THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Sabtu, 31 Oktober 2009

KISAH AJK PASTI PULAU PINANG DI LAGUKAN

A
Setelah orang PAS Kampung aku tidak sanggup untuk menyerahkah anak atau adik perempuan mereka untuk di jadikan bahan ujikaji Mohd zan Durany maka beliau telah menyuarakan rasa hatinya melalui lagi ini. Buat kawan2 Mohd Zan Durany yang mempunyai anak2 atau adik perempuan fahamilah isi hati seorang lebai yang warak ini. 21 april 2010 tahun depan adalah hari sambutan ke 40 kelahirannya. Jangan biarkan tarikh keramat itu menghantui Mohd Zan Durany yang juga pengerusi Pasti Kampung Tok Longkang. Oleh itu kawinkanlah dia sebelum tarikh itu. Mana2 guru Pasti yang rasa boleh menjadi bahan ujikajinya daftarlah diri segera untuk menjadi suri hatinya. Jangan biarkan 21 april 2010 berlalu tanpa tiada suri di hatinya.

Sosialis Hijau

KESINAMBUNGAN NASIONALISME SELATAN THAI DAN MALAYA - Abdullah C.D.

Disember 1941, fasis Jepun menceroboh Malaya. Selain dari mendarat di pantai Sabak, Kota Baharu, mereka juga mendarat di Pattani dan Songkla. Perdana Menteri Thai ketika itu Phibun Songkhram menjalankan polisi bekerjasama dengan Jepun. Melalui persekongkolannya dengan fasis Jepun, Phibun telah melaksanakan polisi Thai Raya dan memperluaskan penguasaannya hingga ke Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Phibun Songkhram naik takhta pada tahun 1938 melalui rampasan kuasa dan melaksanakan polisi cauvinisme "Thai Raya". Di bawah polisi ini bangsa-bangsa lain harus berbahasa dan berkebudayaan Thai, bahkan di segi agama juga dikehendaki beragama Budda. Polisi ini telah mencetuskan pertentangan hebat berbagai bangsa di Thailand.

Orang Melayu yang tinggal secara memusat di Selatan Thai berbahasa Melayu dan beragama Islam, mempunyai sejarah, kebudayaan, kesenian dan tradisinya sendiri. Akan tetapi mereka dipaksa mengikut cara Barat, misalnya makan dengan sudu dan garpu, lelaki diharuskan memakai topi, wanita diharuskan memakai gaun, dan lain-lain. Mereka juga dilarang menggunakan bahasa Melayu, menggunakan nama Melayu, pakaian Melayu, dilarang memakan sirih pinang dan menghisap rokok pucuk nipah. Sejarah orang Melayu Pattani diharamkan daripada diajar di sekolah-sekolah. Polisi ini mendatangkan ketidak puasan orang Melayu di Selatan Thailand.

Akan tetapi, kekuatan patriotisme dan demokrasi Thailand tetap tak tertundukkan. Pridi memimpin gerakan patriotik-demokratik bawah tanah Thailand melawan fasis Jepun dan bekerjasama dengan pihak Berikat. Gerakan ini mencapai perkembangan besar dan akhirnya dapat menumbangkan kerajaan Phibun. Pada tahun 1944, Pridi mendirikan kerajaan yang baru dan memulihkan kedudukan kekuatan patriotik-demokratik.

Kerajaan Pridi dapat bekerjasama dengan seluruh masyarakat. Seorang pemimpin terkemuka Selatan Thai, Hj. Sulung pernah mengemukakan tuntutan ke atas Kerajaan Thai dan pengaruhnya berkembang di kalangan masyarakat Islam Selatan Thai. Anjuran Hj. Sulung ialah:

1. Menggesa Kerajaan Thai melantik seorang anak tempatan yang dipilih oleh rakyat setempat dan mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran wilayah-wilayah selatan.

2. Cukai dan hasil pendapatan dari keempat-empat wilayah berkenaan mestilah dilaburkan untuk projek pembangunan ekonomi setempat.

3. Mengadakan pelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah hingga darjah 6 sebelum mempelajari bahasa Siam.

4. Pegawai-pegawai kerajaan yang mentadbir wilayah-wilayah ini mestilah terdiri daripada 80 peratus orang Melayu - Islam peranakan tempatan.

5. Bahasa Melayu dan bahasa Siam dijadikan bahasa rasmi.

6. Penubuhan Majlis Agama Islam Wilayah yang berkuasa penuh bagi menyelaraskan perundangan Islam bersabit dengan syarak dan kebudayaan Melayu di keempat-empat wilayah dengan persetujuan ketua dalam syarat no. 1.

7. Kerajaan Thai mestilah mengasingkan antara Mahkamah Syariah dengan mahkamah kerajaan wilayah serta memberikan kuasa kepada kadi membicarakan sesuatu kesalahan di Mahkamah Syariah.

Setelah penjajah British berkuasa semula di Malaya, Kedah, Perlis Kelantan dan Terengganu yang tadinya dicantumkan oleh Jepun ke dalam wilayah Thailand telah diambil balik oleh British berdasarkan perjanjian Inggeris - Siam 1909.

Tapi, kerajaan Pridi tak dapat bertahan lama. Pada tahun 1947 ia digulingkan oleh Phibun. Pridi terpaksa meninggalkan tanah airnya merantau keluar negeri.

16 - 17 Oktober 1945, PKMM mengadakan kongres penubuhannya di Ipoh, Perak. Kongres telah memilih Ketua PKMM Mokhtaruddin Lasso, Naib Ketua Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ahmad Boestamam. Saya hadir dalam kongres sebagai wakil PKM untuk menyampaikan tahniah kepada kongres. Wakil dari berbagai pihak hadir menyertai kongres itu, kira-kira 300 orang lebih.

Tengku Mahmood Mahyiddeen wakil dari Pattani (Selatan Thai) juga hadir. Dia berpakaian seragam tentera (force 136). Mahyiddeen membentangkan masalah kemerdekaan kawasan Selatan Thai dengan menggabungkannya dengan Malaya.

Kerana rancangan Tengku Mahmood Mahyiddeen itu adalah sebuah projek kolonial, maka kami menentangnya. Kami berpendapat, soal Selatan Thai haruslah ditentukan oleh rakyat Selatan Thai sendiri. Mokhtaruddin, Dr. Burhanuddin, Boestamam, saya, dan lain-lain dari PKMM menentang cara Tengku Mahyiddeen itu. Ucapan Mokhtaruddin yang berapi-api membantah rancangan itu mendapat tepukan yang bergemuruh oleh para wakil.

Mac 1946, diadakan kongres Islam di Gunung Semanggol dipimpin Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Wakil berbagai pihak hadir. Dr. Burhanuddin wakil PKMM, Boestamam wakil API, saya wakil PKM. Yang pentingnya kami bertemu dengan Mohd. Amin, wakil rakyat Selatan Thai. Kami menyokong perjuangan kemerdekaan rakyat Selatan Thai jika ia benar-benar pilihan rakyat Selatan Thai sendiri. Dalam ucapan di dalam kongres itu saya menegaskan pendirian PKM yang menyokong perjuangan rakyat Selatan Thai untuk membela nasib bangsanya sendiri. Saya juga menegaskan PKM dengan tegas menentang sebarang bentuk kolonialisme.

Selepas majlis itu, saya dan Boestamam secara khusus bertemu dengan wakil dari Pattani itu. Kami menegaskan pendirian kami yang telah saya nyatakan di atas. Saya memberikan alamat pejabat PKM untuk mereka hubungi kemudiannya.

Dalam masalah ini, Boestamam mempunyai rancangannya sendiri. Atas dasar membantu rakyat Selatan Thai, Boestamam menghimpunkan 60 orang anggota API di Padang Rengas mengadakan long march ke kawasan sempadan Betong. Strategi Boestamam ialah terlebih dahulu membantu revolusi rakyat Selatan Thai kemudian dengan bantuan rakyat Selatan Thai melancarkan peperangan terhadap penjajah British di Malaya pula.

Akan tetapi rancangannya gagal. Rombongan Boestamam bertembung dengan pasukan askar Gurkha di tengah jalan. Mereka berpecah beberapa kumpulan balik semula ke kampung masing-masing. Boestamam sendiri pergi ke Balik Pulau, Pulau Pinang menulis buku dengan tajuk "14 hari".

Sebelum itu, ketika kongres API di Melaka, Boestamam juga pernah membuat rancangan long march ke Pahang. Pahang menjadi ilham kerana pernah melahirkan pahlawan bangsa menentang Inggeris yang dikenali sebagai Perang Bahaman. Kira-kira 60 orang pemuda API menyertai long march tersebut. Akan tetapi bila tiba di Negeri Sembilan, mereka disekat oleh polis. Para peserta long march lari bercempera. Antaranya ada yang mencari pejabat PKMM Negeri Sembilan untuk berlindung. Pejabat PKMM membantu menghantar mereka balik ke rumah.

Tahun 1947 - 1948, 2 orang wartawan British Miss. Bowo James dan Miss. Barbara pernah mengapi-apikan semangat nasionalisme orang Selatan Thai untuk bergabung dengan Malaya (kesatuan Malaya) tajaan penjajah British. Banyak akhbar membesar-besarkan perkara itu untuk mempengaruhi pendapat awam.

