang merdeka melalui perjuangan bersama yang bertumpah darah dalam masa panjang oleh rakyat berbagai kaum. Ini telah membuka lembaran baru dalam sejarah tanah air kita. Tetapi kemerdekaan ini tidak sempurna, perang tidak dapat ditamatkan. Bangsa Malaya harus terus berjuang untuk kemerdekaan penuh dan pembebasan sejati bangsa, tanah air dan rakyat.
II
Masalah bangsa harus dibentangkan dari sudut sejarah dan ekonomi. Masalah bangsa hanya dapat diselesaikan jika ia dipandang daripada dan dihubungkan dengan syarat-syarat sejarah yang wujud dalam bangsa itu sendiri. PKM dalam pernyataan 18 Jun merumuskan bahawa "orang Melayu adalah pengasas masyarakat tamadun negara kita, adalah kaum yang paling lama sejarahnya dan agak ramai penduduknya di negara kita. Orang Melayu pernah memainkan peranan yang penting dalam sejarah perjuangan anti-penjajah. Kita harus menghormati kedudukan istimewa orang Melayu di negara kita dan melindungi hak dan kepentingan orang Melayu yang semestinya". Seterusnyapernyataan tersebut menegaskan: "orang Cina dan orang India merupakan komponen utama dalamkeluarga besar negara kita yang berbilang kaum. Mereka juga mempunyai penduduk yang ramai dan telah membuat sumbangan yang positif dalam menciptakan kekayaan masyarakat dan memperjuangkan kemerdekaan negara. Kita harus menghormati kedudukan penting orang Cina dan orang India di negara kita dan melindungi hak dan kepentingan wajar mereka. Selain itu kita juga harus memperhatikan tuntutan-tuntutan munasabah kaum-kaum minoriti." Formula ini dirumuskan berdasarkan ciri-ciri khusus masyarakat negara kita denganbertolak daripada prinsip mencari kebenaran dari kenyataan.
Bangsa berkembang seiring dengan perkembangan masyarakat, maka ia mempunyai sifat dan isi yang berlainan dalam masa sejarah yang berlainan dan di bawah syarat-syarat yang berlainan. Bangsa juga berubah seiring dengan perkembangan terus-menerus masyarakat umat manusia. Perkembangan bangsa serta hubungan bangsa paling pokoknya ditentukan oleh perkembangan tenagaproduktif masyarakat dan pembahagian kerja dalam masyarakat serta oleh dasar material masyarakat.
Setelah merdeka, masyarakat negara kita telah mengalami perubahan-perubahan besar baik di bidang ekonomi mahupun politik, sosial, bahasa,pendidikan dan lain-lain. Ini telah mempengaruhi dengan nyata sekali perkembangan bangsa di negara kita.
1. Ekonomi: Dalam masa penjajah British, kedudukan ekonomi masing-masing kaum ditentukan secara ketara oleh British. Orang Melayu tinggal di desa-desa menjadi petani atau nelayan, mengerjakan sawah padi, menoreh getah ataupun menangkap ikan manakala orang Cina dan India bekerja di lombong-lombong dan estet-estet sebagai buruh. Ketiga-tiga kaum ini hidup secara terpisah-pisah dan kurang sekali interaksi serta pergaulan antara mereka. Di segi pembangunan ekonomi kapitalis tanah jajahan, proletariat Cina dan India merupakan jumlahterbanyak tenaga produktif.
Selepas merdeka, khasnya selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, keadaan masyarakat berubah dengan agak pesat sekali. Orang Melayu yangdulunya kebanyakan tinggal di desa kini membanjiri kota-kota mencari pekerjaan. Proletariat Melayu lahir dan membesar dengan tiada taranya. Dengan demikian kelas buruh negara kita telah berubah menjadi berbilang kaum, bercampur gaul dan bersatu dalam pekerjaan dan perjuangan bersama. Di segi penguasaan ekonomi, kelas kapitalis birokrat dan komprador Melayu sudah menguasai 30 peratus sektor korporat negara manakala selebihnya dikuasai oleh kapitalis besar asing serta kapitalis-kapitalis besar Cina dan India. Perubahan ekonomi dan sosial ini menjadikan kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan lain-lain yang dulunya lebih bersifat majoriti penduduk Cina sekarang sudah berubah menjadi berbilang kaum dengan bertambah ramainya penduduk Melayu. Pembandaran yang pesat ini telah mendorong pergaulan yang lebih kerap antara berbagai kaum di negara kita.
2. Tanah: Dulu di zaman penjajah, hanya orang Melayu yang mempunyai geran khas atas tanah di samping wujudnya Tanah Simpanan Melayu. Orang Cina dan India hanya diberikan tanah TOL, iaitu Lesen Tumpangan Sementara. Dalam masa Perang Anti-British, kira-kira 1.5 juta penduduk, kebanyakannya orang Cina dipindahkan secara paksa ke dalam kem-kem kurungan yang kemudian berubah menjadi "kampung baru". Selepas merdeka, berjuta-juta penduduk dipindah memasuki rancangankemajuan tanah seperti Felda, Felcra, Kesedar, Ketengah, Dara, Kejora, Projek Johor Barat serta Jengka Tiga Segi. Rancangan-rancangan tanah ini kebanyakannya disertai oleh orang Melayu, namun dalam masa kebelakangan ini, lain-lain kaum juga diterima masuk menyertainya. Melalui perjuangan berjangka panjang, orang Cina dan India juga beransur-ansur diberi hak milik atas tanah dengan mendapat geran kekal, bukan lagi semata-mata tanah TOL. Ini membawa perubahan kepadaperkembangan bangsa di negara kita.
