THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Selasa, 30 Jun 2009

ASKAR MELAYU BARUA BRITISH


Gambar Tok Janggut Di Gantung Kepala di bawah kaki di atas(Bukan lagu Peterpan). Siapa yang Gantung? Siapa Yang Suruh Gantung? Siapa Yang Zalim?

Siapa Zalim?

PKM? @ Askar Melayu yang menjadi Barua Penjajah?

Lu Pikir La Sendiri..

HENTIKAN SEGERA PENGUSIRAN PAKSA DAN PEROBOHAN RUMAH KAMPUNG BUAH PALA !

Kepada

Sdr.Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang

Prof.Dr.P.Ramasamy
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sdr,

HENTIKAN SEGERA PENGUSIRAN PAKSA DAN PEROBOHAN RUMAH KAMPUNG BUAH PALA !

Saya difahamkan Kampung Buah Pala, yang merupakan kampung tradisional yang terakhir di Pulau Pinang, sedang menghadapi ancaman pengusiran oleh pemaju pada 2 Julai 2009. Pencerobohan dan pengusiran oleh pihak pemaju akan menyebabkan lebih daripada 65 keluarga di Kampung Buah Pala kehilangan tempat kediaman, dan seterusnya menghancurkan sebuah kampung tradisional yang merupakan warisan budaya yang tidak ternilai!

Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun lepas sudah pun mengambil langkah untuk menghentikan semua pengusiran dan perobohan rumah peneroka. Kenapa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang berdolak dalih dalam hal ini ?

Saya sangat mengambil berat terhadap perkara ini dan mengesa kerajaan negeri untuk mengambil tindakan berikut dengan kadar segera:

1. Menghentikan pengusiran paksa dengan segera.

2. Menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk mengambil balik tanah Kampung Buah Bala daripada pihak pemaju

3. Memasukkan kaveat ke atas tanah Kampung Buah Pala untuk menghalang pemaju daripada masuk ke tanah tersebut.

4. Mewartakan tanah Kampung Buah Pala sebagai tanah warisan budaya.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang mesti bertindak secara BERANI dalam membela nasib rakyat biasa dan menghalang syarikat kroni berkepentingan sendiri daripada terus mencabuli hak rakyat.

Sekian, terima kasih.

Yang benar ,

DR.MOHD NASIR HASHIM ,
ADUN KOTA DAMANSARA , SELANGOR .

Surat terbuka kepada Tuan Guru Musrsyidul Am Pas.


Tuan Guru Dato’
Hj Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.
Mursyidul Am
Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Pejabat Menteri Besar Negeri Kelantan,
Kelantan Darul Naim.

29 jun 2009

Assalamualaikum wbt.

Tuan Guru,

Semoga di ketika ini Tuan Guru berada di dalam keaadaan sihat sejahtera dan di beri kemudahan oleh yang maha Esa di dalam menjalankan pentadbiran negeri serta di beri kesihatan yang baik olehNya untuk Tuan Guru menerusakan usaha dakwah yang tiada penghujungnya selagi hayat di kandung badan.

Tuan Guru,

Mungkin di saat Tuan Guru membaca warkah ini isu yang hendak di bicarakan ini sudah menjadi basi, namun begitu saya tetap juga meluangkan diri untuk menulis warkah ini kerana merasakan kenyataan Tuan Guru dengan menyamakan kekejaman dan kekejamanUMNO dengan parti komunis dan sosialis adalah sama sekali tidak betul. Pertama kalinya saya memohon maaf kiranya isi warkah ini akan tersasar dari fungsi ilmu yang tidak saya miliki berbanding dengan ketokohan Tuan Guru. Apatah lagi sekiranya bicara yang akan menyusul nanti berkait dengan ilmu dan aqidah islam. Namun begitu sebagai seorang yang manusia saya berkeyakinan bahawa kita semua ini sudah pasti ada cacat celanya. Sudah pasti kita yang bernama insan ini mempunyai kelemahan. Bertepatanlah kita yang di jadikan Tuhan ini bergelar hamba kepada yang menjadikan.

Tuan Guru yang di kasihi,

Seminggu lalu heboh di dada akhbar tentang bantahan UMNo terhadap kenyataan Tuan guru menyamakan UMNO dengan komunis dan parti sosialis. Dalam ucapan Tuan Guru, Tuan guru telah menyatakan bahawa umno itu sesat seperti Ayah Pin, zalim seperti komunis dan tidak percayakan tuhan seperti parti sosialis. Saya ingin bertanya kepada Tuan Guru darimanakah Tuan Guru mendapat fakta ini. Apakah minda Tuan Guru juga masih terjajah dengan pemikiran penjajah. Apakah Tuan guru yang bijaksana ini juga termakan dengan propaganda penjajah? Saya tidak hairan kalau kenyataan seperti ini keluar dari ketua pemuda Pas Batu Kawan kerana dunia sudah sedia maklum bahawa ketua pemuda pas Batu Kawan satu-satunya ketua Pemuda Pas yang tidak cukup akal tetapi jika kenyataan itu keluar dari mulut seorang pemimpin yang mursyid ianya akan menjadi bahan ketawa orang ramai.

Tuan Guru yang bijaksana,

Ketika tuan guru di lahirkan Parti komunis Malaya telah setahun di tubuhkan dan di saat tuan guru berangkat ke India untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1952 di Tanah melayu gerakan menuntut kemerdekaan semakin memuncak. Di ketika Tuan Guru dapat belajar dengan tenang di Universiti, tahukah Tuan Guru srikandi Shamsiah Fakeh terpaksa meninggalkan pengajian agamanya di sekolah pondok Masjid Tinggi Bagan Serai telah bersama-sama menyertai perjuangan rakyat menuntut kemerdekaan. Tidakkah Tuan Guru berasa beruntung masih ada insan yang telah sanggup mengadaikan dirinya demi keselesaan orang lain. Abdullah CD, Musa Ahmad, Rasyid Maiden, Abu Samah dan lain-lain telah memilih senjata untuk menghalau penjajah dari tanah air. Boestaman, Dr.Burhanudin, Pak Sako dan pejuang kiri lain telah memilih penjara sebagai implikasi kepada pejuangan mereka. Mereka menentang penjajah, mereka menentang umno dan mereka menentang kezaliman.

Tuan Guru yang di muliakan,

Parti yang Tuan guru pimpin sekarang sebenarnya hanyalah di daftarkan pada 31 mei 1955 untuk menyertai pilihanraya pertama yang di anjurkan oleh pihak British. Menurut Subky Latif pendaftaran Pas telah mendapat kelulusan dalam masa yang cukup singkat, mungkin lebih singkat daripada kelulusan pendaftaran UMNO(Baru) pada tahun 1987. Tahukah Tuan guru (Tuan Guru memang tahu) di saat Pas belum lahir daripada perut UMNO tokoh-tokoh sosialis dan komunis telah ramai yang di penjara malahan sudah ramai yang mati di tali gantung. Mereka ini rela memilih penjara dan kematian daripada bersekongkol dengan penjajah seperti bermuafakatnya UMNO dengan penjajah pada ketika itu. Pas sendiri hanyalah bangun di ketika Tokoh sosialis islam Dr.Burhanudin al helmy memimpin Pas. Menafikan pengorbanan pejuangan rakyat adalah sesuatu cukup menjijikan. Menyamakan perjuangan rakyat dengan perjuangan pro penjajah juga adalah satu perkara yang wajib di kutuk.

Tuan Guru yang rahmati,

Apabila anaknda Tuan Guru di tahan ISA rakyat tanpa mengira fahaman agama telah bersimpati dengan tindakan zalim kerajaan UMNO/BN menahan anaknda Tuan guru. Mereka sama-sama berdemo dan ada yang di tahan kerana membantah akta zalim ini. Mereka-mereka yang membantah itu bukannya hanyalah ahli Pas tetapi semuanya kecuali UMNO. Disaat anaknda Tuan Guru berada di dalam tahanan ISA, dia mendapat pembelaan daripada parti-parti politik, NGO dan orang ramai. Tahukah Tuan Guru (Tuan guru sememangnya tahu) di saat pejuang-pejuang kiri di tahan ISA satu ketika dahulu siapakah yang bangun untuk membantah penahanan mereka? Anaknda Tuan Guru masih beruntung kerana tidak di siksa secara fizikal oleh SB-SB di pusat tahanan jika hendak di bandingkan dengan keperitan tahanan-tahanan di tahun 60an dulu, itu pun tahukah Tuan Guru di kalangan rakan anaknda Tuan Guru yang kononnya pejuang Islam telah menandatangani perjanjian dengan pihak SB untuk sanggup menjadi ajen propaganda UMNO di dalam Parti Tuan Guru pimpin sekarang ini. Dimanakah prinsip Islam yang ada pada rakan anaknda Tuan Turu ini sehinggakan sanggup untuk menjadi talibarut kepada UMNO parti yang Tuan Guru tentang selama ini. Bolehkah Tuan Guru senaraikan tokoh perjuang kiri yang di katakan sesat itu sanggup untuk menjadi agen UMNO?

Tuan Guru yang fakeh,

Saya merasa sedih bila kenyataan Tuan Guru menjadi bahan ketawa orang. Bila mana Tuan Guru menyamakan UMNO dengan sosialisme dan komunisme ianya tealah mengambarkan kerendahan daya intelektual Tuan Guru. Saya merasa hairan bagaimana Tuan Guru boleh terikut-ikut dengan tarian UMNO yang dulu kini dan selamanya menipu rakyat. Apakah rasionalnya Tuan guru menyamakan Sosialisme dan komunisme dengan UMNO. Apakah kekejaman yang telah di lakukan oleh golongan kiri selama Tuan Guru mengenal dunia ini? Betulkah Parti Komunis Malaya itu kejam dan zalim seperti anggapan Tuan Guru? Betulkah golongan mereka yang berpegang kepada prinsip sosialime itu tidak percayakan Tuhan? Atau Tuan Guru sendiri tidak pernah faham apa itu komunisme dan sosialisme? Bukankah Negara kebajikan yang di laung laungkan oleh Parti yang Tuan Guru pimpin itu bertepatan sama sekali dengan konsep sosialisme dan komunisme. Apakah yang di katakan sesat dan zalim itu kerana sosilisme itu memperjuangkan segala perhidmatan seperti perubatan, pendidikan dan keselesaan tempat tinggal untuk rakyat?