Pada masa itu, saya yang menjadi wakil PKM juga mengeluarkan kenyataan akhbar yang disiarkan oleh akhbar PKMM untuk menjawab propaganda tersebut. Dalam kenyataan itu saya menyerukan orang ramai supaya tidak termakan dakyah penjajah British yang mahu memperluas tanah jajahannya ke Selatan Thai dengan cara menggabungkan Selatan Thai dan Malaya. Saya juga membentangkan lagi pandangan kami iaitu menyokong perjuangan rakyat Selatan Thai untuk menentukan nasib bangsanya sendiri tetapi menentang sebarang bentuk penjajahan, atau kolonialisme. Kenyataan akhbar itu telah dikutip oleh wartawan-wartawan dan disiarkan di akhbar masing-masing. Tengku Mahyiddeen tidak senang hati dengan kenyataan saya itu. Dia menganggap saya telah mengganggu rancangannya untuk menguasai wilayah-wilayah Selatan Thai.

Selepas itu beberapa orang wakil dari Pattani datang untuk berhubung dengan pejabat PKM di Kuala Lumpur. Akan tetapi apabila wakil tersebut tiba di Kota Baharu, mereka disekat oleh Tengku Mahyiddeen. Tengku Mahyiddeen melarang mereka pergi ke pejabat PKM. Beliau membawa wakil dari Pattani itu ke Selangor untuk mempelajari ilmu kebal bagi membentuk pasukan parang panjang.

Dengan itu, wakil dari Pattani itu mengubah rancangan asal dengan belajar ilmu parang panjang. Setelah mendapat latihan singkat, mereka balik ke Selatan Thai untuk mengembangkan ajaran tersebut.

April 1948, meletus pemberontakan Dusun Nyor. Kumpulan pemberontak menawan balai polis dan lain-lain. Orang-orang Tionghua yang menetap di situ juga memberikan beras dan lain-lain tanda sokongan kepada pemberontakan tersebut.

Walau bagaimanapun, pemberontakan itu tidak dapat bertahan lama. Setelah beberapa hari, pemerintah pusat dari Bangkok telah menghantar askar untuk menumpas pemberontakan itu. Mengikut pengumuman akhbar ketika itu terdapat 400 hingga 600 orang terlibat dalam pemberontakan itu. 30 orang anggota polis terkorban. Selepas itu mereka terpaksa berundur, ada sebahagiannya berundur ke Malaya.

Selepas peristiwa itu Tengku Mahyiddeen dengan kerjasama penjajah British menghantar 400 orang gerilanya bergerak di kawasan Selatan Thai.

Nota: baca selengkapnya di MEMOIR ABDULLAH C.D. BAHAGIAN KETIGA: PERJUANGAN DI SEMPADAN DAN PENAMATAN TERHORMAT - diterbitkan oleh Strtategic Information Recearch Development Centre (SIRD) - 2009 - sird@streamyx.com

Jumaat, 30 Oktober 2009

Kemenangan BN di Bagan Pinang: Kekuatan BN atau Kelemahan PR?


Pada 11.10.09 , apabila keputusan PRK Bagan Pinang diumumkan, ramai yang telah dapat mengagak bahawa BN akan menang . Akan tetapi peningkatan majoriti BN di Bagan Pinang telah mengejutkan penyokong dan juga pimpinan Pakatan Rakyat. Manakala kem BN pula mula mengatakan rakyat telah kembali ke BN terutamanya pengundi bukan Melayu.


What went wrong?


Kenapa keadaan ini berlaku? Betulkah pengundi telah tertarik dengan pemerintahan Perdana Menteri Datuk Sri Najib dan suka sangat dengan Isa ?
Ataupun kemenangan ini adalah kerana kelemahan PR ?
Sebagai sukarelawan untuk Pakatan Rakyat semasa kempen PRK Bagan Pinang yang telah mula berkempen sebelum tarikh percalonan lagi, saya ingin berkongsi pandangan dan pengalaman saya kenapa PR kalah.


Antara sebab utama PR kalah ialah kerana kempen Pakatan Rakyat mengikut rentak kempen BN. Contohnya pemberian beras, Sari, Hamper, memasak kari kambing untuk menandingi rasuah pilihanraya BN yang memberi rice cooker, duit, hamper dan banyak lagi barang untuk menyogok pengundi. Dahlah kita menuduh BN rasuah. Maka kenapa kita juga ikut cara mereka. Bukankah memberi barangan dan hadiah semasa pilihanraya adalah sogokan untuk membeli undi dan satu kesalahan pilihanraya?


Kalau PR memang hendak memberi satu kerajaan yang bersih , kita tidak sepatutnya ikut rentak BN. Maka bila rakyat lihat, sama-sama cuba sogok, maka undi diberikan untuk sogokan yang lebih. Itu yang berlaku di Bagan Pinang, terutamanya di ladang-ladang yang mempunyai undi yang kritikal yang boleh menentukan keputusan pilihanraya. Adakah ini yang PR mahu ?


Apakah PR fikir sama macam BN bahawa masalah utama rakyat seperti gaji rendah, kemiskinan, kemelesetan ekonomi, masalah perumahan boleh dilupakan dengan pemberian sebegini? Tidakkah Pakatan Rakyat ingat masalah asas rakyat harus diberi perhatian sekiranya hendak menarik undi rakyat ? Apa telah jadi kepada semangat pembaharuan ( Change ) yang dijanjikan PR ?


Keluhan Rakyat
Lagi satu isu ialah ; memang rakyat mengetahui Isa bukannya orang yang bersih dan memang ada banyak kes rasuah keatasnya. Namun mereka masih mengundinya. Mengapa keadaan ini berlaku? Pertama, Isa merupakan orang tempatan di Bagan Pinang dan mempunyai reputasi baik di Bagan Pinang. Selepas kedatangan Isa, Port Dickson telah membangun dengan pesat dengan ramai warga tempatan mendapat peluang pekerjaan di hotel-hotel PD. Kedua, Isa merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dan pengundi mengenali beliau.


Ketiga, calon PAS bukan orang tempatan walaupun dia adalah satu calon yang baik dan berkaliber tetapi pengundi tidak mengenalinya. Kerja-kerja akar umbi parti dan bakal calon di kawasan yang ditandingi akan memberi gambaran yang jelas kepada rakyat. Jika seorang calon bertanding tanpa melakukan kerja-kerja akar umbi di kawasannya, akan memberi gambaran kepada Rakyat bahawa beliau hanyalah calon pilihan raya. Rakyat perlu mengetahui mengenai wakil yang akan mereka pilih dan bukan memilih secara membuta tuli. Kalau calon tidak dapat buat kerja , sekurang-kurangnya parti harus giat bersama akar umbi.

Akan tetapi banyak keluhan rakyat ialah PR juga adalah sama seperti BN. Ini kerana MP Teluk Kemang, YB Kamarul (PKR) tidak pernah datang melawat mereka atau mendengar masalah penduduk ladang sejak beliau menang dalam Pilihanraya Umum ke 12 . Ini menunjukkan kelemahan wakil PR dalam berkhidmat kepada rakyat.


Sebelum penamaan calon, saya bersama kawan-kawan dari PSM dan JERIT telah melakukan satu survey di ladang-ladang Bagan Pinang iaitu di Ladang Salak (Atherton), Ladang Bradwall, Ladang Siliau dan Ladang Sua Betong bersama divisionnya Ladang Sungai Ujong. Dari survey ini kami mendapati kesemua ladang ini mempunyai masalah yang sama iaitu:


1. Ramai penghuni ladang telah berpindah ke kawasan baru. Hanya tinggal beberapa pengundi dan lainnya merupakan pekerja asing.


2. Gaji yang rendah. Selama 52 tahun di bawah pemerintahan BN, pekerja ladang masih mendapat gaji di bawah paras kemiskinan. Di ladang yang kami lawati, pekerja masih mendapat gaji RM 300.


3. Ramai warga ladang telah dihentikan dan diberi kerja kepada pekerja asing. Di mana, gaji pekerja asing lebih murah.


4. Masalah pengangkutan awam dan kemudahan awam


Terdapat satu pandangan daripada penduduk ladang bahawa, PR juga datang sebagai calon pilihan raya sahaja ke ladang-ladang. Masalah penduduk ladang tidak dibincangkan. Ramai penceramah yang datang ke ladang membincangkan isu kepala lembu, isu Perak, isu Parti Makkal Shakti tetapi mereka gagal membincangkan masalah asas penduduk ladang.

Terdapat beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang sangat confident, pengundi ladang akan memilih Pakatan Rakyat dan PR akan menang di kesemua Ladang-ladang di DUN Bagan Pinang. Tetapi penduduk ladang telah memberikan undi mereka kepada BN kerana kegagalan PR sebagai pilihan alternative menangani masalah rakyat setempat. PR harus ingat , bukan pada kesemua masanya isu nasional akan memberi undi di PRK. Isu rakyat setempat dan isu harian mereka seperti pekerjaan, kemiskinan dan makan-minum seharian harus diberi perhatian dan langkah harus diambil untuk menanganinya. .


Mungkin ada yang berpendapat BN pun sama apa , maka kenapa undi BN? Memang betul BN sama, tetapi , rakyat sudah kenal dia memang sebegitu , so mereka dah biasa, kalau PR pun sama buat apa nak tukar undi. Kan lebih baik undi BN , kerana dia beri duit lebih dan barang lebih. Itu kata pengundi biasa yang kasi pagi makan pagi, kasi petang makan petang. Boleh kita menyalahkan pengundi yang hidup susah ini ?