3. Bahasa: Bahasa merupakan salah satu syaratterpenting bagi perhubungan dalam bangsa itu. Sebelum merdeka, berbagai kaum menggunakan bahasa Melayu pasar sebagai alat berhubung dan bergaul. Kalangan yang berpendidikan barat pula menggunakan bahasa Inggeris. Selepas merdeka, seiring dengan perkembangan ekonomi, politik dan sosial dan demi memenangi sokongan orang Melayu, kerajaan telah mengembangkan pendidikan dalam bahasa Melayu yang telah diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan. Kini bahasa Melayu sudahditerima dan digunakan secara merata sebagai bahasa umum oleh rakyat berbilang kaum. Dengan demikian, sudah terdapat bahasa bersama yang digunakan secara luas oleh rakyat berbagai kaum dan lapisan negara kita. Taraf bahasa juga lebih teratur, bukan lagi semata-mata bahasa pasar.
4. Kebudayaan dan Kesenian: Kebudayaan dan kesenian mencerminkan wajah mental sesuatu bangsa itu. Di negara kita berbagai kaum umumnya hidup secara bercampur dan pergaulan antara rakyatberbagai kaum amat kerap dan merupakan perkara harian baik di tempat kediaman, tempat kerja,sekolah, pasar, tempat hiburan dan lain-lain. Melalui kehidupan bersama tersebut rakyat berbagai kaum di samping memelihara kebudayaan dan kesenian baru yang mencerminkan unsur-unsur berbilang kaum serta penghidupan baru bersama. Selain itu dalam berbagai hari raya tradisional kaum masing-masing, berbagai kaum ikut serta. Dalam acara-acara kesenian seperti nyanyian, tarian, pementasan drama,deklamasi sajak, lakonan filem dan lain-lain serta acara-acara sukan terdapat unsur percampurgaulan antara berbagai kaum. Ini adalah satu perkembangan baru melalui proses integrasi semula jadi danasimilasi semula jadi selepas kemerdekaan. Selain itu di segi agama pula Islam sudah bersebati dengan jiwa orang Melayu sejak 600 tahun dulu. Kini, melalui perkembangan masyarakat selepas kemerdekaan, ramai pula orang daripada kaum-kaum lain memeluk agama Islam, misalnya Orang Asli serta orang-orang keturunan Cina dan India. Ini berlaku sama ada melalui perkahwinan campur atau melalui penukaran agama secara sukarela. Jelaslah ini mencerminkan wajah baru bangsa Melayu. Kita boleh meramalkan 30 tahun mendatang, bangsa Malaya atau bangsa Malaysia yang benar-benar berwajah baru akan berkembang di negara kita.
Satu unsur penting dalam pembentukan bangsa ialah kesedaran nasional iaitu pengakuan diri atau kesedaran diri sebagai tergolong dalam kesatuan bangsa itu. Di negara kita ini merupakan satu syarat perlu yang belum dapat dipenuhi dan diwujudkan sepenuhnya, dalam erti kata rakyat berbagai kaum belum sepenuhnya menganggap diri mereka pertama-tama sebagai bangsa Malaya atau Malaysia melainkan lebih menitikberatkan kesedaran kaum sendiri dahulu. Ini adalah akibat wajar daripada polisi perkauman. Pihak berkuasa bukan saja melaksanakan diskriminasi kaum, tetapi juga mengamalkan sistem politik perkauman di Malaya parti-parti utama dalam pemerintahan UMNO, MCA, MIC adalah parti politik perkauman yang menggunakan sentimen kaum masing-masing. Penindasan kaum, diskriminasi kaum serta pelaksanaan sistem perkauman ini adalah penghalang utama bagi perpaduan erat antara kaum serta perpaduan nasional. Hanya parti-parti politik patriotik-demokratik yang dengan konsisten menegaskan perpaduan antara kaum dan kesedaran nasional yang melampaui tempurung sempit kaum masing-masing di kalangan rakyat berbagai kaum negara kita.
MALAYSIA HANYA MEMPUNYAI DUA ORANG WAKIL RAKYAT SAHAJA IAITU GAMBAR DI BAWAH INI. SELAIN DARI MEREKA INISEMUANYAWAKIL TOKEY, WAKIL PERUT DAN WAKIL BAWAH PERUT.
ADUN KOTA DAMANSARA
Dr Nasir Hashim
MP SUNGAI SIPUT
Dr Jeyakumar
YA ALLAH SELAMATKANLAH PAS DARI KEJAHATAN DAJAL DAN ANJING-ANJINGNYA
BERMULA DARI GARISAN INI HINGGA KEBAWAH ADALAH GAMBAR2 RETRO. KHAS UNTUK SEMUA OTAI
Dr. P RAMLEE
Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.