Tuan Guru yang mursyid,
Ketika adanya cadangan daripada parti yang bersekutu dengan parti Tuan Guru untuk meletakan Calon mereka Dr. Syed Hussin Ali di Parlimen Kota Baru pada tahun 2004, Tuan Guru dengan sekeras-kerasnya membantah dengan alasan Dr Syed Hussin Ali ialah seorang sosialis. Betapa tegasnya Tuan Guru di dalam isu calon di negeri pimpinan Tuan Guru, tetapi betapa lembutnya hati Tuan Guru bila seorang nasionalis (Betul ke UMNO ni nasionalis?) memohon untuk menumpang di tangga parti Islam hanya kerana mahukan kerusi Pasir Mas. Bukankan Tuan Guru mengatakan semua ideology atau fahaman yang bukan Islam itu sesat? Bagaimana pula Tuan Guru mudah mengubah hukum dengan sanggup memberi kerusi negeri Islam kepada seorang nasionalis yang di katakan assobiayah itu? Bukan Tuan Guru tak tahu selama 6 tahun Dr syed Husin Ali di zalimi oleh ISA. Apa perlu untuk Syed Husin terus berada di dalam tahanan sedangkan di luar beliau boleh saja hidup senang lenang dengan jawatan dan kelebihan intelek yang ada pada dirinya. Apakah Tuan Guru belum sempat membaca pengalaman Dr Syed Husin di dalam buku Dua Wajah karangannya? Jika Tuan Guru telah membacanya terlupakah Tuan Guru berapa kalikah Dr Syed Hussin menolak untuk menandatangani akuan dan syarat pembebasan yang telah di sediakan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri? Adalah amat malang seorang tokoh yang cukup berperinsip ini di haramkan untuk bertanding di negeri Kelantan hanya kerana beliau seorang sosialis sedangkan seorang katak yang telah Tuan Guru sedia maklum dari dulu, kini dan selamanya mengkhianati Islam di beri layanan cukup istimewa. Tuan Guru sepatutnya bertanya kepada anaknda Tuan Guru apakah syarat-syarat yang telah di minta oleh SB ketika anaknda Tuan Guru dan rakan-rakanya jika mahu di bebaskan segera. Percayakah Tuan Guru di kalangan rakan-rakan anaknda Tuan Guru ada yang telah menandatangani perjanjian untuk berkompromi dengan pihak SB hanya kerana mahu segera di bebaskan. Ya! sepatutnya Tuan Guru bertanya kepada diri sendiri mengapakah anaknda Tuan Guru paling akhir di bebaskan berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Ini tidak lain hanyalah anaknda Tuan Guru enggan untuk berkerjasama dengan pihak SB tetapi ada antara mereka yang telah sanggup mengadaikan prinsip perjuangan dan sanggup menjadi ajen SB kini telah menjadi pimpinan Pas. Si laknat ini kini telah berjaya menyusup masuk di dalam kepimpinan Pas untuk mencuri maklumat dan memecahbelahkan Pas. Alangkah hinanya seorang yang mengaku pejuang Islam tetapi sanggup mengadaikan perjuangan hanya kerana sedikit ujian. Sayang sekali orang seperti Dr Syed Husin yang berperinsip teguh tanpa boleh di tawarkan dengan kesenangan memlih untuk tidak mengkhianati perjuangan di katakana sesat.

Tuan Guru yang di hormati,

Sebenarnya kami sendiri tidak tahu siapakah yang sebenarnya yang di maksudkan sebagai sesat yang di samakan dengan umno itu. Apakah Tuan Guru maksudkan secara umum atau kepada orang tertentu. Apakah rasionalnya Tuan Guru menyamakan mereka-mereka yang sanggup meninggalkan kesenangan hidup demi menjadi pembela kepada rakyat. Tuan Guru bandingkanlah gaya hidup pemimpin Pas yang tidak sesat itu dengan pimpinan parti haluan kiri seperti Dr Nasir Hasim yang memimpin Parti Sosialis Malaysia sekarang ini. Selama ini rakyat begitu kagum dengan kesederhanaan hidup Tuan Guru tetapi pernahkah mereka menyelami kehidupan pemimpin golongan kiri.
Kami juga tidak tahu kekejaman apakah yang telah dilakukan komunis sehinggakan Tuan Guru berkata UMNO itu kejam seperti komunis. Begitu mudah Tuan Guru termakan propaganda penjajah dan UMNO tentang kekejaman komunis. Apakah sama orang yang menentang penjajah dengan orang yang bersekongkol dengan penjajah? Atau Tuan Guru sendiri keliru dengan itilah komunis itu sendiri.
Tuan Guru Yang Di Sayangi,
Sebagai seorang yang di hormati dan di anggap guru yang mursyid sepatutnya Tuan Guru mendapat sendiri maklumat sahih tentang pergerakan komunis dan perjuangan sosialisme di Malaysia ini. Seorang guru yang mursyid sepatutnya mendapat maklumat yang sahih daripada sumber yang betul sanadnya. Maklumat kini sudah di hujung jari. Layarilah blog-blog yang di kendalikan sendiri oleh anggota PKM untuk mendapat cerita sebenar dari mereka atau Tuan Guru sendiri boleh melawat mereka-mereka yang di katakan sesat dan kejam ini di sebuah perkampungan di selatan Thailand. Jika mereka sesat perbetulkanlah mereka kerana pintu taubat sentiasa terbuka kepada kita hambanya sehinggalah nyawa di hujung halkum. Menuduh orang-orang yang terdahulu yang telah berkorban segalanya untuk apa yang kita dapat pada hari ini adalah tidak adil bagi kita yang mengaku sebagai orang yang berada di jalan yang lurus.
Tuan Guru yang di muliakan,
Akhir kata saya memohon maaf sekira warkah jahil saya ini hanyalah menjadi sampah pejabat Tuan Guru, namun begitu saya tetap merasakan bahawa ucapan Tuan Guru menyamakan UMNO dengan Parti sosialis dan Komunis adalah sesuatu yang sama sekali tidak tepat. Tuan Guru boleh menghukum golongan kiri ini sesat kerana Tuan Guru alim dalam agama tetapi sejarah pengorbanan mereka hanya Allah saja yang akan menilainya. Belum ada pemimpin Pas yang di buru barua-barua penjajah (askar melayu) sehinggakan melahirkan anak di dalam hutan tanpa pakaian sehelai di badannya dan anaknya yang baru lahir itu tetapi Shamsiah Fakeh yang dikatakan sesat dan kejam itu telah lalui semua itu. Apakah Allah tidak tahu?
Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.
Sekian,

Sosialis Hijau

Ahad, 21 Jun 2009

Clip Video Sulit!!!!

AMARAN KERAS: LEBAI SEXS ADALAH DI LARANG MENONTON CLIP VIDEO INI. SESIAPA YANG TELAH MENONTON VIDEO INI DIMINTA JANGAN CERITAKAN KEPADA LEBAI SEXS KERANA DI TAKUTI LEBAI AKAN TERUS TRAUMA...

LAYARI : http://www.youtube.com/watch?v=h6GOZaG9u94

Sabtu, 20 Jun 2009

Dr Redhuan Tee Abdullah cina jadi melayu.


Di dalam Utusan Melayau hari khamis lalu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan,Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang juga seorang penceramah yang popular telah menulis tentang kerajaan perpaduan yang dicanangkan sekarang.

Apa yang menariknya Dr Redhuan menulis seolah-olah beliau orang melayu. Antaranya beliau menulis begini : “Dalam kajian yang saya buat orang cina tanpa mengira parti, sama ada MCA, DAP mahupun Gerakan akan bersatu hati bila ada isu-isu yang melibatkan kepentingan kaum cina seperti Sekolah jenis kebangsaan Cina. Persoalannya mengapa mereka boleh bersatu tetapi tidak bagi KITA.”

Eh eh KITA. Apa maksud KITA. Islam atau melayu. Kalau di maksudkan dengan KITA itu orang Islam dalam DAP ada orang Islam, dalam MCA ada orang Islam dan dalam Gerakan pun ada orang Islam. Jika KITA yang di maksudkan oleh Dr. Redhuan Tee itu melayu! Bila pulak Dr Redhuan telah bertukar menjadi melayu? Sayang betul Dr Redhuan kepadamelayu ye….

Hidup melayau.

Prisytiharan Darurat dan Perjuangan Bersenjata Melawan British (Memperingati 61 tahun Perisytiharan Undang-Undang Darurat dan Perjuangan Bersenjata M

Pada 20 Jun 1948, penjajah British telah melakukan penindasan yang menyeluruh ke atas gerakan kemerdekaan Malaya dengan mengisytiharkan Undang-Undang Darurat di seluruh negara.

Parti-parti kiri yang berjuang untuk kemerdekaan telah diharamkan. Ramai pemimpin dan para aktivis telah ditangkap – ada yang dipenjarakan, ada yang dibuang negeri dan bahkan dihukum gantung sampai mati.

Di bawah keadaan teror putih, pemuda-pemuda revolusioner telah berundur ke kawasan-kawasan pendalaman dan memulakan perang gerila melawan British.

Pejuang-pejuang kemerdekaan itulah yang dilabel oleh British dan talibarut mereka sebagai “pengganas” hingga hari ini.


1. Abu Samah Mohd Kassim, pahlawan Rj 10, menulis: “Arus perjuangan untuk kemerdekaan semakin berkobar-kobar selepas Perang Dunia Kedua, khususnya dari golongan kiri. Menghadapi keadaan ini, penjajah British telah mengambil langklah-langkah penindasan terhadap perjuangan tersebut. Tanda-tanda penindasan kekerasan yang menyeluruh dari kerajaan penjajah British semakin nyata.” (Dipetik dari buku Sejarah dan Perjuangan Kemerdekaan)

2. Suriani Abdullah pula menulis: “Pada 18 Jun 1948, penjajah British telah mengisytiharkan Undang-Undang Darurat bagi seluruh Tanah Melayu. Parti-parti dan pertubuhan-pertubuhan progresif-demokratik semuanya diharamkan. Pada 20 Jun1948, ia telah melakukan penyerkapan dan penggeledahan secara besar-besaran di seluruh negeri. Kader-kader dan anggota-anggota PKM dan tokoh-tokoh patriotik-demokratik serta massa revolusioner ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara dan kem kurungan.” (Dari Rejimen Ke-10 dan Kemerdekaan)

3. Tambahnya lagi: “Terdorong oleh situasi revolusioner yang sedang berkembang, berbagai organisasi massa di merata kampung di lembah Sungai Pahang telah mendirikan laskar rakyat atau dinamakan tentera tani untuk menjaga keamanan kampung. Mereka bersenjatakan parang, lembing, kapak dan kadang-kadang senapang patah. Mereka menjalankan tugas menyusun massa, menjalankan kerja propaganda di kalangan massa, mengawasi gerak-geri musuh bahkan menjalankan tindakan-tindakan yang berkoordinasi dengan pasukan gerila seperti membasmi hantu-hantu dan ejen-ejen musuh.”

4. Wanita dan kanak-kanak juga tidak ketinggalan. Suriani mencatatkan: “Massa wanita yang revolusioner… dengan semangat yang berkobar-kobar, ada yang memasuki tepi hutan bersama tentera tani untuk menjalankan tugas; ada yang menjalankan kerja massa di kalangan rakyat. Mereka sentiasa mengutip derma dalam segala bentuk untuk tentera dan menyelesaikan makan-minum untuk kawan-kawan kita.

5. “Barisan pelopor kanak-kanak atau dinamakan tentera semut juga didirikan untuk bahagian kanak-kanak. Kanak-kanak juga sangat tangkas dan cergas menjalankan sesetengah tugas seperti menyampaikan maklumat, menghantar surat-surat dan mengawasi gerak-geri hantu, berkawal untuk kawan-kawan kita. Mereka juga membantu…membeli barang-barang, menjemput orang dan lain sebagainya.”

6. Setalah Undang-Undang Darurat diisytiharkan, tokoh-tokoh patriotik-demokratik Melayu dan anggota-anggota PKM, PKMM, API, AWAS, BTM, Hizbul Muslimin dan lain-lain telah menjadi sasaran pokok dalam tangkapan besar-besaran itu. Kira-kira seribu orang telah ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara dan kem kurungan; ramai yang dibuang negeri dan tidak sedikit yang dihukum gantung sampai mati.