PR harus ingat, ia tidak boleh leka dengan sokongan rakyat. PR harus membuktikan bahawa ia berbeza dari BN dan ikhlas dalam memperjuangkan hak rakyat dan bukannya manis di bibir sahaja macam BN. Kalau tidak rakyat yang menyokongnya dalam pilihanraya lepas akan hilang kepercayaan dan kembali mengundi BN atau tidak mengundi langsung.


Saya dengan ikhlas berkongsi pandangan disini dengan harapan kelemahan-kelemahan ini dapat diatasi oleh PR dalam menghadapi PRK yang akan datang dan PRU-13. Sekiranya PR yang membawa agenda “PERUBAHAN” tidak mengubah caranya dan memberi satu alternatif yang boleh dipercayai oleh rakyat maka dengan propaganda dan polisi-polisi popular Najib sekarang , rakyat mungkin akan kembali ke BN sepertimana yang berlaku di Bagan Pinang. Saya harap kekalahan di Bagan Pinang akan mengejutkan kepimpinan PR untuk mengukuhkan kerjasama mereka dan memastikan dalam setiap masa isu dan masalah rakyat diutamakan. Tiada short-cut dalam memenangi hati rakyat, perlu kerja keras.
Salam perjuangan


Nithiyavani
JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT)

Selasa, 27 Oktober 2009

Episod Kedua Kisah AJK PASTI P,Pinang akan terbit.

Akan terbit interview bersama pak Nayan iaitu seorang yang telah di kencing oleh AJK Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) Pulau Pinang Al Fadhil Al Ustaz Mohd Zan Bin Durany. Kalau tak Esok tentu lusa... kah kah kah... trauma trauma kah kah

Sosialis Hijau

ORANG AGAMA JUAL CD CETAK ROMPAK! HALAL ATAU HARAM?

“sakit orang lagu, untung banyak lanun yang sapu,
Tak boleh cari makan selagi lanun tak di hapuskan”.


Itu adalah sebahagian daripada keluahan ITO Blues Gang yang di muatkan di dalam serangkap lirik dalam sebuah lagu yang bertajuk “sakit”. Keluhan itu adalah bagi menyatakan rasa hampanya golongan penyanyi yang hasil penat lelah mereka telah di cetak rompak oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.

Di sekitar tahun 80an, Industri muzik merupakan satu perusahaan yang mendapat sambutan. Di ketika ini album-album yang di terbitkan mampu mencecah jualannya ke tahap 300ribu unit berbanding pada hari ini jualan album hanyalah mampu mencecah 5-10 ribu unit sahaja. Industri muzik negara pada ketika itu juga mampu untuk melangkau ke negara-negara jiran seperti Singapura, Brunai dan Indonesia malam kumpulan Rock Search telah pun bersiap sedia untuk melancarkan album mereka ke negara Jepun.

Oleh kerana sambutan orang ramai kepada industri muzik ini maka wujudlah golongan2 yang cuba mengaut keuntungan daripada album-album yang di terbitkan ini melalui jalan belakang. Keset-keset cetak rompak telah berjaya mengatasi jualam keset-keset yang asli. Adalah di anggarkan keset cetak rompak ini mampu mencecah jualan sehingga 1juta unit untuk setiap album.

Golongan karyawan dan penyanyi melalui berbagai badan dan persatuan telah bertungkus lumus memerangi gejala cetak rompak ini dengan membawa isu ini kepada pihak kerajaan namun ianya tetap tidak mendatangkan hasil. Janji-janji pihak kerajaan untuk mengatasi isu ini umpama melepaskan batuk di tangga. Akhirnya Industri muzik negara mengalami keruntuahan zaman gemilangnya dan masih gagal untuk di pulihkan sehingga ke hari ini.

Di sekitar pertengahan tahun 90an pula golongan lanun cetak rompak ini telah mengubahkan hala tuju mereka kepada mencetak rompak keset-keset ceramah dan kuliah agama pula. Keset-keset penceramah popular pada ketika itu seperti Dr Haron Din, Ustaz Shamsuri, Ustaz Ismail Kamus dan beberapa orang ustaz dan penceramah menjadi sasaran untuk di klonkan.Keset-keset kumpulan Nasyid seperti Raihan dan Brother yang popular di ketika itu boleh di dapati dalam cetak rompak di kedai-kedai keset di mana-mana saja.

Apabila Cekera Padat mula di gunakan secara meluas di awal tahun 2000 pengiat-pengiat cetak rompak ini semakin mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda kerana kos untuk satu CD terlalu muranh dan rakaman cetak rompak boleh muat turunkan dengan hanya beberapa minit sahaja melalui computer. Album album cetak rompak ini semakin galak jualannya dari pasar malam sehinggalah ke depan-depan masjid. Walaupun pihak berkuasa kerap juga mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga CD cetak rompak ini namun ianya masih belum mampu untuk mengekang penguasaha CD klon ini. Ianya seolah-olah di dalangi oleh sendikit yang besar di sebalik penjual-penjual CD cetak rompak ini.

Yang paling malang adalah keset dan CD cetak rompak ini di jual di depan-depan masjid oleh mereka-mereka yang kononnya arif tentang halal dan haram. Penjual-penjual bahan cetak rompak ini setiap malam mendengar kuliah dan ceramah agama tetapi oleh kerana perbuatan mereka itu yang mendatangkan hasil yang lumayan maka di pekakkan telinga mereka apabila datang ayat-ayat Al Quran yang melarang mereka mengambil hak orang lain. Golongan penjual bahan cetak rompak di depan masjid ini mampu hidup mewah dengan menjual keset dan CD cetak rompak yang di klonkan daripada hasil wang ringgit dan penat lelah orang yang megeluarkan modal puluhan ribu ringgit untuk menerbitkan sesuatu album. Apakah mereka ini tak tahu perbuatan mereka menjual keset dan CD cetak rompak itu salah? Bukan saja salah di sisi undang-undang negara malah salah juga di sisi undang-undang Allah.

Namun apakah anda rasa mereka ini akan merasa insaf dengan perbuatan mereka ini? Tentu sekali tidak. Mereka akan mencari jalan dan hujah agama untuk menghalalkan perbuatan mereka. Akhirnya mereka-mereka ini akan menunding jari kepada anda dengan mencari kesalahan anda pula. “Ahh dia pun tak betul, nak mai ajaq kita pulak” Mungkin itulah nilai bahasa yang akan keluar dari mulut mereka. Inilah manusia yang bertopengkan agama yang mengatakan bahawa mereka adalah manusia yang telah di pilih oleh Allah untuk berada di dalam golongan pejuang Islam.

Apakah Ustaz Aqil Rawa yang mereka-mereka ini cetak rompakkan albumnya dengan rela hati menghalalkan haknya di ambil tanpa mendapat kebenarannya? Apakah kumpulan Hijaz, Raihan, Rabbani, In Team dan lain lain kumpulan Nasyid yang mereka makan hasil daripada penat lelah dan wang ringgit yang mereka keluarkan akan menhalalkan kepada golongan penjual keset cetak rompak depan masjid hanya kerana mereka berkopiah putih dan bercakap Islam ini?

Sedarlah wahai penjual keset cetak rompak yang bertopengkan agama bahawa segala hasil jualan yang kamu berikan kepada anak isteri kamu adalah hasil yang haram. Namun aku tahu yang kamu akan tetap mencari jalan untuk menghalalkan kerja kamu itu kerana kamu adalah manusia yang sentiasa mencari keuntungan dengan menjual agama.

