THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Isnin, 30 November 2009

Wakil Rakyat dan ANDA

JARINGAN RAKYAT TERTINDAS ( JERIT)

Pada 29 Oktober 2009, rakyat sekali lagi meghadapi berita ADUN Pakatan Rakyat melompat menjadi ADUN “ BN Friendly”. YB Badrul Hisham adalah katak yang terkini selepas 3 orang ADUN PR yang lompat parti di Perak yang menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat tumbang.

Persoalan sekarang ialah apa rakyat nak buat bila wakil rakyat yang dipilihnya lompat parti? Adakah kita sebagai pengundi, mengundi mengikut calon ataupun manifesto parti? Adakah kita hendak biarkan wakil rakyat kita buat sesuka hati dengan mandat yang kita beri? Apakah tugas seorang wakil rakyat ?

Tugas sebenar seorang wakil rakyat adalah seperti berikut :

Seorang wakil rakyat sepatutnya :

  • Selalu melawat kawasan dan penduduknya untuk mengetahui masalah dan aspirasi rakyat dikawasannya
  • Pastikan pusat perkhidmatan rakyat sentiasa dibuka dan wakil ADUN haruslah bertugas untuk menerima aduan dan isu dari rakyat setempat
  • Sekiranya ada undang-undang baru didebatkan di Dewan Undangan Negeri , ADUN perlu berbincang dan maklumbalas dari rakyat kawasannya harus diambil kira mengenai undang-undang
  • Masalah rakyat setempat seperti banjir, masalah bekalan air, masalah jalanraya, lampu isyarat dan sebagainya harus dipertengahkan dan di selesaikan
  • Peruntukkan kerajaan harus diberi kepada mereka yang paling memerlukan dan mengikut keperluan sebenar rakyat dan digunakan untuk projek kepentingan rakyat setelah mendapat maklumbalas dari rakyat
  • Sentiasa bersama rakyat dan sanggup berjuang demi tuntutan adil rakyat

Kalau kesemua tugas ini tidak dibuat apa gunanya jadi ADUN atau Ahli Parlimen. Lagipun kebanyakkan kita mengundi tengok parti dan calon yang bertanding. Terutamanya di pilihanraya Mac 08, ramai calon Pakatan Rakyat menang kerana parti dan bukan calon semata-mata kerana banyak muka baru.

Maka dalam keadaan ini , adakah wajar kita berdiam diri kalau wakil rakyat tukar parti sesuka hati ? Tidak boleh. Kerana kalau kita berdiam diri, wakil rakyat lain akan berani membuat benda yang sama.

Maka adalah perlu untuk pengundi sedar akan hak mereka. ADUN @ MP sepatutnya berkhidmat untuk pengundi dan bukan sebaliknya.

Untuk memastikan pengundi tidak ditipu lagi, parti-partim politik haruslah memastikan calon mereka adalah betul –betul layak untuk bertanding. Sebelum bertanding di sesuatu kawasan, seorang calon haruslah telah berkhidmat di kawasan itu untuk sekurang-kurangnya 2-5 tahun.

Tugas rakyat pula semasa pilihanraya masa depan ialah sebelum memberi undi anda ; tuntutlah supaya calon di kawasan anda :

  • Menandatangani perjanjian dengan masyarakat kawasan anda untuk berkhidmat kepada rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat
  • Membuat perjanjian bertulis juga yang kalau dia hendak lompat parti , dia akan letak jawatan sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.
  • Memberitahu butir-butir asetnya kepada awam, supaya selepas menang kalau dia tiba-tiba menjadi kaya, maka kita tahu dia menyalahgunakan kuasanya

Kita sebagai pengundi yang bijak dan bertanggungjawab haruslah memastikan hak kita tidak dicabuli.Perubahan yang hendak kita lakukan melalui proses undi tidak akan membawa apa-apa makna kalau wakil rakyat dibiarkan untuk bermaharajalela tanpa mengendahkan pengundinya. Kita perlukan perubahan tulen. Kalau wakil rakyat tidak menunaikan janjinya, tak payah tunggu pilihanraya depan, tak payah tunggu 5 tahun. Perlunya ada undang-undang ataupun pengundi harus memaksa ada undang-undang supaya kalau wakil rakyat tidak berkhidmat atau mungkir janji maka pengundinya boleh membuangnya dari tanggungjawab tersebut.


PILIHLAH WAKIL RAKYAT YANG BERJIWA RAKYAT DAN IKHLAS DALAM PERJUANGAN RAKYAT PADA PRU KE 13 DAN SETERUSNYA !