7. Abdullah C.D menulis: “Dalam beberapa tahun saja setelah diisytiharkannya Darurat terdapat hampir seratus batalion pasukan infantri, pasukan meriam dan pasukan kereta perisai British yang terlibat dalam perang di Malaya. Mengikut perangkaan yang diperolehi, jentera perang penjajah terdiri dari 400,000 tentera, 77,000 polis dan 320,000 tentera simpanan termasuk AP. Pasukan tenteranya yang diketahui terdiri dari 3 batalion askar Australia, 3 batalion askar New Zealand, 8 batalion askar Gurkha, 1 batalion askar Kenya, 1 batalion askar Rhodesia Utara (Zambia), 1 batalion askar Nyassaland (Malawi), 1 batalion askar Fiji dan lebih 50 batalion lagi askar British.” (Dipetik dari buku Darurat Dan Kemerdekaan)

8. Akhbar The Times (London) melaporkan pada 2 Oktober 1953 bahawa Templer telah mengerahkan 3 divisi tentera darat untuk menghadapi peperangan di Malaya (jumlah ini tak termasuk tentera laut, udara dan kawalan kampung). Di sesetengah tempat hitung panjang setiap 2 orang penduduk dijaga oleh seorang tentera British manakala setiap gerilawan di hutan dijaga oleh 65 orang tentera. Bandingan ini menjadi lebih besar jika dimasukkan tentera laut, udara, polis dan kawalan kampung.

9. Pada tahun 1953, Templer berjaya mendirikan 400 lebih kampung berkurung di seluruh negara. Hampir satu juta massa telah dihalau ke dalam kampung-kampung tersebut.

10. “Justeru dalam keadaan demikianlah kisah pahit Kampung Jenderam berlaku. Seluruh penduduknya yang berjiwa patriotik-demokratik dan menyokong perjuangan untuk kemerdekaan telah dihalau dengan kejamnya oleh penjajah British ke Kluang, Johor. Kampung tersebut telah dibom dan dibumihanguskan menjadi padang jarak padang tekukur.


11. “Nasib yang sama juga dialami oleh penduduk-penduduk Kampung Belum pada tahun 1952. Kampung Belum yang dibangunkan beberapa ratus tahun dahulu dengan titisan peluh, keringat dan air mata rakyat pekerja telah dimusnahkan secara total oleh penjajah British. Penghuninya dihalau ke Kelantan dan Gerik, Perak manakala semua rumah dibakar, pokok buah-buahan ditebang dan binatang ternakan ditembak mati. Inilah kejayaan yang dilaung-laungkan oleh Templer.”

12. Abdullah C.D mencatatkan lagi: “Mengikut perangkaan yang tidak lengkap, dari bulan Jun 1948 hingga Januari 1954, pasukan Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) telah melancarkan 19,000 kali lebih pertempuran dalam berbagai sekil.

13. “Dalam masa 8 tahun sejak bermulanya Darurat pada Jun 1948 hingga Jun 1956, penjajah British terus menerus menukar benggolan politik dan militernya. Di antaranya Pesuruhjaya Tinggi 3 kali tukar ganti – dari Edward Gent, Henry Gurney, Gerald Templer hingga ke Donald MacGalivery; Panglima tenteranya pula 6 kali ditukar – dari Charles Bucher, Harold Briggs, Ralph Lockhart, Gerald Templer, W.P. Oliver, Jeffry Boon hingga ke Rodger Bauer. Demikian juga dengan benggolan polis dan lain-lain.”

14. Dalam keadaan beginilah British terpaksa menganugerahkan “kemerdekaan” Tanah Melayu melalui Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957.

Hendry Gurney Wira Orang Melayu!


Buletin Utama malam ini bercerita tentang serang hendap tentera PKM terhadap rombongan Hendry Gurney sehingga membawa kepada pembunuhan Penjajah tersebut. Di sinilah kononnya punca Negara ini di istiharkan darurat oleh pihak British. Bukan nak bercerita tentang sejarah darurat di sini tetapi nak bercerita tentang betapa sedihnya orang melayu dengan kematian Hendry Gurney. Salah seorang tua kutuk tak sedar diri yang di interview TV3 dengan perasaan marah telah menyalahkan PKM kerana membunuh bapanya yang bernama Hendry Gurney itu.

Mungkin juga kerana terlalu sayangkan Hendry Gurney kerajaan warisan penjajah telah menamakan sekolah yang menempatkan anak anak melayu yang ultra jahat dengan nama si penjajah ini. Semoga semangat Hendry Gurney akan terus meresap kedalam jiwa anak-anak melayu yang bersemayam di sekolah ini.

APAKAH PAS PARTI ULTRA MELAYU SELEPAS UMNO?


APAKAH PAS PARTI ULTRA MELAYU SELEPAS UMNO?
Walau apa juga penafian PAS bahawa mereka bukan daripada UMNO namun sejarah tetap membuktikan PAS adalah lahir daripada parti perkauman dan anak didik penjajah itu. Ianya adalah hasil satu usul yang telah di bawa di dalam Muktamar Ulama UMNO yang berhimpun di bangunan kelab UMNO Bagan, Butterworth. Hasil daripada keputusan itu maka tertubuhnya PAS yang pada asalnya adalah salah satu cabang di dalam organisasi UMNO yang telah di pengerusikan oleh Fuad Bin Hassan dan salah seorang daripada angotanya ialah bapa kepada bekas perdana Menteri Malaysia , Abdullah bin Badawi.
Walaupun Pas mendakwa parti itu adalah kesinambungan daripada Hizbul Muslimin tetapi itu mungkin hanyalah satu kebetulan apabila penglibatan beberapa orang ajk Hizbul Muslimin yang telah di haramkan penjajah itu telah bersama-sama menjadi penitia rancangan penubuhan Pas.
Dalam kebanyakan buku-buku memoir yang saya baca sama ada yang berhaluan kanan ataupun kiri nama Pas lansung tidak pernah di sebut di dalam tulisan mereka di dalam memperjuangkan kemerdekaan negara, sehinggalah Yang Di Pertuanya (sebut presiden) di ambil alih oleh seorang tokoh kiri nasionalis dan sosialis Islam, Dr Burhanudin Al Helmi pada tahun 1956, setahun sebelum kemerdekaan.
Walaupun secara jelas di dalam perlembagaan Pas menyatakan Islam sebagai dasar parti itu tetapi pada awal penubuhannya secara jelas Pas adalah sebuah parti nasionalis melayu yang menjadikan umno sebagi lawannya yang paling utama untuk mendapatkan undi. Pas juga telah membantah sistem Jus Soli yang telah di cadangkan oleh Umno dan British. Pas berpendapat pada masa itu tanah Melayu adalah hak orang melayu dan kaum cina dan India hanyalah boleh mencari rezeki di Tanah Melayu tetapi tidak sama sekali di beri taraf kerakyatan kepada mereka. Ini adalah jelas di dalam satu memorandum kepada pihak British yang telah di keluarkan oleh PAS.
Adalah tidak perlu di nafikan pada era sebelum Anwar di penjarakan atau lebih tepat lagi sebelum daripada era Reformasi, ceramah-ceramah Pas lebih banyak berkisar kepada isu-isu yang melibatkan orang melayu dan di samping itu penceramah Pas akan mensasarkan serangan mereka kepada orang cina yang katanya sedikit demi sedikit telah menghimpit orang melayu di malaysia ini. Walaupun sebenarnya penceramah pas ini menyalahkan sistem pemerintahan UMNO itu sendiri.
Apabila Anwar di penjarakan dan timbul satu gelombang kebangkitan rakyat maka pada ketika itu Pas di bawah Ustaz Fadzil Noor telah berjaya menghimpunkan parti-parti politik dan NGO tanpa mengira fahaman dan idiologi di dalam satu pertubuhan yang di namakan GERAK dan akhirnya telah berjaya menubuhkan Barisan Alternatif yang melibatkan 4 parti politik iaitu Pas, keADILan, DAP serta PRM. Kejayaan Ustaz fadzil menubuhkan BA sebenarnya belum cukup untuk menyatakan kepada rakyat bahawa Pas adalah bukan parti Melayu seperti jugalah pandangan rakyat terhadap DAP bahawa parti itu adalah sebuah parti cina.
Orang-orang cina dan India masih belum bersedia untuk memberi undi kepada Pas dan hasilnya pada PRU ke 11 Pas hilang lebih dari 2/3 kerusi yang telah di menangi di dalam PRU ke 10. DAP pula telah menarik diri dari BA kerana beranggapan gabungan mereka bersama Pas telah menyebabkan orang cina tidak memberi undi kepada mereka.
Walaupun Pas sentiasa menyatakan bahawa mereka bukanlah Parti perkauman dan sememangnya Pas itu bukan parti perkauman tetapi rakyat kebanyakan tetap berpandangan pas adalah sebuah parti melayu yang menjadikan umno sebagai musuh politiknya dan sentiasa bersaing dengan umno di dalam isu-isu yang melibatkan orang melayu. Ahli-ahli Pas sebenarnya sentiasa mensasarkan serangan mereka kepada kaum india dan Cina yang kononnya menjadi anak emas dan mendapat layanan istimewa daripada kerajaan Umno/BN. Perkara ini sebenarnya masih berlaku sehingga ketika ini apabila ada ustaz-ustaz (kononnya pandai agama) secara terbuka menyerang pimpinan terutamanya Ketua menteri Pulau Pinang di dalam khutbah jumaat dan ceramah-ceramah di masjid.
Pilihan raya 2008 telah menyaksikan BN telah hilang 2/3 kerusi di Parlimen dan telah lenyap 4 negeri yang mereka kuasai. Perlu di ingatkan bahawa PRU ke 12 ini BA hanyalah di anggotai oleh pas dan PKR sahaja di mana DAP tidak terlibat di dalam BA. Walaupun begitu parti-parti ini telah berjaya mencapai kesepakatan untuk menentang Bn secara satu lawan satu. Semua kerusi di Semenanjung menyaksikan Pas, DAP dan Pkr tidak bertentangan menentang BN kecuali satu kerusi di Kedah dan jika adapun yang melibatkan 3 penjuru adalah daripada calon Bebas. Hasilnya Bn telah berjaya di kurangkan majority undinya di seluruh semenanjung.
Namun begitu peralihan undi sebenarnya lebih banyak daripada pengundi cina dan india jika di bandingkan dengan pengundi melayu. Pas telah gagal untuk mendominasi kerusi-kerusi di parlimen kerana calon-calonnya bertanding di kawasan pengundi melayu adalah majority. PKR yang hendak di kuburkan di permatang pauh akhirnya berjaya menerajui pembangkang di dalam dewan rakyat kerana kerusi yang di tandingi kebanyakanya di peratusan kaum yang sama rata. Pas hanya menang di kawasan-kawsan melayu yang secara tradisi mempunyai penyokong dari kaum melayu seperti kedah dan Kelantan.
Kemenangan parti-parti pembangkang pada PRU ke 12 sebenarnya bukanlah kerana kekuatan parti pembangkang tetapi adalah kerana rakyat sudah tidak mempunyai pilihan lain untuk memberi pengajaran kepada BN selain daripada memberi undi kepada lawan BN tanpa mengira parti yang bertanding menentang BN. Pas mengekalkan pemerintahan Kelantan dan menerajui Kedah bersama PKR. Selangor mendapat menteri besar daripada PKR dan Pulau Pinang di terajui oleh DAP. Pas mendapat menteri besarnya yang ketiga apabila Perak yang di kuasai DAP tidak boleh meletakkan wakilnya menjadi MB kerana perlembagaan Perak hanya membenarkan MB itu daripada melayu Islam. Walaupun pada awalnya DAP membantah tetapi akhirnya terpaksa akur dan menitirafkan Mohd Nizar sebagai MB Perak.
Maka di sinilah bermulanya Pakatan Rakyat dia atas kesedaran bahawa rakyat mahukan perubahan dan benteng perkauman UMNO telah berjaya di runtuhkan oleh rakyat. Orang bukan melayu yang sebelum ini terlalu takut untuk memberi undi kepada Pas kerana propaganda UMNO bahawa pas adalah sebuah parti extreme Islam telah memberanikan diri untuk mengundi Pas, begitu juga dengan orang melayu yang selama ini berperansangka buruk terhadap Dap telah memberi undi mereka kepada parti itu kecuali seekor anjing kurap di tempat aku yang telah mengeluarkan fatwa haram mengundi Dap kepada orang kampung. Pimpinan parti-parti pembangkang terpaksa akur dengan kehendak rakyat yang mahukan BN di tumbangkan walaupun keiklasan mereka di dalam pakatan rakyat masih boleh di pertikaikan.
Dalam senyap beberapa orang pemimpin Pas telah mengadakan rundingan secara sulit dengan Umno di atas nama perpaduan melayu selepas sahaja PRU yang lalu. Mereka-mereka ini telah membelakangi rakyat yang telah memberi kepercayaan kepada mereka. Mereka-mereka yang terlibat ini adalah orang-orang yang sama di dalam isu kerajaan perpaduan yang hanggat sekarang ini. Mereka mereka ini adalah orang yang bercakap soal Islam dan keyakinan kepada tuhan namun di dalam hal ini mereka seolah-olah merasakan bahawa Tuhan tidak tahu.
Seperti kata Hishamudin rais “Didalam Pas ada yang takut dengan Pakatan Rakyat kerana dasar KETUANAN RAKYAT. Dasar ini bukan dasar agama. Bukan dasar bangsa. Tetapi dasar untuk orang ramai – ertinya untuk semua – China, Melayu, India, Kadazan, Murut , Bajau dan Lain-Lain. Ertinya siapa bijak – berilmu, tidak malas, rajin bekerja – maka mereka akan berjaya.”
Pemimpin Pas yang menjuarai isu kerajaan perpaduan ini boleh saja memberi berbagai alasan untuk membolehkan atau menghalalkan perbuatan mereka kepada rakyat namun mereka sebenarnya telah mengkhianati amanah rakyat yang telah memberi kepercayaan kepada mereka. Perpaduan yang baru saja berputik bersama pakatan rakyat masih belum sempat menghasilkan buahnya telah di racuni. Mereka sanggup mengintai dahan di pokok yang selama ini menjadi parasit kepada rakyat
Keputusan pemilihan muktamar pas yang lalu telah menyaksikan kemenangan team perpaduan ini malah secara tiba-tiba setiausaha agung parti ini telah di beri kepada seorang bekas timbalan menteri sewaktu pas bersama BN satu ketika dulu. . Yang amat memedihkan lagi jika alasannya adalah demi perpaduan melayu. Umno yang sepatutnya di talkinkan di ketika saat-saat akhir riwayat hidupnya tetapi telah di beri penafasan mulut oleh golongan pro perpaduan melayu di dalam Pas ini.
Ketua pemuda Pas yang baru Nasrudin Hasan telah mengatakan perbincangan antara Pas dan Umno itu satu usaha dakwah nabi Musa kepada firaun dan bukannya bertujuan sertai umno. Dengar sememangnya enak tetapi bukankah mereka sedia maklum bahawa firaun sesekali tidak pernah menerima apa yang telah di bawa oleh Nabi Musa. Jika umno itu sudah di umpamakan seperti Firaun, masih adakah ruang untuk Umno menerima Islam sebagai dasar perjuangan mereka. Mengapakah mereka ini tidak mengambil pengajaran ketika Rasulullah di datangi oleh seorang buta seperti di awal surah 'Abasa
1. Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling
2. karena telah datang seorang buta kepadanya
3. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa),
4. atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?
5. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup
6. maka kamu melayaninya
7. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman)
8. Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran)
9. sedang ia takut kepada (Allah),
10. maka kamu mengabaikannya.
11. Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan
12. maka barangsiapa yang menghendaki, tentulah ia memperhatikannya


Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa surah ini turun berkenaan dengan Ibnu Ummi Maktum yang buta yang datang kepada Rasulullah saw. sambil berkata: "Berilah petunjuk kepadaku ya Rasulullah." Pada waktu itu Rasulullah saw. sedang menghadapi para pembesar kaum musyrikin Quraisy, sehingga Rasulullah berpaling daripadanya dan tetap menghadapi pembesar-pembesar Quraisy. Abdullah bin Ummi Maktum datang kepada Rasulullah s.a.w. untuk meminta ajaran-ajaran tentang Islam; lalu Rasulullah s.a.w. bermuka masam dan berpaling daripadanya, karena beliau sedang menghadapi pembesar Quraisy dengan pengharapan agar pembesar-pembesar tersebut mau masuk Islam padahal pembesar-pembesar Quraisy itu hanyalah mahu memperolok-olokkan Islam. Maka turunlah surat ini sebagi teguran kepada Rasulullah s.a.w.

Bukan niat untuk mentafsir surah ini mengikut sesuka hati tetapi seandainya kisah ini boleh di jadikan pengajaran kepada apa yang belaku sekarang apakah mereka yang menyokong kerajaan perpaduan ini tidak nampak di saat dan ketika orang-orang bukan Islam yang kini sedang berjinak-jinak dengan ilmu Islam tiba-tiba mereka ini lebih rela berpaling kepada pembesar-pembesar umno yang secara jelas dan terang terangan tidak mahukan Islam selama ini. Penting sangatkah bangsa melayu yang mahu mereka pertahankan sehinggakan sanggup untuk bersekongkol dengan parti melayu keparat atas nama perpaduan melayu. Apakah perpaduan tidak boleh di temui di dalam Pakatan rakyat?

Ya! Mereka ini sudah pasti mempunyai hujah untuk berbuat demikian, apatah lagi mereka-mereka ini berkemampuan untuk mengeluarkan ayat quran dan hadis bagi menghalalkan tindakan mereka. Fatwa yang telah di keluarkan sebelum ini boleh saja terbatal dengan hujah-hujah yang mungkin telah tersedia oleh golongan ini untuk membohongi rakyat.

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Benggol,
Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981
Namun begitu Mursyidul am Pas adalah orang yang paling kuat menentang hasrat golongan pro kerajaan perpaduan ini. TG Nik Aziz telah memberi peringatan kepada golongan ini dengan berkata:
“Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk UMNO, letak jawatan timbalan (presiden Pas) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan,” Beliau juga berkata golongan yang menjuarau kerajaan perpaduan ini hanyalah boneka Umno.


MP Shah alam yang juga YDP Pas Shah Alam juga antara mereka yang menentang usaha-usaha ini dengan mengaitkan peristiwa Perang Siffin dengan isu kerajaan perpaduan di masa kini.

Perang siffin merupakan peperangan di antara tentera Saidina Ali (KW) dan Muawiyyah. Ianya berlaku pada penghujung pemerintahan Saidina Ali. Kata Khalid samad
Pakatan Rakyat dalam keadaan sekarang, bagaikan tentera Saidina Ali yang sedang mengasak kedudukan tentera Muawiyyah iaitu UMNO/BN. Kita maju selangkah demi selangkah dan jelas dalam BN ketakutan. Tiba-tiba ada yang mencadangkan perpaduan, perdamaian! Pakatan Rakyat, seperti tentera Saidina Ali, mula berbalah sesama kita. PKR dan DAP terpingnga-pingnga dengan sebutan-sebutan ‘perpaduan’. Malah PAS sendiri pun terbahagi dua dalam menghadapi persoalan ini. Kesatuan yang terbentuk selama ini seolah tergugat dan UMNO/BN dengan segeranya menyatakan persetujuan mereka terhadap perdamaian dan persatuan yang dicadang-cadangkan.

Kata khalid Samad lagi

Yang agak pelik, dalam senario peperangan Siffin, cadangan perdamaian datangnya dari pihak yang diasak kerana hampir-hampir dikalahkan. Dalam keadaan kita sekarang, perdamaian dicadangkan oleh kita yang sedang mengasak yang hampir-hampir menang! Dengan itu akan terlepaslah peluang untuk mencapai kemenangan yang muktamad!

Pesoalan dari tajuk artikal ini adalah apakah Pas juga sebuah parti ultra melayu seperti Umno? Mungkin yang tersurat ini jawapannya TIDAK tetapi mungkin juga yang tersirat itu jawapannya YA! Yang pastinya di dalam senarai AJK Pas Pusat kini sudah tidak ada lagi bangsa lain selain melayu. Tiada lagi yang bernama Tan Abdullah. Lim Abdullah juga tidak di beri kepercayaan daripada perwakilan untuk menjadikan parti islam ini sebagai parti bukan melayu. Yang tinggal hanyalah Mydin, itu pun mungkin di dalam kad pengenalannya status bangsanya bukan lagi India tetapi melayu.

Sosialis Hijau
http://greensocialis.blogspot.com

Rabu, 17 Jun 2009

MEMPERINGATI 100 TAHUN PERANG PERAK-ABDULLAH CD


Sila klik untuk besarkan bacaan.

Rang undang2 larangan bunyikan horn bila jumpa lebai di luluskan



16 june

Sidang dewan pagi telah bersetuju sebulat suara untuk meluluskan rang undang-undang melarang membunyikan hon dan senyum bila berjumpa dengan Lebai. Usul ini telah di luluskan tanpa sebarang perbahasan memandangkan perbuatan membunyikan horns dan senyum bila berjumpa Lebai telah membuat Si lebai Sexs telah trauma ke tahap maximum. Perkara ini jika terus di biarkan kata seorang menteri akan membawa kemusnahan kepada sampah sarap dan rumput serta lalang di sekeliling rumah Lebai sexs yang pengotor itu. Seandainya perkara ini berlaku identity Lebai Sexs yang pemalas dan pengotor itu akan hilang dan ianya adalah satu kehilangan besar kepada Negara.


Dalam sidang akhbar di lobi dewan menteri berkaitan telah di tanya siapakah Lebai sexs yang dimaksudkan itu dan mengapakah si melaun itu trauma bila mendengar bunyi horn? Menteri itu dengan tegas menjawab bahawa Lebai sexs adalah satu asset yang amat bernilai kepada Negara kerana sifat yang ada pada Lebai Sexs yang suka beronani sambil berSMS dengan tunangan orang dan dalam waktu yang sama lebai di kepala belum pernah berlaku kepada lain-lain makluk di muka bumi ini. Namun begitu Menteri tersebut enggan untuk mendedahkan nama lebai tersebut kerana kautir lebai akan terus menjadi trauma. Bunyi horn menurut menteri tersebut amat menyakitkan hati si lebai sexs tersebut.