Sosialis Hijau

http://greensocialis.blogspot.com/

DI MANA KEIKHLASANNYA - HATI MERAH@AMAN

Sekali sekala ingin juga aku mengetahui perkembangan tanah tumpah darahku yang kini bergelar Malaysia. Remote satellite TV C-Band ditekan, mangkuk satelit berputar ke arah Measat (satelit Malaysia). Terpancul TV 1 RTM. Kehangatanku untuk menonton hilang apabila melihat siaran “keganasan pengganas komunis” dalam dalam masa darurat dulu. Sekali lagi mangkuk satellite aku pusingkan ke arah Thaicom (Satelit Thai) atau Palapa (Satelit Indonesia).
Aku merenung jauh, mengenang kembali detik-detik sejarah merpati putih berterbabangan di angkasa Haadyai pada 2 Disember 1989. Ketiga-tiga pihak PKM, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Diraja Thailand telah menandatangani suatu persetujuan untuk menamatkan persengketaan bersenjata di kawasan sempadan Thai Malaysia dan Malaysia.
Terpancul satu soalan dikepalaku. Mengapa Kerajaan Malaysia nampaknya belum menamatkan permusuhan walaupun sudah hampir 20 tahun perjanjian damai ditandatangani? Propaganda zaman darurat masih diulang tayang, bahkan dibuat lakonan baru pula. Untuk apa itu semua? Apa tujuannya luka lama diguris semula? Di manakah keikhlasan Kerajaan Malaysia yang menandatangani persetujuan damai Haadyai?
Yang lebih menghairankan aku ialah mengapakah menentang penjajah itu dikatakan ganas? Apakah ganas rakyat Palestin menentang penceroboh Israel? Apakah ganas rakyat Irak dan Afghanistan yang menentang penceroboh Amerika? Apakah ganas rakyat Vietnam menentang penceroboh Amerika? Apakah ganas rakyat Indonesia menentang penceroboh Belanda? Sebetulnya lojik apakah yang mereka pakai? Seorang algojo yang menjadi musuh bersama rakyat Malaya dan rakyat Palestin ialah Hunry Gurney. Tangan yang berlumuran darah rakyat Palestin itu juga yang membantai rakyat Malaya. Tetapi di Malaysia Hunry Gurney diberi pengiktirafan yang tinggi. Aku pernah terbaca ada “pejuang kemerdekaan” mahu mendirikan papan tanda bagi memperingati kematian Henry Gurney. Ini berlaku pada tahun 2009.
Aku menarik nafas panjang. Oh Malaysia!! Sehingga kini kau masih lagi menari ikut irama dendangan penjajah. Inilah hakikat tanah air ku.
Di sudut lain, aku nampak suatu hal yang berbeza. Kerajaan Diraja Thailand juga sebuah kerajaan anti-komunis. Tapi tidak pula aku mendengar propaganda lama diulang semula seperti mana RTM. Di sini berbagai peringkat pegawai kerajaan baik awam mahupun tentera datang melawat kampung-kampung perdamaian. General Kitti Rattanacahaya yang menjadi Panglima Ketumbukan Ke-4 ketika lawatannya di Kampung Perdamaian Sukhirin pernah menyebut “saya percaya kalian, kalian bukan orang jahat, kalian adalah orang yang berjuang”. Dua orang puteri Maharaja Thai iaitu Puteri Sirinthon dan Puteri Chulabhorn pernah meredah hutan melawat kampung kami.

Lt.Col. Romklao dari Tentera Thai ketika melawat
Abdullah C.D., Suriani dan Abu Samah.
Di bawah adalah catatannya yang ditinggalkan
untuk kenang-kenangan.
(2549 tahun Buddha sama dengan 2006 tahun Hjarah)


Allahyarham Rashid Maidin pernah mengadakan upacara perasmian tugu peringatan di Kampung Perdamaian Balok, Yala. Tugu peringatan itu didirikan untuk mengenang rakan seperjuangan Rejimen Ke-10 yang gugur dalam perjuangan. Yang menggunting riben tanda perasmian majlis itu ialah seorang Jeneral Tentera Thai. Manakala Gabenor Wilayah Yala juga ikut serta memberikan ucapan dalam majlis tersebut. Sedikitpun tiada caci maki atau apa-apa tuduhan akibat persengketaan di masa lampau.
Jika dikaji dari fakta perang, pertempuran TPNM dengan tentera Thai lebih lama dari angkatan tentera Malaysia. Sepatutnya tentera Thai lebih banyak menyimpan dendam terhadap kami.
Setelah belasan tahun perdamaian Haadyai, Kerajaan Diraja Thailand pernah mengadakan suatu majlis khas yang dihadiri oleh wakil kerajaan Thai, Gen. Chaovalit, YB Mat Nor Mat Ta dan lain-lain, manakala wakil PKM pula Chen Ping, Allahyarham Rashid Maidin, Abdullah C.D., Suriani Abdullah, Allahyarham Abu Samah, Ah Chen dan lain-lain. Mereka membincangkan masalah perlaksanaan persetujuan yang telah ditandatangani. Semua perkara berkaitan dibentangkan di situ, mana yang tak beres telah dibereskan dengan sempurna.
Kembali teringat aku soal RTM. Aku masih ingat suatu peristiwa, tapi lupa pula tanggalnya. Yang pasti menjelang sambutan hari kemerdekaan Malaysia, datanglah satu rombongan dari Majalah TV 3 ke kampung perdamaian Sukhirin. Tiba di sini, mereka menyebut:
“kalianlah pejuang kemerdekaan.”
“Kemerdekaan yang kami kecap hari ini hasil dari perjuangan kalian.”
“Kami akan perkenalkan pejuang kemerdekaan kita kepada dunia”.
Wah … betapa hebatnya kami disanjung. Boleh menyebabkan pengsan kepada sesiapa yang mengidap sakit jantung kerana terharu yang amat sangat.
Kamera pun dikeluarkan, ada yang video, ada yang gambar mati. Abdullah C.D., Rashid Maidin, Abu Samah, Suriani pun diminta berjalan untuk dirakam gambar. Wawancara pun dimulai.
Walau bagaimanapun ada kawanku yang menaruh curiga terhadap rombongan RTM itu. Dengan meninggikan suara agar didengar ramai, kawan itu menyebut dalam loghat tempatan;. “Demo ni, masuk molek, tubik hudoh”.
Sampai tarikh yang ditetapkan, kami pun menghadap kaca TV masing-masing. Tak sabar rasanya ingin melihat bagaimana RTM menyiarkan cerita “pejuang kemerdekaan”.
Tepat masa jadualnya, muncullah juru acara Majalah TV3 di kaca TV. Alamak, isinya lagi-lagi “keganasan komunis” dalam masa darurat. Hilang lenyap segala perasaan yang ingin tahu tadi.
Ini menjadikan kawan-kawanku di kampung itu sangat marah. Seorang kawan melontarkan soalan kepadaku: “Manusia jenis apa mereka itu boleh dengan tenang berdolak dalik sebegitu rupa. Hari ini kata putih, besok kata hitam.”
Inilah sebuah hakikat yang aku saksikan dengan mata kepala sendiri.

Belanjawan 2010 - Rakyat digadai ! Keuntungan diutamakan !

Parti Sosialis Malaysia amat kecewa dengan Belanjawan 2010 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada Jumaat 23hb Oktober 2009. Nampaknya Kerajaan BN masih belum belajar daripada krisis kewangan yang melanda dunia tahun ini. Krisis ekonomi sedunia dengan jelas membawa kita kepada tiga hakikat -

1. Sistem pasaran bebas tidak mampan kerana ianya di acu oleh ketamakan badan-badan korporat dan akan menyebabkan kegawatan ekonomi dan kesengsaraan rakyat awam dari masa ke semasa.
2. Ketamakan kaum korporat telah mengurangkan gaji pekerja di seluruh dunia dengan kaedah-kaedah seperti "outsourcing", "sistem kontrak", kegunaan pekerja migran dll. Ini telah mengecutkan permintaan kasar (aggregate demand) - suatu punca utama yang mencetuskan krisis ekonomi 2008.
3. Sistem pasaran bebas tidak boleh dipercayai untuk menjamin kesejahteraan rakyat jelata, ataupun menjaga alam sekitar dunia.

Malangnya, kerajaan kita langsung tidak ambilkira hakikat-hakikat ini dalam merancangkan Belanjawan 2010. Kerajaan meneruskan pendekatan sektor korporat antarabangsa dimana penjanaan terpenting adalah dalam perkembangan ekonomi Malaysia. Memang, slogan Perdana Menteri sedap didengar – “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Malangnya cakap tak serupa bikin. Wujudnya beberapa strategi utama dalam Belanjawan yang menjejaskan kepentingan rakyat awam. Menimbulkan persoalan Rakyat tergadai , Untung diutamakan

Kami menimbulkan 5 isu penting intisari belanjawan 2010 iaitu
I. Meningkatkan usaha untuk menarik lebih ramai pelabur asing untuk datang dan melakukan pelaburan di Malaysia. Satu antara usaha ini adalah untuk meliberalisasi ekonomi dan menghapuskan sekatan yang sedia ada berkaitan pelaburan asing.
II. Meneruskan dengan dasar penswastaan walaupun pengswastaan kemudahan awam membebankan rakyat.
III. Menggalakkan pelancongan kesihatan dengan memberi insentif mengurangkan cukai pada hospital-hospital swasta yang berjaya menarik lebih ramai lagi pesakit daripada negara lain ke Malaysia.
IV. Mengurangkan kadar cukai pendapatan untuk kumpulan yang terkaya di Malaysia.
V. Meneruskan dengan rancangan untuk melaksanakan suatu jenis cukai yang membebankan rakyat jelata ia-itu cukai “GST” – cukai terhadap segala barangan dan perkhidmatan yang dibeli oleh rakyat biasa.

Penglibatan kerajaan Malaysia dalam perebutan persaingan dengan Negara jiran untuk menarik pelabur asing ke negara ini telah dan sedang membawa beberapa kesan buruk kepada rakyat biasa kita. Pelabur asing mahu sesebuah negara di mana gaji adalah rendah, pekerja mudah dikendalikan, kesatuan pekerja lemah dan tidak berkesan dan undang-undang yang melindungi pekerja adalah hanya seperti melepaskan batuk di tangga.

Oleh kerana kerajaan Malaysia telah menjadikan pelaburan asing (FDI) suatu aspek utama dalam strategi pembangunan ekonomi Negara, kerajaan kita sanggup mewujudkan suasana seperti ini untuk menarik pelabur koporat asing.

Oleh ini terdapatlah di Malaysia gaji harian serendah RM 16 sehari, 3 juta pekerja migran yang sanggup berkerja dengan gaji yang murah rendah dan juga usaha-usaha yang berterusan untuk melemahkan lagi undang-undang yang melindungi pekerja daripada dimangsakan oleh majikan mereka.