JARINGAN RAKYAT TERTINDAS(JERIT)

Ahad, 29 November 2009

BADAN CHIN PENG DI PASANG BOM JANGKA

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa adalah seorang pimpinan tertinggi Parti Komunis Malaya iaitu parti pertama di tubuhkan di Tanah Melayu. Beliau di lahirkan pada 21 oktober 1924 di Setiawan Perak dan pada usianya 23 tahun beliau telah di lantik untuk memegang jawatan tertinggi parti setelah setiausaha agung partinya di bunuh kerana merupakan seorang ajen perisik 3 kepada pihak penjajah. (jika jawatan no 1 PKM boleh menjadi perisik apalah nak di hairankan jika seorang Yang di Pertua Pas kawasan menjadi perisiK).

Kini usianya sudah melepasi umur 85 tahun setahun lebih muda daripada pengerusi parti itu iaitu Bapak Abdullah CD yang di lahirkan pada 2 oktober 1923 dan setahun lebih tua daripada matan perdana Menteri Dr mahathir Bin Mohammad.yang bakal menyambut ulangtahun ke 84 kelahirannya pada 20 December ini.

Lihatlah betapa 3 orang tokoh negarawan ini Allah panjangkan usia mereka dalam keadaan mereka masih sihat (walaupun sedikit uzur kerana faktor usia) Sedangkan kawan-kawan yang seumur dengan mereka seperti Ghafar baba,(umurnya sama Dr Mahathir, Samad Ismail, Rashid Maiden, Ahmad Boestamam (jika masih hidup usianya 89tahun), Shamsiah Fakeh(sama umur dengan Chin Peng) dan lain2 telah pun pergi mengadap ilahi.

Pada hari ini setelah termeterinya perjanjian damai di Hatyai 20 tahun lalu telah timbul bagaimana pemimpin parti komunis Malaya ini masih belum berkesempatan untuk pulang ke Tanah Air sedangkan sewaktu perjanjian damai tersebut adalah di sebut bahawa semua anggota bersenjata komunis di benarkan pulang ke tanah air mereka setelah mengikuti beberapa syarat yang di kenakan. Malah di dalam perjanjian tersebut juga di sebut bagi anggota komunis yang bukan daripada warganegara Malaysia juga di benarkan untuk menetap di Malaysia jika mereka mahu. Mereka juga telah di janjikan dengan memberi kad pengenalan sebagai tanda menjadi warga negara Malaysia.

Ramai yang telah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia dan ada yang masih mahu terus menetap di selatan Thailand namun begitu mereka adalah bebas untuk keluar masuk antara Malaysia dan Thailand mengikut undang2 yang sedia ada. Shamsiah Fakeh dan suaminya yang pada ketika perjanjian damai itu di menterai berada di negeri China juga akhirnya di benarkan pulang setelah beberapa kali membuat permohonan dan akhirnya menghembus nafas terakhirnya di bumi Malaysia setahun lalu. Malangnya sehingga kini Chin Peng orang yang menandatangani perjanjian damai antara kerajaan Malaysia dan PKM itu sendiri tidak di benarkan pulang ke Tanah air.

Tiada apa yang patut kita rasa pelik dengan sikap kerajaan Malaysia hari ini. Kerajaan UMNO di setiap kebaikan yang di buat sudah pasti ada kejahatannya dan begitu jugalah dengan setiap kejahatan yang di buatnya sudah pasti yang ada juga kejahatan. Walaupun perjanjian Damai antara PKM dan Kerajaan Malaysia di sambut baik oleh semua rakyat tetapi sebenarnya di sebalik itu tetap tersembunyi seribu muslihat pihak kerajaan yang di kepalai UMNO ini. Apakah nilai yang ada dengan janji janji UMNO yang masih kita harapkan. Jika perjanjian dengan kerajaan negeri yang sah di pilih rakyat boleh di kelentongnya hanya kerana kerajaan negeri itu di bawah pentadbiran pakatan Rakyat apatah lagi dengan chin peng yang partinya tidak pernah mendapat pengitirafan undang2 di Malaysia ini.

Isu Chin Peng dan PKM adalah bom jangka yang telah di pasang sejak sekian lama oleh British dan anak didiknya UMNO untuk mempertahankan perkauman yang selama ini menjadi benteng kepada penguasaan politik mereka di Malaysia. Benteng perkauman adalah antara 3 benteng yang di gunakan UMNO untuk terus berkuasa selain daripada benteng Raja dan Agama. Menyedari tembok perkauman ini hampir runtuh pada PRU yang lalu, UMNO berusaha keras untuk membinanya kembali bagi meneruskan suvival mereka di persada politik malaysia. Sudah pastilah UmNo masih mampu bertahan apabila sempat bersembunyi seketika di sebalik benteng keduanya iaitu raja-raja melayu.