Walaupun begitu cakap-cakap di lobi parlimen mengatakan bahawa Lebai tersebut adalah seorang pelakon yang kehebatannya mengalahkan Rosham Noor. Lakonan kezuhudannya telah menyebabkan M.Rajoli jatuh sakit kerana beliau pun tidak mampu untuk berbuat lakonan demikian sepanjang masa. Seorang bentara parlimen secara tiba-tiba telah menyampuk….”ahh bukan susah nak tahu siapa Lebai Sex itu… kita horn saja bila jumpa dengan mana-mana Lebai, kalau mukanya berubah wajah , tentulah dia itulah lebai sexs yang di maksudkan”. “Ehhh kau ni nama saja bentara Parlimen” tiba-tiba seorang wartawan menyampuk. “Tak tahukah engkau semua anggota dewan telah meluluskan akta larangan membunyikan Horn bila berjumpa Lebai…?!!!!... Semua yang ada di situ terkebil-kebil… Oooooooooooo patutlah!

Isnin, 15 Jun 2009

Biji Perjuangan di Kampung Buah Pala

Kampung Buah Pala adalah kampung bertradisi terakhir di Pulau Pinang. Ia juga dipanggil High Chaparral oleh rakyat Pulau Pinang kerana kampung ini terletak di atas sebuah bukit kecil di Bukit Gelugor dan penuh dengan flora.

Lebih daripada 65 keluarga di Kampung Buah Pala sudah menempat di situ sepanjang 5 generasi dan hampir 200 tahun.

Sebelum Merdeka, tanah Kampung Buah Pala dipunyai oleh keluarga Brown, salah daripada satu keluarga British yang kemudian menyerah tanah itu kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai trustee.

Pada tahun 1999, penduduk-penduduk Kampung Buah Pala telah menyeru Kerajaan Negeri untuk mewartakan tanah mereka sebagai tanah sebuah kampung tradisi Tamil sebagai simbol budaya nasional.

Namun, pada 27 Mac 2008, beberapa pihak di dalam Jabatan Tanah telah pindah tanah itu kepada Nusmetro Venture Sdn Bhd dan Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Baru 19 hari selepas pilihanraya, pihak-pihak di dalam Jabatan Tanah berpindah tanah ini secara tiba-tiba. Adakah mereka ada agenda kerana pegawai kerajaan dalam koperasi akan mendapatkan unit-unit dalam projek kondominum yang akan dibina dipanggil The Oasis?



Isu ini telah dirayu oleh Pertubuhan Penduduk-Penduduk Kampung Buah Pala dengan bantuan Biro Aduan Guaman (Bar Council Legal Aid Centre) Pulau Pinang tetapi pada 11 Mei 2009, pihak pemaju tanah telah menang kes dan notis pengusiran 30-hari untuk penduduk-penduduk diberi kepada mereka.

Komplot ini sekarang di dalam Mahkamah Persekutuan dan kes mereka ada case management pada 16 Jun 2009. Pertubuhan Penduduk-Penduduk Kampung Buah Pala diwakli oleh peguam Malik Imtiaz.

Disebabkan kesusahan mereka untuk melindungi kampung mereka, mereka pun bertemu dengan JERIT pada 4 Jun 2009. Kami dapat berkenalan dengan kes mereka melalui salah satu ahli JERIT Pulau Pinang, saudara Thanam, yang berasal dari kampung itu. Bantuan pertama yang diberi oleh kami adalah kami telah membantu menganjur sidang akhbar dua hari selepas itu pada 6 Jun 2009, hari Sabtu.

Sidang akhbar itu telah memberi darah yang baru kepada isu Kampung Buah Pala dan dua hari kemudian, wakil-wakil Kerajaan Negeri Pulau Pinang termasuk Ramasamy dan Mansir Othman, mengadakan mseyuarat dengan penduduk-penduduk Kg Buah Pala di KOMTAR.

Sejak itu, bantuan JERIT diterima banyak oleh penduduk-penduduk dan kami juga dapatkan kerjasama oleh golongan NGO dan aktivis lain seperti Penang Heritage Trust dan Dalbinder Singh, seorang aktivis yang berkhidmat di kawasan Bukit Gelugor.

Selain daripada isu tanah ini, JERIT kini membantu menekankan isu-isu lain dengan projek pemaju tanah. Projek mereka bernama The Oasis, dan terdapat banyak masalah dengan projek itu.

Dua bangunan 12-tingkat di dalam kawasan itu akan menyebabkan masalah trafik yang serius. Menurut pelan Nusmetro ia juga kurang daripada 20m dari rumah-rumah di sekeliling pelan pembangunan. Pada awal 2007, satu perundingan diadakan dengan penduduk-penduduk di sekeliling Kampung Buah Pala. Semuanya menolak pelan pembangunan untuk The Oasis tetapi maklum balas rakyat tidak dengar lagi.

Secara ringkas, petisyen itu mendesak supaya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menggunakan kuasanya di bawah Kanun Tanah Negara (National Land Code) dan Akta Pengambilan Tanah (Land Acquisition Act) untuk memperoleh dan melindungi tanah ini demi kebaikan rakyat menurut apa yang kami telah menjelaskan dalam petisyen itu. Kalaulah terdapat akta-akta dari neraka seperti AUKU, ISA dan OSA, jugalah terdapat akta-akta yang melindungi rakyat seperti Akta Pengambilan Tanah. Soalannya adalah adakah wakil-wakil rakyat pro-korporat atau pro-rakyat?

Kalau ada kebaikan penting dari perjuangan ini selama 2 minggu yang lepas, ia adalah penduduk-penduduk Kampung Buah Pala tidak mudah ditipu lagi oleh ahli politik; dan rakyat Pulau Pinang sudah berkenalan dengan JERIT dan sedar bahawa kami bukan seolah-olah NGO yang menjerit tetapi bekerja kuat untuk rakyat.

Kris Khaira

JERIT Pulau Pinang

Web: http://jeritpenang.blogspot.com

Sabtu, 13 Jun 2009

KERUSI UMNO UNTUK MCA, MIC, PPP DAN GERAKAN.


Saya sempat membuat sedikit analisa pengagihan kerusi pilihanraya Barisan Nasional yang melibatkan peratus pengundi melayu sekitar 50% keatas di semenanjung Malaysia. Ianya tidak termasuk kerusi di Sabah dan Serawak. Mungkin saya tertinggal dua tiga kerusi kerana saya hanya melihat sekali pandang keputusan pilihan raya tersebut. Apa pun yang penting saya meminta pembaca membuat andaian sendiri carta pengagihan kerusi melayu kepada parti kompenan BN. Betulkah selama ini UMNO kata UMNO mempertahankan hak-hak melayu.

BERITA SENSASI PENUBUHAN PARTI SARKAS BATU KAWAN


Batu Kawan (15 june)

Hari ini Negara telah di gemparkan dengan penubuhan sebuah parti baru yang telah bertapak di Parlimen Batu Kawan Pulau Pinang. Walaupun baru sehari pengumuman parti ini di tubuhkan tetapi pihak ROS telah bersetuju untuk memberi kelulusan segera kepada parti ini. Menurut sumber dalaman, kakitangan pejabat ROS telah begitu teruja dengan pemohonan pendaftaran parti ini maka dengan itu tuan pengarahnya telah memberi arahan untuk segera meluluskan pendaftaran parti ini.

Dalam sidang akhbar yang di adakan pagi tadi, ketua parti ini telah memberitahu para wartawan bahawa parti ini di tubuhkan di atas kesedaran segelintir pemuda di kawasan parlimen Batu kawan tentang berbagai masalah yang telah di oleh haiwan-haiwan liar di sekitar sini. Walaupun begitu parti ini buat masa kini hanyalah mempunyai 2 orang ahli. Ini adalah kerana di zaman serba canggih ini tidak ramai lagi manusia yang mempunyai sifat bahalol seperti mereka. Katanya lagi di dalam sidang akhbar itu parti itu akan hanya membuka keahlian kepada sesiapa merasakan diri mereka bahalol lagi tolol.

Setiausaha merangkap bendahari parti itu pula berkata pejabat parti itu akan beroperasi di sebuah kedai kopi yang tak ada pelangan di dalam sebuah kampong di Bukit Tengah. Beliau yang juga seorang lebai yang berkelulusan di dalam bidang imaginasi sexs berkata pemilihan kedai kopi itu sebagai pusat aktiviti adalah kerana untuk memudahkan beliau sebagai setiausaha membuat kajian kajian tentang tunang dan isteri orang yang di idamnya. Di samping itu juga beliau yang juga seorang pengangur bolehlah menikmati minuman percuma di kedai yang tidak ada pelangan itu.

Di akhir sidang media itu kedua-dua mereka telah bersama-sama memberi nama parti mereka itu dengan nama Parti Sarkas atau ringkasnya PASAR. Mereka juga telah memperkenalkan logo mereka yang berlambangkan beruk memakai lebai. Ini adalah tanda di sebalik kealiman dan kezuhudan itu perangai seperti beruk.

Selepas sidang midea berkenaan para wartawan telah di beri petua oleh setiausaha parti sarkas cara-cara untuk berSMS lucah dengan tunang atau isteri orang.

Biodata AJK Parti Sarkas

Presiden : Anjing Kurap
Kelulusan : ehh ehh ehhh malu nak tulis kat sini..
Kelebihan : Mengkafirkan sesiapa yang tidak bersama parti SARKAS.
Pengalaman : Meraba budak perempuan.
Pengalaman berpolitik : Konvoi bawa bendera sana sini.

Setiausaha : Lebai Sexs
Kelulusan : Diploma di dalam bidang sexs sadis.
Kelebihan : SMS lucah, kacau tunang orang, kacau bini orang dan imaginasi sexs yang maha hebat.
Pengalaman : onani dengan minyak lintah.
Pengalaman berpolitik : jadi barua umno.

Monologue 4 CIRCUS PARTY

Why Do You Look At Me When You Hate Me
Why Should I Look At You When You
Make Me Hate You Too
I Sense A Smell Of Retribution In The Air
I Don't Even Understand Why The Fuck
You Even Care
And I Don't Need Your Jealousy
Why Drag Me Down In Your Misery
And When You Stare You Don't Think I Feel It
But I'm Gonna Deal It Back To You In Spades
When I'm Havin Fun You Know I Can't Conceal It
Cause I Know You'd Never Cut It In My Game
And When You're Talkin About A Vasectomy
I'll Be Writing Down In Your Obituary History

You Got You Bitches With
The Silicone Injections
Crystal Meth And Yeast Infections
Bleached Blond Hair Collagin Lip Projections
Who Are You To Critisize My Intentions
Got Your Subtle Manipulative Devices
Just Like You I Got My Vices
I Got A Thought That Would Be Nice
I'd Like To Crush Your Head Tight In My Vice
Pain!