Kaum pelabur tidak suka dicukai. Untuk menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia kerajaan kita telah menurunkan cukai terhadap korporat dari 40% pada 1988 dan telah menurun ke 26% pada masa ini. Dalam belanjawan ini, cukai terhadap individu yang kaya di Malaysia dikurangkan juga ke 26%. Pada takat ini, cukai terhadap korporat dan individu telah menyumbang RM 47 billion kepada pendapatan kerajaan pada tahun 2009. Bila cukai terhadap lapisan kaya dikurangkan, pendapatan kerajaan juga akan berkurangan. Oleh itu kerajaan terpaksa mengurangkan pembekalan kemudahan asas kepada rakyat ataupun akan memindahkan beban cukai ke atas rakyat biasa dengan melaksanakan cukai “GST”. Kedua-dua langkah ini tentu akan menyusahkan rakyat biasa – tetapi kita diberitahu rakyat didahulukan”!

Cadangan dalam belanjawan 2010 untuk mempergiatkan lagi pelancungan kesihatan adalah suatu bukti lagi bahawa kerajaan kita ini tidak mempedulikan kebajikan rakyat biasa. Memang jelas kepada semua pemerhati bahawa masalah utama di Hospital Awam di Malaysia adalah kekurangan doktor pakar . Terlalu ramai doctor pakar telah berhijrah ke sektor swasta kerana pendapatan di Hospital Swasta jauh lebih lumayan. Perkembangan perniagaan hospital swasta yang akan dijanakan oleh pendatangan lebih ramai pesakit asing ke Malaysia akan mempercepatkan lagi penghijarahan doktor pakar ke sektor swasta. Inikah ertinya “Rakyat didahulukan”?

Adakah Perdana Menteri tidak menyedari kontradiksi antara slogan manis beliau dan cadangan-cadangan spesifik yang terkandung dalam belanjawan 2010? Ataupun adakah cogan kata manis itu hanya untuk memesong rakyat jelata sambil beliau bertungkus lumus membantu pihak korporat, lapisan kaya dan para kroni BN?


Dikeluarkan Oleh

Dr. Jeyakumar
Ahli Jawatankuasa Pusat PSM
Ahli Parlimen Sungai Siput

Small parties, big questions - Shanon Shah

POP quiz — how many registered political parties are there in Malaysia? This is not such an easy question to answer. The official website for the Election Commission(EC) of Malaysia says there are 31 registered political parties to date. But a quick browse shows that the EC actually lists the Barisan Nasional (BN), technically a coalition comprising several parties, as one political party.

The EC also does not include the spate of newly registered parties such as the Hindraf offshoot, Parti Hak Asasi Malaysia, and the Hindraf splinter offshoot, theMalaysian Makkal Sakthi Party. The latest registered party to be listed by the EC isParti Sosialis Malaysia (PSM), which currently holds the Sungai Siput seat in Parliament and the Kota Damansara seat in the Selangor state assembly.
But it's safe to say that there are more than 30 registered political parties in Malaysia. Roughly half of this number consists of the 13 parties in the BN coalition, and the three in the Pakatan Rakyat (PR). What about the other parties? What role do small parties actually play in a democracy? Do they even make a difference in the political landscape?
Chin (Courtesy of James Chin)Bright future
"I think there is a very bright future for small parties in Malaysia," says Monash University Sunway Campus's Prof Dr James Chin. The political scientist, however, clarifies that there are small parties, and then there are small parties.
"The future is bright for small parties that are concentrated in particular states or small regions," he explains, citing specifically the smaller, regional parties in Sabah and Sarawak.
"I won't be surprised if someone sets up a Kelantan-based party, using the Kelantanese dialect to woo voters," says Chin, adding that such a party would be successful in the state, but not outside of it.
He tells The Nut Graph in a phone interview that small parties defined by niche issues, such as the Green Party, do not have bright futures in Malaysia.
"It's the nature of the Malaysian political marketplace, where big parties need big machinery to survive," he says.
And with this, Chin stresses that leftist parties such as PSM and Parti Rakyat Malaysia (PRM) are technically not small parties: "They are only small in the Malaysian context because they cannot seem to break out in the larger political landscape. But their ideologies are actually far-reaching and could have
mass appeal
, in theory."
That said, Chin reckons both PRM and PSM will continue to flounder in Malaysia because voters continue to vote along racial and religious lines.
A creative opposition
JeyakumarPSM's Sungai Siput Member of Parliament (MP), Dr Michael Jeyakumar Devaraj, who is a columnist with The Nut Graph, agrees with Chin to an extent.
In a telephone interview with The Nut Graph, Jeyakumar says it is the "systematic obliteration" of secular leftist parties — first by the British colonial government and then the post-independence Alliance government — that catalysed racial politics. He points out that the parliamentary opposition leader in the 1960s was Ahmad Boestamam, a socialist. He acknowledges, though, that over the decades, the tide has turned.
"It is true that PSM has no voting strength to bring about changes [in Malaysia]. Even within the [federal] opposition, we are very small and insignificant."
However, Jeyakumar says the "activist past" of many of PSM's current leaders is forging a new political culture, at least in Sungai Siput.

"There was an issue regarding the relocation of more than 40 families of urban settlers here in Kampung Sungai Buloh. The previous PR Perak government had agreed to relocate them within their original residential radius. But the current BN government wanted to send them 20km out of town."
The situation, Jeyakumar says, was dire because the land office was intransigent. If he had played a conventional role as an MP, Jeyakumar says he would have been hamstrung as an opposition rep in a BN-controlled government. Instead, he spoke to the settlers and facilitated a plan of action among them.
In the end, 70 of the settlers demonstrated in Sungai Siput for their rights in July 2009. This may be a small number by Kuala Lumpur standards, but Jeyakumar says it sent shockwaves throughout Sungai Siput. The current menteri besar's office then stepped in, and the settlers successfully renegotiated for a fairer resettlement location.
Jeyakumar says it is important to become a "Yang Berhormat organiser" in such situations where both the state and federal BN governments are not supportive of opposition MPs. "If they don't want to listen to us, fine. But we can facilitate people's power to challenge their policies."
True colours
Syed HusinUnlike PSM, PRM has absolutely no seats in Parliament or in any state assembly. And yet, on 16 July 2009, the party had reason to celebrate. Kuala Lumpur High Court judge Low Bee Lan threw out a request by Parti Keadilan Rakyat (PKR) deputy president Dr
Syed Husin Ali and other PKR leaders to have PRM deregistered.
Syed Husin, the former PRM president, along with other former PRM leaders such as current PKR vice-president R Sivarasa (former PRM vice-president), were proponents of a 2003 merger between PRM and the then Parti Keadilan Nasional. The merger gave birth to the current PKR. But there was a faction of PRM members who opposed the merger and held a national congress in Johor Baru in 2005, effectively keeping PRM alive.
Since then, Syed Husin and the former PRM leaders who joined PKR have tried to get PRM deregistered. It is surprising, therefore, when PRM secretary-general Koh Swe Yong tells The Nut Graph that a party like PRM stands a good chance of growing if the PR takes over federal government.
But Koh does not intend this as flattery. "When the PR gets into federal government, it will show its true colours, and people will see that PRM is actually the real alternative here," he says in a telephone interview. "Right now, people are supporting the PR just because they want to overthrow the BN."
Koh's observation could well be written off as that of an embittered PRM leader. Nevertheless, it raises even more questions about whether small parties can change Malaysia's political landscape. The PKR-PRM tussle crystallises the issue: if small parties are that inconsequential, why did PKR, Malaysia's biggest parliamentary opposition party, try to destroy the "insignificant" egg it hatched from?

Ahad, 25 Oktober 2009

Kebelakangan ini aku terlalu sibuk dengan tugas.. tapi macam2 benda yang hendak aku tuliskan. Aku sendiri tak tahu yang mana perlu aku dahulukan. masa untuk membaca juga amat terbatas. Kebetulan seorang sahabat yang pernah bertugas sebagai angkatan tentera telah emailkan pada aku tentang kekecewaannya terhadap satu terbitan mengenai shamsiah fakeh di dalam blog aku minggu lalu. Ingin saja aku membalas emailnya dengan panjang lebar tetapi sesungguhnya masa amat terbatas untuk aku berbuat demikian. Aku forwardkan saja emailnya kepada saudara mat Amin yang sememangnya lebih layak untuk menjawabnya. Namun begitu aku akan cuba untuk mencari peluang menulis tentang apa yang di timbulkan oleh seorang sahabat itu. InsayaAllah.

Isu yang hendak sangat aku menulis lagi adalah tentang cadangan EGM yang telah di utarakan oleh TGNA. Cerita UG yang menjadi bahan propaganda UMNO untuk menjauhkan orang bukan Islam daripada Parti Islam ini. Cerita agen2 propaganda yang semakin menyusup kedalam kepimpinan PAS dari bawah sehinggalah ke Pusat.

Aku ingin menulis semuanya. Aku betul2 ketagih hendak menulis semuanya. Semoga di beri kelapangan untuk aku berbuat demikian. Amin

Sosialis Hijau

p/s : walaupun sibuk tetapi cerita tentang seorang AJK Pasti Negeri Pulau Pinang yang bernama Mohd zan Bin Durany tetap akan aku dedahkan. Cerita perangai tak senonohnya itu bukanya wajib tetapi wajib kuasa 3 di dedahkan.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Bercuti 2 hari

Hari ini dan esok gua bercuti... Jadi kalau lu orang gang-gang lebai nak ajak bertumbuk atau apa saja yang lu orang nak, lu orang call atau sms je ok. Gua balik kampung. Xdak internet. Jumpa lagi hari Isnin ni dengan episod kedua kisah Lebai. Tungguuuuu

Sosialis Hijau

SIRI PENDEDAHAN SENSASI: EPISOD 1 (INI WAJAH SIAPA????)