Untuk terus menghidupkan semangat perkauman bom jangka yang telah sekian lama di pasang akan mereka gunakan bila-bila masa yang terdesak.. Nah inilah bom jangka mereka yang mereka rasa akan terus untuk mendapat kembali sokongan orang melayu. CHIN PENG orang No 1 Parti Komunis Malaya yang kebetulan seorang yang berbangsa cina.

Siapa Chin Peng dari pandangan mata orang melayu?

Mungkin bagi generasi milinium ini siapa Chin Peng dan ada apa dengan Chin Peng bukan lagi menjadi idola mereka. (Kecuali anak aku sebab dari umur 4 tahun sudah aku beritahu kepada mereka bahawa Chin peng adalah hero Malaya). Namun jika kita bangkitkan persoalan siapa Chin Peng kepada generasi saluran 1 – 3 apa yang anda akan dengar dari mulut mereka adalah Chin peng adalah seorang komunis yang telah membunuh ramai orang melayu. Apakah jawapan yang mereka beri ini akan di kira salah jika iannya adalah soalan peperiksaan SPM? Jawapan ini adalah betul kerana pendidikan sejarah yang di ajar kepada kita adalah berlandaskan perasaan bukannya bersandarkan kepada fakta. Oleh itu jawapan yang mengambarkan keburukan chin peng yang jika di tanya kepada orang melayu saluran 1-3 adalah benar dari segi apa yang mereka dengar.

Pernahkan anda dengar ucapan dari seseorang yang berbangsa melayu ungkapan seperti ini? - “Orang cina ni jahat macam komunis” Sudah pasti anda pernah mendengarnya malah anda adalah salah seorang pentuturnya. Mengapa mereka menyamakan kejahatan itu dengan komunis dan mensinonimkan komunis itu dengan orang cina? Sebenarnya inilah bahan peledak yang terdapat di dalam bom jangka yang mereka pasang itu iaitu cina dan komunis.

Apabila Chin Peng mengemukakan hasratnya sekali lagi untuk pulang ke tanah airnya maka ini sebenarnya adalah perkara yang amat-amat di nantikan oleh kerajaan UMNO. Alasan untuk menekan punat bom tersebut adalah cukup kukuh iaitu dengan membakar semula api perkauman. UMNO merasakan inilah masanya untuk membawa kembali sokongan orang melayu kepada parti. Rakyat akan di sumbat dengan segala kejahatan komunis dan sudah pastilah yang di beri gambaran kepada rakyat ialah komunis itu adalah orang cina. Dengan membakar semangat perkauman ini umno berharap orang melayu tidak akan lagi menyokong Parti-parti seperti DAP dan PKR dan PAS pula akan di gambarkan sebagai boneka kepada DAP yang sinonim dengan kaum cina itu.

Namun begitu strategi UMNO sebenarnya akan memakan diri mereka sendiri. UMNO masih merasakan bahawa rakyat hanya boleh menbaca sejarah daripada buku sejarah tingkatan 3 sahaja. Umno terlupa bahawa rakyat pada hari ini sudah tidak lagi boleh di lalaikan dengan cerita dongeng di dalam buku Mastika atau kisah cerita Mat Skinhead makan sampah. Isu Chin Peng akan terus membuat generasi hari ini bertanya sipakah Chin Peng? Mereka tidak akan membuat rujukan dengan membelek kembali buku sejarah tingkatan3 tetapi mereka akan mencari sendiri jawapannya di dalam buku memoir Chin Peng

Sesungguhnya kuasa Allah telah melanjutkan usia pemimpn tertinggi kedua2 parti ini. Perjanjian damai telah di tandatangai dengan peersetujuan Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu. Ghafar baba timbalan perdana menteri pada ketika itu adalah orang yang menjadi perantara pertama perjanjian damai ini dapat di jayakan telah tiada. Jika Allahyarham masih ada sudah pasti beliau akan bersama dengan Chin Peng dan sahabat seperjuangannya Abdullah CD untuk membawa kembali Chin Peng pulang ke Malaysia dengan penuh penghormatan sebagai seorang pewira negara.

SOSIALIS HIJAU

Sabtu, 28 November 2009

APA YANG ADA DALAM KURSUS BTN?


Aku tak tahu apa yang ada di BTN kerana ku tak pernah pi BTN tetapi seorang kawan yang baru balik dari kursus BTN ini berkobar2 bercerita tentang semangat melayu, bercerita tentang rancangan jahat orang cina dan bercerita tentang masa depan orang melayu. Kawan ini bercerita seolah-olah aku ni pendengar yang banggang macam banggangnya orang kat tempat aku mendengar kelentong seorang agen propaganda SB yang kni menjadi YDP Pas Kawasan kat tempat aku.