And That Goes For All You Punks
In The Batu Kawan Circus Party
That Want To Start Shit By Talking Lies
Instead Of The Things I Said
That Means You
Anjing Kurap – (President Of Circus Party)
His Mentor - Lebai Sexs
What You Pissed Off Cause Your Dad Gets More
Pussy That You?
Fuck You
Suck My Fuckin Dick

You Be Rippin Of The Fuckin Kids
While They Be Payin Their Hard Earned
They Want To Know About
Talking Lies, Startin Controversy
You Want To Antagonize Me
Antagonize Me Motherfucker
Get In The Ring Mother Fucker
And I'll Kick Your Bitchy Little Ass
Punk

I Don't Like You, I Just Hate You
I'm Gonna Kick Your Ass.
You May Not Like My Integrity.
We Built A World Out Of Anarchy.

”And In This Conner Weighing In At 850 Pounds”
Green Socialist!!!

Get In The Ring
Get In The Ring
Get In The Ring
Get In The Ring
Get In The Ring
Get In The Ring
Get In The Ring
Get In The Ring
Get In The Ring
Get In The Ring
Get In The Ring
Get In The Ring
Get In The Ring
Get In The Ring
Get In The Ring
Get In The Ring

This Monologue Is Dedicated To
All The Green Socialist BlogspotFans
Who Stuck With Us Through All The
Fuckin Shit
And To All Those Opposed...
Hmm...Well

Jumaat, 12 Jun 2009

ANTARA HAK BERSUARA SISTER IN ISLAM(SIS) DAN MEMELIHARA AQIDAH

Secara ringkasnya Sister In Islam (SIS) telah di tubuhkan di atas kesedaran segolongan aktivis wanita professional Islam (Istilah Professional ambil dari istilah yang di cipta oleh PAS) untuk membantu wanita yang diiskriminasikan oleh undang2 undang islam mahu pun juga kanun sekular. Walaupun niat dan hasrat mereka baik namun dalam keadaan mereka sedar atau tidak, perbuatan atau prinsip mereka terhadap undang2 yang telah termaktub di dalam al Quran adalah satu perbuatan yang salah.

Maka timbulah usul yang telah di bawa ke dalam muktamar Parti Islam Semalaysia (PAS) untuk mengesa pihak kerajaan mengharamkan pertubuhan ini dengan alasan SIS telah banyak menyimpang dari Islam yang sebenar. Usul ini kemudiannya telah di perbesarkan oleh pihak media dengan tokok tambah dengan niat yang amat jahat. Usul ini bukan sahaja telah mendapat bantahan daripada SIS itu sendiri malah rakan-rakan Pas di dalam Pakatan rakyat turut menyuarakan bantahan terhadap cadangan mengharamkan SIS ini. Isunya hanyalah hak dan kebebasan bersuara. Walaupun begitu golongan yang membantah isu ini pun sepatutnya sedar bahawa usul yang telah di bawal oleh Pas itu juga adalah hak dan kebebasan bersuara. Oleh itu membantah usul ini juga adalah seperti menghalang hak kebebasan orang lain. Habis tu macam mana?

Kedua-dua pertubuhan ini telah mengunakan nama Islam sebagai identiti perjuangan mereka. Satu bergerak di atas parti politik dan satu lagi sebagai NGO. Kedua-duanya mempunyai hasrat yang bagi mereka adalah untuk kebaikan umat islam. Sebelah pihak di wakili oleh golongan yang arif tentang hukum hakam agama (Tidak termasuk ketua pemuda Pas Batu Kawan dan anjing2nya kerana mereka hanya boleh mengeluarkan hukum kafir kepada orang lain sahaja) dan di sebelah pihak lagi di wakili oleh golongan intelektual wanita Islam. Saya tidak mahu berbicara tentang kesalahan dan kesilapan antara 2 pertubuhan ini kerana mereka lebih arif berhujah dengan nas dan undang2 kerana isunya sekarang adalah di sebelah pihak telah mengatakan pihak yang satu lagi telah tersasar dari aqidah Islam yang sebenar. Di sebelah pihak lagi pula mempertahankan apa yang telah mereka perjuangkan.

Islam bukannya di tegakkan dengan mata pedang atau AK47 tetapi Islam mestilah di tegakkan dengan hujah.Maka jika benar seperti di lapurkan media bahawa Pas telah usulkan agar SIS di haramkan adalah sesuatu yang sememangnya tidak kena. Pas sepatutnya menjemput SIS untuk bersekemuka atau berforum secara terbuka bagi mengemukakan hujah mereka kepada SIS bahawa prinsip SIS bawa itu adalah salah dan harus di perbetulkan dan bukannya terus menhukum tanpa bicara. Kedua2nya mempunyai ahli yang arif tentang Islam, Cuma yang membezakannya hanyalah kefahaman islam. Sikap segelintir ahli pas yang tanpa usul periksa menuduh SIS sebagai kafir, agen yahudi, talibarut UMNO harus di hentikan. Jika Pas boleh bekerjasama dengan DAP di atas dasar menentang kezaliman UMNO/BN kenapa pula dengan SIS juga turut sama-sama menentang dasar-dasar ketidakadilan kerajaan UMNO/BN. Daripada mengadakan rundingan dengan UMNO untuk kerajaan perpaduan lebih baik di adakan rundingan bersama SIS untuk mencari kebenaran atau sekurang-kurangnya sebagai satu pentas dakwah kepada mereka.

SIS perlu di beri peluang untuk mengemukakan hujah mereka yang mereka katakan prinsip-prinsip pertubuhan itu selama ini benar dan Pas perlu kemukakan hujah mereka untuk mengatakan apa yang di lakukan oleh SIS itu salah dan bertentangan dengan Islam. Ini adalah satu cara terbaik di dalam meneruskan perjuangan hak-hak bersuara dan di samping itu aqidah Islamiah terus terpelihara. Ini adalah lebih baik daripada terus menghukum sesuatu perkara tanpa memberi peluang pihak yang di hukum itu untuk memberi hujah mereka. Pas sudah mencapai usia 58 tahun bukan lagi kanak-kanak tak cukup akal seperti ketua pemuda Pas batu Kawan dan konco2nya.

Parti-parti politik dan pertubuhan bukan Islam tidak sepatutnya cuba hendak menjadi juara di dalam isu ini yang melibatkan agama Islam kerana Islam sememangnya sudah cukup terbuka di dalam semua hal tetapi Islam juga mempunyai benteng-benteng dalam berbicara tentang hal-hal agamanya. Jika parti2 politik atau pertubuhan bukan Islam ingin berbicara soal kebebasan bersuara saya mencadangkan agar anda jadilah pengajur kepada pertemuan terbuka antara Pas dan SIS. Mungkin di sana kita sama-sama dapat mencari kebebasan bersuara dan sama-sama juga dapat menemui kesucian aqidah Islam tanpa ada sekatan bersuara.

Sosialis Hijau
http://greensocialis.blogspot.com/

Khamis, 11 Jun 2009


ANJING KURAP PEMINAT SETIA BLOG SOSIALIS HIJAU.

Hampa semua nak tau ka sapa peminat no 1 blog ini? Kalau nak tau ianya adalah seekor anjing kurap yang dok dalam kampong aku. Oleh kerana terlalu minat dan taksub kepada blog ini si anjing kurap ini sanggup mencetak dan memberikannya kepada penduduk kampong. Haa haa haa tak sangka pulak anjing kurap yang di ceritakan telah frust menonggeng bila jawatan pengerusi JKKK yang di idamkannya terlepas kepada orang lain begitu fanatic kepada blog ini. Menurut kata sumber yang perangai lebih kurang dengan dia juga si anjing kurap ini selalu termimpi-mimpi dan amat merindui setiap terbitan yang aku muat naikkkan. Mungkin si anjing kurap ini begitu teruja dengan kisah Lebai Sexs yang aku siarkan tu.

Lain pula dengan cerita penasihat si anjing kurap ini iaitu Lebai Sexs. Di ceritakan oleh sumber berita rasmi si lebai Sexs kini di dalam keadaan trauma dan telah menyalahkan si anjing kurap ini kerana telah memberi promosi percuma kepada blog aku.

Ha ha ha nak tergelak aku tengok telatah gang-gang dajaiudin ni. Semakin hari semakin serabut. Dah jadi macam UMNO buat apa pun kena kat batang hidung balik. Kah kah kah… lawak lawak. Paling aku syok bila tengok muka lebai sexs yang trauma tu. Entah berapa lama lagi si lebai sexs ni nak menyorok sifat munafiqnya di bawah lebainya itu. Aku rasa lebai sexs ini akan terus di berlakon dengan kewarakannya selagi masih ada orang bodoh yang percaya dengannya. Kesimpulannya mudah saja ,,,,, sah sekarang parti yang mengaku islam di kampong aku ni temberang saja bila si lebai sexs ni yang tak kira tunang orang atau bini orang di kacaunya memegang jawatan dalam parti. Jadilah macam menteri nikah kawin dalam gambar Nujum Pak belalang. Kata menteri nikah kawin tu ini undang2 saya yang buat… boleh padam… kah kah kah.

Akhir kata buat anjing kurap aku nak ucapkan ribuan terima kasih kerana telah memberi promosi percuma kepada blog aku bahkan telah sanggup keluarkan duit untuk membuat cetakan bagi tatapan mereka2 yang tak punya internet kat rumah. Teruskan perjuangan mu yang suci itu. Kah kah kah. Dan buat lebai sexs aku ingin sampaikan pesanan kepadanya agar muka jangan masam2 sebab orang beriman macam hang kena senyum selalu… kah kah kah…

Dan lagi satu ramai yang email aku Tanya siapa lebai sexs tu….??? Ada yang dah tahu siapa si lebai sexs tu tapi tak berapa nak caya.. Ada yang kata macam kenal lebai tu… ada yang kata kami tahu perangai lucah si lebai tu tapi takyah lah aibkan dia lagi dan ada juga yang kata betul ke cerita tu? Aku jawab mudah je siapa makan cili dia la terasa pedasnya. Kah kah kah… Kesian kat hang lebai ye….

Oleh keran jasa besar si anjing kurap dan penasihatnya Lebai Sexs mereka telah di anugerahkan dengan sjil penghargaan daripada persatuan anjing salak bukit dan persatuan pesakit trauma. Persatuan anjing salak bukit berkata kehebatan si anjing kurap ini untuk terus menyalak tanpa henti bagi menjatuhkan musuhnya Sosialis Hijau adalah seperti anjing yang menyalak bukit. Namun Sosialis hijau terus berdiri dengan teguh tanpa sedikit pun tergugat malah semakin ke hadapan dan semakin gv7ireka amat kagum dengan penyakit trauma yang sedang di hadapi oleh Lebai sexs kerana sebelum ini belum ada orang yang mendapat trauma yang sebegitu teruk sekali…

Tahniah anjing Kurap
Selamat bertrauma lebai sexs
Kah kah kah.

SIJIL PENGIKTIRAFAN KETRAUMAAN LEBAI DAN KEBODOHAN ANJING KURAP

PETIKAN ARTIKAL CIKGU AZIZI ABDULLAH DI DALAM BLOGNYA YANG BERTAJUK BISUL-BISUL DALAM SERBAN PAS


Antara tulisan Cikgu Azizi

”Orang Pas kata kepada Umno, busuk ikan bermula di kepala, bukan ekur. Ertinya kebobrokan Umno, kotor dan kelamkabutnya Umno adalah kerana pemimpin.Pengikut Pas bertepuk tangan. Semua kata betul. Tetapi bagaimana pula kalau Umno kata, bisul-bisul Pas berada di kepala yang memakai ketayap atau serban?