Inilah sahabat baik aku yang bernama Mohd Zan Bin Durany. Beliau adalah seorang yang alim lagi warak. Kewarakkannya tiadalah tandinganya... M Rajoli yang pandai belakon watak warak pun masih belum mampu menandingi kehebatannya berlakon..

Nak tahu kisah kewarakannya lawati lagi blog ini. Nak selak kena selak sikit2, baru stim... Nak londeh pun kena londeh sikit2.

Tungguuuuuuuuuuuuuuuu......

Sosialis Hijau

PS: sebarang komen @ maki hamun @ nak ajak bertumbuk @ apa saja sila emailkan ke sosialishijau@gmail.com atau tinggalkan mesej anda di yahoo masanger di survivalunicorn@yahoo.com

Rabu, 21 Oktober 2009

BLOG SOSIALIS HIJAU GLAMER DALAM SEKELIP MATA

Setelah keluarnya berita sensasi mengenai seorang AJK PASTI Negeri Pulau Pinang yang telah melakukan salah laku di dalam blog ini semalam, blog Sosialis Hijau telah di kunjungi hampir 500 pengunjung dalam masa sehari. Di antara jam 10 hingga 11 malam kemarin blog ini telah di kunjungi serentak seramai 270 pengunjung. wahh ini telah menyamai TKOdaily.

Aku juga menerima tidak kurang dari 20email daripada pembaca yang meminta aku mendedahkan dengan segera siapakah AJK PASTI Negeri Pulau Pinang yang di maksudkan itu.

Begitu juga dengan sms dari pembaca yang tidak sabar untuk mengetahui siapakah yang di maksudkan antaranya SMS daripada Naib Presiden Pas YB Mahfuz Omar, seorang exco pemuda Pas Negeri Pulau Pinang dan beberapa rakan-rakan di luar Pulau Pinang.

Untuk mereka2 ini harap bersabar.... kisah sensasi si pelakon handalan dengan jangut dan lebai ini akan tetap di paparkan. Bukan 1 cerita tetapi berbagai bagai cerita. Oleh itu sila ke petak undian untuk pilihan cerita manakah yang hendak anda ketahui dulu.

Sebenarnya pembaca yang tinggal di Pulau Pinang tak perlu tertanya2 siapakah yang di maksudkan itu kerana mereka sendiri telah tahu tetapi oleh kerana mereka2 ini bersahabat dengan Syaitan Bisu seperti yang di katakan oleh Rasulullah maka mereka yang mengetahui cerita si Laknatullah ini hanya mendiamkan saja.

lawatilah blog ini setiap hari untuk kisah jijik si AJK Pasti Negeri Pulau Pinang ini.

Sosialis Hijau

TRIBUTE UNTUK SERIKANDI SHAMSIAH FAKEH


Jam sembilan pagi hari hartal 20 Oktober
tapi ini tahun 2008 – enam puluh satu tahun kemudian
dia menghembuskan
nafasnya yang penghabisan,meninggalkan
sejarah besar
dan khalayak yang kecil
memberi hormatpada tamat
jalan hidupnya;di kuburan
pokok nangka
rumpun pandan dan pohon kelapa,berkumpul
dua tiga orang anak-anaknya,menangis
dua tiga orang cucu-cucunya,sedikit sahabat-handai
sedikit keluargadua tiga kerat pemimpin
dan sedikit peminat
bersedih-sedihan mengalirkan air mata.
sedikit musuhnya Bernama RTM-tiba-tiba membawa berita tanpa tipu setelah hayatnya tiada-setelah helah bertahun-tahun dia dihitamkan tanpa putih,
paling kurang menjadi kelabu pun tak ada
dan parti telah lama membuangnya.

benar ini bandar
ada urusan dan alasan ada mesyuarat dan persidangan ada kerja dan kesibukan ada janji dan pertemuan ada parti berseronok dan parti politik apalah pentingnya jenazah tanpa nyawa“kita ambil hikmahnya belajar sejarahnya, itu yang utama.”ah, kuburan tanda kematian pengkebumian itu ritual agama
adat resam dan budaya.

aku memang dah tak ada kerja lain
bolehlah menyibuk-nyibukkan diri,
kalau tidakpun
aku hanya
melepak dan berkhayal dan bermimpi dan bercakap dan membebel
tentang revolusi yang tak pernah jadi-jadi.

"awan gelap bergumpal hodoh" keruh langit
meratapi
pemergian seorang tokoh,
benar juga ini bukan pesta keramaian
tidak perlu berdedai-dedai
manusia seperti keldai
berbaris
memberi tabik hormat,tidak perlu dipaksa semua ini,dia bukan jenderal atau menteri atau longgokan bangkai-bangkai di makam-makam mahal atau artifak awetan dalam muzium penuh prestij, ada kelas dan tinggi martabat itu.

dingin selepas asar waktu arab kasar hujan berat dan angin kuat kencang bertiup lembut tanah basah kampung malaysia raya mengambus jasadnya di sana mata air sungai besi begitulah keras hatinya seperti waja keluli.

Kesedihanpun mengalir dalam hatiku seorang laki-laki yang lemah tak berdaya berdepan dengan sejarah dan cerita gagahnya aku hanya berkata-kata, bercakap, menjerit terlolong terhoyong-hayang meneguk alkohol, memegang botol-botol kecewa sambil melukis atau menulis-nulis puisi cinta dan benci.

Kau tahu, suatu waktu dia cukup garang bersuara melaungkan revolusi merdeka ibu pertiwi seorang perempuan penuh api di dada jiwa yang luas, fikiran yang cerdas otakku semakin kerdil dibuatnya aku hanya bersemangat buas, tapi melihat matanya aku menjadi terlalu ringan seperti kapasdan buta kerana warnaku cukup pekat merahnya tapi hanya pada buku dan gaya dan cap dan jenama dan stail dan fesyen belaka.

berat senjata dan cita-cita di tangannya – tangan seorang perempuanyang menggoncang penjajahan dan dunia ketuanan laki-laki di tanganku hanya keringat gementar kesejukan kederatku selalu tak larat merdekaku hanya khayal semata dan dia serikandi benar-benar memegang janji sebuah revolusi merdeka dengan darah!“pengorbanan, berkorban, terkorban”dan dia adalah korban, dalam perjalanan sejarah yang panjang dalam perang melawan penindasan dalam darurat dan khianat dalam berontak meniti zaman pergolakan.

dia benar-benar
menyintai tanah air
seorang kawan
seorang komrad
seorang pemberani
seorang gerilyawati
seorang sosialis
seorang komunis
seorang pemimpin
seorang pemikir
seorang penulis
seorang pensyarah
seorang buruh kilang besi
seorang kekasih
seorang isteri
seorang emak
seorang nenek
dan tindakan-tindakan telah bergerak
amal dan pengalaman
telah mengoyak-ngoyakkan teori
kulit luruh menampakkan isinya.

Tapi aku cuma bermimpi
dan dia benar-benar nyata
bukan khayal membina syurga di bumi.
aku lelaki kehilangan upaya
hanya rupa seolah wira
ber t-shirt kan che guevara
dan wajah-wajah gagah
engels, marx, lenin, stalin, trotsky, castro
atau lei feng atau ak gopalan – AKG,
iya yang kutatap masih juga tegap tubuh-tubuh laki-laki.
di tanganku panji-panji
berbenderakan tukul dan sabit dan kukuh genggaman tangan
buruh dan petani
memetik bintang-bintang
keindahan ayat-ayat cerita orang lain
sengsara dan bahagia oktober 1917
sengsara dan bahagia rakyat di Kuba
sengsara dan bahagia di Selatan Amerika
aku menjadi pengkhayal rupanya
mendambakan romantika kejayaan revolusi yang jauh
lalu menghirup teh tarik kow kurang manis
di restoran mydin bangsaT utama
bersama kawan-kawan
roti canai mencecah kari
bersembang dan berbual panjang tentang itu dan ini
menunggu datangnya mati.

peduli apa aku
pada deng xio peng
atau mao tse tung
pada merah
revolusi budaya
tapi aku peduli
padanya
Shamsiah Fakeh
dan AWAS revolusi tanah Melayu, iya revolusi yang gagal itu
kerana
dia berjaya
menyalakan
api dalam diriku
untuk belajar menjadi seorang laki-laki berani
bukan berani menjadi hamba atau tuan
tapi tidak takut mengangkat saksama sesama manusia
salutku pada nya
seorang perempuan revolusioner sejati.

Oleh Rahmat Haron

PENGARAH DOKUMENTARI AL FATEHA MEMALI
untuk Freedom Film Festival 2009





Pelajaran dari Lenin


Diubahsuai berpandukan rencana Ian Birchall (Oktober 2009)

Sama ada menyokong pekerja yang bermogok, menyokong penduduk setinggan, atau berkempen menentang perang, anda kemungkinan besar akan menjumpai ahli-ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) terlibat dan membantu perjuangan-perjuangan ini. Anda juga mungkin jumpa orang yang memberi amaran bahawa anda tidak patut berkaitan dengan PSM kerana PSM adalah “pertubuhan Leninis” atau sosialis.