James Hetfield
James Alan Hetfield (lahir pada 3 Ogos 1963, di Dowey, California[1]) merupakan penulis lagu utama, pengasas bersama, penyanyi dan pemain gitar ritma kumpulan heavy metal Metallicaames Hetfield dilahirkan pada 3 Ogos 1963 di Dowey, Los Angeles County, California daripada keluarga berketurunan orang Inggeris, Iris, Scotland dam Jerman.
Lars Ulrich
Lars Ulrich (lahir di Gentofte, Denmark, 26 Desember 1963; umur 45 tahun) adalah drummer kelompok Metallica.
Kirk Hammett
Kirk Lee Hammett (lahir di El Sobrante, California, Amerika Serikat, 18 November 1962; umur 47 tahun) adalah lead guitarist dalam kelompok musik heavy metal Metallica. Kirk adalah salah satu murid gitar dari Joe Satriani.
Ronnie James Dio
Ronnie James Dio (lahir Ronald James Padavona pada 10 Juli 1942 di Portsmouth, New Hampshire), adalah seorang penyanyi heavy metal yang dikenal sebagai anggota Black Sabbath, Rainbow, dan Dio.
PEMAIN BASS METALLICA - PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
Robert Trujillo (lahir di Santa Monica, California, Amerika Serikat, 23 Oktober 1964; umur 45 tahun) adalah seorang bassis, yang telah bermain dengan Suicidal Tendencies, Infectious Grooves, Cyco Miko, Black Label Society dan Ozzy Osbourne sebelum bergabung dengan Metallica pada 2003.
Oktober 1986, posisi Cliff Burton digantikan oleh Jason Newsted, basis dari grup Floatsam And Jetsam
Clifford Lee Burton (10 Februari 1962 – 27 September 1986) adalah seorang pemain bass gitar. Ia dikenal sebagai anggota kelompok thrash metal Metallica dari 1982 sampai kematiannya pada 1986 karena kecelakaan lalu-lintas di Swedia ketika sedang tour dengan Metallica.
LOUDNESS
Loudness (ラウドネス ?) adalah nama dari grup band heavy metal Jepun yang dibentuk oleh Akira Takasaki di tahun 1981.
Mötley Crüe
Mötley Crüe adalah kelompok musik rock dari Amerika yang beranggotakan Nikki Sixx, Tommy Lee, Mick Mars, and Vince Neil. Band ini terbentuk pada tahun 1981 di Los Angeles, California
AC/DC
AC/DC adalah kelompok musik hard rock yang dibentuk di Sydney, Australia pada November 1973 oleh rhythm guitarist Malcolm Young dan saudaranya lead guitarist Angus Young. Band ini telah menjual lebih dari 150 juta keping album di seluruh dunia. Album mereka dari tahun 1980, Back in Black, terjual 42 juta keping di dunia (21 juta di Amerika Serikat saja). Band ini telah memiliki dua lead singers, dan penggemarnya terbagi dua antara penggemar "Bon Scott era" (1974-80), dan "Brian Johnson era" (1980-sekarang).
Iron Maiden
Iron Maiden adalah kelompok musik heavy metal yang didirikan pada 1975 di London, Britania Raya oleh pemain bas Steve Harris. Mereka telah meraih kesuksesan dan mempengaruhi banyak kelompok musik lainnya. Mereka juga dianggap sebagai salah satu band dalam New Wave of British Heavy Metal.
SEARCH
Ditubuhkan di Johor Bahru pada 1981
SOFEA - SYJ
Sofea ialah sebuah kumpulan rock Malaysia yang berasal dari Ipoh, Perak. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1983 dengan menggelar kumpulan mereka sebagai SYJ sempena nama pengurus mereka Syed Yusuf Jamalulail. Nama mereka ditukar kepada Sofea selepas lahir album Battle of The Band (1986).
CROMOK
Kumpulan CROMOK merupakan sebuah kumpulan rock metal Inggeris Malaysia yang ditubuhkan pada 1987. Mereka adalah terdiri dari empat orang pelajar Malaysia yang menuntut di University of Wollongong di Sydney, Australia. Ahlinya terdiri daripada Sam (Vocalist+Bassist), Din (Vocalist+Guitarist), Karl (Guitarist) dan Miji (Drummer).
Wings
Sejarah penubuhan WINGS bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Di situ empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll di sepanjang persembahan mereka. Ketika itu bermulah kelahiran WINGS
Rusty Blade
Kumpulan Rusty Blade merupakan sebuah kumpulan Heavy Metal yang berasal daripada Singapura dan mencipta nama di Malaysia. Kumpulan Rusty Blade telah melahirkan album pertama yg bertajuk 786 Ikrar Perwira pada tahun 1985 yang merupakan album EP. Pada asalnya dianggotai oleh Yantzen (Vokal), Khalid Mubin (Gitar), Mamat (Gitar), Razak (bass) & Zan (Dram). Keunikan muzik rock yang mereka bawa telah membuatkan Rusty Blade dilabel sebagai Iron Maiden Singapura!