Secara peribadi, saya melihat golongan ulama di dalam Pas ialah golongan yang hanya bijak dalam soal-soal kupasan perkara ukhrawi, haram halal dan sunah makruh. Mereka tidak profesional. Beremosi. Pembakar semangat tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah. Ia tidak bersifat profesional keagamaan. Jadual atau atur cara antara golongan profesional dengan golongan ulama, golongan ulamalah yang paling tercorot. Jadual majlis jam 9, majlis bermula jam 10. Perkataan Insyaallah hanya sandaran menutup kelemahan.

Istilah ‘walak, setia kepada pemimpin, wali,ulama’ menjadi satu kegerunan, seolah-olah siapa yang tidak membuktikan arah ini, ia sedang berada di pinggir neraka.

Apa kayu ukur ulama? Ini pun satu hal. Di dalam Pas, ukuran ulama berlainan dari ukuran biasa. Masakan sekadar lulus Azhar atau belajar di Jordan kita sudah boleh namakan ulama? Sekarang ini begitulah ukuran ulama di dalam Pas, selain dari syarat tersembunyi mesti berserban atau berjubah dan mesti ada sedikit janggot. Diperbesarkan soal janggut lalu ditekan sebagai Sunnah Nabi.

Sekadar Untuk Di Fikirkan.
Sosialis Hijau
http://greensocialisblogspot.com/
** / Tulisan Azizi ini hanya sesuai untuk di fikirkan oleh mereka2 yang tidak berfikiran kolot seperti ketua pemuda pas batu kawan dan sekutunya.
Harap Maklum

LAWATAN KE LADANG VICTORIA BERSAMA MAHASISWA.

7 JUNE (AHAD)

Aku telah mengadakan satu lawatan bersama 25 orang mahasiswa ke sebuah Ladang di Padang Serai. Rombongan kami telah di sambut oleh pengerusi jawatankuasa bertindak bekas-bekas pekerja ladang yang telah di berhentikan kerja Encik Maniam. Lawatan ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa bagaimana perjuangan bekas-bekas pekerja ladang ini dalam membuat tuntutan hak-hak mereka yang telah di nafikan oleh bekas majikan mereka.

Kami juga sempat berjumpa dengan Jawatankuasa Bertindak untuk membincangkan tindakan susulan kepada Kerajaan Negeri Kedah setelah gagal bertemu dengan Menteri Besarnya pada tahun yang lalu.

sedang di beri taklimat sebelum bertolak

2. Encik Maniam sedang memberi penerangan kepada mahasiswa.








kakak Rokiah yang pandai berbahasa tamil

Mesyuarat dengan jawatankuasa penduduk.

Sabtu, 6 Jun 2009

Wawancara majalah Mastika Dengan Shamsiah Fakeh


Wawancara majalah Mastika Dengan Shamsiah Fakeh pada 2 Oktober 2007.

Sewaktu membelek-belek buku-buku untuk membuat rujukan aku terbaca sebuah wawancara bersama Srikandi Shamsiah Fakeh di dalam buku Memoirnya. Aku merasakan wawancara ini patut di baca oleh semua yang sentiasa menafikan perjuangan ahli-ahli PKM. Walaupun wawancaranya ringkas tetapi apa yang mahu di sampaikan oleh Srikandi Shamsiah cukup jelas. Wawasannya terlalu jauh jika hendak di bandingkan dengan kita yang tidak pernah mengharungi penderitaan dan kesengsaraan seperti mereka ini.

Kini Shamsiah telah pergi buat selama lamanya. Yang tinggal adalah sebuah catatan hidupnya yang telah di bukukan di dalam Memoir Shamsiah Fakeh. Cerita Shamsiah tidak mungkin akan anda baca dari buku sejarah sekolah anak anda. Berlaku adillah kita dengan mendengar hujah dari pihak kedua dan selepas itu barulah kita membuat penilaian.Buat mereka-mereka yang terlalu bencikan dengan komunisme, aku berharap semoga dengan hati terbuka menilai apa yang di katakan oleh srikandi Negara ini.

Mastika : Adakah Shamsiah menyesal masuk hutan, jadi pemimpin komunis dan berperang dengan British?

Shamsiah : Aku tidak pernah menyesal. Aku tidak menyesal masuk hutan dan masuk komunis.

Mastika : Apa pandangan Shamsiah terhadap perjuangan Parti Komunis Malaysia?

Shamsiah : Zaman PKM telah berlalu, tetapi jasad dan semangat perjuangannya menentang Jepun dan British akan kekal selamanya dalam sejarah. Komunis masih belum pupus dari muka bumi. Kamu sekarang boleh dapat lihat komunis di China, Russia, Cuba, Amerika, Jepun dan Australia. UMNO turut mempelawa Parti Komunis China untuk menyertai persidangan agong sebagai tetamu terhormat…. Komunis sekarang adalah apa? Apa rupa komunis pada masa akan datang, generasi muda berpeluang untuk melihatnya…

Mastika : Ada bekas pemimpin PKM mengatakan Shamsiah pengecut, kekok mengunakan senjata api, kerap sesat dan tidak popular di hutan? Apa komen Shamsiah?

Shamsiah: Aku pernah berkali kali sesat di dalam hutan, paling lama ialah 5 hari 5 malam. Setiap kali aku mengalami kelaparan, kegelapan, kotor, sakit dan keseorangan. Aku seorang perempuan dan insan biasa, juga rasa dan tau apa dia ketakutan dan kesukaran. Walaupun pistol ada di tangan aku, tapi tak ada pun sebutir peluru membunuh angota tentera dan polis. Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka!

Mastika : Ramai bekas askar yang marah pada Shamsiah.Mereka masih anggap komunis itu penganas! bBunuh keluarga mereka. Apa pandangan Shamsiah?

Shamsiah : Orang Britishlah yang sepatutnya paling benci aku. Sebegitu lama orang British nak tangkap aku tapi tak dapat. Pada abad ke 21 ini, kita patut mengenang kembali sejarah dengan hati terbuka, peperangan adalah perkara hidup mati, kita semua tak suka peperangan. Kamu fikirlah kenapa penjajah boleh menjajah kita selama ratusan tahun? Dan apa pula sebabnya penjajah sanggup lepas tangan dan beredar pulang dari tanah air ini!

Mastika : Adakah Shamsiah merasa diri anda sebagai seorang pejuang kemerdekaan?

Shamsiah : memperjuangkan kemerdekaan adalah satu-satunya perkara yang aku lakukan untuk bangsa dalam hidup ku.

Mastika : Apa pandangan terhadap aishah Ghani? Aisyah pernah berkata Shamsiah terdorong masuk PKM dan tidak mengkaji hal-hal di belakang tabir(AWAS di peralat komunis)

Shamsiah : Aisyah dengan aku bagai adik beradik, dia seorang tokoh perjuangan kemerdekaan, aku gambira dan bersyukur dengan kejaannya! Cakap Aisyah munkin betul separuh, tapi kalau pada masa itu aku pintar dalam memilih untuk berjuang di mana hidup aku akan senang lenang dan tiada risiko, maka aku bukan Shamsiah!

Mastika : Apa pandangan Shamsiah terhadap Abdullah C.D. (Che Dat), ahmad Boestaman, wahi Abdullah, Musa Aman dan Ibrahim chik?

Shamsiah : Kesemua orang ini tokoh pejuang kemerdekaan dan juga rakan seperjuangan aku, kita telah pun berkenalan dalam tahu 1940an. Sekarang setengah dari mereka telah meninggal dan ada pun sudah tua dan uzur, aku pun. Kepada mereka aku sanjungi dan hormati.

Mastika: Apa yang paling di kesali Shamsiah dalam perjuangan?

Shamsiah : Tiada apa yang aku kesalkan. Beribu-ribu pejuang telah terkorban semasa berjuang untuk kemerdekaan. Mereka juga tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau kemewahan dari perjuangan mereka.

Mastika : Apa yang paling di banggakan dalam perjuangan?

Shamsiah : Peninjauan terhadap pembangunan di Malaysia harus di lakukan dengan turut meninjau pembangunan di seluruh dunia. Kita tidak boleh membandingtkan keadaan Malaysia dengan 50 tahun yang lepas. Kita bukan sahaja memerlukan ekonomi yang maju, malah kita juga perlu mempertahankan keadilan dan hak asasi manusia, mengurangkan jurang antara kaya dan miskin serta tidak mengkategorikan golongan berdasarkan bangsa dan agama. Itulah kemerdekaan yang kita mahu. Pemerintah yang hanya di kuasai oleh segelintir hartawan, cendiakawan Melayu dan bangsawan bukanlah sesuatu yang kita mahukan.

Mastika : Apa harapan shamsiah sebelum menutup mata?

Shamsiah : Masa depan bangsa dan Negara akan di miliki oleh generasi akan datang. Kamu yang dapat melihat peristiwa yang sebenar dalam sejarah pasti akan dapat menemui arah tuju untuk masa hadapan.

Di peti dari “MEMOIR SHAMSIAH FAKEH” DARI AWAS KE REJEMEN KE :10

APA ADA DI SEBALIK LEBAI?????


AWAS!!!! AJEN PROPAGANDA MENJADI PEMIMPIN ANDA.(ULANGAN)

Dalam satu perasmian mesyuarat agung PAS di satu kawasan di era reformasi Mahfuz Omar yang ketika itu Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat menyatakan betapa ahli PAS akan mudah kagum kepada sesorang yang petah berkata dan bertitle seperti ustaz, haji dan bermacam macam title lagi. Katanya lagi nasib baik keADILan di tubuhkan, jika tidak sudah tentu Marina Yusof yang ketika itu menjadi Naib Presiden keADILan akan menjadi ketua muslimat Pas kerana sifat mudah kagum ahli Pas. Sememangnya kata2 Mahfuz itu ada kebenarannya. Ianya bukan saja berlaku kepada Pas tapi di kalangan orang melayu tanpa mengira apa parti dan organisasi pun. Kiranya anda seorang yang petah bercakap walaupun tanpa fakta bersiap sedialah anda akan di lantik sebagai ajk parti, PIBG, masjid dan apa saja mesyuarat yang anda hadiri.

Kelemahan atau sifat sebegini telah di ambil kesempatan oleh mereka2 yang mempunyai cita cita untuk memegang jawatan dalam parti. Kelemahan ini juga telah memberi peluang kepada perisik perisik UMNO @ pihak keselamatan untuk menyusup masuk ke dalam organisasi parti.

Sejarah telah membuktikan segalanya yang telah terjadi terhadap mereka2 atau parti2 yang menjadi penentang BN/Perikatan. Perisik periksik ini adalah mereka2 yang berjawatan penting dalam organisasi dan parti. Tugas mereka adalah mengeluarkan maklumat parti dan yang keduanya memporak perandakan parti.

Lihat saja setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Le Tek adalah seorang perisik kepada Perancis. Siapakah antara ahli PKM akan terlintas di hatinya seorang yang berjawatan tertinggi dalam PKM adalah seorang ajen kuasa luar. Akibatnya hampir kesemua Jawatankuasa PKM Pusat mati akibat di serang hendap oleh pihak British yang askar2nya adalah orang melayu yang kononnya pejuang kemerdekaan. Segala maklumat PKM berjaya di tembusi oleh pihak British.