Tetapi pertubuhan-pertubuhan Leninis telah memainkan peranan penting dalam sejarah kelas perjuangan. Pada Oktober 1917, pekerja Rusia menumbangkan sistem kapitalis yang selama beberapa generasi telah mendatangkan kemiskinan, penindasan dan perang. Dengan itu, mereka menghidupkan harapan pekerja di merata dunia.

Selama sepuluh tahun, talun 1917 dapat didengar di negara-negara lain sambil kaum tertindas cuba mengikut contoh Rusia. Ia adalah paling hampir dunia mendirikan alternatif sosialis. Mereka yang inginkan kita melupai sejarah inginkan kami melupai kemungkinan itu, harapan itu, inspirasi itu.

Vladimir Lenin (1870-1924) memainkan peranan penting dalam Revolusi Rusia. Ahli-ahli sejarah moden ingin mengetepikan Lenin daripada sejarah, untuk mempersembahkan dia sebagai penzalim yang mengenakan keinginannya pada parti dan menyediakan jalan bagi Joseph Stalin.
Lenin benar merupakan tokoh agak berbeza. Benar, dia sangat yakin dan mungkinlah bukan teman baik untuk malam berpesta. Tetapi keyakinan dia berasal dari keinginan mengubah dunia dan menghancurkan “neraka sial” yang kapitalisme telah melepaskan pada planet ini.

Satu perkataan merumuskan sumbangan utama Lenin kepada Marxsisme – pertubuhan. Musuh-musuh Lenin dan juga penyokong dia berbincang tentang sesuatu yang dipanggil “parti Leninis”. Ini adalah simplifikasi melampau. Jenis parti yang Lenin mengajukan berubah mengikut masa dan menurut keadaan. Pada masa penindasan, dia menginginkan sebuah “pertubuhan revolusioner yang stabil, berpusat, dan militan”. Pada masa perjuangan massa, dia menginginkan parti yang lebih luas, dibuka kepada semua orang yang rela berjuang.

Tetapi pada setiap masa, Lenin menginginkan pertubuhan parti kuat. Dia tanya kenapa idea-idea borjuasi menguasai masyarakat, dan membalas, “Kerana ideologi borjuasi (kapitalis) adalah jauh lebih tua daripada ideologi sosialis, ia lebih berkembang, dan ia mempunyai sumber-sumber pengagihan yang lebih luas”.

Lenin menulis ini sebelum kebangkitan televisyen dan akhbar seharian. Pada hari ini, kita sentiasa diserang oleh mitos dan bohong yang mempertahankan sistem kapitalis. Idea-idea yang mencabar aliran utama diketepikan dan diperkecilkan. Sesungguhnya, pekerja dan penulis militan boleh menawarkan alternatif. Tetapi mereka sudah pasti lebih kuat jika bersatu dalam sebuah kolektif, menggalakkan usaha satu sama lain dan belajar dari satu sama lain.

Lenin mendesak bahawa sebuah parti perlulah berdisiplin. Ramai orang mungkin tidak menyukai ini, kerana sudah lama mengalami “disiplin” di sekolah atau tempat bekerja. Tetapi tanpa disiplin, malah pertubuhan paling asas adalah mustahil. Tiada guna mengatur barisan piket jika semua orang tiba pada masa berlainan dan sesuka hati.

Bayangkanlah jika demonstrasi damai diserang oleh polis. Ada penunjuk rasa yang membuang batu, yang lain berdiri teguh, manakala kumpulan lain melarikan diri. Hasilnya adalah kehuru-haraan dengan ramai orang ditahan. Lebih teruk lagi, pelajaran taktikal tidak mungkin diraih. Setiap kumpulan akan mendakwa bahawa jika semua orang bertindak seperti diri mereka sendiri, semuanya akan mencapai keputusan baik. Namun, tidak sesiapa dapat membuktikannya.

Perarakan berdisiplin akan menawarkan balasan koheren dan seiras. Jika mereka yang memimpin demonstrasi itu membuat keputusan silap, mereka boleh dipertanggungjawab kemudian. Tetapi tanpa disiplin, tidak ada kemungkinan menguji suatu polisi dalam dunia benar.

Nilai tekanan Lenin pada pembinaan parti didedahkan pada 1917. Revolusi Februaru meletus secara spontan, tetapi Parti Bolshevik mampu memberi balasan kepadanya. Ia mempunyai lebih kurang 25,000 ahli – aktivis berpengalaman yang dapat merekrut ahli baru dengan cepat.

Pada Julai, sebuah demonstrasi pekerja di Petrograd menuntut agar soviet-soviet (majlis-majlis pekerja) merampas kuasa dengan serta-merta. Pihak Bolshevik berdebat bahawa lebih banyak masa diperlukan sebelum majoriti pekerja sedia. Kerana mereka mempunyai akar di kalangan kelas pekerja, pihak Bolshevik berjaya menghalang kebangkitan pra-matang.

Pada bulan Oktober, pihak Bolshevik memastikan bahawa rampasan kuasa berlaku dalam cara teratur, dan, sekurang-kurangnya di Petrograd, tanpa kehilangan nyawa. Victor Serge, seorang bekas anarkis yang datang ke Rusia pada 1919, sangat kagum dengan cara pihak Bolshevik beroperasi. Dia menulis, “Parti Bolshevik adalah sistem saraf kelas pekerja, otak kelas pekerja.”

Bandingkan ini dengan keadaan ini Jerman. Di sini, terdapat kelas pekerja yang lebih besar dan kuat, tetapi Parti Komunis hanya diasaskan selepas proses revolusioner telah bermula. Kepimpinannya tidak stabil, dengan banyakan perubahan ketua. Ia bergerak dari sayap kanan ke kiri di antara 1919 dan 1923, dan banyak peluang dilepaskan.

Ramai orang mendakwa bahawa Revolusi Rusia membawa kengerian Stalin. Ini adalah pendekatan malas untuk memahami sejarah, usaha mencari penjelasan satu ayat bagi proses bersejarah rumit. Dan ia gagal menjelaskan kenapa Stalin membunuh kebanyakan militan terbaik yang telah membina Parti Bolshevik pada tahun-tahun sebelum 1917.

Malah parti terbaik membuat kesilapan. Pada Februari 1917, pekerja kain perempuan bermogok. Apabila mereka meminta nasihat Parti Bolshevik, mereka disuruh kembali bekerja. Dengan bijak, mereka tidak menghiraukan pihak Bolshevik dan dalam beberapa minggu, permogokan itu menyebar dan Tsar ditumbangkan.

Itulah sebab mengapa demokrasi adalah sangat penting. Pada 1917, Lenin mendapati dirinya dalam minoriti dalam Parti Bolshevik, dan terpaksa berjuang untuk mengubah strategi parti. Seperti yang Leon Trotsky, seorang lagi revolusioner, mengingati, parti Bolshevik sangat demokratik. “Kebebasan kritikan dan perjuangan intelektual merupakan kandungan asas demokrasi parti,” dia menulis. “Bagaimanakah sebuah pertubuhan revolusioner, yang bermatlamat menumbangkan kapitalisme dan menyatukan di bawah panji-panjinya ikonoklas, pejuang dan aktivis paling berani, hidup dan berkembang tanpa konflik intelektual, tanpa kumpulan dan pembentukan faksional sementara?”

Tetapi parti hanyalah alat demi tujuan lebih besar. Lenin tidak pernah melupai matlamat sosialis. Karya dia yang paling penting, Kerajaan dan Revolusi, ditulis pada ambang Revolusi Oktober. Penentang sosialisme – dan juga ramai penyokongnya – seringkali menyamakan sosialisme dengan permilikan kerajaan. Lenin menentang ini sekuat-kuatnya. Dia berkata bahawa dalam masyarakat yang dibahagi antara kelas, kerajaan “adalah organ bagi penindasan satu kelas oleh kelas lain… Selagi kerajaan wujud tidak ada kebebasan. Apabila ada kebebasan, tidak ada kerajaan lagi”.

Lenin setuju dengan Marx bahawa “pembebasan kelas pekerja mestilah tindaan pekerja sendiri”. Parti tidak menggantikan tindakan massa, tetapi ingin menggalakkannya. Selepas kejayaan Revolusi Oktober, Lenin menulis bahwa revolusi mesti “memperkembangkan inisiatif bebas pekerja ini. Kami mesti menghancurkan prasanka usang, absurd, liar, jijik dan hina bahawa hanya ‘kelas-kelas atasan’, hanya orang kaya dan mereka yang telah pergi ke sekolah orang kaya, mampu mentadbir dan menggerakkan perkembangan masyarakat sosialis”.

Seperti yang Tony Cliff, pengasas Parti Pekerja Sosialis, menulis, “Seseorang boleh membayangkan tiga jenis kepimpinan, yang kita boleh memanggil jenis cikgu, penyelia, dan komrad perjuangan. Jenis kepimpinan ketiga adalah serupa dengan hubungan di antara majlis permogokan dan pekerja yang bermogok, atau aktivis kilang dan rakan-rakannya. Parti revolusioner mesti mengadakan dialog dengan pekerja di luar parti. Parti, oleh yang demikian, tidak patut mreka taktik sewenang-wenangnya, tetapi perlulah belajar dari pengalaman gerakan massa dan kemudian mengumumkan pelajaran itu”.