Seorang kawan aku yang tersangat kuatnya semangat UMNOnya bercerita pada aku dalam satu program yang di adakan di dalam kursus BTN itu ialah qiam mulail. Dalam Qiam mulail itu mereka di tempatkan di dalam sebuah dewan dan kemudiannya di kuncin semua pintu dan di padamkan semua lampu. Dalam keadaan gelap gelita itu seorang ustaz yang menjadi imam kepada solat malam itu meminta semua peserta memejam mata kemudian meminta mereka membayangkan bagaimanakah keadaannya jika suatu hari Pulau Pinang DAP memerintah. (Kursus BTN ini sebelum PRU yang lalu). Katanya lagi dalam masa lima minit semua peserta yang ada dalam dewan itu tiba2 mengamuk, mereka memaki hamun orang2 cina dan akhirnya terjadi pergaduhan sesama sendiri di dalam suasana yang gelam itu.


Ini adalah salah satu program yang ada di dalam BTN yang telah di ceritakan oleh seorang kawan aku yang pernah menyertai kursus tersebut.
Lihatlah betapa jahatnya UMNO di dalam meniup api perkauman
. Parti
UMAT MUNAFIQ NO ONE ini di depan cina macam isi dan kuku tetapi di belakang cina mereka mengutuk, mencerca malah sampai ketahap untuk menghancurkan orang cina. Parti ini akan mencuba sedaya upaya agar orang melayu sentiasa menaruh syak wasangka terhadap orang cina.

Kejahatan UMNO ini sebenarnya adalah sejak ianya di tubuhkan lagi. Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO adalah parti yang di wujudkan hasil daripada kebimbangan British di atas kesedaran rakyat bangun untuk menuntut kemerdekaan. Sebelum mengumumkan darurat di Tanah Melayu pihak British telah merancang untuk mengharamkan parti2 dan persatuan2 yang cenderong untuk menuntut kemerdekaan. Oleh itu British telah meminta Dato’ Onn menubuhkan UMNO sebagai alternative kepada orang2 melayu apabila parti2 politik dan persatuan2 yang wujud sebelum UMNO di haramkan apabila darurat di istiharkan. Sejak dari tertubuhnya UMNO pada tahun 1946 ini parti ini terus menerus meniupkan semangat perkauman yang anti cina.

Pernahkah anda mendengar cerita tentang kumpulan Parang Panjang. Sebenarnya kisah Parang panjang ini adalah hasil kejayaan pihak British melalui UMNO mengapi apikan perkauman dan semangat anti cina kepada orang melayu pada ketika itu. Tujuan pihak British berbuat demikian adalah kerana untuk menjadikan persaan tidak puas hati antara dua kaum terbesar di Tanah Melayu ini. Tujuan yang kedua ialah pihak British telah mengunakan kumpulan parang panjang ini untuk memerangi askar-askar komunis yang pada ketika itu telah mengangkat senjata untuk menentang British. (InsyaAllah Blog Kini Dan silam akan menceritakan lebih lanjut tentang kumpulan Parang Panjang ini).


Isu anti cina inilah satu2nya benteng UMNO untuk terus mendapat sokongan orang melayu. BTN juga di perkenalkan untuk meneruskan ajenda anti cina yang sentiasa bercerita tentang kejahatan orang cina di bumi Malaysia ini. Tindakan kerajaan selangor melarang kakitangan dan pelajar kolej universiti di bawah pentadbirannya adalah satu tindakan yang bijak. Kerajaan Pakatan Rakyat yang lain juga sewajibnya mencontohi apa yang telah di buat oleh kerajaan Negeri Selangor ini. Tindakan memperbodohkan orang melayu oleh UMNO melalui BTN ini haruslah di hentikan segera. Pemimpin2 Parti2 Pakatan rakyat yang masih bersemangat melayu atau bersemangat cina harus di singkirkan namun anda harus ingat manusia yang masih kuat semangat perkaumannya ini tak kira di dalam PAS. PKR atau DAP sama sekali tidak akan oleh di singkirkan oleh parti mereka tetapi kita sebagai rakyat yang harus menghukum mereka dengan tidak lagi mengundi mereka jika mereka yang beridiology Zionisme ini di pilih untuk bertanding sebagai calon pilihan raya di tempat anda.