Bagaimana pula dengan cerita Zaid Zahari 2 jam sebelum beliau diISAkan selama 23 tahun. Bukankan perisik itu adalah di kalangan AJK tertinggi parti. Bukalah sejarah Memali. Siapakah yang menjadi dalang dalam memberi maklumat kepada pihak polis? Begitu juga dengan cerita Lee Kuan Yew bekas Perdana Menteri Singapura dalam bukunya The Singapore Story : Memoir Of Lee Kuan Yew menceritakan bagaimana beliau turut menjadi sasaran pihak polis cawangan khas sebelum beliau menjadi perdana menteri Singapura. Baca juga kisah2 tahanan ISA apakah antara tawaran yang mereka terima sekiranya mahu diri mereka di bebas dengan segera. Bukankah tawaran itu ialah kesanggupan tahanan ISA menjadi ajen kepada pihak polis sama ada di dalam masyarakat mahu parti politik yang telah di tentukan oleh pihak polis selepas mereka di bebaskan.

Kekalutan yang berlaku kebelakangan ini di kalangan Pakatan rakyat khususnya di dalam PAS sendiri tidak lari dari peranan perisik perisik yang berada di dalam parti itu sendiri. Mungkin jika di sebutkan di sini siapakah perisik perisik polis yang boleh di syaki di dalam Pas sudah tentu ianya akan menjadi satu perdebatan yang tidak ada nohtahnya kerana orang Pas tak mungkin dapat di terima jika yang di syaki itu bertitlrkan USTAZ. Aku pernah panjangkan perkara ini kepada salah seorang pimpinan Pas Pusat namum katanya kita tidak mempunyai bukti untuk menuduh seseorang. Memang betul kita tidak mempunyai bukti tetapi kita mempunyai teori.

Sekiranya ajen tersebut kita andaikan seorang bekas tahanan ISA.

Setiap tahanan ISA akan di tawarkan beberapa pilihan jika mereka mahu segera di bebaskan selain ugutan. Antara tawaran itu ialah :

1. Mengaku atas segala tuduhan yang di lemparkan kepadanya.
2. Mengaku dan menyesal di atas penglibatan di dalam parti pembangkang.
3. Memilih mana mana parti kompenan BN sebagai wadah perjuangan jika di bebaskan.
4. Membuat tuduhan segala kerja yang bertentangan dengan undang2 adalah arahan dari parti atau pun pimpinan parti.
5. Bersetuju untuk menjadi mata dan telinga serta agen propaganda polis di dalam parti, organisasi dan masyarakat.

Kita ambil perkara yang ke 5.

Bagi tahanan yang sudah tidak tertahan lagi dengan segala deraan mental dan memilih untuk menjadi ajen kepada pihak polis ianya akan terbahagi kepada 2 kerja iaitu ;

1. Menjadi seorang yang mengeluarkan maklumat dan rahsia parti.
2. Menjadi seorang yang membuat propaganda untuk memecah belahkan parti.

Bagaimana bekas tahanan ISA ini melolos diri di dalam parti pembangkang terutamanya PAS?

1. Tahanan ini akan memuncak namanya bila beliau di tahan dalam ISA lebih2 lagi beliau adalah seorang bekas aktivis parti sebelum dia di tahan dan mendapat liputan media seperti harakah.
2. Apabila di bebaskan beliau akan di sambut sebagai seorang wira yang berjaya mengharungi dugaan di dalam tahanan dan mula berjinak dengan ahli2 Pas di tempat beliau di arahkan untuk menyusup masuk ke dalam jawatankuasa parti
3. Selepas tamat tempoh edah tahanan di rumah beliau akan terus menjadi seorang ahli yang aktif di dalam parti sambil menjadi tenaga pengajar di markas2 pas untuk menarik sokongan ahli bila ada mesyuarat agung parti.
4. Ahli pas yang sudah sinonim dengan kekaguman mereka dengan title ustaz tidak teragak agak untuk mencalonkan Ajen propaganda ini sebagai seorang yang penting di dalam organisasi di peringkat kawasan. Selalunya ini akan terus ke kepuncak iaitu jawatan Yang Di Pertua Pas kawasan.
5. Ajen propaganda ini akan sentiasa mendapat nasihat dan panduan daripada pihak polis di dalam semua urusan perancangan parti.
6. Perkara yang pertama yang Ajen propaganda ini akan lakukan setelah menjadi pemimpin tertinggi PAS di peringkat kawasan ialah
a. mencantas semua aktivis parti yang lebih pandai daripadanya atau yang dia rasa tidak boleh mengikut kehendaknya.
b. Melantik ajk kawasan mengikut kehendak hatinya di kalangan orang2 yang bodoh dan angguk2 tapi tidak boleh geleng2.
c. Memonopoli pentadbiran kawasan, pemuda dan muslimat dengan meletakan keluarganya sebagai ketua dan ajk
d. Menawarkan dirinya sebagai orang2 penting dalam organisasi di bawah Pas seperti Pemuda, muslimat dan Unit amal seperti menjadi Naqib dan sebagainya.
e. Ajen propaganda ini akan terus menjadikan dirinya sebagai seorang yang mempunyai kuasa veto dalam membuat keputusan dalam segala segala hal.
f. Seterusnya melobi dirinya dan orang bawahannya untuk terus melolos diri di dalam jawatankuasa perhubungan negeri dan akhirnya ke pusat.

7. Kejayaan Ajen propaganda ini dalam mendapat tempat di dalam organisasi parti akan terus di pecah2kan kerjanya kepada beberapa tindakan seperi membuat propaganda di dalam parti. Antaranya ialah :
a. Memecah belah perpaduan PAS di peringkat cawangan dengan mewujudkan klip2 tertentu iaitu pro beliau dan sebaliknya.
b. Menghasut ajk kawasan dan cawangan serta dewan2 untuk membenci pakatan rakyat iaitu DAP dan PKR serta Dato’ Seri Anwar.
c. Menimbulkan isu perkaumanan yang sempit.
d. Melarang ahli PAS membantu parti2 lain di dalam Pakatan Rakyat.
e. Melaga lagakan ahli Pas dengan ahli PKR dengan mencipta berbagai isu di dalam usrah dan mesyuarat.
f. Meminta berbagai jawatan di dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti JKKK dan ahli majlis di berikan kepada Pas terutamanya kroninya.
g. Merancang segala konspirasi senyap untuk terus membuat rakyat membenci Pas dan Pakatan Rakyat.

8. Hasilnya ialah
a. Berlakulah perpecahan di dalam Pas. PKR dan DAP menjadi musuh dengan alasan Pas tidak mendapat tempat di dalam pentadbiran kerajaan negeri.
b. Boikot Pemuda Pas Pulau Pinang dan beberapa kawasan2 dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.
c. Keluarlah kenyataan senada dengan UMNO dari perwakilan pemuda di dalam muktamar bahawa dato’ Seri Anwar adalah ajen USA.
d. Suara ahli tidak sampai lagi di telinga Pimpinan tertinggi kerana si perisik durjana ini akan menapis segala keluhan daripada ahli dari sampai keatas.
e. Segala keputusan dan maklumat parti sentiasa bocor.

Dengan itu berhati hatilah dengan manusia yang kamu sangka seorang yang hebat berjuang dan petah ayat qurannya. Mereka ini berada di sekeliling anda. Mereka ini mungkin pemimpin anda. Jangan mudah kagum dengan orang yang keluar dari ISA kerana ada antara bekas tahanan ISA ini telah mementerai satu perjanjian dengan pihak polis. Berhati hatilah dengan mereka yang meminta jawatan. Terpulanglah kepada penilaian pembaca sekalian di atas tulisan ini. InsayaAllah segalanya akan terbongkar. Hanya masa yang akan menentukan bila ianya akan berlaku.

Apa yang ditakutkan oleh si perisik durjana ini ialah jika kerajaan yang ada sekarang berubah kerana apabila semua pentadbiran keselamatan Negara bertukar tangan segala rahsianya akan bocor. Perisik ini tidak mungkin akan dapat berlindung lagi bila segala fail pihak keselamatan akan di buka semula oleh Menteri Dalam negeri yang baru. Ketika itu rakyat akan tahu siapakah dalang di atas segala yang terjadi pada hari ini. Oleh kerana itu perisik ini akan sentiasa memastikan BN akan terus berkuasa agar rahsianya akan terus tersimpan, tetapi di mungkin lupa di sebelahnya juga punya perisik yang tidak pernah tidur.

Saya akan mendedahkan segala bukti siapa dalang tersebut. Biar darah ini membasah bumi malah untuk gentar dengan ugutan si agen yang bergelar ustaz ini saya sama sekali tidak gentar. Ingatlah kamu boleh menipu manusia yang tidak cerdik di sebalik jubah kamu tapi bukan dengan kam

KOMUNISME HANYA IDIOLOGI BUKAN KUKU BESI BAHAGIAN 2

BAHAGIAN 2

Di dalam buku Kisah Singapura “memoir Lee Kuan Yew” beliau telah menulis “pada 6 january 1946 pihak British telah mengadakan upacara di depan dewan bandaraya, di mana satu kontijen kecil MPAJA berbaris lalu di depan Lord Louis Mountrbatten, yang menyemat pinggat 16 daripada mereka. Chin Peng yang di gambarkan sebagai seorang komander gerila komunis, menerima bintangBurma(1939/45) dan bintang perang. Selepas itu dia telah memberi tabik hormat dengan menunjukan penumbuknya”

Jelaslah dari catatan bekas Perdana menteri Singapura itu menunjukan bahawa pihak British sendiri telah mengitiraf perjuangan PKM atau MPAJA di dalam menentang pihak Jepun selepas daripada perang dunia pertama.

Bagi pembaca yang belum pernah melihat kelakuan dan sifat-sifat penjajah British boleh saja membandingkannya pada UMNO yang ada di waktu dulu, kini dan selamanya. Apabila kehadiran tentera jepun British mula melarikan diri. Maka ketika itu tinggalah Leftenan Adnan dan sarja hassan menentang pihak jepun sehingga meletupkan dirinya sendiri. Apakah sama penentangan leftenan Adnan dengan penentangan PKM terhadap tentera Jepun? Tidak!!! Leftenan Adnan adalah seorang tentera yang bekerja dengan kerajaan penjajah, menerima gaji dari penjajah dan menurut arahan dari penjajah. Sedangkan kewujudan MPAJA adalah hasil dari perjanjian antara pihak PKM dengan pihak British. Setelah kekalahan Jepun British telah memungkiri janjinya terhadap PKM. Akibat daripada itu PKM enggan memulangkan semula senjata2 yang telah di bekalkan kepada mereka oleh pihak British.

Maka bermula dari sini PKM telah memulakan pemberontakan bersenjata menentang penjajahan British di tanah melayu. Bermula dari sini juga British telah menjalankan propaganda terhadap PKM dengan mewujudkan perasaan benci terhadap perjuangan komunis di tanah Melayu. Komunis telah di gambarkan sebagai anti agama, ganas, kejam dan segala keburukan telah di letakan ke atas bahu komunis itu.

Sosialis hijau