Menjadi ahli parti memberikan anda pandangan lebih luas akan kemajuan perjuangan pekerja. Seperti yang penyair Jerman, Bertolt Brecht, menulis, “Individu mempunyai dua mata, parti mempunyai seribu mata”. PSM bukanlah sempurna. Kami mungkin akan membuat kesilapan. Tetapi anda memerlukan kami supaya anda boleh terlibat dalam sebuah kolektif, berdebat tentang strategi dan kemudian mengujinya. Dan kami memerlukan anda, idea-idea anda, semangat anda – dan kritikan anda. Marilah sertai kami.


Selasa, 20 Oktober 2009

SELAMAT HARI HARTAL 2009


20 Oktober 1947 merupakan hari bersejarah dalam perjuangan berperlembagaan rakyat Malaya menuntut kemerdekaan dari penjajah British

SOSIALIS HIJAU

PENDEDAHAN SALAH LAKU SEORANG AJK PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) PULAU PINANG..


BARU INI AKU BERTEMU DENGAN SESEORANG YANG SANGGUP UNTUK TAMPIL MEMBERI KETERANGAN ATAS SALAH LAKU SALAH SEORANG DARIPADA AHLI JAWATANKUASA PASTI NEGERI PULAU PINANG.

SIAPAKAH SALAH SEORANG AJK PASTI NEGERI YANG DI MAKSUDKAN ITU?

APAKAH SALAH LAKU YANG MENJIJIKKAN YANG TELAH DI LAKUKAN OLEHNYA?

APAKAH KISAH SMS LUCAHNYA KEPADA TUNANG ORANG?

ATAU

CERITA SI PELAKON HANDALAN INI MENGENCING ORANG?

ATAU

SI WATAK WARAK INI MENGGANGU TUNANG ORANG

ATAU

APA SAJA.....

LIHAT GAMBAR DI ATAS... SIAPA ANTARA MEREKA YANG AKU MAKSUDKAN?

TUNGGU SEHARI DUA INI KITA BONGKAR SEGALANYA...
TUNGGUUUUUUUU...........................


SOSIALIS HIJAU

SURAT DARI RAJA PETRA


Kita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.

Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.

Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.

Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.

Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.

Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.

Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.

Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.

Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.

Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.

Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).

5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.

Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.

Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.

Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.

Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.

(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today)

Nota dari Sosialis Hijau : Malangnya Pas masih lagi bersikap hipokrik di dalam berhadapan dengan Sultan atau raja. Sedangkan berbuih mulut penceramah dan ustaz2 mereka mengeluar fatwa dan hukum kewajiban menentang pemimpin yang zalim. Raja dan Sultan bukan saja Zalim tetapi sudah tidak releven lagi di negara ini. Pas dan parti2 pembangkan hanya berani membongkarkan penyelewengan pemimpin UMNO/BN tetapi mereka sama sekali tidak berani menyatakan yang benar bila ianya bersangkutan dengan Raja dan Sultan. Sikap hipokrit ini akhirnya memakan diri sendiri bila Sultan Perak menjadi barua kepada Umno untuk menjatukan kerajaan pakatan Rakyat di sana.

Sosialis Hijau

Isnin, 19 Oktober 2009

" Kayuh" Memenangi Anugerah Video Hak Asasi Manusia Terbaik FFF 2009


Sook Hwa telah di mertabatkan sebagai Johan Anugerah Video hak Asasi Terbaik 2009 dalam Freedom Film Festival 2009
Ranjau Sepanjang Jalan... Perjalanan peserta kempen basikal Rakyat Pengayuh Perubahan menghadapi berbagai rintangan daripada pihak polis sepanjang 16 hari menjelajah Malaysia.

Kempen yang di sertai dari berbagai bangsa dan agama. Duduk di tengah sebelah Sook Hwa tu anak aku la...

Syabas dan Tahniah kepada Saudari Soo Sok Hwa ( Penyelaras JERIT dan Pengarah Dokumentari Kayuh) yang telah mendokumentarikan “Kayuh” satu video berkenaan Kempen basikal JERIT; Rakyat Pengayuh Perubahan yang berlangsung pada tahun 2008. “Kayuh” telah memenangi Anugerah Video Hak Asasi Terbaik 2009 dalam Freedom Film Festival 2009 yang dianjurkan oleh KOMAS setiap tahun.

Kayuh dicalonkan bersama dengan dua buah dokumentari yang lain iaitu Silver Lining (isu di Perak) dan Al Fateha Memali (insiden Memali). Menurut para hakim, video Kayuh dipilh sebagai pemenang kerana dokumentari ini menunjukkan keyakinan dan keinginan golongan muda ini untuk membawa perubahan kepada rakyat di Negara ini. Semangat anak-anak muda ini menjadi inspirasi dan memberikan keyakinan kepada semua lapisan masyarakat.

Semasa kempen Rakyat Pengayuh Perubahan” ini dijalankan selama 16 hari para peserta kempen menghadapi pelbagai cabaran daripada pihak polis di seluruh Negara. Seramai 150 orang ditahan sepanjang kempen ini. Namun, semangat juang para peserta yang majoritinya terdiri daripada golongan muda ini telah meneruskan kempen basikal ini dengan penuh bersemangat hingga ke parlimen .

Akan tetapi siapakah golongan muda ini . siapakah peserta kempen ini , adakah meraka tahu kenapa mereka menyertainya? Semua persoalan ini telah dijawab dalam dokumentari ini dimana Saudari Soh Sok Hwa telah menyelami kehidupan beberapa peserta kempen basikal ini yang datang dari masyarakat tertindas dan perlu berjuang untuk kehidupan yang lebih baik. Satu ungkapan yang sungguh memberi inspirasi dalam dokumentari ini ialah dari Adik Angeline yang telah mengatakan , “Kalau kami tidak membawa perubahan , siapa lagi ?” Ungkapan itu telah menyebabkan perasaan gembira yang tidak terhingga dan memberi harapan terhadap genarasi muda ini yang bakal memimpini perjuangan rakyat pada masa hadapan.

Kemenangan dokumentari Kayuh ini adalah sungguh bermakna kepada semua, bukan sahaja kepada peserta dan penganjur Kempen “ Rakyat Pengayuh Perubahan” , malah kepada semua rakyat biasa dan aktivis yang telah memberi sokongan dari semua aspek untuk menjayakan kempen ini . Dokumentari ini memberi harapan bahawa keinginan untuk membina dunia yang lebih saksama adalah satu realiti yang boleh dicapai. Lagipun perubahan untuk sistem yang saksama hanya dapat dilakukan sekiranya kita sentiasa mempunyai harapan dan keyakinan. Selagi ada keyakinan, perubahan itu pasti akan berlaku mungkin bukan sekarang tetapi di masa depan.



Perjalanan selama 16 hari akhirnya di sudahai dengan kejayaan menawan Bangunan Parlimen Malaysia

Bersama MP Sg Siput Dr Jeyakumar di dalam Parlimen

Walau berbagai halangan dari pihak polis untuk memasuki Parlimen tetapi akhirnya kami di sambut sebagai tetamu khas di Parlimen. Anak aku selepas makan kali pertama di parlimen InsyaAllah 20 tahun lagi akan kembali di parlimen sebagai wakil rakyat.

Di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Di Selangor team utara juga di sambut sebagai tetamu khas MB Selangor YAB Khalid Ibrahim

Memorandum berjaya di serahkan kepada MB Selangor dengan di saksikan oleh exco-exco kerajaan negeri.
Aku kayuh lebih kurang 5km saja ke Bangunan SUK Selangor... Fuhhh rasa macam nak meninggal...

Gambar untuk kelendar JERIT 2010

Di Perak peserta juga di sambut meriah oleh MB Perak Ir Nizar Jamaludin di pejabat SUK.

Balai Polis Rawang yang menahan pengayuh jerit sehingga ke tengahhari esoknya

Juga di depan balai polis Rawang

YB Ely memberi ucapan menyambut peserta jerit di Bangunan SUK Selangor
Ketibaan MB Selangor
Di jamu makanan di SUK Selangor
Belum sampai 5km perjalanan dari bangunan SUK Kedah kami telah di tahan di dataran Alor Setar dengan alasan mengayuh basikal tanpa permit. Aikk bila masa pula kayuh basikal kena pakai permit.. Polis ni kalua masuk raja lawak comfirm menang.
Di Ladang Sungai Papan Bukit Selambau Kedah..
Sekali lagi di tahan polis di Sg Petani Kedah
Markas PKR Balik Pulau tempat persingahan hari ke 4 di Pulau Pinang

Hallo Ketua Pemuda Pas Batu Kawan... Kalau hang nak tau ni la New World Park tempat Street Dances yang hang buat demo depan masjid tu... Kah kah kah bahalol punya ketua pemuda. Main ikut orang saja.. satu haram tak tau apa.
gambar 1
Gambar 2
Gambar 3

Gambar 1-3 (suasana tegang semasa penyerahan Memorandum kepada KM Pulau Pinang
Basikal peserta di bakar oleh ................. hah hah sendiri teka la sapa yang bakar
Di sambut dengan rendetan FRU semasa memasuki sempadan Perak


Sebahagian perserta menerima sijil dan pingat penghargaan setelah berjaya menamatkan kayuahan utara / Selatan ke Parlimen.