SOSIALIS HIJAU


KOMEN SH : setelah DAP memerintah Pulau Pinang pemuda yang mengamuk dalam dewan seperti yang di ceritaka dalam artikal di atas tidak pulak mengamuk. Ini adalah kerana penceramah yang bergelar ustaz di dalam kursus tersebut telah berjaya mengTUNE OVER kepala hotak peserta2 ini. Secara logiknya kita beleh berfikir bagaimanakah budak-budak ini yang sembahyang wajibnya entah macam mana tiba2 saja bangun malam untuk melakukan sembahyang malam. Jake anda pernah mengikuti program yang di anjurkan oleh badan2 kerajaan yang menjadi alat UMNO seperti BELIA atau sebagainya anda kan dapati tentetif program yang di beri cukup hebat. Tiap2 waktu solat mesti ada dalam tentetif tu tapi hakikatnya hanyalah di atas kertas kerana pihak pengurusan yang menjayakan program itu pun sebenarnya tak sembahyang.

HARI NI AKU BACA SURAT KHABAR CINA


Pagi tadi sewaktu boh minyak aku belek2 tajuk muka depan surat khabar hari ini. Macam biasa surat khabar Metro tak ada cerita lain melainkan kisah dalam kain kalau tak dak kisah dalam kain mesti kisah tok bomoh kalau tak pun comfirm cerita kereta belaga. Sebab itulah jualan akbar paling laris ialah Metro. Dalam banyak2 akhbar tu aku nampak semua surat khabar cina ada muka Chin Peng pada muka depannya. Eh cerita apa pulak ni. Nak baca tak reti… tapi aku beli jugak surat khabar tu sebab nak tau jugak ada cerita apa lagi tentang Chin Peng… Oiii aku beli pasa anak aku boleh baca la… Hampa ingat aku saja2 beli ka….. Kah kah kah Apa pun hari ni aku beli surat khabar cina walaupun aku tahu surat khabar cina ni kalau bini aku bungkus nasik lemak untuk di jual orang tak beli sebab depa kata nasik lemak cina…. Kah kah kah.. tok sah kata depa aku pun tak beli gak kah kah kah.

Sosialis Hijau

DAP BUKAN PARTI KOMUNIS


Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang dalam satu kenyataan akhbar telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa Parti itu adalah sebuah parti komunis. Kenyataannya itu adalah sebagai menjawab tuduhan seorang blogger upahan UMNO yang mengatakan bahawa DAP adalah parti komunis.

Sememangnya DAP adalah bukan parti komunis dan sesekali bukan pewaris kepada parti komunis. DAP adalah sebuah parti yang di wujudkanpada tahun 1966 adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu . Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura , telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama.

Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditinggalkkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendafar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan.

Adalah perlu pecacai-pecai blogger UMNO tahu bahawa Lim Kuan Yew adalah seorang yang paling anti komunis. (Sila baca MEMOIR Lim Kuan Yew). Jika kita membaca memoir Zaid Zahari kita akan dapati Lim Kuan Yew adalah seorang yang ditaktor dan akan menahan dan menghukum sesipa saja yang tidak sehaluan dengannya. Kebanyakan tahanan akan di kaitkan dengan komunis untuk menjayakan hasratnya menahan mereka dengan akta ISA yang PAS turut serta menyatakan sokongannya ketika ianya di bentangkan di parlimen.

Oleh itu sememangnya layak DAP membantah sekiranya ada yang mengaitkan parti mereka dengan komunis. DAP adalah parti yang anti komunis seperti mana parti2 lain yang ada di Malaysia ini.

SOSIALIS HIJAU

artikal ini adalah respon daripada artikal Anak Sungai Derhaka yang boleh di baca di

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2009/11/parpukari-blogger-umno-yang-desperate.html


LOTERI: UMNO BUAT - MCA JUAL - PAS BELI


Kepada puak-puak "Kerajaang Perpaduang" dalam PAS. Marilah kita mengimbas kembali kepada tahun 1951 di saat UMNO secara rasmi menjadikan Lotteri Kebajikan UMNO sebagai salah satu sumber kewangan UMNO yang penting. Ertinya halal dan haram dalam UMNO tidak pernah menjadi masaalah sejak penubuhannya mereka lagi. Malahan, UMNO telah membaham duit haram sejak sebelum Merdeka lagi.

Pihak Malaysiawaves mengucapkan ribuan terima kasih kepada blog no2umno dan AlBakistani kerana memberikan kita sumber sejarah yang begitu berharga. Barulah kita tahu siapa sebenarnya UMNO. Telunjuk lurus, kelingking berkait, duri dalam daging, talam dua muka dsbnya.

Kat luar cakap nak memperjuangkan Islam tapi sejak penubuhan mereka lagi kuat makan duit haraM


Baca seterusnya di

http://www.malaysiawaves.com/2009/11/hari-ini-dalam-sejarah-loteri-umno-1951.html


SOSIALIS HIJAU


WAWANCARA BERSAMA CHIN PENG

Klik untuk wawancara bersama bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM)

Bahagian Pertama
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10466


Bahagian kedua :
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10467


SOSIALIS HIJAU

ULANGTAHUN KE 20 – PENCABULAN PERJANJIAN HATYAI 2 DISEMBER 1989

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM)

KENYATAAN AKHBAR : 28 NOVEMBER 2009


2 Disember 1989 adalah ulangtahun ke 20, Perjanjian Hatyai yang ditandatangani oleh Parti Komunis Malaya(PKM), Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Seluruh dunia menyaksikan upacara menandatangani pendamaian ini dan sejak perdamaian tersebut, memang tidak ada persengketaan bersenjata antara dua puak ini.

Namun demikian, sehingga hari ini, para pejuang dari Parti Komunis Malaya dilarang menjejakkan kaki ketanahair mereka, iaitu tempat mereka bertempur dengan penjajah Jepun dan British sehingga akhirnya kemerdekaan diberikan pada 31 Ogos 1957. Ahli sejarawan, ahli akademik dan pemerintah Malaysia sendiri telah mengakui bahawa PKM telah memainkan peranan penting dan sumbangan dalam mempercepatkan kemerdekaan negara kita.

Persoalan timbul mengapa PKM tidak mengundurkan senjata setelah Malaya merdeka pada tahun 1957 tetapi hakikat adalah perjanjian Baling 1955 gagal kerana Tengku Abdul Rahman dibawah arahan British mahu semua ahli PKM serah diri dan ditahan dan dibuat pemulihan akhlak. PKM tidak setuju tetapi tuntutan yang sama dari PKM dipersetujui pada tahun 1989 semasa Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri menyebabkan perang saudara ini tamat.

Kini 20 tahun, ulang tahun Perjanjian ini, namun anggota-anggota PKM yang kini dalam usia tua termasuk Chin Peng tidak dibenarkan pulang. Pelbagai alasan diberikan. Antaranya adalah Chin Peng bukan warganegara Malaysia dan PKM tidak didaftar dibawah ROS. Antara tuduhan yang lagi liar adalah kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan Abdul Latiff bin Ahmad, ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat pada 11 November 2009 berkata, "...Chin Peng dia tidak meletak senjata sebab itu kita tidak terima Chin Peng, PKM letak senjata, tetapi Chin Peng tidak letak, itu saya kena betulkan."

PSM meminta Perdana Menteri 1Malaysia Najib Razak untuk menutup episode sejarah ini dan membenarkan Chin Peng dan bekas anggota PKM pulang ke negara mereka. Apakah yang ditakutkan? Mungkinkan Kerajaan BN takut bahawa kepulangan Chin Peng akan menyebabkan ratusan ribu rakyat Malaysia menyambut kepulangan beliau?

Mengapa Diskriminasi Chin Peng ?

Parti Sosialis Malaysia dalam Kongres PSM ke 11 membuat kenyataan terbuka dan berani meminta Kerajaan Malaysia menunaikan perjanjian damai Haadyai dan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) pulang ke tanahair.

PSM ingin sekali lagi ingin menegaskan dan mempersoalkan :.

1. Bila Penjajah Jepun dan British yang telah mengakibatkan banyak kesengaraan di Negara ini boleh diterima masuk kedalam negara selepas perang, mengapa pula anggota PKM yang membantu mempercepatkan kemerdekaan Malaysia tidak dibenarkan pulang.

2. Mengapa media asyik menfokus Chin Peng dan mengujudkan satu persoalan perkauman padahal pemimpin PKM seperti Pengerusinya Abdullah CD, Rashid Mahidin, Samsiah Fakeh dan Abu Samah dibenarkan pulang dan mereka juga telah diberi penghormatan mengadap Yang Dipertuan Agung Sultan Azlan Shah semasa beliau menjadi Agung.

3. Jika Maharajalela, Tok Gajah, Mat Kilau, Tok Bahaman dan lain-lain pembesar yang menentang Penjajah British boleh diistiharkan sebagai wira, mengapa pula Ahli PKM yang menentang Penjajah British dilabel sebagai penganas, iaitu label yang diberikan oleh Penjajah.

4. Apakah perbezaan perjanjian Haadyai 1989 dengan perjanjian Baling 1955? Syarat yang diterima pada tahun 1989 sebenarnya adalah syarat yang hampir sama yang dikemukan semasa perjanjian Baling 1955.Perang saudara antara Komunis dan kerajaan Malaysia berlanjutan kerana Tengku atas arahan British tidak mahu membenarkan PKM meletak senjata, malah mahukan mereka ditahan dalam kem tahanan.

Baru-baru ini Chin Peng dalam wawancara bersama Star yang disiarkan pada 22 November 2009 dilaporkan memohon maaf, setelah mengakui bahawa PKM mungkin tersalah bunuh mereka yang tidak berdosa ketika dalam zaman perang. Malah, beliau sanggup bertangunggjawab ke atas segala tindakan rakan seperjuangannya. Namun reaksi Timbalan Perdana Menteria adalah memutuskan untuk tidak bersedia menerima walaupun dia memohon maaf.

PSM meminta agar anggota-anggota PKM dibenarkan pulang dan sumbangan mereka diiktiraf dalam penulisan semula sejarah Malaysia. Sejarah Malaysia hanya menceritakan sebahagian sahaja perjuangan kemerdekaan iaitu perjuangan yang dijalankan oleh UMNO. UMNO diberi layanan istimewa oleh British kerana UMNO sedia bekerjasama dengan British manakala parti-parti dalam gabungan PUTERA-AMCJA dan PKM hanya diberi layanan dalam penjara atau disingkir dari negara.

Ulangtahun ke 20 Perjanjian Hadyai tidak bermakna dan tiada signifikan jika perjanjian itu tidak dikotakan. PKM sudah mematuhi perjanjian ini dengan meletak senjata dan kini tanggungjawab Kerajaan Malaysia pula untuk menunaikan tanggungjawabnya…walaupun sudah 20 tahun lambat.

Dikeluarkan Oleh:

S.Arutchelvan

Setiausaha Agung PSM

Takut Hantu Wahabi! - DR MAZA

Ada beberapa orang mencadangkan agar saya menyentuh sedikit apa yang disebut minggu lepas oleh seorang akvitis tarekat yang menulis mengenai penangkapan saya dalam kolum di bawah saya ini.

Bagi saya, adalah perkara biasa untuk ahli tarekat tidak selesa dengan saya kerana beberapa artikel saya sebelum ini turut mengkritik budaya meminggirkan rasional atau budaya taklid buta yang sering berlaku dalam banyak tarekat sehingga pengikut melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh ‘syeikh’ mereka tanpa bertanya lagi dalilnya.

Namun persoalan yang besar yang sering ditimbulkan ‘siapakah Ahlus Sunnah wal Jama’ah?”. Oleh kerana jenama ini begitu laku, bahkan ia juga sering dijadikan senjata, maka banyak pihak mengistiharkan jenama ini milik mutlak mereka dan sesiapa yang menentang mereka bererti terkeluar dari Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Mereka ini mengingatkan kita kepada Napoleon Banaparte yang berkata: “I am France and France is me”.

Maka ramailah orang mendakwa Ahlus Sunnah wal Jama’ah, walaupun jika ditanya mereka apakah itu Ahlus Sunnah wal Jama’ah mereka meraba dan terpinga mencari jawapannya. Atau jika diberikan jawapan, ia mempunyai kepentingan yang tersendiri.


baca seterusnya di

http://drmaza.com/home/?p=811


Ps: hampa try tanya orang yang dok kata Wahabi ni sesat apa dia WAHABI tu? Comfirm dia kata ukk akkk ukk akkk.... Ntah orang kata wahabi sesat aku kata sesat la.. Habis tu hampa tanya dia lagi spa yang tak sesat? Nanti dia akan kata orang yang tak sesat tu macam MOHD ZAN BIN DURANY (AJK PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM- PASTI PULAU PINANG sebab dia pakai serban lepas tu kacau anak bini orang, hantaq sms lucah kat tunang orang.... Yang itu adalah ajaran agama yang lurus.... Hampa try la tanya betul tak depa akan kata macam tu... lebih2 lagi hampa tanya ketua pemuda boneka Pas batu Kawan.... kah kah kah

SOSIALIS HIJAU

Jumaat, 27 November 2009

ORANG TAK PERCAYA TUHAN SAMBUT AIDIL ADHA!!!!

Seorang kawan selalu mempersoalkan aku apakah Rashid Maidin akan mati syahid kalau beliau mati di medan perang? Aku hanya jawab padanya tak perlulah kita menilai seseorang yang telah banyak berkorban seluruh hidupnya membolehkan kita hidup selesa pada hari ini. Apakah perlu kita menghukum orang ini syahid dan orang ini tidak syahid hanya kerana mereka ini tidak bersama dengan parti kita. Pernah kita mengenal secara dekat batang tubuhnya? Atau kita hanya dengar itu ini begitu begini daripada orang yang mereka sendiri pun tak pernah berjumpa dengannya.

Sebenarnya inilah dia perangai kaum yahudi yang Zionis? Mereka hanya mengitiraf bangsa mereka sahaja yang betul dan jika tidak bersama mereka maka semuanya sesat dan menyesatkan. Ustaz Ibrahim Libya cukup beruntung kerana berdaftar dengan parti mereka sebelumnya terjadi peristiwa Memali. Apakah mereka tahu Ustaz Ibrahim sebenarnya adalah salah seorang ahli bawah tanah Parti Persaudaraan Islam(PAPERI) yang telah di asaskan oleh Rejimen ke 10 Parti Komunis Malaya(PKM)? Apakah jika Ustaz Ibrahim mati ketika di serang di dalam peristiwa Memali sedangkan beliau belum mendaftar diri sebagai ahli parti mereka maka Ustaz Ibrahim juga akan di istiharkan syahid? Sudah tentu tidak bagi manusia berfahaman Zionis ini kerana yang mati di bunuh itu bukan dari kalangan mereka.

Sebenarnya mereka2 ini hanya pandai bercakap tetapi tidak pernah menyedari bahawa percakapan mereka hanyalah mempamerkan kebodohan mereka yang tidak mereka sedari.Mereka anti komunis tetapi mereka tidak tahu bahawa Ustaz Ibrahim Libya yang mereka iktirafkan kesyahidannya itu adalah seorang ulama progresif yang pro komunis.

Gambar di bawah adalah suasana sambutan hari raya aidul adha oleh kaum kerabat bekas anggota rejimen ke 10 Parti Komunis Malaya yang mereka kata tak percayakan Tuhan... Jangan risau golongan zionis ini ada banyak nas dan dalil untuk mengatakan bahawa mereka2 yang menyambut hari raya di perkampungan Sukhirin ini sesat dan menyesatkan.
Bapa Abdullah C.D. dan Ibu Suriani pada pagi raya
menjelang sembahyang
sembahyang sunat hari raya
Abdullah C.D. (kanan) menunaikan sembahyang sunat hari raya
anak-anak menerima wang hadiah hari raya

selepas sembahyang dan sebelum menuju ke tempat
korban masing-masing, para warga tak lupa
menziarahi Bapa Abdullah C.D. dan Ibu Suriani untuk
mengucapkan Selamat Hari Raya dan memohon
maaf zahir batin

Ibu Siti Norkiah Mahmood Banginda tidak dilupakan
rakan seperjuangan. Beliau turut dikunjungi selepas
sembahyang raya
bersempena hari raya, anak-anak bekas perajurit
berdahulu kemudian datang bergambar dengan
Abdullah C.D. dan Suriani sebagai kenang-kenangan

SOSIALIS HIJAU

Saras (Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia - PSM) bersama idolanya Hugo Rafael Chávez Frías Presiden Venezuela.

Sosialis Hijau

Khamis, 26 November 2009

KERAJAAN PERPADUAN HASIL DARIPADA PENYUSUPAN EJEN PROPAGANDA KE DALAM PAS- AWAS MEREKA DI SEKELILING ANDA


Ikuti alamat bloq di bawah ini untuk siri pendedahan pengkhianatan beberapa orang PAS kepada rakyat. Ini sebenarnya adalah hasil daripada penyusupan masuk ejen2 propaganda kedalam Pas dengan memegang jawatan dari peringkat pimpinan Pusat sehinggalah ke cawangan. Ini adalah perancangan yang amat hebat yang mempunyai rankaiannya sehingga ke peringkat akar umbi sehinggakan tidak mampu di hidu oleh ahli PAS. Begitulah yang terjadi di tempat aku bila seorang bekas tahanan ISA yang telah membuat perjanjian dengan pihak keselamatan telah berjaya menyusup masuk ke dalam pimpinan kawasan. Apabila kami berjaya menghidu perbuatan jahatnya itu maka si laknatullah ini mula mencipta konspirasi untuk menjatuhkan kami. Sila baca MemoirAbdullah CD Bahagian 1 - 3 untuk mengetahui betapa hebatnya ejen2 propaganda ini memporakperandakan Rejemen ke 10. Jika PKM yang begitu hebat itu boleh susup masuknya apatah lagi dengan PAS yang ahlinya cukup mudah terpegun dengan ucapan. lebih2 lagi pemimpin yang bergelar ustaz.

http://www.malaysiawaves.com/2009/11/menjelaskan-sejarah-perpecahan-pas.html


SOSIALIS HIJAU